SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, February 26, 2011

MENJADI SAUDAGAR NIAT

Alhamdulillah, setinggi2 puja dan puji buat Raja Yang Maha Mentadbir Kerajaan Langit dan Bumi. Ampunilah kesalahan hamba jika hamba mengemaskini laman sesawang ini dengan rasa riak, ujub dan takbur. Jauhilah penyakit ini dari hati hamba, Wahai Tuhan yang mencipta hati.
Selawat dan salam buat yang semakin dirindui Nabi Muhammad shollallahu a’lahi wassalam, ahli keluarganya, keturunannya, para sahabatnya jua buat pendukung dan peneraju sunnah Baginda shollallahu a’laihi wassalam.

Saya mahu mengajar anda menjadi saudagar. Perdagangan yang bakal saya cadangkan ini pasti..pasti..pasti!...menguntungkan. ^__^ Ok, berhenti merepek yer... Tanggal 19 Februari 2011, saya hadir lagi ke Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak di Masjid As-Syakirin, KLCC. Kali ini, saya pulang dari tempat ini penuh isi dalam jiwa. Padahal banyak sudah pertemuan2 sebelum itu, tapi entah kenapa Allah memilih pengisian hari itu betul2 mendarat di landasan HATI.

Adik yang memberi pengisian itu namanya Hiqmal. Mahasiswa Pusat Asasi Universiti Malaya. Di tangannya tergenggam sebuah buku yang betajuk “BUKU PENYUCIAN HATI”. Hmm…saya lupa pula siapa penulisnya, tapi yang saya tahu ia dibeli di bagunan Wisma Yakin, Bazaar Masjid Jamek.


IKHLAS

Pertama2nya, beliau mengajak kami kembali mengimbas fitrah bahawa di dalam jasad manusia ini ada seketul daging yang bernama “hati”. Sambil mentadabbur Surah al-Ikhlas, beliau membentangkan soal “ikhlas” sesuai dengan nama surah itu.

Seandainya kita meyakini Allah yang Maha Esa itu dengan sebenar2 keyakinan dalam hati, maka ketika itu kita berstatus “mukhlis”. Ikhlas itu merupakan syarat untuk diterima ibadat kita sesuai dengan ajaran Sunnah Baginda Rasulullah shollallahu a’laihi wassalam. Namun, kuasa keikhlasan itu hanyalah Allah yang mengetahuinya.

Amat2lah susah untuk melahirkan perasaan ikhlas. Tanggungjawab kita pada diri kita untuk muhasabah kembali amalan2 kita…takut2 niat nya itu ada campuran. Campuran yang bagaimana? Dilakukan kerana Allah sahajakah, atau dicampur dengan manusia sekali.

Ada pepatah mengatakan bahawa:

“Semua orang celaka kecuali yang BERILMU. Semua orang yang berilmu akan celaka kecuali yang BERAMAL. Semua orang yang beramal celaka kecuali yang IKHLAS”.

Cepat2lah membuang rasa suka dilihat orang dalam melaksanakan ibadah, suka dipuji, suka dianggap oleh manusia lain sebagai yang berkomitmen dalam beragama. Kerana sesungguhnya “susu yang putih airnya itu jadi jelek untuk diminum andai ada kotoran di dalamnya”.


USAHA

Memperbaiki niat kerana niat ialah punca kita melakukan sesuatu perkara. 3 bahagian niat:

1- dalam Ibadat: niatkan pada ALLAH s.w.t, niatkan pada benda baik yang lain, dan sentiasalah memperbaharui niat. Mudah2an diberiNya pahala yang setimpal dengan keikhlasan amalan dan bukanlah amalan itu jadi sia2 yang mendapat lelah sahaja.

2- dalam Adat Kebiasaan: iaitu dalam rutin sehari2an. Berniatlah kerana Allah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan kerana ia akan menjadi pahala ibadah dan akhirnya mudah2an mendapat ganjaran beribadah.

3- dalam Ketidakmampuan: iaitu berniat pada sesuatu yang baik namun belum mampu dilaksanakan terus. Namun mesti ada usaha mencapai niat itu. Contoh mudah: menunaikan ibadah Haji di usia yang muda.

