SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, April 22, 2010

BERITA PADA SAPA2 YANG MAHU JADI IBU, BAPA DAN ANAK...


Kewajiban Ibu Bapa

MEMILIHKAN CALON IBU YANG BAIK

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman, "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula); sedangkan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ... " (Surah An-Nuur: 26)

Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda, "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu (air mani kamu), kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran." (HR Ibnu Majah dan Dailani)

Konsep Islam mengenai tanggungjawab orang tua terhadap anak-anak sangat berwawasan jauh. Seorang muslim sebelum menjadi ibu bapa harus memikirkan kemampuan calon isterinya dalam mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ini disebabkan seorang ibu yang akhlaknya tidak baik, kemungkinan besar akan memberi pengaruh buruk terhadap perkembangan akhlak anak-anaknya kelak.





Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak bukan dimulai ketika anak telah lahir ke dunia tetapi sebelum sebarang usaha ke arah “perkenalan” dilaksanakan. Dengan kata mudah menjauhi segala perkara haram seperti berdua-duaan [sunyi atau di khalayak], bertukar-tukar pesanan ringkas [SMS], perbualan telefon dan segala perkara yang boleh melonjakkan nafsu syahwat.


Pada saat kita akan menikahi pasangan, kita harus memikirkan tanggungjawab terhadap anak yang akan lahir kelak. Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah An-Nuur: 26 di atas menyatakan bahawa lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Baik yang dimaksudkan adalah baik dalam akhlaknya. Oleh kerana itu, seorang lelaki muslim sebelum menikah harus mempunyai akhlak yang baik dan berusaha memilih calon isteri yang baik pula akhlaknya. Hadith Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam diatas juga mengisyaratkan agar seorang lelaki muslim memperhatikan kualiti calon isterinya. Kerana calon isterinya yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak.


FUNGSI ANAK

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia ... " (Surah Al-Kahfi: 46)


Allah Subhanahu Wa Taala berfirman, "Dan orang-orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami); dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.'" (Surah Al-Furqaan: 74)

Harta dan anak-anak merupakan perhiasan dalam kehidupan di dunia ini. Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anaknya pandai, menjadi pemimpin yang baik, menjadi tumpuan kesejahteraan hidup orang tuanya dan harapan-harapan lainnya. Kalau kita memerhatikan harapan setiap ibu bapa yang menginginkan yang terbaik kepada anak-anaknya, tentunya kita sebagai orang tua harus menjadi teladan yang baik bagi anak-anak kita. Kita harus menjadikan mereka sebagai anak-anak yang shalih, anak yang mengerti agama. Ini bererti, orang tualah yang pertama kali harus memperlihatkan ajaran agama, sehingga putera-puterinya mendapat penghayatan yang sebenar, bagaimana cara berbakti kepada kedua orang tuanya mereka. Jika kita sendiri tidak mengerti agama, tidak perduli terhadap ajaran agama, maka akhlak anak-anak kita akan menjadi rosak, sehingga hidup kita terasa bagai di dalam neraka.


Itu merupakan perkara yang wajar kita terima dari kelalaian dan kelengahan kita terhadap ajaran-ajaran Allah. Jadi, agar fungsi anak berjalan sebagai perhiasan, penghibur, pemberi kesejukan dan pengangkat martabat orang tuanya, maka ibu bapa bertanggung jawab atas terlaksananya fungsi tersebut. Ibu bapa wajib mendidik mereka menjadi anak yang shalih. Ibu bapa harus mampu menjadi teladan bagi putera-puterinya.


MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH KETIKA BERJIMA'

Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda, "Jika seseorang di antara kamu hendak bersetubuh dengan isterinya maka bacalah, 'Bismillah! Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari (anak) yang akan Engkau kurniakan kepada kami.' Kemudian jika terhasil dari mereka ini seorang anak maka (syaitan) tidak akan merugikannya selama-lamanya." (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas Rasulullah SAW menjanjikan bahawa apabila suami isteri bersetubuh didahului dengan do'a permohonan kepada Allah SWT agar kelak anaknya dijauhkan dari godaan syaitan maka Allah SWT tentu akan menjaganya. Do'a ini merupakan langkah awal bagi mempersiapkan anak-anak kepada kehidupan yang sholeh.


NAMA YANG BAIK


Dari Abu Dar'da ra ujarnya, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda, "Sesungguhnya kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu sendiri dan nama bapa kamu. Kerana itu, hendaklah perindahlah nama kamu." (HR Abu Dawud)


Antara ciri-ciri nama yang baik mempunyai, mengandungi pujian misalnya Ahmad atau Muhammad yang ertinya terpuji; mengandungi do'a dan harapan misalnnya 'Ali ertinya yang tinggi, Sholeh yang ertinya baik.; mengandungi makna semangat misalnya Syaifullah ertinya pedang Allah, Qamaruddin artinya (cahaya) bulan agama. Memberi nama anak harus mencerminkan adanya pujian atau do'a, harapan atau gambaran semangat dan dambaan indah orang tua kepada anak-anaknya.


IBADAH AQIQAH'

Dari Samurah, sesungguhnya Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam telah bersabda tentang 'aqiqah, "Setiap bayi tergadai pada 'aqiqahnya, disembelih pada hari ketujuh dan pada hari itu pula dicukurlah ia dan
diberi nama." (HR Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah, dari Hasan)


'Aqiqah ialah menyembelih kambing untuk menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT atas lahirnya seorang bayi. Dalam 'aqiqah ini yang disembelih adalah kambing, bukan ayam, lembu atau unta dan lain sebagainya.


Di dalam riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi disebutkan: Dari Ummu Kurzin Al-Ka'biyyah, bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam tentang 'aqiqah. Sabdanya, "Untuk bayi lelaki, dua ekor kambing kibas; dan untuk bayi perempuan, seekor kambing kibas dan tidaklah merugikan kamu yang jantan atau yang betina."


Petikan:
Al-Faqir ila ALLAH AL-QAWWIYY:
Almukminun
9 Rabiulawwal 1431H
23022010
Pulau Pinang

Thursday, April 15, 2010

BARUK NAK NCERIK BAH!



Hehe....apa yang "baruk nak ncerik" aku ni? =)

Alhamdulillah, aku baruk nak ncerik rasa hidup orang2 yang bekerja...

Hari ni masuk hari ke-4...

Hampir seminggu aku mendaftar diri sebagai pelajar praktikal di SIRIM QAS International Sdn Bhd yang letaknya di Taman Perindustrian Demak Laut, semestinya di Kuching Sarawak...hehe...



Hari pertama adalah hari keperitan yang bosan nak mati...

Terasa seperti orang bodoh, tak tauk apa2, hidup dalam dunia sendiri., blurr dan macam2 lagi...

Aku tanya kawan2 lain yang sedang menjalani praktikal di tempat2 lain...

Rupa2nya mereka juga mengalami keadaan yang sama...


Malamnya, aku sudah macam patah semangat...

Terasa malas nak turun kerja hari ke 2...

Payah benar mahu bina semula kemahuan diri untuk hadir esoknya...

Mujur, Allah ilhamkan aku meluahkan rasa hati pada seorang ukhtifillah...

Syukur, syukur, syukur....


Tertampar juga dengan satu perkataan dari supervisor aku tatkala aku berterus terang dengannya tentang keadaan aku...

Katanya::: "MULTITASKING!!!"...

Lalu semalaman aku berfikir mengenai MULTITASKING itu kerana respon daripada ukhtifillah ku itu selari dengannya...

Sebelum tidur, aku berdoa sungguh2 agar ALLAH kuatkan hati aku menyesuaikan diri dengan keadaan ini...

