SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, February 25, 2010

4 KALI DADANYA DIBELAH...


Khamis malam Jumaat, 25 Februari 2010. Syukur ya ALLAH...Kau mudahkan lagi langkahku ke Masjid Taman TAR, Ampang...mengikuti Kuliah Sheikh Fuad sempena sambutan Maulidurrasul. Terima kasih saudari Shamsiah Mahli kerana menghantar informasi majlis ini.

Khamis, 25 Februari 2010 | 11 Rabiul Awwal 1431H
Bermula 6.30 petang | Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang
Majlis Periwayatan Hadith Musalsal
Bacaan Maulud Daiba'ei & Selawat
Pengkhataman Kitab 40 hadith keistimewaan Rasulullah s.a.w

Sesampai di masjid, Sheikh Fuad sedang melakukan upacara tahnik kepada anak Datin Noranah. Terdetik di hati ini, betapa kecilnya kita semasa bayi.

Sambil memenuhi waktu senggang yang singkat, saya membelek buku "40 Hadith Keistimewaan Rasulullah S.A.W.

Saya pasti ramai yang tahu bahawa dada Rasulullah S.A.W pernah dibelah malaikat. Imam Besar Jami' al Azhar Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja'fari berkata:

"Di antara keistimewaan Rasulullah S.A.W yang tidak pernah dianugerahkan kepada nabi2 umat yang lain ialah dibelah dadanya sebanyak 4 kali. Ini bermakna ALLAH menjaga segala urusannya dari mula hingga akhir,

KALI PERTAMA

Rasulullah S.A.W dibelah dadanya di kanpung Bani Sa'ad ketika di bawah penjagaan Halimah al Sa'diah, kerana Rasulullah S.A.W akan menghadapi zaman kanak2nya. Lalu ALLAH menyuci hatinya yang mulia supaya Baginda S.A.W. akan menjadi seorang yang terpelihara daripada godaan syaitan dan tenteranya yang menyesatkan.

KALI KEDUA

Kemudian dadanya dibelah pada kali kedua ketika Rasulullah S.A.W hampir baligh kerana Rasulullah S.A.W akan menghadapi zaman remajanya. Maka dipenuhi hatinya dengan kesempurnaan, thabat (keteguhan hati), kebesaran dan cahaya yang menyinarinya.

Pada zaman Jahiliyyah, Rasulullah S.A.W dikurniakan cahaya yang diilhamkan oleh ALLAH kepadanya. Natijah daripada itu, Baginda S.A.W sentiasa melakukan perkara2 yang menepati Syariat Muhammadiah, sekalipun Baginda S.A.W belum lagi menerima wahyu. Baginda S.A.W juga gemar kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan serta sering berkhalwat dengan bermunajat kepada Tuhannya di Gua Hira' dalam keadaan bermusyahadah kepada Tuhannya dan sering berdoa.



KALI KETIGA

Seterusnya, ALLAH S.W.T membelah dadanya untuk kali ketiga selepas genap usianya 40 tahun. Tujuannya, untuk menyediakan diri Baginda S.A.W yang merupakan pilihan ALLAH di kalangan hambaNYA menerima wahyu yang akan diturunkan kepadanya. Bahkan, menjadikan Baginda S.A.W tetap teguh dan mampu untuk menanggung beban al Quran yang terlalu berat; yang sekiranya diturunkan di atas gunung-ganang, nescaya akan luluh gunung-ganang lantaran kehebatan al-Quran yang terlalu agung.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W lebih teguh dan ampuh daripada segala gunung yang menjadi pasak bumi ini dan lebih kuat daripada para malaikat yag sememangnya telah diteguhkan dan dikuatkan oleh ALLAH.

