SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, August 26, 2010

KAMEK SAYANG KITAK

Kamek Sayang Kitak, wahai al-Quran...
Hari ini 17 Ramadhan, tercatat dari sejarah Islam 2 peristiwa besar iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar. Allah izinkan lagi kaki ini untuk mencedok ilmu di Masjid TAR, Ampang. Kuliah Sheikh Fuad malam ini khusus buat Kalam Allah, Al-Quran yang mulia...

~~KURNIA, ANUGERAH, NIKMAT~~~
Tiga karakter al-Quran yang Tuan Sheikh sebut2 sepanjang kuliahnya. Taat hatiku mendengar sehingga timbul insaf kerana tidak "bercinta" dengan al-Quran dengan cinta yang penuh kecintaan sebelum ini.

Al-Quran adalah anugerah buat seluruh umat manusia yang tiada tolok bandingnya. Ia adalah "hablun marsulun" iaitu tali yang menghubungkan kita dengan empunya kalam tersebut. Ia adalah anugerah yang wajib disyukuri sehingga Allah menamakan orang2 yang tidak tahu bersyukur sebagai orang yang kufur. Sepertimana disebut dalam Surah Ibrahim ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

" Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Mengapa sukar mensyukuri nikmat al-Quran yang dianugerahkan buat kita? Padahal walaupun bertambah syukur kita kepadanya, tidak pula akan bertambah satu ayat atau satu surah pun dalam al-Quran. Yang bertambah adalah KEFAHAMAN kita terhadap isi kandungannya sehingga mampu untuk mengamalkannya.

Jadi, mana mungkin kita ni nak menjunjung perintah Raja kita yang menulis surat kepada kita, tapi kita tak faham langsung surat itu. Kita harus berusaha untuk bertambah dekat dengan al-Quran. Orang yang bertambah dekat dengan al-Quran merasakan sehingga tiada lagi yang mereka cintai selain al-Quran. Golongan salafussoleh, bangun2 tidur tak nampak dah benda lain selain mushaf al-Quran.

Golongan yang KUFUR, tidak faham al-Quran adalah ANUGERAH dan NIKMAT. Berapa ramai manusia yang diturunkan Al-Quran kepada mereka, tetapi tidak tahu hari ini hari al-Quran diturunkan. Kalau tak ada cuti Nuzul Quran, pasti tiada yang akan sedar dan ambil peduli. Tiada. Berapa ramai yang sekadar ambil cuti Nuzul Quran, menggunakan cutinya untuk balik kampung? Ada pula yang buat majlis keramaian. Lagi...ada pula guna cuti untuk membeli belah hari raya....Inilah HAKIKAT yang berlaku pada umat Islam sekarang ini.

Sebab apa HAKIKAT ini terjadi? Sebab ramai yang tidak bersyukur kerana merasakan rumah mereka lebih mulia dari al-Quran, anak bini mereka lebih mulia dari al-Quran, diri mereka lebih mulia dari al-Quran!

Macam manalah nak bersyukur kalau TAK FAHAM anugerah dari ALLAH dan tidak memandang al-Quran sebagai NIKMAT, ANUGERAH dan KURNIAAN!!

Kawan2, al-Quran diturunkan pada kita sebagai tanda kasih Allah pada umat Muhammad sehingga Allah tinggalkan tali penghubung pada umat itu sebagai penghubung kepada Penciptanya. Dan, sungguh! Azab Allah amat pedih bagi golongan yang tidak bersyukur ini.

Seorang Yahudi berkata kepada Saidina Umar: " Wahai ketua orang mukmin, andai satu ayat dalam kitab al-Quran diturunkan ke atas kami (iaitu golongan Yahudi), maka kami akan raikan dengan mengadakan Hari Raya".

Sesungguhnya orang yang mendapat nikmat tidak merasa dirinya dalam kenikmatan.
Sesungguhnya orang yang mendapat kesihatan tidak merasa dirinya dalam kenikmatan sehingga dia jatuh sakit.
Sesungguhnya orang yang mendapat berjawatan tinggi tidak merasa dirinya dalam kenikmatan sehingga dia turun pangkat.

