SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, November 30, 2011

HIJRAH 1433: CINTA MEJA BELAJAR

1 DISEMBER!! Hehe...Alhamdulillah...bersamaan 5 Muharam 1433H. 31 hari lagi baki tahun 2011. MashaAllah...(Demi Masa!)


Sekadar untuk muhasabah diriku agar terus kuat, tidak tersadung dalam permusafiran mencari ilmu dunia dan akhirat. Agar terus dapat mengekalkan momentum mencari cinta Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  di dunia yang sementara ini. Maka sentiasa aku harus beringat bahawa,
 "Cinta sebegitu bukan setakat dapat hadir hanya di meja belajar".

Sejak umat Islam yang mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bergembira menyambut Bulan Muharam Tahun Baru 1433H, aku terhimpit & tersepit di antara kegembiraan itu dengan peperiksaan yang akhirnya berakhir kelmarin (Rabu 30/11/11....alhamdulillah). Cemburu tahap maksima kepada buat yang berpeluang meraikan dengan orang2 soleh....minggu lalu hampir saja aku boleh jadi tak betul mengenangkan KEUTAMAAN atas KEUTAMAAN itu...hehe (tak gila lagi, ok).

Namun, kesyukuran setinggi2nya...Alhamdulillah...kerja2 mencuri masa beroperasi lagi, maka dapat juga menyelitkan kaki ke taman syurga Masjid Ar-Rahman pada Sabtu 26/11/11 meraikan tahun baru bersama guru mulia al-Habib 'Ali Zaenal Abidin & al-Habib Naqjmudin bin Othman. Mahabbah! :'D Meminjam khulasah tausiyyah Habib 'Ali tulisan sahabatku yang turut hadir: 


Hijrah Nabi ke Mekah adalah untuk mencari kebebasan / freedom / hurriyah (baca : bukan kebebasan yang kebanyakan anuti hari ini).. Hijrah Nabi adalah untuk mencari kebebasan beribadah kepada Allah yang mana tiada di Mekah pada saat itu.. kebebasan yg ramai anuti ialah, hak asasi. tak boleh ditegur tak solat. tak boleh ditegur tak buat ini dan itu. "aku masuk neraka pun apa kau kisah". anehnya kita sering mendahulukan benda yang TIDAK KEKAL berbanding benda yang KEKAL.

Di majlis yang lain, letaknya di Masjid Taman TAR, ada sahabat2ku yang diizinkan ke sana, meraikan Tahun Baru bersama guru mulia yang dirindui Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. Sedikit oleh2 dari mereka yang saya pinjam juga..(masa exam idea kering woo...): 

"Orang yang hidup di dunia tetapi di dalam benak hatinya tidak ada kecintaan terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم umpama bangkai yang berjalan..Sedangkan para nabi sebelum Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Berdoa kepada ALLAH supaya mereka dijadikan umat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana kelebihan yang ALLAH berik dgn umat Rasulullah banyak..

Tetapi, kita sebagai Umat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  secara automatiknya, lahir ke dunia tak perlu nak pergi daftar drik sebagai umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم , and yet kita still x mensyukuri nikmat yang ALLAH bagi as UMMAT RASULILLAHI SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM..Masya'ALLAH, cuba kita menghayati sedalam dalamnya pengorbanan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan para sahabatnya dalam peristiwa maal hijrah..

Penghijrahan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan kaum muhajirin ke madinah adalah permulaan kepada tersebarnya islam ke pelusuk alam..  "

^__^ Gembira kan...? Ya, sahabat2 taman2 syurga sentiasa mengembirakan dan mengubat kerinduan bagi jiwa2 yang tidak hadir...Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 wahai sahabat2ku...semoga rahmat Allah ke atas kalian (:


So, 1 Disember...mari senyum...midterm sudah berakhir semuanya... lagi 3 minggu final exam...hoho!

" Letakkan pandangan Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم di tangga yang teratas dalam menilai, memilih dan memutuskan siapa dan apa yang datang kepada kamu " 
- Hijrah 1433-

Hihi...oleh2 tambahan dari UM Berselawat! Terjumpa kembar Auni... :p

Tuesday, November 22, 2011

KUCHING SIK SUNYIK

Lebar senyuman ana melihat satu post di blog tulisan senior ana.
Ada Jadual Kuliah di Kuching 2011.
Satu kesyukuran...Alhamdulillah..
Kerana Kuching "sik sunyik" dari taman2 syurga tempat berhimpun orang2 soleh.
Kawan-kawan yang berada di sekitar Kuching, tinggal lagi untuk anda manfaatkan!



Berikut merupakan jadual rutin pengajian kitab bersanad di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Waktu adalah antara Maghrib dan Isyak.


::ISNIN:
Tempat: Surau Taman Surobaya
Pengajar: Ustaz Wan Izzuddin Al-Aidrus
Kitab: Fekah

Tempat: Masjid Wan Alwi, Tabuan
Pengajar: Habib Mustafa al-Haddad
Kitab: Muqaddimah al-Hadhramiyah, fekah

Masjid Wan Alwi, Tabuan

::SELASA::
Tempat: Surau Taman Surobaya
Pengajar : Ustaz Wan Izzuddin Al-Aidrus
Kitab: Tauhid


::RABU::
Tempat: Surau Kpg Panglima Seman
Pengajar: Ustaz Azri
Kitab: Munyatul Musolli


::KHAMIS::
~Majlis Ratib Al-Attas dan Asma' ul-Husna
Tempat: Madrasah al-Khairat di No. 70, Jln Champaka, Kpg. Pinang Jawa (Gita), 93050, Kuching
Bimbingan: Ustaz Syed Mohamad bin Alwi al-Attas

Ustaz Syed Mohamad bin Alwi al-Attas(Habib Mohamad-kiri) bersama 
Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki (kanan)

::JUMAAT::
Tempat: Surau Kpg Panglima Seman
Pengajar: Ustaz Azri
Kitab: Sabil al-Muhtadin


::SABTU::
Tempat: Surau Taman Hussein
Pengajar: Habib Mustafa al-Haddad


::AHAD::
Tempat: Surau Kpg Panglima Seman
Pengajar: Ustaz Azri
Kitab: Sabil al-Muhtadin

Tempat: Surau Jln Muda Hasyim
Pengajar: Habib Mustafa al-Haddad


Jemput hadir ke majlis-majlis ilmu ini. Bersama kita kembali menghidupkan budaya ilmu berguru, insya-Allah ada berkatnya.

Saturday, November 12, 2011

RAHMAT vs MURKA ALLAH

Selesai sudah  cuti Hari Raya Aidiladha 1432H.
Maka ana menjejak ke fasa akhir pengajian di UIAM.
6 minggu pembelajaran, 3 minggu peperiksaan akhir dan 3 minggu sebelum tarikh pulang ke Bumi Kenyalang.

12 minggu yang mendatang dan bakal berakhir.
Namun cinta ana kepada ilmu ana harapkan takkan layu sampai bila2.
Di sini lubuk ilmu dan ana selalu niatkan dan berazam agar berpeluang untuk kembali lagi.

Memikirkan baki masa ini ana teringatkan mutiara2 Habib 'Ali Zainal Abidin.
Beliau menyebut tentang konsep Tawakkal.
Ya, berserah dan bergantung kepada Allah.
Setiap ibadah dalam Haji, katanya, memang punyai signifikan yang tersendiri.
Akibat masa yang terbatas, dikupasnya satu contoh ibadah iaitu Sa'i.

Sa'i itu mengingatkan kita kepada ibunda Siti Hajar radhiallahu anha.
Beliau berlari2 dari Sofa ke Marwah yang jaraknya jauh bukan sekali, tetapi bekali2 sebanyak 7 kali!
Ini USAHA! Namun ibunda Siti Hajar radhiallahu anha dalam keadaan berlari itu, hatinya tetap terus mengharapkan bantuan daripada Allah SWT.
Habib 'Ali melontarkan persoalan: "Kenapa air zamzam itu keluar dari kaki anaknya Nabi Ismail 'alaihissalam dan bukan dari usaha Siti Hajar?"

Inilah iktibar...Jangan Bergantung Pada Amalanmu!
Ia membuktikan bahawa Tawakkal itu ialah Bergantung kepada Allah SWT tanpa syarat apapun, bukan kerana kita punya Sebab untuk bergantung kepadaNya.
Kerana hasil usaha Siti Hajar itu bukan diberi kepada Siti Hajar, tetapi Allah taqdirkan air zamzam itu keluar dari kaki Nabi Ismail.

Usaha itu saluran kita mendapat Rahmat Allah.
Disebutkan juga oleh  Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki pada kuliahnya yang sentiasa dirindui.
Dikupas tentang satu Hadis ketika menyampaikan ijazah mursalsal meletakkan tangan atas kepala.
Lebih kurang bermaksud:
"Tidak seorang pun daripada kalian yang amalannya mampu mengeluarkan tangannya dari neraka, dan tidak  ada amalannya yang mampu memasukkannya ke dalam syurga....melainkan RAHMAT daripada Allah swt"-Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Barulah ana faham kupasan Shiekh 'Ali Jum'ah (mufti besar Mesir) dalam Hikam No. 1: Jangan Bergantung kepada Amalanmu.


Marilah sama2 kita lakukan apa2pun pekerjaan dengan setulus hati demi mengharapkan redha dan RAHMAT ALLAH. Indahnya hidup di dunia ini kerana rahmat daripadanya, indah juga hidup di akhirat kelak juga atas rahmat daripadanya. Disebutkan juga dalam tausiyyah Habib Muhammad (mudir di Madrasah al-Khairat Kuching Sarawak): "Allah ada 1000 rahmat diturunkan setiap hari. 1 rahmat Allah di siang hari, tapi 999 rahmatNya turun ke bumi pada sepertiga malam. Maka, rajin2kan cari rahmat Allah di sepertiga malam"

Sesungguhnya Allah berfirman dalam satu Hadith Qudsi: "Sesungguhnya RahmatKu adalah mengatasi MurkaKu"

Semoga apa yang ana pelajari daripada mereka ini menjadi "ubat" buat ana. Bersabar dan bersungguh2, Bertawakkal dan mengharapkan rahmat Allah! InshaAllah....amiin