“Saudagar niat” ialah gelaran bagi para sahabat Rasulullah sholaallahu a’laihi wassalam. Mereka tidak akan melakukan sesuatu amalan tanpa disertakan dengan banyak niat. Maksudnya, andai mereka merasakan niat itu seolah2 lari daripada niat yang asal, mereka sentiasa memperbaharui niat mereka.


PENYAKIT

Musuh utama kepada IKHLAS ialah RIAK. Daripada perkataan "ruqyah" iaitu penglihatan manusia. Dalam konteks perbincangan ini, ingin dilihat manusia. Riak merupakan syirik kecil. Rasulullah sholallahu a'laihi wassalam bersabda: " Sesunggunya paling aku takutkan di kalangan kamu ialah syirik kecil iaitu riak".

Kisah 3 golongan yang pertama yang akan dilemparkan ke neraka menarik takut dalam hati saya. Pernah didengar, namun jarang sekali diulang2 sehingga lupa kisah ini.

Pertama, orang lelaki yang mati syahid, katanya kerana Allah. Namun dilempar ke neraka kerana mahu digelar berani. Kedua, orang lelaki yang menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu, katanya kerana Allah. Namun dilempar ke neraka kerana mahu digelar alim. Ketiga, orang lelaki yang kaya dan suka menginfak, katanya kerana Allah. Namun dilempar ke neraka kerana mahu digelar pemurah.

Amaran bagi orang2 yang menuntut ilmu, betulkanlah niat. Jangan menuntut ilmu:
1- untuk mengejar dunia dan segala isinya.

2- untuk bertanding dengan ulama'.

3- berlumba2 mendapatkan ilmu untuk bermuka2 di hadapan orang.

4- untuk menjatuhkan orang lain.


BENTUK2 RIAK
1-NYATA: sehingga kita disebut2 orang yang melihat khusyuk dalam beribadat.

2-KATA2: menyebut2 keletihan kerana banyaknya ibadat yang dikerjakan

3-SAMAR2: mengharapkan ada yang melihat dia beribadat.


Sayyidina Umar al-Khattab pernah melihat seseorang menundukkan kepalanya ketika beribadat, lalu ia berkata sesungguhnya khusyuk itu bukanlah di leher tetapi d hati.


LATIHAN KEPADA IKHLAS

1-Selalu menuduh diri kita memperkecilkan hak Allah.

2-Selalu merasa kehilangan ikhlas dan muhasabah samada diri ikhlas ataupun tidak.

3-Menjadikan niat sebagai hidup kita.

4-Menyembunyikan kebaikan2 kita untuk diteladani

5-Beringat2 bahawa beramal kerana manusia adalah riak, dan meninggalkan amal soleh juga adalah riak

p/s: Inilah dia nota ringkas saya pada hari itu. Terbawa2 sehingga ke hari ini kerana saya pelajar yang mencari2 ilmu. Takut juga bawaan hati ini bagaimana....Allahu... Semoga Allah menerima amalan2 kita...ameen ya RAB!

Friday, February 25, 2011

SORE JUMAAT

Setelah gah semangat Rabi'ul Anwar pada minggu lepas, minggu ini saya lalui hingga tersungkur di tikar sejadah. Ini perjuangan, kawan. Sik terkaber nak bangun lepas solat Asar pada 3 hari lepas. Inilah dia, wahai Tuhanku...hamba yang lemah tiada daya dariMu.

Banyak yang ingin dikongsikan di taman bunga ini. InsyaALLAH, kedatangan hujung minggu akan saya curi masanya untuk mengemaskini pengisian2 dan pengalaman2 hidup saya. Walaupun tiada orang nak baca, (hehehe =p ) biarlah kerana kepuasan itu datangnya pabila jari jemari ini lincah di hadapan papan kekunci Acer 4310 ini.

Di Sore Jumaat ini, saya tengah menanti kehadiran sahabat saya, Puan Noor Adibah, yang akan "menculik" saya ke markas Dar-Maliki di Ampang. Baru sahaja pagi tadi kempunan memutit mutiara ilmu dari Habib Ali, Allah gantikan di Dar- Maliki, insyaALLAH... =)
Kuliah malam ini di Dar Maliki, Ampang. Kitab Kanzul Minan dan I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah. =) Jemput ye, kawan2! OFF TO GO!
Wassalam

Wednesday, February 16, 2011

Assalamu'alayka, ya Rasulullah!