KALI KEEMPAT

Kemudian ALLAH membelah dadanya untuk kali keempat pada malam Isra' dan Mi'raj. Lalu ALLAH memenuhi hatinya dengan ilmu2, hikmah2, keimanan dan keyakinan agar Rasulullah S.A.W bersedia untuk melihat Tuhannya

-petikan dari buku "40 Hadith Keistimewaan Rasulullah S.A.W-

Tuesday, February 23, 2010

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA RASULULLAH S.A.W

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.



BIODATA RASULULLAH SAW

#Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
#Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
#Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
#Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
#Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
#Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
#Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
#Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

#Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

#Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
#Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

#Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
#Baginda dipelihara pula oleh bapa sa uda ranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

#Bersama bapa sa uda ranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
#Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

#Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
#Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

#Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
#Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
#Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
#Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

#Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
#Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
#Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

#Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

#Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
#Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

#Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

*Khadijah Binti Khuwailid.
*Sa uda h Binti Zam'ah.
*Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
*Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
*Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
*Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
*Zainab Binti Jahsy.
*Maimunah Binti Harith.
*Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
*Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
" Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهمصلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya s uda h pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihani mu di akhirat kelak.



**terima kasih kepada: aurora_d_vermilion@yahoo.com

Sunday, February 21, 2010

SAYA BERIANG RIA BERSAMA....







Minggu ini saya beriang ria bersama adik2 dari Kompleks Darul Kifayah, Gombak. Tahniah kepada WAFA UIAM - Women Affairs Association UIAM- atas penganjuran program "Enjoyable Tradisional Games" ini....I LIKE!! =D

Friday, February 12, 2010

APA PRASAAN KITAKURANG?




Gambar2 di atas adalah dari emel saya yang sudah lama saya tidak buka. Suka saya kongsikan pada kalian kerana apabila melihat gambar2 ini, saya teringat kehadiran Bro. Shah Kirit di Usrah Mingguan PERKEPIS pada 24 Januari 2010, Ahad yang lepas di Sekretariat PERKEPIS bersebelahan Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa (atau Kampung Gita), Kuching SARAWAK. Bukan saya hendak menambah apa2 perkara tentang isu kalimah ALLAH yang awal Januari 2010 dahulu auranya sungguh panas. Namun agak suam2 kuku dari sehari ke sehari sejak kebelakangan ini...

Profil Shah Kirit:
-pesyarah IIC
-Pengerusi Saba' Islamic Media
-bekas paderi dan 14 tahun lepas memeluk agama Islam.
-aktif dalam ceramah2 mengenai perbandingan agama.

Pengisian Bro. Shah Kirit malam itu menambah manis dalam pahit yang ditelan. Mungkin ada di antara kita geram dan mungkin juga dulunya geram tetapi sekarang sejuk sedikit dan mungkin juga anda tiada perasaan langsung. Saya mungkin jatuh dalam kategori kedua. Geram tapi sekarang sejuk sedikit. Kerana dari mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa menguji timbang tara kita semua.

Menurut Bro. Shah, beliau simpulkan 2 persoalan mengenai isu ini:
1- Boleh tak bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH?
2- Adakah wajar perkataan Kristian "God" diterjemah kepada "ALLAH"?

Beberapa perkara yang saya ingat ialah apabila Bro. Shah Kirit menterjemah beberapa ayat dari Bible dengan menukar "FATHER OF GOD" atau "GOD" kepada "ALLAH". Makna ayat2 tersebut mendekati kebenaran yang ada dalam al-Quran. Beliau berkata ia adalah berdasarkan pengalaman beliau berdebat dengan paderi2 yang kuat ingin menggunakan kalimah ALLAH.

Sayang saya tidak menulis ketika itu kerana saya fokus mendengar untuk memahami ayat2 itu. Pening juga kepala saya dengan ayat2 dalam Bible itu. Saya tidak berapa ingat, tetapi ala2 berbunyi: "Jesus Christ bangun lalu sujud pada Father of God". Jadi apabila diterjemahkan: "Jesus(Isa) bangun lalu bersujud kepada ALLAH". Cuba anda perhatikan bukankah ia mendekati makna2 dalam al-Quran ataupun makna2 kebenaran? Jadi, jika orang Islam yang membaca ayat ini, mereka tidak ada masalah. Yang bermasalah adalah orang2 Kristian sendiri kerana itulah kebenaran sebenarnya. "Tak terkata2 paderi2 itu," kata Bro. Shah.