Al-Quran ialah mukjizat terbesar pada umat Muhammad, kekal walaupun selepas kewafatannya. Mukjizat Nabi s.a.w sangat banyak, bergemerlapan, bercahaya, terang-benderang daripada mukjizat Nabi-Nabi lain.

Nabi s.a.w memiliki paling banyak mukjizat dan antaranya Kalam Allah yang bersifat "mukjizul basyar" iaitu melemahkan manusia yang mencabar kelemahan al-Quran. Dari gaya bahasanya, maksudnya, dan lain lagi. Tiada yang boleh mencabar kebenaran al-Quran. Kalau ada pun yang nak cabar al-Quran, al-Quran sendiri akan jawab cabaran tersebut. Walaupun jin dan manusia berbantu-bantu untuk membuat al-Quran, maka tiada yang akan mampu.

Kalau nak kata al-Quran tu ciptaan Muhammad, kita akan dapati al-Quran menolak dakwaan tersebut. Tidak mungkin seorang yang tidak pandai menulis, membaca dan mengarang boleh buat al-Quran.

Kalau kita selak dari helaian ke helaian dalam al-Quran, rahsianya tak pernah habis. Manusia akan menemui keajaiban al-Quran iaitu bagi orang2 yang mentadabbur isi kandungan al-Quran, yang membuka hatinya untuk memahami isi-isinya.

Kalau kita semak:
Perkataan "al-Yaum" = 365 kalimat sama seperti 365 hari setahun.
Perkataan "al-Ayyam" atau "al-Yauman" = 30 kalimat sama seperti 30 hari sebulan.
Perkataan "al-Syahar" = 12 kalimat sama seperti 12 bulan setahun.

Allahu ALLAH...banyak lagi rahsia2 al-Quran.
Cerita kejadian manusia dan alam satu-persatu Allah cerita, padahal pada masa itu belum ada lagi kajian2 biologi dan sebagainya, tapi dah ada dalam al-Quran. Contoh lagi, "nutfah" dalam al-Quran yang bermaksud setitis mani...orang2 Arab Jahilliyah mana faham. Dan jika tika itu belum ada kajian2 ilmiah, maka sudah tentu ia datang dari Allah...

Gunung terduduk tidak bergerak, tapi sebenarnya ia bergerak. Kalau tuan tengok peta dunia, 500 juta tahun dahulu, negara Mesir tu dekat dengan negara Afrika. Siapa kata gunung tidak bergerak. Setiap tahun daratan ini bergerak beberapa sentimeter setiap tahun dan ini pun ada diceritakan dalam al-Quran.

Banyak lagi kisah al-Quran yang diceritakan Sheikh Fuad: kewujudan Zoo, cerita klorofil...hehe menarik2 sehingga saya tidak mahu menyalin lagi kerana sedapnya mendengar cerita Tuan Guru....

Alhamdulillah...saya pulang dengan rasa bahagia. Cita2 saya selepas habis pengajian ini ingin diteruskan jua! MESTI! MESTI! =D

Ya Allah, Kau mudahkan jalan2ku. Semoga al-Quran dekat di hatiku, dalam setiap nafasku, sepanjang hayatku....Ameen

Monday, August 23, 2010

MINGGU GETIR BERMULA


Subhanallah...pejam celik, pejam celik...semester ini sudah memasuki minggu ke-7. Maka, tinggal lebih kurang 10 minggu lagi sebelum ia berakhir....*Urgh! Wal-Asr*

Minggu getir bermula lagi a.k.a minggu exam. Lihatlah di ruangan PERJALANAN HIDUP saya di sebelah kanan tuh.Hmmm...Ada segelintir kawan2 mengeluh...jatuhnya minggu exam pada bulan puasa....hmm, teringat pesan seorang classmate:: Jangan merasakan puasa itu melemahkan kekuatan untuk study minggu2 exam nih...insyaALLAH...banyak hikmahnya, berganda doanya...mudahan Allah makbulkan...