Alhamdulillah...setelah menukar mind-setting, aku bersemangat sedikit melangkah ke pejabat pada hari ke 2...

Sesungguhnya, aku berMULTITASKING bermula hari ke-2 sehingga ke hari ini...

DAN alhamdulillah...ia sungguh menyeronokkan...

DAN aku pula yang mencadangkan pada rakan2ku yang lain agar melakukan benda yang sama...


Dan, harus juga dibiasakan dengan usikan2 nakal pekerja2 lama...

Apa2lah...

Yang penting aku sudah memeriksa piawaian standard 2 buah loudspeaker dan 2 buah peti hawa dingin setakat hari ini....

Tak sabar nak menunggu 11 minggu akan datang....

Apa lagi produk2 yang akan aku periksa...


Semoga ALLAH memudahkan urusanku dunia dan akhirat...ameen..

Thursday, April 8, 2010

THE FLYING KUPU-KUPU


Alhamdulillah...saya sudah tiba di KLIA. Menunggu saat2 menjadi The Flying Kupu-kupu. Saya ingin mencuri masa yang ada, selain untuk menghilangkan kebosanan keseorangan di sini.

Sepanjang perjalanan dari UIAM ke KLIA ini, satu perkara besar yang menyentap cuping telinga saya. "Isu" yang berlaku ialah LAMBAT. Watak pemangsa di sini ialah ORANG2 YANG LAMBAT dan mangsanya pula ialah ORANG LAIN.

Keadaan pertama berlaku di UIAM. Bas RapidKL yang sepatutnya datang mengikut jam itu TIDAK menepati masa. Saya berada di perhentian bas jam 6.40 pagi. Bas itu sepatutnya masuk UIA jam 6.00 pagi lagi. Tetapi, orang2 yang menunggu 40 minit lebih awal dari saya masih belum keluar dari UIA akibat kelewatan bas itu. Mana tak sister2 tu mengamuk pagi, menyumpah seranah, bengang, marah dan kecewa dengan pemandu bas yang tidak menepati masa itu. Saya dan sister2 tersebut akhirnya naik teksi ke Terminal Putra. Masuk je teksi tu, bas yang lambat itu pulak ada di belakang. Segala ketegangan perasaan yang dialami sister2 tadi terluah pula kepada pemandu teksi. Saya diam saja...malas hendak mengikuti rasa geram yang bersisa.

Keadaan kedua pula berlaku di tempat letak bas di KLIA. Aduhai...rasa2nya yang tak patut nak marah kot. Ada pula penumpang yang tidak sabar berleter "Lambat betol nak reverse...!"

TANGGUNGJAWAB: Orang-orang yang tidak bertanggungjawab menyusahkan hidup orang lain. Bak kata pakcik teksi tadi, malam tadi ade perlawanan bola. Tidur lambat agaknya. Tapi, jangan jadikan ramai orang jadi mangsa kelewatan kita seorang.

SABAR: Kalau sampai benda kecil pun tak sabar, memang melampau. Mungkin bas yang lain tu nak berhati2 ketika reverse bas tu. Sabar je la. Bukan jauh dan bukan lama mana pun.

Dah2...saya meluah di sini cukup. Tak payah nak berleter...penantian saya akan berakhir. At 11.40am, I'll be The Flying Kupu-kupu... =)

Sunday, April 4, 2010

JOM NIKAH....BOLEH?


Syukur kupanjatkan...baru tengah hari tadi selesai satu lagi kertas peperiksaan akhir semester ini. Tinggal satu saja lagi yang perlu ditumbangkan. InsyaALLAH hari Khamis ini akan kuhabiskan dengan baik... =)

Sempat juga saya menghadirkan jejak ke alam maya ini dan singgah ke beberapa blog sahabat2. Satu keselarian entri2 blog mereka ialah mengenai isu buang bayi. Rasa terkoyak juga hati dan perasaanku melihat mayat2 bayi yang mereput dan ada juga yang sudah menjadi bangkai. Menangis saya melihat gambar2 bayi terbuang ini dibuang bagai membuang sampah sarap begitu sahaja.