Ada lagi terjemahan2 lain yang mendekati ayat2 dalam al-Quran sehinggakan ada cadangan nakal ingin membuat sticker kereta : "Jesus bersujud pada ALLAH" dan sebagainya. Hehe

Namun, apa yang paling utama yang sangat terkesan pada saya, jua mungkin pada sahabat2 usrah yang hadir ialah teguran dari Bro. Shah. Kerana pada awalnya beliau menyatakan bahawa penyampaian akan berpihak pada sudut pandangan orang Islam dan juga sudut pandangan Kristian atau musuh2 Islam yang lain.

Bro. Shah menegur umat Islam kerana orang2 Islam lebih banyak bersifat 'defensive'. Bak kata saudara Zamri yang menjadi jurukemudi usrah malam itu, "Macam kita main bola. Kalau asyik defend, defend, defend...lama2 bolos juga". Kalau ada isu, baru kita pertahankan. Lepas tu, senyap. Sikap ini harus ditukar kepada 'proactive'. Cergas tanpa perlu tunggu isu. Kalau terus bersikap defensive, jangan rasa pelik andai kita tewas nanti.

Akhirnya, kesimpulan inilah yang merubah status saya dalam isu ini. Menurut Bro. Shah ketika itu, kes ini masih dibawa ke Mahkamah Rayuan. Andai tidak berjaya, akan dibawa ke Mahkamah Tinggi. Namun, apapun keputusannya kelak, terimalah dengan redha.

ANDAI KATA...ANDAI KATA....keputusan mahkamah tidak memihak pada kita, perlukah kita bunuh orang2 Kristian? Perlukah kita bakar2 gereja? SAMA SEKALI TIDAK....terimalah dengan REDHA dan kekalkan kedamaian dan keamanan antara masyarakat2 di negara ini. MEMANG KITA TIDAK SUKA, MEMANG KITA GERAM...tetapi ingat tak pesanan dari ALLAH? "Barangkali kita TIDAK SUKA, padahal ITULAH YANG TERBAIK buat kita. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI"-semak al-Baqarah:216-

Sedikit bingkisan dari Bumi Kenyalang =D
-RINDOK ATI-

Sunday, February 7, 2010

Wacana Ilmiah: Tahap-tahap Proses Islamisasi dan Peranan Gerakan Keilmuan

Syukur Alhamdulillah. Petang tadi baru sahaja selesai subjek kedua untuk Peperiksaan Pertengahan Semester ini. Maksudnya ada baki exam untuk 2 subjek lagi minggu depan. 2 projek dan 2 repot lab harus disiapkan, 1 pembentangan dan 1 quiz. Minggu depan pasti ‘mantap’ kesibukannya. Lebih tepat kesibukan ini adalah rantaian dan kesinambungan daripada minggu ini.

Syukur sekali lagi pada Allah. Doa saya dimakbulkan. Atas keizinanNya jua, saya berpeluang untuk berhenti di salah satu ‘check point’ agar hati ini bisa timbul semula di permukaan, tidak terus hanyut dan tenggelam dek kesibukan dunia yang tak sudah2 ini. Bukan mengeluh atau tidak mahu mensyukuri atas segala yang datang dan pergi di laluan hidup ini. Namun satu benteng di sepanjang perjalanan ini harus dibina dan itulah sekeping hati yang dikurniakan pada setiap hamba2Nya. Mudahan komposisinya kembali konkrit. =)