Alhamdulillah, setinggi2 kepujian padaMu ya Rab! Diizinkan, dilancarkan dan dipermudahkan jasad dan jiwa ini meraikan hari kelahiran KekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kata2 mampu saya terjemahkan untuk menceritakan getar hati2 kami yang berhimpun pada malam itu.

Sungguh! Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w bukan sekadar menyanyi lagu-lagu nasyid. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w bukan sekadar membaca dan membeli buku2 sirah. Mencintai Baginda Rasulullah s.aw bukan sekadar mengalunkan qasidah dengan penuh semangat. Mencintainya bukan setakat konsisten mengikuti tamrin2 dan jemaah2 Islam.

Ternyata mencintai, mengasihi dan merindui Baginda Rasulullah s.a.w memerlukan ilmu. Ternyata benarlah "tak kenal maka tak cinta". Cinta itu lahir apabila mengenali. Dan mahu kenal Baginda s.a.w haruslah memiliki ilmu. Dan ilmu itu disampaikan oleh para ulama'kerana belajar dari ulama' lah hati basah dnengan hadith2 Baginda s.a.w seolah2 Baginda ada di depan mata berbicara pada kita. Dan ternyata, berkat mencintai ulama' lah lahir bersamanya rasa cinta buat Rasulullah s.a.w.


Pengalaman mengajak masyarakat sekitar untuk meraikan mawlid Nabi s.a.w mengajar saya mengenali hakikat kecintaan masyarakat kita pada Rasulullah s.a.w. Hanya yang mampu saya simpulkan ialah seandainya CUTI MAULIDURRASUL tiada dalam kalender kita, pasti sangat2 sedikit yang mengingati Baginda s.a.w. Saya amat dukacita pada hari itu. Namun, siapalah saya. Bukan pemegang hati manusia. Dan, mengingatkan kesedihan ini terimbas kesakitan2 Baginda s.a.w sepanjang hayatnya. Dan, hanyalah ALLAH yang berhak memilih hati2 itu.

Pengalaman beg hilang sebentar juga akan saya ingat sampai bila2. Beg saya ntah ke mana perginya selepas kembali ke dewan sejurus solat Maghrib. Mula2 risau juga. Majlis sudah hampir bermula, saya duduk dan tunduk. Mata saya pejamkan. Nafas saya tarik sedalam2nya.

Dan saya berkata pada hati: "Wahai hati, mengapa sekarang ini kamu mahu risau dan sedih dengan kehilangan beg itu? Jasad dan jiwa kamu sudah sampai di masjid ini untuk meraikan maulid Nabi s.a.w, bukan nak melayan rasa risau dengan harta dunia saat2 ini. Satu kerugian jika kamu tidak hadir di majlis ini. Lupakanlah sebentar. Ayuh raikan Nabi s.a.w!!"

Ar-Raqib! Ar-Raqib! Ar-Raqib! Asma' Allah ini saya lafazkan dengan penuh yakin akan menjumpai beg itu. Sedikit demi sedikit Allah tarik rasa risau itu. Dan perasaan itu hanyut dalam setiap kalimat qasidah maulid, tenggelam dalam ucapan Tuan Guru Sheikh Fuad malam itu. Malah kalimat2 yang disampaikan beliau sungguh2 berlaku pada saya

Bergetar hati merindui Nabi s.a.w malah saya rasakan yang semua yang hadir pasti merasai yang sama. Ada yang menitis air mata cinta...Allahu! Kau perlihatkanlah perhimpunan cinta ini pada Rasulullah s.a.w. Semoga Baginda bergembira dengan sebahagian ummatnya ini.

