SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, February 27, 2012

PENGANGGUR YANG BERTAULIAH :)

Alhamdulillah. Genap sebulan hari ini saya di sini. :')
Ibu saya macam "faham" agenda saya yang hampir setiap minggu PASTI tiada di rumah. Sejak saya kembali, kali ini memasuki program utama yang ketiga menuntut "kasih sayang" saya. :) Selalu saya sejukkan ibu, inilah cara saya bersosial. Sama saja kalau saya gunakan masa itu seperti orang lain. Bezanya, ini cara saya. Skrip saya sama. Dia hanya mengangguk2 macam redha je...haha


Majoriti sahabat2 sudah kembali ke kampus. Maka, saya penganggur yang bertauliah ni, sambil2 menanam anggur, saya usahakan untuk menyelesaikan urusan2 utama program akan datang Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w. pada 23 Mac 2012 nanti. 


Ke hulu ke hilir seorang diri memang kadang2 melunturkan semangat diri, namun saya rasakan seperti mahu menebus "kesusahan" sahabat2 saya yang sudah "lintang-pukang" hidup mereka sebelum saya kembali ke sini. Semakin dekat tarikh saya ke Kuching, semakin "bersemangat" mereka meminta ditiupkan semangat. InshaAllah, kata2 sang gurulah sebagai peneguh hati. "Saya tak mengharapkan bantuan Tuan2, duit Tuan2, masa Tuan2. Saya cuma mengharapkan bantuan Allah s.w.t." Wibawa beliau sewaktu melafazkan kalam ini masih segar dalam ingatan saya. Semoga Allah merahmati Beliau dalam urusan dunianya dan juga urusan akhiratnya. Allahumma amin :')


Bermuhasabah diri sambil mendepani hal2 yang kurang baik dan hal2 yang membahagiakan, semuanya atas izin dan kehendak ALLAH s.w.t. Semua ini proses tarbiyyah, proses belajar. Amat berbeza rasanya menjadi yang dipimpin dengan yang memimpin. Jika saya perlu melapangkan dada saya yang mudah untuk berasa sesak, kadang-kadang saya berfikir, beginilah mungkin perasaan2 yang sering hadir kepada senior2 saya dahulu. Banyak hati mahu dijaga, lebih baik banyak diam daripada banyak bicara, banyak lisan untuk didengar oleh 2 telinga....aiwaaaa~~akhirnya hanya mampu tersenyum.lalalalala~~~~ (n_n)v

Memerhati gelagat manusia sebagai muhasabah kekurangan diri. Saya mencintai lapangan ini, namun jika ada yang lebih baik buat saya dan agama saya, mendekatkan saya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. maka jalan manakah yang lebih baik daripada itu. :) Hanya pada Allah lah disandarkan harap dan doa semoga setiap langkah ketika saya hidup di dunia ini menjadi pahala buat saya di akhirat kelak. Walau di mana pun saya diletakkan di muka bumi ini, saya percaya medan dakwah itu pelbagai. Lakukanlah yang terbaik dalam kemampuan & kapasiti masing. 

Di Sinilah Kita
Merancang Dan Bertindak
Memerah Fikiran
Dan Melerai Masalah

Namun Kita Tetap Manusia

Tenaga Kita Tak Ke Mana
Fikiran Kita Ada Batasannya
Tindakan Kita Ada Sempadannya

Di Sinilah Kita Befikir Dan Bekerja

Namun Kita Tetap Lemah
Hanya Bersandar Pada Tuhan

Kita Pastinya Akan Gagah

Selagi Kita Terasa Lemah
Selama Kita Tunduk dan Menyerah
Pada Kehendak Dan Kudrat-Nya 
 
(n_n)v


Saturday, February 18, 2012

JANGAN PISAHKAN AKU & DIA


Semoga Allah merahmati seluruh manusia yang mencintai Nya dan mencintai Rasulillah s.a.w...
Allahumma amin~~

Terlalu banyak hal yang difikirkan sejak kembali ke sini.
Perasaan yang bercampur2 sehingga saya sendiri tak memahaminya.
Semangat yang naik, turun mendadak.
Semangat yang turun, naik pula mendadak.
Berfikir dan berfikirlah saya entah apa yang diharapkan.
Kerap kali tenggelam dalam perasaan sendiri sehinggakan saya yang duduk di hadapan TV pabila ditanya ayah TV cakap apa, saya tidak dapat menjawab.

Perlu dengan secepatnya “settle down” keadaan baru.
Baru kerana bakal berhadapan misi2 hidup dalam lakaran Tulang Ikan yang dulu yang dirancang.
Dan sekarang perlaksaan dan strategi menjayakannya.
Saya faham ini medan dan lapangan sebenarnya yang perlu saya sediakan diri sejak 7 tahun yang lalu.
Saya sedar apa yang keluar masuk dalam hidup ini.
Saya tahu saya sudah berdiri dalam zon dewasa, saya bukan kanak2 yang perlu disuap2 lagi.


Namun, saya masih mahu disuap dia.
Masih mahu disuap mereka.
Maka, jangan pisahkan aku dan dia.
Jangan pisahkan aku dan mereka.
Kerana dengan izinNya jiwa saya hidup pabila dia yang menyuap.
Jiwa saya senang pabila mereka yang menyuap.
Saya perlukan dia untuk melangkah dalam hidup ini.
Saya perlukan mereka menemani jiwa ini.
Dan saya tak ingin terputus dari merasai suapan2 hikmah dia.
Dan saya mengharapkan Allah terus menerus merezqikan saya bertemu mereka.
……………………..…..walau apa pun yang bakal datang dan pergi dalam hidup ini.

Mohon doa mendoakan ~~~