InsyaALLAH, bagi saya pula, semoga semuanya berjalan lancar. Peperiksaan sebagai kayu ukur kefahaman saya, maju ke tak maju. Dalam debar saya mengharap, walaupun sangat merasakan subjek2 tahun akhir ini SANGAT BAHAYA! Boleh jadi PEMBUNUH kalau tak faham betul2. Dan Ramadhan, kayu ukur PEPERIKSAAN TUHAN, sama ada di akhirnya kelak akan mendapat keuntungan ataupun kerugian.

Dan, kuliah Sheikh Fuad PASTINYA berjalan lebih hebat...namun, terpaksa saya korbankan beberapa siri. Dunia baru saya ini memberi kepuasan...sebagai pengganti sesuatu yang tinggalkan dengan rela. Begitu juga majlis2 talaqi Ustaz Muhadir...moga dapat barokah bila hadir di majlis2 orang2 a'lim seperti mereka. Biar kesibukan baru saya ini lebih mendatangkan manfaat dari mudharat. Yang saya belajar ilmu dunia belaka, dan kehadiran mereka membuka mata pada jalan hidup sebenar...

Hidup ini satu perjalanan. Kadang2 jalannya indah, sedap mata memandang. Kadang2 jalannya suram, kecundang dalam dosa sendiri ataupun teruji dengan apa yang datang dan pergi. Hati manusia sukar dijangka, memang adakalanya kita terluka...sakitnya biar ALLAH ubati...kerana DIA MAHA MENGERTI.

Allahumaa'na... =)

Friday, August 20, 2010

T_T > =''')

Berderai air mata,
Mengalir tanpa dapat ditahan,
Sedihnya, ya ALLAH,
Laman hati dicantas,
Akal memujuk,
Nafsu mengajuk....

Menahan amarah,
Penawar Ramadhan,
Sedikit demi sedikit ia hilang,
Ya Allah kuredha.....

Baru sebentar,
Terasa Kau hilangkan mentari,
Sekelip mata,
Kau pancarkan pelangi,
Cahaya yang satu kini berjuta,
Memujuk diri usah bersedih lagi...

Ini bukan beban,
Ini cabaran,
Allahummaa'na,
Allahu Rabbi...

Wednesday, August 18, 2010

M-A-A-F


Sekembali dari Darul Maliki di Ampang, mahligai ilmu milik Sheikh Fuad Kamaluddin al-Maliki.
Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan tentang satu sifat yang paling sukar dilakukan oleh manusia iaitu M-A-A-F...

"Saya minta maaf atas segala kesilapan saya".
"Saya maafkan kesalahan kamu".
"Saya mohon maaf dan saya tidak mahu teruskan salah faham ini".

dan macam2 lagi kata2 maaf hadir dari pelbagai bentuk dan tujuan.

Saya seorang yang ego. Teramat sukar untuk saya memulakan maaf dan memberi maaf kepada orang lain. Hari demi hari, tahun berganti tahun...usia belasan tahun bakal naik ke angka 23 tahun. Sepanjang perjalanan itu, saya akui saya masih dalam proses merubah sifat ini. Kerana saya masih ada kesedaran untuk FAHAM bahawa ia bukan sifat yang menguntungkan diri saya dan orang lain.

BERUBAH:: subjek yang amat sukar untuk dilaksanakan. Berperang dengan EGO, namun sebahagian hati ingin berubah...Allahu ALLAH sesungguhnya, tanpa ilmu kita tiada mampu memandu hidup. Tanpa sahabat, kita tak kenal erti TOLERANSI dalam bersahabat.

Saya bersyukur hari ini saya mampu dan diberi peluang oleh ALLAH untuk terus memohon maaf dan memberi maaf walaupun memang SUSAH. Tapi, kita MESTI! MESTI!

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
Ya ALLAH, tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut::

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah S.A.W pun mengatakan "AMINN" sebanyak 3 kali...

Semoga Allah melapangkan hati2 kita kerana sesungguhnya dengan bermaaf2an hati jadi tenang dan tenteram... =)

Monday, August 16, 2010

UWAIS AL-QARNI dan SUNGKEI JAMAIE


Alhamdulillah..aku masih bernyawa...masih bernafas walaupun ada sesak2 sedikit rasanya. D-E-M-A-M! Ya, aku demam....hidung sumbat, sesekali bersin dan kepala terasa berat.

