SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, October 25, 2011

PANGGILAN HAJI




Sejak dua minggu kebelakangan ni, kedengaran khabar haji dari  teman2 sekuliah. Begitu jua sahabat  alam maya si muka buku tu. Ada yang menghantar ayah, ibu dan ada juga sendiri yang menyahut panggilan haji. Cemburu? Ya sungguh cemburu. Lebih cemburu pabila ada yang berkesempatan ziarah ke Raudhah menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. Pesan sang guru, Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki: “Kalau tuan2 pergi Makkah, niatkan sekali ziarah Rasulullah s.a.w. Dan, kalau bleh buat satu ziarah special untuk ziarah Rasulullah s.a.w di Raudhah. Bumi Madinah mulia kerana Rasulullah s.a.w ”.


Teringat juga saya pada seorang makcik sekuliah di Masjid Taman TAR, Ampang. Ketika itu Sheikh Fuad akan membawa rombongan ke Madinah semata2 untuk ziarah ke Raudhah. Makcik tu berkata, “InshaAllah, kalau ada rezeki makcik mahu ke sana lagi. Dulu pergi tanpa ilmu, tapi sekarang bila slalu dengar kuliah Sheikh memang rase nak pegi lagi. Lebih bermakna ibadah bila kita tahu, bila ada ilmu sikit.”

Tercuit hati saya mendengar rasa hati makcik itu. *membenarkan* Ghibtah!!

Terkenang juga ayahnda dan bonda. Moga mereka dahulu direzqikan ke sana. Ibubapaku, moga rahmat Allah ke atas kalian, terlalu banyak berkorban. Pabila simpanan sudah memang cukup untuk ke sana, ada saja keperluan yang menuntut simpanan itu dikeluarkan. Sudah beberapa kali agaknya menjadi begitu. Salah satunya termasuklah menanggung aku yang di semester akhir ini. Ya, memang itu tanggungjawab mereka. Tapi, ini rasa hati seorang anak. Kalau aku ini sudah tidak sabar untuk memijak Tanah Haram, apatah lagi mereka! *asa bersalah :’(*


Cepatlah habis semester. Semoga Allah murahkan rezekiku dan mudahkan niatku ini untuk menghantar mereka ke sana. Sempatkanlah aku membantu mereka dan meringankan urusan mereka selama hayat mereka di dunia ini. Sempatkanlah mereka menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu, ya Allah. Sempatkanlah mereka menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. Amin amin ya Rab! *aduyaii….sebak la pulak*

Marilah menyimpan di masa muda ni. Marilah niatkan ke sana selagi tenaga masih kuat! ^__^

Sunday, October 23, 2011

SAYA PILIH HIMPUN


“Raufa, kitak orang (ahli2 usrah PERKEPISMA) ada program apa minggu tok?”
 “Kamek urang embak usrah ke HIMPUN. Kat Stadium Shah Alam”
“Aie….sik takut ada rusuhan ka?”

 
Pertama kali saya dengar HIMPUN, saya mengaku saya teringat BERSIH. Suasana politik Malaysia yang tidak saya gemarkan menyebabkan saya tidak ambil peduli…(hmm…peduli saya tahap 1 kot)…dengan puak2 yang bertelagah. Namun, apabila dipromosi/diajak oleh guru2 dan sahabat2 talaqi, saya seperti sahabat saya dalam perbualan di atas “Tak takut rusuhan ke?”. Saya mula membuat sedikit research dan bertanya pendapat orang2 yang saya percayai. Kerana prinsip hidup saya, saya tidak bersetuju dengan demostrasi/rusuhan walau apapun tujuannya. Bagi saya, sesiapa yang mampu/mahu berdemo, silakan. Teruskan dengan cara kalian. Itu cara mereka mengubah suasana alam dan saya menghormatinya tanpa banyak komen.



Maka, saya mula membaca dan menilai dengan aqal yang waras. Saya berlapang dada dengan HIMPUN. Menolak segala emosi ketepi. Sahabat2 taman syurga adalah antara orang2 yang saya yakini kerana saya yakin mereka tidak akan bertindak di luar batasan ilmu yang diturunkan oleh sang guru. Dan akhirnya saya niatkan untuk hadir atas sebab2 positif dengan modus oprandi HIMPUN.

HIMPUN bertemakan SELAMATKAN AQIDAH! Usaha pihak penganjur (ISMA, PEMBELA, PEMBINA dan lain2) menghimpunkan sejuta umat Islam di Malaysia khusus untuk membuka mata hati kita semua betapa kritikalnya jenayah murtad permurtadan di Malaysia ini. Jam 2 petang majlis dimulakan. Tetamu2 masih berbaris2 masih memenuhi ruang Stadium Shah Alam. Saya yang sudah mengambil tempat. Dalam hati saya, “luruskan niat, jaga adab, tetapkan matlamat”. Kumpulan Munsyid Malaysia membuka HIMPUN dengan lagu2 tauhid, selawat dan penyatuan umat. A Good Start!

 

Orang yang saya tunggu2 memberi ucapan ialah Pengerusi Yayasan Sofa, Dr. Yusri Mohamad juga mewakili PEMBELA pada hari itu. Beliau menegaskan kenapa dipilih tema “Selamatkan Aqidah” ialah kerana kita memandang berat jenayah murtad pemurtadan di Malaysia ini. Isu AQIDAH ialah isu yang paling besar di sisi Allah Taala. Beliau melontarkan persoalan, apa lagi isu yang menghadirkan murka Allah jika bukan murtad kepada Allah dan menafikan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Maka, perhimpunan pada hari itu adalah berdiri atas dasar yang PALING BESAR kerana kita membesarkan apa yang membesarkan Allah s.w.t. Beliau menjawab lagi kepada persoalan , “Kenapa kita memilih perhimpunan?”.