Sejurus tamat majlis, bersalam2an pun sudah, saya bertanya pada urusetia. Namun, belum juga dijumpai. Maka, dengan penuh ketawakkalan, saya menyusun langkah ke arah bas kami yang sedang menanti. Di saat bibir saya syok bercerita dengan rakan sebelah tentang pengajian2 Sheikh yang lain dan majlis2 talaqi di UIAM, satu panggilan telefon memberi khabar gembira. Terima kasih pada ikhwan2 yang lambat benar masuk bas, lama sekali kami menanti. Hikmahnya, saya menjumpai semula beg saya malah sempat saya berpatah balik ke dewan dan ke bas semula. Barulah kelibat mereka nampak menjinjing makanan yang ditapau.


Hampir 2000 perindu2 dan pencinta2 Rasulullah s.a.w berhimpun malam itu. Sudah dialih sebahagian kerusi, dewan masih juga tidak muat menampung hadirin. Terpana saya apabila para pencinta ikhwan disuruh duduk di atas pentas mengelilingi Sheikh Fuad! Allahu...beruntungnya para ikhwan. Cemburu...namun mudah2an barokahnya melimpah ruah buat kami para akhowat. =)

Begitulah kisah saya di Hari Kegembiraan yang saya dukacitakan pada mulanya ternyata benar2 hari yang patut digembirakan. "Ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, ya Rasulullah" tema yang menyebabkan saya tidak risau pasal beg saya itu. Perjalanan yang menenangkan sepanjang hidup ini. Semoga ia mekar dengan pembudayaan amalan sunnah dalam kehidupan saya. Inilah mujahadah!

Assalamu'alayka, ya Rasulullah!
^__^


p/s: sepanjang minggu ini saya mengaji surah al-Ahzab. Ternyata ia sungguh tepat pada masanya... =D Alhamdulillah...syukur ya Rab!

Monday, February 14, 2011

SEMOGA AKU KAU KENALI, WAHAI NABI....


Maka seusai Maghrib tadi, hari yang ditunggu2 akhirnya tiba.
12 Rabi'ul Awwal 1432H saya rasakan seperti 1 Syawal pula.
Menanti kedatangan hari ini penuh debar.
Sujudku.....sudah tak tertahan,
Lalu menitis air mata kerinduan buat Baginda s.a.w.

Kerna mengenangkan betapa diri ini tidak layak mendampingi sosok paling mulia ini.

Jauh sekali menjadi yang dikasihi dan disayanginya.


Hari ini satu kejadian berlaku.
Air mata saya mengalir tanpa saya sedari di dalam kelas.
Kalau saya ceritakan, nampak seperti alasan bodoh.
Nasihat sahabat supaya berlapang dada ditelan sedalam2nya.

Kadang-kala,
Saya benci jika urusan dunia mengganggu urusan akhirat saya.
Namun, akal harus realistik...
Redha pabila termakan nasihat sahabat saya itu.
Akhirnya, hati ini redha dengan linangan air mata
mengenangkan diri tidak diizinkan ke majlis mawlid.
Memujuk diri dengan optimis sekali.
"Manalah tahu,
pahalanya lebih besar apabila urusan duniawi ini diselesaikan dahulu kerana lebih aula'....
"

Maka telah berfirman Allah Yang Maha Esa,
yang bermaksud: "Jadilah! Maka terjadilah..."
Setengah hari membenam rasa kecewa,
petangnya saya mendapat berita penundaan majlis mawlid itu....
^____^
Akulah yang paling gembira!
Alhamdulillah fi kulli hal....

Sahabat2 yang disayangi,
Saya pernah membaca buku...beli macam2 buku nih....
Selalu juga mendengar sirah Baginda,
Saya masih kurang merasa cinta itu...
Saya ikut juga aktiviti jema'ah,
Tamrin dan program sana - sini siang malam,
Pelbagai idealisme sudah dikupas dan dikhatamkan,
Namun pabila disebut2 nama Baginda,
Mengapa rasa sayang itu tidak begitu berbekas di hati??

Kini memasuki tahun ketiga,
Saya hantar jiwa raga saya mendengar hadith2 Baginda,
Allahu...saya ingat lagi getar hati pabila mendengar pertama kali mendengar alunan Qasidah Mawlid,
Selama jiwa ini saya bawa ke taman2 ilmu seperti ini,
Hanya mampu terdiam bisu tekun mendengar keagungan pemimpin umat manusia ini.
Semoga Allah menguatkan hati dan kaki ini agar terus istiqomah dalam usaha mencintai Nabi s.a.w.