Sejak dari dalam LRT baru yang aku naiki Sabtu lepas lagi, simtom2nya dapat kurasakan dek air-cond LRT baru tu sangat sejuk yang teramat. Namun, aku biarkan...mungkin perasaan saja. Akhirnya hari Ahad malam Isnin, aku terbaring tidak bermaya.

Sesekali, teringat tazkirah yang aku berikan di dalam Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak di Masjid As-Syakirin hari Sabtu lepas. Berkongsi cerita tentang Uwais al-Qarni, seorang tabiin yang dijanjikan syurga. Yelah...demam ini sakit yang menimpa. Kaitannya dengan Uwais al-Qarni ialah beliau juga ditakdirkan sakit...penyakit kulit (sopak) yang menyebabkan kulitnya hampir putih satu badan. Namun, tidaklah beliau meminta untuk diubat kerana baginya itu Allah yang beri padanya. Sungguh hatinya bersyukur dan redha dengan ujian penyakit itu. Aku??? Sekadar demam biasa...masakan tidak mampu lagi untuk bersyukur? Allahu Allah...sesungguhnya yang banyak bercakap memang lebih banyak diuji...hehehe =)

Ikuti kisah penuh mengenai TAZKIRAH RAMADHAN : DOA PALING UTAMA DI BULAN RAMADHAN. di sini.

Seusai usrah di KLCC, kami beramai2 ke Pusat Asasi UIA Petaling Jaya. Nak buat Sungkei Jamaie atau dalam kata lain Berbuka Puasa Beramai2. Alhamdulillah, bumi matrikulasi sudah terlalu lama tidak dijejak. Sesekali, rindok juak nangga Mahallah Khadijah yang dicat baru...hee..kacak2! Dan, syukur juga dapat juga bersungkei bersama adik2 PERKEPIS di sini.

InsyaALLAH, esok ada pembentangan EAP. Maka, bersedialah untuk mengeluarkan suara yang sedap versi demam ku..hehehe..ALLAHUMA A'NA~~ =)

Wednesday, August 11, 2010

SLAMAT DATANG, ENCIK RAMADHAN!!!


Ramadhan Kareem! Ramadhan Mubarak... =)
Saya, Siti Raufa Sufrina binti Abdul Raub, ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Beribadat pada seluruh umat Islam di muka Bumi ini.
Saya pasti ramai yang merindui kedatangan bulan Rahmah dan Barokah ini.
Dan, ada juga segelintir yang merasa beban untuk menunaikan perintah Allah ini.

Berkongsi tazkirah Ramdhan semasa solat Tarawih tadi, harus kita letakkan niat kita betul2. Di mana kedudukan Allah sebenarnya andai kita merasa susah mengerjakannya. Begini kisahnya...

Ada seorang lelaki, punyai seekor keldai. Satu hari, keldai itu sakit. Lalu lelaki itu berasa susah hati. Dia akhirnya bernazar pada Allah: Ya Allah, kalau Kau sembuhkan keldaiku ini, aku akan berpuasa 7 hari..

Setelah beberapa hari, sembuhlah si keldai dan bernazarlah lelaki itu. Tetapi, baru beberapa hari sembuh, keldai itu ditaqdirkan mati tanpa sebab (dah ajal..hoho). Lalu, lelaki itu berkata:
Sampai hati Kau lakukan sebegini pada aku Allah. Jika begitu, aku akan KURANGKAN JUMLAH PUASAKU DI BULAN RAMADHAN KELAK sebagai balasan.

MasyaALLAH....memandai je kan? Konsep meletakkan kedudukan Allah dalam pekerjaan sehari2 tidak akan melahirkan rasa BEBAN dan DENDAM, sebaliknya kita redha atas apa yang Dia rencanakan buat kita setiap hari. Jika niat "...kerana Allah Taala", maka jadikanlah ia kerana Allah Taala....

Dan...ada satu SMS yang saya gemar.. =):

Salam. Nama saya SYA'BAN. Saya ingin menginagtkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu REZEKI dan kedua2 anaknya iaitu SAHUR & IFTAR. Mereka akan ditemani oleh ketiga2 cucunya iaitu RAHMAT, BAROKAH & KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL AIRLINES. Hargailah mereka dan anda akan mendapat PAHALA yang berlipat ganda!!! InsyaALLAH...ameen...


