SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, May 27, 2010

YOUR BOSS IS ALWAYS RIGHT


Peristiwa semalam masih berbekas di hati. Syukurlah, jarak antara Usrah Pimpinan PERKEPIS yang saya hadiri 2 hari lepas menjadi medan “muhasabah kilat”. Erm…maksudnya aura usrah yang baru sahaja lepas itu melawan rasa negatif dengan segera.


Semalam budak2 praktikal SIRIM dipanggil ke bilik mesyuarat untuk menghadap big boss. Sebelum itu yang saya pelik, adalah sorang hamba ALLAH ni, asyik2 bertanya adakah semua budak2 praktikal hadir kerana 2 hari sebelumnya seorang daripada kami tidak hadir. Kata manusia itu lagi, bos nak marah kamu semua sebab tak jawab telefon ofis.


Situasi di pihak kami ialah kami budak2 baru belajar ini tidak tahu membezakan bunyi telefon yang berbeza2 itu-ada yang paling nyaring, sederhana nyaring dan tidak nyaring sehingga kadang2 tidak kedengaran. Dan, kami tidak berani kerana staf2 di sini tidak mengajar kami mengenalpasti bunyi telefon dari luar dengan bunyi telefon untuk staf2 berhubung di dalam kecuali saya. Kebetulan, ketika bos intercom telefon di seksyen kami iaitu di telefon yang tidak nyaring dan tiada staf di pejabat (hanya tinggal budak2 praktikal). Tetapi, saya tidak berada di situ. Dan, kata hamba ALLAH itu lagi dengan seriusnya, sebab itu sahaja bos marah!


Masuk ke bilik mesyurat saya turut risau dimarahi bos kami kerana fi’il bos kami ni memang tak boleh lihat perkara2 yang tak sedap dipandang di kalangan staf2 SIRIM. Sepanjang bos kami berkenalan dan berbual2 dengan kami, tidak ada sepatah perkataan pun yang memaki, marah, mencaci dan me******** kami. Define yourself. Saya simpulkan sesi itu sebagai sesi perkenalan secara rasmi dengan bos kami dan dia sebagai bos ingin menyampaikan peringatan dan harapannya pada kami. This is the most memorable speech from my boss that I’ll always remember.


Saya bertanya dan meluahkan apa yang berlaku dengan staf di seksyen saya. Rupa2nya hamba ALLAH itu sejak dari dulu lagi “berolah” seperti itu. Mereka rupa2nya menerima nasib yang sama dengan kami sekarang ketika mula2 bekerja setahun yang lepas. ALLAHU ALLAH!


PENGAJARAN: Jangan mengapi2kan orang lain (bos anda) untuk melihat kejatuhan atau musibah menimpa orang lain.


Peristiwa kedua yang berlaku semalam ialah dengan seorang pelanggan dari Singapura yang datang ke SIRIM untuk memohon permit kerana walkie-talkie nya ditahan oleh KASTAM di Lapangan Terbang Kuching. Dia kelihatan resah dan soalan2nya pelik2 belaka.

1- Where am I now?

2- What is SIRIM?

3- Why SIRIM so bother about user’s safety?


Saya diajukan soalan ke-2 dan ke-3 dan hanya dapat menjawab soalan ke-2 sahaja. Soalan pertama itu dijawab oleh staf senior. Dan soalan ke-3 tidak menyebabkan saya hanya mampu melihat wajahnya dan tidak terkata2 saya dibuatnya. Terus saya memanggil staff senior yang sama. Tetapi, kekecohan pula berlaku apabila mamat ini meninggikan suaranya yang menyebabkan seorang demi seorang senior staff tampil ke depan. Jumlahnya 4orang senior staff menjawab soalan pelik lagi berupa provokasi dari mamat ni.


Geram juga tetapi kelakar juga. Mamat ni pelik kenapa perlu bayar yuran RM220 untuk permit sahaja sedangkan itu barang dia. Dan katanya lagi, kalau barangnya itu diuji dan pecah dia akan saman SIRIM. Kesimpulannya, dia mempersoalkan polisi dan system di SIRIM dan mempersoalkan polisi dan system Negara Malaysia. ALLAHU ALLAH!


PENGAJARAN: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.


Berbaki sebulan lagi tempoh latihan industri saya terlalu banyak perkara yang saya pelajari bersama2 dengan keluarga SIRIM ini. Seperti amanat daripada bos saya, tak semua pelajar cemerlang akademik boleh menjadi pekerja yang cemerlang juga. Malah dirinya sendiri akan memilih pekerja2 yang majoritinya mempunyai CGPA kurang daripada 3.0 untuk bekerja di sini. Katanya lagi kalau setakat muka cantik, CGPA tinggi, tetapi tidak pandai beradab dengan orang dan pekerja2 lain, “please pack your stuff and go”.