Betapa kita umat zaman ini terlalu ramai melupakan jasa2 dan pengorbanan Baginda.
Betapa kita umat zaman ini terlalu dahaga dengan urusan2 dunia sehingga tiada sedetik masa membaja rasa cinta dan rindu padanya...
Dan itulah saya beberapa tahun kebelakang...
Kerna itu saya sungguh malu, rasa terlambat pula...semoga tidak...
Walau siapa pun kita dan ilmu apa pun yang kita ada,
Marilah berusaha menambah rasa cinta, rindu dan sayang pada Baginda...

Saya bukan orang selayaknya bercakap mengenai Rasulullah s.a.w.
Sayabukan agamawan yang memahami sepenuhnya tingkatan2 ilmu agama ini,
Namun saya telah bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...
Atas kesaksian itu saya ingin terus berasa dekat dengan Baginda di dunia,
dan mahu duduk dekat dengan Baginda di Akhirat kelak...

Di Hari Kelahiran Rasulullah s.a.w hari ini,
Doaku,
Semoga di Padang Mahsyar nanti,
Kau mengenaliku, ya Rasulullah s.a.w!

Dan suatu impian yang tinggi untuk melihat wajahmu nanti,
Dan mendapat syafaat darimu...
Ameen


Sungguh!
Satu kerugian andai kita tidak dikenali Baginda apatah lagi untuk mendapatkan syafaatnya kelak.
Saat itu usah disesalkan masa2 di dunia ini yang tidak kita gunakan untuk menambah rasa cinta dan kasih pada Baginda s.a.w.
Dan hanya dengan ilmu maka berbunga2lah taman cinta buat Baginda.
Selagi hidup ayuhlah memenuhi ruangan majlis2 hadith Baginda.
Kerana yang disampaikan kepada kita itu adalah kata seorang manusia paling mulia.
Lebih mulia kata2nya dari tokoh2 lain yang kita bangga2kan.
Bertebaranlah walau dimana kamu berada,
Carilah cinta dan kasih pada Rasulullah dalam majlis2 yang penuh pesanan2 Baginda.

Perbanyakkanlah selawat dan salam buat Baginda,
Semoga kita mendapat syafaat,
mendapat perlindungan & pembelaan dari Nabi s.a.w,
mendapat rahmat & keampunan dari segala dosa,
mendapat hajat di dunia dan akhirat,
dan menjadi orang yang digembirakan dengan syurga...
(...baca seterusnya kelebihan berselawat)


Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya

Moga didunia mendapat berkat

Di akhirat sana beroleh syafaat...


-SALAM MAULIDURRASUL 1432H-

Saturday, February 12, 2011

Sambut perayaan Kristian perlekeh akidah, pegangan Muslim

PANEL Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan Islam.”

Hakikatnya larangan bagi meraikan sambutan Hari Valentine berpaksikan kepada dua alasan utama iaitu pertama, ia dilarang nas syarak dan kedua ia mampu mendatangkan kesan kehancuran yang besar kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut Rizki Ridyasmara dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, sejarawan masih tiada kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diingati.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah, ada empat pendapat popular berkaitan Hari Valentine.

Pendapat pertama mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak terbabit secara rawak.

Nama gadis yang tertera akan menjadi pasangan dan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.

Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Selepas itu diadakan perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu yang memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kerana beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Peristiwa ini yang sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keagungan cintanya terhadap agama sementara versi lain, cinta kepada seorang gadis.

Pendapat ketiga, ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St Valentine ialah individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu.

Disebabkan sumbangan itu, St Valentine dianggap kekasih rakyat dan 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula berdasarkan apa yang dinukilkan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.

Berdasarkan versi itu, jelaslah tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan sudah terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan akidah Islam dan orang Islam sendiri.

SUMBER: Berita Harian Online 2011/02/12

Mubarak tunduk selepas 18 hari


PENUNJUK perasaan penuh sesak di Dataran Tahrir bagi meneruskan protes buat hari ke-18. Gambar kecil, penunjuk perasaan gembira Mubarak letak jawatan.
Lebih sejuta penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Mesir gembira peletakan jawatan

KAHERAH: Lebih sejuta penunjuk perasaan berarak di kota Kaherah, Iskandariah, Suez dan Delta Nil semalam dan menunjukkan kegembiraan selepas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan, semalam.