RAMADHAN KAREEM!! ALLHUA'ZIM!! =)

Wednesday, August 4, 2010

KEM BERAMBEH SELASEH 5:: "URANG SARAWAK BOLEH BAH"

Heee...salam KBS 5 pada pembaca..

Kem Berambeh Selaseh berusia 4 tahun memasuk Siri yang ke-5. Saya membesar dalam keluarga ini merasai perbezaan demi perbezaan yang ketara. Ada yang lebih baik dan ada yang perlu penambahbaikan.

Namun, istimewanya KBS 5 anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak cawangan semenanjung Malaysia (PERKEPISMA) kali ini ialah saya merasakan kali ini persediaan saya secara peribadi di luar dari kebiasaan. Mungkin KBS yang terakhir yang mendapat sedikit sentuhan saya memandangkan tahun ini merupakan Tahun Akhir di UIAM, jadi persediaan itu lebih kepada menyediakan TEAM KBS 5 yang lebih junior agar lebih ta'aruf dan tafahum dengan gerak kerja KBS-KBS yang akan datang.




Seramai 43 orang peserta telah meluangkan masa di Kem PTS Janda Baik, Bentong, Pahang Darul Makmur. Ya, jumlah itu bertambah walaupun agak mengecewakan apabila ada peserta yang terpaksa membatalkan penyertaan akibat pertindihan program di kampus masing2.

Suasana sejuk mengigit tulang sejak dari dalam bas lagi, bertambah sejuk setibanya kami di tapak program. Alangkah ruginya saya, tidak berkesempatan bertemu dengan tuan Kem PTS, Puan Ainon Mohd yang membenarkan kami berprogram di tempat beliau yang saat2 akhir. Alhamdulillah....berbanyak2 terima kasih kami ucapkan.

Secara kasarnya, antara aktiviti yang sempat dilaksanakan ialah Slot Istimewa bersama saudari Sheril Aida Sulainan, Timbalan Pengerusi Hewi II PERKEPIS, dengan tajuk slot "Bagaimana Menangani Kejutan Budaya?". Para peserta juga diperkenalkan dengan Qasidah Mawlid yang diindahkan dengan pukulan darbuka. Malam Pengenalan PERKEPIS turut diadakan bagi memperkenalkan misi dan visi PERKEPIS dan juga penggerak2 PERKEPIS di Bumi Kenyalang juga di Semenanjung Malaysia. Dan slot yang paling menyentuh hati saya ialah slot Resolusi di mana ketika ini, peserta2 berkongsi perasaan mereka sepanjang KBS 5 dan ada yang baru sedar betapa penting mempunyai sikap ambil tahu tentang anak2 negeri masing2 agar mereka menjadi orang2 yang berfungsi sekembali di tempat masing2.

Saya mendoakan agar semangat "Urang Sarawak Boleh Bah!" terus meresap dalam jiwa para peserta dalam menghadapi cabaran di dalam mahupun di luar kampus. Haruslah diketepikan benteng minda atau "mental block" untuk maju ke hadapan. Cabaran hidup itu utama bagi mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri. Andai terasa goyah dalam perjuangan yang dinamakan hidup, kembalilah semula dalam keluarga ini untuk kita bina kembali kekentalan hati itu.

Harapan saya agar pengisian2 KBS lebih mantap di masa hadapan agar lebih banyak manfaatnya buat warga musafir Bumi Kenyalang... =)

Tahniah kepada urusetia program: Amad, Rahman, Nu'aim, Zuria, Krol, Rizqi. Nesa, Zanna, Haziq...juga kepada senior2 PERKEPISMA: Hisyam, Usup, Zarif, Gjan, Jojie, Wani, Aida dan tidak dilupakan seluruh peserta KBS 5 dari kampus: UIA PJ, UIA Nilai, Politeknik Melaka & Selangor, USIM, UPSI, IIC, Darul Quran dan UM.

Ribuan terima kasih pada semua yang telah menjayakan Kem Beramseh Selaseh 5 secara langsung mahupun tidak langsung.