‘Check point’ penyegar hati juga minda yang saya pilih (kerana sebenarnya ada 4 majlis ilmu yang berlangsung sekitar Kuala Lumpur yang saya maklum. Makanya tidak mampu saya hadir kesemuanya kerana ada peperiksaan) minggu ini ialah satu majlis ilmu bertajuk “Wacana Ilmiah: Tahap-tahap Proses Islamisasi dan Peranan Gerakan Keilmuan” yang dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) Sdn Bhd di Masjid Ghufran, Jalan Tun Dr. Ismail berdekatan Damansara. Kali kedua mendengar siraman ilmu daripada Prof. Dr. Wan Md. Nor Wan Daud yang merupakan Felo utama Akademi Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini juga sebenarnya lanjutan daripada Seminar Pandangan Islam oleh Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas.


Tajuk ini didengar amat tinggi fikir saya. Apalah yang mampu saya cambahkan di kotak akal mengenai tajuk ini dalam sisipan ilmu2 kejuruteraan yang saya pelajari. Ada idea awal, namun tidak mampu saya cambahkan di lapangan yang lebih luas. Tapi rasa2nya tidak berdosa untuk saya hadir, mendengar dan cuba memahami ilmu yang lebih realiti tentang masyarakat dan manusia. InsyaALLAH lebih nampak dan jelas penjelasannya daripada subjek2 kuliah saya itu. =)



-pengerusi majlis, Saudara Hilmi Ramli
memulakan majlis-


-moderator: Dr. Farid Shahran (kanan) bersama
Prof. Dr. Wan Md. Nor Wan Daud (kiri)-


# Umat Islam harus dikembalikan untuk berfikir secara islami.


# Masalah umat Islam dating dari masalah politik, ekonomi, teknologi, social dan lain2. Kesemua masalah ini bersifat ‘real’ dan kesemuanya berpangkal pada masalah yang lebih asasi lagi iaitu kekeliruan dan kesilapan dalam mendalami ilmu pengetahuan. Persoalannya: Bagaimana ia diselesaikan?


# Pada wahyu yang terakhir diturunkan, sebagai wahyu yang terakhir sudah pasti ia ialah penutup yang lebih sempurna. Nabi yang menyampaikannya harus seorang Nabi yang lebih berjaya dan umatnya adalah umat yang lebih tinggi.


# Kita berasa sedih andai agama kita dikelirukan oleh orang2 bukan Islam. Itu cabaran dahulu. Kini, kita menjadi lebih sedih kerana dikelirukan oleh institusi2 Islam, NGO2 Islam dan universiti2 Islam itu sendiri. Ini cabaran yang lebih sukar untuk dilalui. Perkara sebegini juga berlaku dalam agama2 lain seperti agam Kristian.


# Prof. Al-Attas : Ketika ALLAH ingin islamisasikan bangsa Arab, perkara pokok yang telah diubah ialah pandangan alam mereka. Umat yang akan ditinggalkan (selepas kewafatan Rasulullah) haruslah yang paling sempurna pada penurunan wahyu yang terakhir.


# Ada orang menganggap al-Quran itu sekadar produk budaya (Historical produk) kerana bahasa al-Quran sama sahaja dengan bahasa Arab dahulu.


# Ilmu mengalami transformasi besar. Ilmu manusia apabila sudah sampai tahap tertinggi (haqqul yakin), haruslah sedar ia bukanlah hasil perbuatan manusiawi, tetapi ia adalah anugerah ALLAH. Kerana ilmu memang datang dari ALLAH. Orang2 yang berilmu tinggi ini tidak akan gentar dan takut2 untuk mennyampaikan apa yang dia tahu. Tetapi dialah orang yang paling gentar dan paling takut kepada ALLAH. Dan inilah TAQWA.


# Satu dunia tidak kira tempat mematuhi 1 + 1 = 2. Undang2 ataupun pengetahuan ini bersifat mutlak kerana ALLAH sudah memberi manusia memahami semua perkara yang bersifat mutlak seperti ini. Namun, sampai satu tahap akal manusia adalah terbatas. Jadi, untuk mengatasi keterbatasan ini telah diturunkan sumber ilmu ketiga iaitu wahyu.