Mereka awalnya marah dengan kenyataan tentera menyokong pelan pemimpin mereka terus memegang kuasa hingga pilihan raya bermula September depan.
Mereka berarak ke istana presiden dan melakukan hadangan di depan stesen televisyen rasmi sebagai menunjukkan bantahan terhadap lambang rejim pemerintahan Mubarak.
Penunjuk perasaan menyambut gembira kenyataan Majlis Tertinggi Tentera dianggotai jeneral kanan awal semalam menjamin tuntutan rakyat Mesir akan dipenuhi yang ditafsirkan sebagai tindakan mengambil alih pemerintahan
Tetapi, kenyataan terbaru badan itu mencetuskan kemarahan ramai penunjuk perasaan, lebih-lebih lagi selepas Mubarak masih enggan meletak jawatan meskipun memberi kuasa kepada Naib Presiden, Omar Suleiman.

“Apa yang kamu tunggu lagi?” jerit seorang penunjuk perasaan kepada seorang askar di luar istana utama, Oruba, utara Kaherah dalam bantahan yang disertai 1,000 orang.

Tidak diketahui sama ada Mubarak ada di dalam. Istana itu dikawal empat kereta kebal dan kawat berduri tetapi askar tidak menghalang orang ramai berhimpun bagi membuat bantahan.
Dataran Tahrir pula penuh sesak dengan penunjuk perasaan yang meneruskan protes buat hari ke-18.

Di Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir, lebih 100,000 orang berkumpul di dataran utamanya dan mula berarak ke kediaman utama Mubaral di bandar itu di Istana Ras el-Tin.

Penunjuk perasaan berkata mereka semakin bersemangat untuk menamatkan pemerintahan Mubarak dan akan cuba mendapatkan sokongan tentera dengan menjerit ‘rakyat dan tentera adalah satu tangan.’

Tukang baca khutbah solat Jumaat di Dataran Tahrir juga menggesa penunjuk perasaan meneruskan usaha mereka.

“Kita sudah bertahun-tahun hidup tanpa bersuara. Hari ini, kita suruh rejim sekarang berundur. Kita berdoa setiap Jumaat di sini pada minggu akan datang dan mempertahankan maruah kita.”

Kenyataan kedua tentera digelar ‘Perisytiharan Nombor 2’ menyokong rancangan Mubarak memberi sebahagian kuasanya kepada Suleiman selain berjanji memastikan Presiden dan timbalannya memenuhi janji mereka.

Kemarahan penunjuk perasaan kepada kenyataan tentera juga meletus di kota Suez dan bandar Tanta di Delta Nil dengan beribu-ribu penduduk menyertai perarakan anti-Mubarak.

Harapan bahawa Mubarak akan meletak jawatan meningkat kelmarin selepas majlis tentera mengeluarkan ‘Perisytiharan Nombor 1’ menyatakan ia campur tangan untuk menyelamatkan negara dan seorang panglima kanan memberitahu penunjuk perasaan bahawa semua tuntutan mereka akan dipenuhi.

Tetapi, beribu-ribu penunjuk perasaan kembali marah selepas dikejutkan dengan ucapan Mubarak mengatakan beliau tidak akan meletak jawatan, beberapa jam kemudian. – AP

Sumber: Berita Harian online

Thursday, February 10, 2011

MEANING???

I' ve found this.

"A symmetry boggles over a snag."

Meaning???

Huhuhu
(@_@)

PUISI 2: SAJAK BUAT MUHAMMAD S.A.W


Salam AtasMu Ya Rasulullah SAW,
Salam atasmu Wahai Perhiasan Para Nabi,
Salam atasmu Wahai Nabi Yang Paling Bertaqwa,
Salam atasmu Wahai Nabi Yang Paling Suci,
Salam atasmu daripada Tuhan empunya langit,
Salam atasmu selama-lamanya tanpa kesudahan,
Salam atasmu Wahai Ahmad Kekasihku,
Salam atasmu Wahai Thoha Penawarku,
Salam atasmu Wahai Kasturi dan Wangianku,
Salam atas Ikutan Yang Paling Utama,
Salam atas Nabi Yang Dimahkotakan Dengan Kemuliaan,
Salam atas Nabi Yang Dinaungi Awan,
Salam atas Nabi Pemberi Syafaat Pada Hari Kiamat.