Ikuti:
Blog SULUH HATI : Kenyataan yang Menakutkan
Blog SAIFULISLAM : Buang Bayi: Kejutan di Tanah Air Sendiri
Blog LENTERA HATI : Remaja Wanita Masa Kini
Blog AMIRAH AL-BAYAN : Anakkah Tanggang Atau Ibukah Tanggang?

Ya Allah...di mana perginya nilai2 timur Malaysia yang kita canang2kan satu ketika dahulu?? Lemah lembut...sopan santun...(ewah2...macam babak filem Syurga Cinta pulak).. Sekarang terbalik pula..kalau dah sampai buang bayi, mengandung anak luar nikah...ada noda hitam yang tersembunyi di sebalik kesantunan si gadis2 kita.


Sungguh terkilan...yang mengandung anak luar nikah itu....yang membuang bayi2 itu...majoritinya SEUSIA dengan saya. Malah, ADA YANG LEBIH MUDA LAGI. Allahu Allah... Kadang2 saya membayangkan kalaulah saya yang melakukan semua itu...na'uzubillah hi minal zalik... Saya tahu apalah kudrat saya untuk mengubah masyarakat seperti ini kalau hanya sekadar menaip di sini, tapi saya tidak peduli kerana sungguh marah dan sakit hati.

Membuang bayi seperti sudah buntu mencari penyelesaian masalah bagi pasangan terlanjur ini. Awal2 dahulu tak fikir pulak akibat di kemudian hari. Akhir2...kezaliman beginilah yang dipilih. Ibu dan ayah pula macam tidak kisah anak2 gadis mereka keluar dengan teman2 lelaki mereka. Pabila ibu ayah yang kisah pula, anak2 ini pula yang kononnya berasa TERKONGKONG dengan undang2 ibu bapa mereka. Berasa TIDAK BEBAS berkawan dengan "kawan2" baik mereka. Baik yang bertudung litup sehingga ke kaki mahupun tidak bertudung, itu bukan ukurannya. Sama sahaja andai iman tidak memimpin hati dan tingkah laku. Inilah yang ingin saya perbetulkan bagi rakan2 saya yang mengecam golongan tertentu secara melulu.

Allahu Allah...isu ini terlalu besar ruang lingkupnya. Bagaimana untuk kita tangani?? Kita bukan sahaja mahu melihat tiada lagi bayi yang dibuang, tetapi ingin juga melihat anak2 gadis ini tidak bunting sebelum nikah. Dan lelaki itu sepatutnya menjadi pelindung bagi wanita. Bukan harapkan pagar, pagar makan padi! Kita ingin melihat Bumi ini terus sunyi dari ZINA. Kita inginkan masyarakat yang "ZERO SUMBANG MAHRAM". Saya ingin bersama2 sesiapa sahaja sudi mendepani isu ini secara serius. Setiap kali melihat anak2 kecil, saya terkenang2 nasib bayi2 lain yang tidak bernasib baik seperti mereka.

Ada gurauan2 nakal antara kawan2 sekuliah saya yang mencadangkan kempen "JOM NIKAH". Hehe...Nikah itu bukan penyelesaian andai niat nikah itu hanya sebagai jalan halal hubungan lelaki dan perempuan. Ada tujuan dan tanggungjawab yang lebih daripada itu. Alahai, bukan layak untuk saya yang berbicara mengenai hal ini dengan lebih mendalam. =)

Dunia ini semakin menakutkan, semakin memeningkan. Ya Allah, semoga Kau permudahkanlah usaha2 kami ini. Tunjukkan kami semua jalan hidup yang Engkau redhai. Jauhilah kami dari perkara2 yang boleh mendatangkan murkaMU. Ameen ya Rabb!