Perhimpunan dipilih atas dasar syiar Islam. Dari segi agama, berhimpun adalah satu syiar demi kebenaran, berhimpun demi ketinggian Islam dan menyampaikan mesej kebenaran. Sebab itulah umat Islam berhimpun setiap minggu pada hari Juma’at agar disampaikan kepada mereka peringatan tentang kebenaran.


Yang kedua dari segi aktivisme, berhimpun itu lebih kuat, suara ramai itu lebih lantang daripada suara individu. Maka HIMPUN bakal membentuk satu arus yang bakal menongkah jenayah murtad permurtadan. Beliau membidas suara2 orang2 yang memandang jengkel HIMPUN:
“Perhimpunan tidak releven”, “Tidak berasas dalam Islam”, “Murtad tidak salah kerana ia adalah kebebasan dalam beragama”….(“HIMPUN bagai melepas batuk di tangga”----yang ni saya baca la….hehe).

Maka beliau mengatakan keberanian itu ada dalam diri kita. Pemerintah menggerakkan dari segi perubahan undang2 dan sistem daripada golongan yang berkeras ingin memurtadkan orang Islam. Lagipun, kita menyambut baik ucapan Raja Muda Perak, Tuanku Nazrin yang pernah melahirkan perhatian beliau dalam isu agama di negara kita ini.

Ada ramai yang dijemput memberi ucapan pada hari itu. Antaranya Dr. Azhar Yaakub, Datin Seri Fatini Yaakub (penulis buku Sejarah Natrah), Ustaz Farhan (penulis buku Kristianisasi dan Pemurtadan: Di mana Peranan Kita?”, Datuk Harussani (Mufti Perak mewakili mufti2 di Malaysia), dan Datuk Seri Hasan Ali (mengetui bacaan doa di akhir majlis) dan wakil ISMA.

 

  
Yang menarik perhatian saya ialah ucapan Dr. Azhar Yaakub (lupalah beliau ni dari mana..huhuhu). Katanya, Islam ini umpana sepohon pokok yang sangat besar, lalu ia berbuah dengan buah yang sangat banyak (itulah umat Islam). Namun, masih ramai yang cemburu dengan pokok yang bernama Islam ini. Maka tujuan kita berHIMPUN ini ialah kerana ingin terus memakan buah2 Islam. Tambahnya lagi, di saat kita ingin bertolak ansur dengan musuh2 Islam ini, jangan sampai di penghujungnya kelak di beransur2 keluar dari agama Islam.

Dan sedikit ucapan Ustaz Farhan. Jauh datangnya dari Sabah. Berkongsi pengalamannya dahulu membantu dalam proses memurtadkan umat Islam. Kata beliau, “Saya sarankan agar tuan2 dan puan2 turun ke pedalaman Sabah/Sarawak. Saya pasti lebih 4000 orang akan berjaya diislamkan”.

Oh Sarawak! Menilai apalah kemampuan diri ini setelah kembali nanti. Padang menghijau di tengah2 stadium menenggelamkan saya dalam perasaan sendiri :’( Sukar untuk dituliskan dengan untaian kata. Bersedia atau tidak bersedia pasti akan kembali ke sana juga. Adakah sindrom ini yang dilalui oleh senior2 saya di PERKEPISMA selama ini? Mereka pernah melaungkan “Kembalilah ke Sarawak, kalau bukan orang Sarawak sendiri balik, siapa lagi mahu diharapkan”. Berat bunyinya, namun itulah kebenaran. 

 

Saya sedar di luar sana ramai yang memandang sepi dan memperlekehkan usaha ini. “Tak perlulah kecoh2 macam ni”. BAGI SAYA, biarlah orang2 yang kecoh ni buat kerja dia. Saya pun bukan ahli ISMA, tapi saya menyambut baik usaha mereka. (saya ahli PERKEPISMA? Ya..haha XD ) Tak perlu kita menambah perasa dengan komentar2 tidak membina, membutatuli dan ntah apa2 tu. Ini tidak, yang TIDAK HADIR itu beduknya lebih kuat pula dari yang hadir. Mewarisi golongan apa kalau begitu??? Fikirkan sendiri…bahkan belum apa2 lagi sudah ada golongan busuk ni menyebarkan risalah provokasi kepada hadirin di stadium. Allahu Rabbi…letih rasanya pihak penganjur menegaskan tiada unsur politik pun di dalam HIMPUN dan saya membenarkannya. Saya yang bukan penganjur pun letih mendengarnya… aduyaiii~~~X_X

Kheir…ini saja setakat ini…semangat 10000 orang yang menghadiri HIMPUN tidak akan saya lupakan. Sesekali kami bertakbir sepanjang program dan melaungkan slogan HIMPUN dengan penuh tulus dan semangat. PerHIMPUNan yang sangat berADAB. Tahniah buat seluruh tenaga kerja HIMPUN 2011. Saya mendoakan ada program susulan selepas HIMPUN ini(:

Islam itu bagai pokok bunga dan Hikayat Bunga akan saya jadikan salah satu bunganya :’) Mohon doa mendoakan. Salam dari Kulliyyah of Engineering UIAM Gombak ;)

 

Saturday, October 1, 2011

BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA

Tiba satu saat...
Mata sudah tak mampu menatap
Telinga sudah tak sanggup mendengar
Maka aku bernafas dalam jiwa hamba
Kerana aku hamba
Aku hanya hambaMu, Wahai Tuhan
..........kerana aku hambaMu.........


"Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan"

T_T Ya Rab~~~