Meskipun zahir bentuk bashari,
Batinnya bangsa terlalu safi,
Kerana peri haknya ruhani,
Pernah berkata lisannya murni:

Sebagai nabi aku terkandung,

Dalam rahasia di Balai Agung,
Padahal Adam masih terapung,
Antara air dan tanah lempung.

Meskipun rupaku anak Adam,
Darjatku asal terlebih kiram.

Tatkala Adam belum teringat,
Tatkala Kalam belum bersurat,
Dan Papan tulis belum tercatat,
Sudah terpandang oleh kunhi Zat,
Seri wajahku di dalam mirat.

Sinaran sani cahaya kamalat,
Pancaran murni asma dan sifat,
Rumusan seni segala makhlukat,
Yang zahir pada cermin hakikat,
Dalam diriku semua terlibat.

(Puji-pujian Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad salla’ Llahu alayhi wa sallam oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku Risalah Untuk Kaum Muslimin)

Tuesday, February 8, 2011

PUISI 1: YA RASULULLAH


Ya Rasulullah,
Kala ku kuak tabir kasihmu
Yang terlakar kemas dalam dakapan waktu
Aku malu sendiri
Terpatung daku pada hakikat diri

Cuba kuketuk benteng keras di hati
Yang berpalit agam karat mazmumah
Hati, yang kian jauh bermusafir
Jauh dari kenangan kasihmu nan terpatri

Ya Mustafa,
Andai hari ini dikau menjengukku
Pasti menitis air matamu itu
Pasti ceriamu berbuah lesu
Pasti tak terbayang keperitan rajukmu

Diri ini kian lupa
Lupa pada hakikat sebagai khalifah
Yang kau wariskan padaku..
Yang kau wariskan pada umatmu ini

Diri ini mendamba syafaatmu
Mendamba sinar cintamu nan sejati
Namun diri ini mungkir
Mungkir pada janji nan terukir

Ya habibi,
Maafkan daku
Maafkan daku
Maafkan daku

Akan kucari kembali sinar kasihmu itu
Agar sirna zulumat di hati
Agar terungkai resah nan lama bertaut
Agar aku kembali mengikat rantai perjuanganmu

Ya Rabbi
Sampaikan salamku buatnya
Buat kekasihMu itu
Moga kau limpahi hati ini
Dengan baraan semangat berapi
Moga kau penuhi hati ini
Dengan cinta setegar Abu Bakr
Moga kasih ini bertaut kembali…

Tewaskanlah kelemahan ini ya Rabbi
Moga warna ceria mujahadah insani
Bersinar kembali

…pasrah mencari cinta hakiki dalam medan pertempuran nafsu nan tak bertepi…

- QalamNeirysa-
27 April 2005
8:02 PM
Rathmines, Dublin.

Monday, February 7, 2011

HARI LAHIR KEKASIH


Saudara saudari yang membaca,
Sekadar ingin mengingatkan,
Hari Memperingati Kekasih kita,
Bagi tahun 2011 ini,
BUKAN 14 Februari 2011!

Tandakan dengan betul,
Pada kalender anda ya,
Hari Memperingati Kekasih 2011,
Jatuh pada 15 Februari 2011,
Bersamaan 12 Rabi'ul awwal 1432H!



Malah mengingatinya bukan sehari,
Tapi sepanjang masa,
Ya Rasulullah!
Kami menanti Hari Lahir Kekasih Allah,
Menanti dan menghitungnya,
Semoga bukan dosa,
tapi pahala yang kami dapat,
Kerana hanya Baginda selayak2 manusia,
Yang mendapat WAJIB tempat,
Di hati manusia serata alam....

Hitunglah hari itu, sambil berselawat ke atasnya!!

:: Allahumma sholli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain ::