SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, January 14, 2012

KUNANG2 SI MUSAFIR ILMU :)

Usai membaca Ratib al-Attas. Teman di Subuh hari ini, 15 Januari 2012. Sudah setengah bulan di bulan Januari 2012. Masih lagi belum aku merancang rencana2 tahun ini.

Ratib al-Attas

Setinggi2 rasa kesyukuran. Dengan kurniaan nikmat yang tak pernah putus ke atas diri ini. Juga dengan melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain terutamannya kepada para solihin yang mengajar diri ini agar terus bersangka baik dengan Yang Maha Esa, Yang Maha Luas ilmuNya, Yang Maha Mengetahui perencanaan hidup manusia dari awal hingga ke akhirnya.

Alhamdulillah. Pagi semalam telah berakhirnya kertas terakhir untuk peperiksaan akhir di semester akhir ini. Allahumma amin. Petangnya aku ingatkan nak "syahdu" seketika, ternyata mata ini jual mahal pula kepada otak yang letih. Akhirnya bermulalah operasi membungkus harta benda untuk di pos ke tanah tumpah darah yang sentiasa dirindui itu. 6 kotak sebesar kotak air mineral dan 1 kotak sebesar dapur masak kat umah aku...hehe... 7 kotak semuanya. Nasib baik 3 kotak sudah dihantar sebelum ini. Kalau tak, patah pinggang aku!! Maka jumlah semuanya 10 kotak.

Kabinet buku ni dah kosong, almari baju tinggal bekalan baju untuk 2 minggu terakhir. Pilu pula rasanya. >_< Allahu Rabbi. Sesungguhnya aku telah menempuhi sebaik2 perjalanan yang Kau rasakan sesuai untuk aku, sebaik2 perjalanan yang telah Kau hidangkan untuk aku. Mulanya merasa pedih, kekecewaan yang hampir melupuskan rasa yakin kepadaMu. Kini agaknya sudah merasai hikmahnya dengan setebal2 kesabaran, ada setitis kesyukuran yang tersimpan di lubuk hati yang terdalam. :') Mendoakan semoga Kau lancarkan urusanku sehingga ke akhirnya kelak. Allahumma amin.

"Kadang2 nikmat itu ujian, kadang2 ujian itu nikmat"

Menebus 2 minggu yang lepas tanpa pengisian hati, maka baki 2 minggu yang terakhir ini inshaAllah akan bermusafir ke taman2 ilmu. “Buku Cita-Cita” aku ni pun sudah melambai2 mahu dibawa merayau lagi. :D

Mahu menjadi kunang2 semula. ^_^ Ingin terbang semula untuk menggapai bintang2 di langit taman2 syurga. Bekalan si kunang2 hingga ke akhirnya hayat kelak. Bintang2 yang sentiasa bersinar2 bersama sinaran mahabbah buat Sayyidina Muhammad  صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم . Sentiasa menyampaikan ilmu dengan ikhlas, ingatan dan amaran2 yang menghadirkan keinsafan. Inilah ubat dan penawar jiwa dari awal hingga ke akhirnya :)

Sebagai titipan pertama di bulan Januari ini, daripada seorang sahabat yang diizinkan ke kuliah Sheikhuna Dato' Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki:

" Allah ciptakan makhluk dengan berbagai keistimewaan. Bagi Manusia , kepala merupakan anggota jasad yang paling mulia. Bagi malaikat pula , sayap yang dipunyai merupakan anggota jasad paling mulia bagi makhluk yang dicipta dari nur(cahaya) ini .
Maka apabila seorang penuntut ilmu , mahu pergi menuntut ilmu keluar dari rumahnya , malaikat bergegas turun, merendahkan sayapnya untuk dilangkahi si penuntut ilmu tersebut ."

(Majlis Perasmian Darul Quran Wal Hadith(DaQWaH) di AMPANG pada 8 Januari 2012)

~Ikatlah ilmu dengan menulisnya~
^_^