Dia tidak akan bertanya kepada kami bagaimana nak buktikan persamaan “flow rate = ½ pgh” and he don’t care. Tapi, dia ingin pekerja2nya boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran di pejabat dan menjaga hubungan dengan bos dan pekerja2 lain. Yang paling utama: YOUR BOSS IS ALWAYS RIGHT. Fuh!!!! Jadi pandai2lah nak berlakon ambil hati bos.


I loved having that 30 mins meeting with our boss. Semoga sebulan yang mendatang menjadikan kami semua pekerja yang lebih baik

Monday, May 17, 2010

CERITA DI SEBALIK LAYANG2


Layang2 terbang di angkasa. Semua mata kagum dan terpaku melihatnya. Alhamdulillah saya berkesempatan mengunjungi Pantai Pasir Panjang bagi menyertai Pesta Layang-layang anjuran adik2 Projek Jambatan Emas pada 16 Mei 2010.


Pertama kali saya bermain layang2 ialah di Pantai Indah di Kuala Selangor bersama keluarga angkat suatu ketika dahulu. Seronok kerana angin kuat menerbangkan layang2 yang saya naikkan tinggi sekali.


Dan semalam keadaan tidaklah seindah kenangan itu. Teringat kata2 Adli, perancangan sudah sempurna. Apabila kita melihat awan mendung dan terlihat titisan hujan mulai jatuh ke Bumi, kita mengharapkan agar hujan tidak turun dengan lebat. Tetapi, apabila hujan tidak terjadi, angin pula tidak sekuat yang diharapkan.


Begitulah sebenarnya sunnahtullah hidup kita sebagai manusia yang melayari kehidupan yang penuh dengan “Up and Down” ini. Namun di akhirnya, dalam setiap tindakan akhirnya hati kita ini sentiasa basah dengan harapan2 dan doa2 pada Yang Maha Esa.


Saya dan ahli kumpulan menghasilkan layang2 yang bernama “ The Flying Kupu2”. =D Seperti yang diimpikan. Namun, ia juga gagal meredah setinggi2 langit itu. Sehingga ada sahabat yang mempersoalkan ilmu aerodynamics yang tidak diaplikasikan pada layang2 itu. Huhuhu~~~



Sepanjang perjalanan pulang semalam, saya terfikir2 pada soalan yang diajukan saudara Azrul pada sesi Khulasah (penutupan) : Apa cerita di sebalik Pesta Layang2 ini? Jadi, saya pun mengolah cerita pendek tentang layang2 yang tidak berjaya melayang tinggi.


Layang2 itu…kita mengharapkan ia terbang tinggi. Maka kita berusaha bersungguh-sungguh menyiapkannya dengan penuh cermat. Kita hias cantik2, kita ikat benang tangsi yang lebih kuat sebagai elemen untuk menerbangkannya. Kemudian, kita ajak seorang sahabat memegangnya dan kita pula memegang segulung tali. Kedua2nya bersedia menaikkannya. 1 2 3! Lepas! Melompatlah si kawan melepaskan tangannya ke langit. Kita pula bersedia menarik2 talinya agar ia naik. Namun...ia rebah menyembah tanah. Dan sekali lagi kita mengulangi tindakan yang sama. Masih juga ia jatuh tak naik2. Dan berulang2 kita berusaha lagi…hasilnya tetap sama. Sebaliknya, kita dan sahabat kita itu ketawa kerana ia tidak naik. Akhirnya kita kembali membaikpulih mana yang tak kena.


Saya teringat pada pasukan Malaysia dalam kejohanan merebut Piala Thomas sebenarnya. Andaikan layang2 itu…diri kita ini. Kita punyai tujuan yang sungguh konkrit untuk kita capai. Kalaulah kita Lee Chong Wei, kitalah harapan untuk menyumbangkan mata dalam peringkat separuh akhir Piala Thomas. Orang sudah cukup tahu, kita berusaha dan akan mampu menumbangkan pasukan China kerana kita memegang jolokan Pemain Badminton nombor 1 dunia. Tetapi, itu orang kata. Di pihak kita, kita berusaha bukan mengarapkan pujian orang. Tetapi kita ingin beraksi dengan terbaik. Apa yang akan berlaku, itulah yang telah ditetapkan. Dahulu apabila kita menang, orang lambung kita dengan pujian2 tinggi melangit. Namun, andai permainan badminton kita itu umpama layang2 yang tidak dapat naik tinggi melangit, anda lihat sahaja bagaimana tanggapan orang pada pasukan Malaysia. Bermacam2 persepsi negatif dan buruk yang dihamburkan pada mereka. Malah kita ditertawakan sebagaimana kita ketawa melihat layang2 yang tidak naik itu.


