SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, September 30, 2010

DOA YANG TERSIMPAN

Bismillahirrahmannirrahim...

Sangat rindu untuk menulis. Hari ini puasa sunat 6 hari diteruskan. Esok hari yang terakhir, insyaALLAH.

Hmm...sesuatu yang telah berlaku sebelum saya bercuti Hari Raya menyebabkan diri saya dan hati saya ini ingin beredar dengan harapan ia boleh yang lupakan buat seketika. Nekad!

Dan, berakhir cuti Hari Raya saya kembali ke kampus dan perkara itu datang menjengah. Mengambil keputusan untuk mendiamkan diri, tetapi saya bimbang ia disalaherti.

Maka, saya bermohon pada Tuhan.
Saya memohon agar hati saya ini terus dijaga tanpa saya ambil terlalu banyak peduli tentang perkara itu.
Saya memohon agar hati saya ini memandangnya sebagai satu kebaikan yang ingin Allah beri kepada saya.
Saya memohon lagi agar hati saya ini memandangnya sebagai satu kebaikan yang Allah berikan dalam kehidupan orang lain.
Saya memohon agar hati ini bersangka baik atas perencanaanNya ke atas diri saya dan juga orang lain.

Doa ini saya simpan agar hati saya ini terjaga.
Doa ini saya lafazkan agar saya tidak menyakiti orang lain.
Doa ini akan terus saya doakan kerana saya mengharap Redha dari Tuhan saya.

p/s:
Dia sedang mencari KETENANGAN.
Saya mengharap dia menjumpai ketenangan yang dicarinya itu.

“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fath: 4

Friday, September 24, 2010

MAJLIS AQAD NIKAH DAN DOA SELAMAT




Syukur, akhirnya abang saya Mohd. Raufa Irman bin Abdul Raub selamat dan sah menjadi suami Aisyah Humaira Liew Abdullah tanggal 16 September 2010. Lagu ini untuk kamu =)

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya




Monday, September 6, 2010

AKHIRNYA ABANG AKAN MENIKAH (n_n)Y


Salam. Saya mewakili keluarga saya, dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kakanda sulung saya, Mohd Raufa Irman bin Abdul Raub, Raufa Irman Al-Wafa akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Aisyah Humaira Liew Abdullah, Aisyah Humaira Liew pada 16 September 2010, Khamis, bersamaan 7 Syawal 1431H.

Majlis aqad nikah akan dilangsungkan di Masjid At-Taqwa, Kg. Gita selepas Asar. Dan pada sebelah malamnya akan diadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di rumah saya beralamat

396, Jalan Bunga Kenanga,
Kampung Pinang Jawa,
93050 Kuching....


Memohon agar teman2, sahabat2, rakan taulan yang dikasihi mendoakan kelancaran majlis. Mudahan ia diiringin barokah daripada ALLAH.Ameen..

Saturday, September 4, 2010

CUTI RAYA (n_n)Y

Alhamdulillah....saya selamat tiba di teratak yang dahulunya diberi nama "SRI MAGHFIRAH". Itulah baiti...rumah yang ada lukisan. Lukisan itu berusia 20 tahun...dan kami sekeluarga menyayanginya.

Melangkah keluar dari kampus UIAM Gombak kelmarin menghadirkan rasa berat di hati. Ramadhan kali ini aku rasakan lain dari tahun2 yang lepas. Mungkin sebab itulah ada rasa hiba meninggalkan daerah Gombak dan sekitarnya. Ada sesuatu yang berharga, sukar diungkap dengan kata2. Semoga yang kutinggalkan buat seketika itu ada hasanah di sebaliknya.

Ramadhan...berbaki 4 hari lagi. Aku ingin memanfaatkan sebaik2nya. Ilmu dari guru2ku di sana harus kuamalkan sekarang. Inilah lapangan sebenar yang tersedia buatku...aku ingin terus istiqomah sepertimana aku di kampus. Ya, mungkin agenda lebih bertambah kerana bersama keluarga dan rakan2 di sini...moga masa2ku untuk beribadat tidak terganggu...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan:

Selamat Mengejar Lailatul Qadar.
Manfaatkanlah masa2 yang tertinggal ini.



&

Selamat Hari Raya Aildifitri
Raikan dengan kesyukuran yang berpanjangan..