Saya sedih dan terkilan melihat persepsi masyarakat dan penonton2 ketika itu. Seperti yang diutarakan di Utusan Malaysia hari ini “Sorak bila menang, 'boo' bila kalah?” Jauh di sudut hati saya, saya yakin mereka sudah melakukan apa yang mereka usahakan. Namun, bukan rezeki mereka. Saya percaya…mun Allah nak berik ya, sik giney2 asalkan usaha itu berterusan tanpa jemu dan patah semangat. Kerana lihat sahaja, ia akhirnya menjadi kemenangan itu sungguh bermakna. Contoh terdekat kemenagan pasukan Korea setelah mendapat Piala Uber. Sebak saya menonton di hadapan TV. Kerana mereka tahun demi tahun mencuba walaupun kalah. Maka, tunggu sahaja apabila piala itu menjadi milik kita nanti!


Itulah cerita di sebalik layang2 saya. Maklumlah masih berbahang Piala Thomas.

Majulah sukan untuk Negara!! (Heee….)

Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU....



Saya tengah kebosanan sebenarnya. Rasa bosan ini kalau dibiarkan akan menjemput rasa mengantuk untuk berkawan dengannya. Maka, saya memikirkan entri yang sesuai dan yang kena pada masa dan tempatnya.



Hujung minggu ini, seluruh dunia akan meraikan Hari Guru. Maka di kesempatan ini, saya merindui guru2 saya yang telah mendidik saya sejak saya Tadika Bina lagi dan saya iringi kerinduan ini dengan ucapan Selama Hari Guru .



Saya teringat ketika saya darjah 1 hingga 4 di Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (SK RPR, Kuching), lagu “Terima Kasih Cikgu” paling saya ingati sehingga sekarang. Namun, apabila saya menyanyi lagu ini, ada yang tertanya2 dari mana saya mendapatkannya. Adakah dicipta sendiri?? Lirik lagu ini sangat menjadikan saya seperti budak kecil yang menyanyi buat guru2nya dan saya akan merindui mereka.



Hari pertama masuk sekolah,


Tak pandai membaca mengira,


Tetapi cikgu begitu tabah,


Mengajar kami sungguh-sungguh…



Bermula A B C sampai Z,


Hitung 1 hingga 10,


Baru ejaan dan kira-kira,


Kami belajar dengan lancar….



Berkat kesabaran guru bijaksana,


Memberi pelbagai petunjuk,


Hari demi hari kami pun mengerti,


Pelajaran nilainya tinggi…



Kami ingat setiap masa,


Jasa guru mendidik bangsa,


Sambutlah ini ucapan kami,


TERIMA KASIH CIKGU!!!



Satu isu yang pernah saya baca di laman blog seorang sahabat iaitu mengenai Adab Murid Dahulu dengan Sekarang. Isu guru dengan murid pernah hangat dipaparkan di media massa dan elektronik di negara kita. Mencalar kereta, memancitkan tayar, menyimbah kereta dengan cat, menyaman guru, menampar dan menumbuk guru, menyumpah seranah guru dan lain2 tindakan yang membuktikan betapa terhakisnya adab2 seorang murid itu. Semasa bersekolah dahulu memang sangat jarang didengar berita2 seperti ini. Namun, sekarang apabila timbul berita2 seperti ini separuh hati saya terasa geram pun ada.



Yang itu hal murid. Hal guru2 sekarang lain pula. Melakukan gangguan seks kepada pelajar, berdendam dengan pelajar, maki hamun dengan perkataan2 yang tidak sepatutnya, sambil lewa dan tidak bersungguh2 mengajar dan lain2 lagi yang menurunkan profession perguruan. Yang ini pun saya geram. Guru dahulu pun berbeza dengan guru2 sekarang.



Jangan marah wahai guru2. Ini cabaran buat guru2 hari ini. Hakikatnya, semakin ramai yang mempersoalkan kredibiliti guru2 sekarang dek isu2 tidak sedap didengar seperti ini. Saya sendiri pernah mendengar rungutan bekas2 guru cemerlang yang sedikit sebanyak kecewa dengan guru2 muda dan baru2. Ya, saya tidak layak berkata2 kerana saya bukan guru. Tetapi sebagai anak kepada 2 orang guru dan juga bekas pelajar sekolah, dan bersahabat dengan guru2…bermacam2 cerita sudah saya dengar. Baik yang baik mahupun yang tidak baik.



Saya teringatkan komen saya di laman blog berkenaan. Sebagai seorang mahasiswa, senario guru, murid dan ibu bapa ini saya hakimi dari sudut “pengeluaran” seorang graduan dari sesebuah IPT. Saya teringat pada semester yang lepas, timbul 2 kes mahasiswa di kuliah saya yang kurang adab dengan pensyarah. Dahlah kurang adab, lepas tu bukan nak risau dengan keberkatan ilmu daripada pensyarah2 berkenaan, tetapi risau tak dapat A bagi subjek2 tersebut kerana yang melakukan perkara ini di kalangan pelajar2 yang tinggi CGPA nya. Masuk senarai Dekan lagi. ‘A’ itu lebih utama daripada memohon kemaafan dari guru.



Saya dan rakan2 sebilik pernah berbincang2 mengenai kes itu. Memang sayang andai pelajar cemerlang akademik tidak cemerlang sahsiahnya. Pandangan dunia lebih utama dari pandangan Ilahi. Padahal inilah golongan2 yang BAKAL menjadi ibubapa, guru dan anak2 mereka akan menjadi murid2. Maka, agak2 bagaimanalah generasi yang bakal dilahirkan nanti. Fikir2kanlah…



Sekali lagi saya mendoakan kebaikan buat bekas2 guru, yang tengah menjadi guru dan bakal2 guru. Jadilah guru2 yang menjadi contoh terbaik buat anak2 muridnya. Ikhlaskanlah dan tetapkanlah matlamat murni sepanjang menjadi guru. Semoga kalian diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran2 mendatang. Andalah manusia hebat! Tanpa anda, tiadalah penunjuk arah kehidupan ini.



SELAMAT HARI GURU!!

Thursday, May 6, 2010

ADA HADIAH UNTUK IBU


Selamat Hari Ibu buat ibu2 seluruh dunia. Hari Ahad, 9 Mei 2010 dipilih sebagai Hari Ibu tahun ini. Saya teringat pula sewaktu di salah satu siri Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak di Masjid As-Syakirin dahulu, pernah menjadikan topik ini sebagai tajuk perbincangan.

Perlukah ada hari2 khusus untuk Ibu, Guru dan lain2 lagi?
Adakah sayang kita dapa Ibu hanya terserlah pada hari itu?

Inilah antara persoalan2 yang dilontarkan ketika itu. Tahun ini apabila terdengar "Hari Ibu" saya terimbas pertemuan itu. Saya bermonolog dan bertanya2 pada diri. Perlukah? Betul juga...mengapa perlu sehari???

Ini jawapan saya. Terciptanya hari2 khusus seperti Hari Ibu, Hari Guru malah hari khusus yang lain tak lain tak bukan untuk mengembalikan ingatan kita pada jasa dan pengorbanan mereka. Samalah seperti meraikan Hari Kemerdekaan atau Sambutan Maulidurrasul dan lain2 lagi. Tujuan yang sama iaitu untuk mengingatkan yang lupa, untuk menyedarkan yang lalai.
Mungkin segelintir anak2 yang hanyut dengan kerjayanya, keluarganya, dan sudah punyai kehidupan sendiri akan menyingkirkan manusia2 yang mereka rasakan tidak lagi memberi keuntungan dalam hidup mereka. Lupa bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Yang tinggal jauh amat jarang sekali berhubung dengan ibu bapa di kampung. Allahu ALLAH.

Ya, saya berpendapat memang tiada kesalahan kita raikan hari khusus untuk ibu dan lain2 lagi. Tetapi haruslah kita ingat hakikat sebenarnya ialah hari2 adalah hari untuk kita berkasih sayang dengan ibunda. Tak perlu menunggu tiba Hari Ibu. Jasa dan pengorbanan nya tidak terbalas walaupun kita miliki berjuta2 wang ringgit....aduhai...sungguh tidak terbayar jasa si ibu...

Dan, bagi yang tidak punyai ayah dan ibu lagi, hatta yang masih hidup lagi, jangan sesekali pernah merasa lelah mendoakan kesejahteraan buat mereka di dunia dan akhirat. Doakan kebaikan2 buat mereka sepanjang hayat mereka. Ingatlah dalam apa2 perkara sekalipun tanpa redha orang tua kita, tidak akan mengiringi redha Tuhan kita...pesanan buat saya juga..
Dan, itulah hadiah kita buat ibu...


Selamat Hari Ibu buat ibundaku Puan Fatimah Abdullah. Terima kasih ya Allah atas anugerah ini. Tanpa kehadirannya, tidakku fahami makna bangkit setelah jatuh tersungkur. Hanya dengan nasihat2nya dari corong telefon itu, cukup mengubat gusar dan luka di hati terubat...bangkit meneruskan hidup dan perjuangan di negeri orang. Terima Kasih ya Allah...Kau kurniakanlah kebaikan2, kebahagiaan dan kesejahteraan buatnya selama2nya. Ameen ya Rab!