Tiba2 Prof Wan terdiam. Diamnya panjang. Kami tertanya2. Terkebil2 jua saya melihatnya dari kerusi audien. Lalu dia sampaikan isi wacana seterusnya iaitu mengenai peristiwa Isra’ Mikraj yang akhirnya menitiskan air mata beliau.


# Kita (manusia biasa) andai berpeluang ke syurga, kita tidak akan mahu turun semula ke dunia. Tapi, Baginda Rasulullah S.A.W walaupun sudah dapat melihat dan berinteraksi dengan ALLAH di mana itulah yang amat diingini Baginda apatah lagi kita ini, Baginda tetapi masih sanggup turun semula ke dunia yang penuh dengan masalah, menyambung semula tanggungjawabnya padahal Baginda sudah mencapai syurga dan bertemu ALLAH.


# Gunung-ganang yang simbolik kepada kekuatan itu apabila diberi tanggungjawab KHALIFAH, ia pecah dan lebur. Tetapi, Muhammad selama 23 tahun menggalas tanggungjawab itu – tiadalah Baginda pecah.


# Setiap kali Baginda menerima wahyu, Baginda berpeluh2, unta pun terduduk – membuktikan betapa beratnya tugas KHALIFAH yang menyampaikan ilmu2 daripada ALLAH.


# Bagi musuh2 Islam, Muhammadlah menghasilkan al-Quran. Kerana mereka mendakwa, Muhammad bukannya ‘tape recorder’. Jadi pasti ada ‘inteference’ (gangguan dan penambahan) dalam apa yang disampaikan jika ia memang daripada ALLAH.


# Sebaliknya, maklumat yang disampaikan ‘Tape recorder’ memang seperti Rasulullah S.A.W. Tetapi, penyampaian ‘Tape Recorder’ adalah menyampaikan sahaja. Sangat berbeza dengan apa yang disampaikan Muhammad. Bukan sahaja tiada langsung penambahan atau kekurangan huruf ‘wau’ (ini contoh Prof Wan), malah Baginda ‘recoder’ yang memahami, menjiwai apa yang disampaikan dan mampu menafsirkan wahyu tersebut.


# Maka, cubalah pertahankan sahsiah yang dibawa oleh Muhammad S.A.W


Nota saya terhenti sekadar ini. Sesi soal jawab tidak sempat saya tuliskan. Sesungguhnya, tiadalah saya merasa rugi berada di sini. Tahniah saya ucapkan kepada warga HAKIM atas penganjuran program ilmiah seperti ini. Saya tertarik apabila Prof Wan ada menyatakan:


# Orang selalu kata, melentur buluh dari rebungnya. Tetapi, apabila melihat keadaan sekarang, pengetahuan sebegini mesti dimulakan dengan mendidik orang2 dewasa pula. Apabila orang2 dewasa atau yang lebih berkuasa berilmu, maka secara automatik, orang2 di bawahnya akan mengikut.


Dan mereka akan tahu method bagaimana boleh diaplikasikan untuk mendidik anak2 agar diberi pendedahan dan kepentingan mendalami ilmu. Dan inilah misi terdekat HAKIM yang saya faham. Mudah2an berjaya hendaknya.


*Terima kasih pada sahabat2 yang mengajak dan menemani iaitu saudari Aemy Elyani dan Sheril Aida. =) Syukran Jiddan3x.

Wednesday, February 3, 2010

BARAMIJ TAAKHI WA TALAHUM KE-11 (BTWT 11)



Seminggu bercuti antara 23 – 31 Januari 2010 saya habiskan di tanah tumpah darah Bumi Kenyalang. Azam ingin pulang ke kampung halaman diukir sebelum menjalani Ujian Jalan Raya JPJ 2 minggu sebelumnya. Alhamdulillah, saya berjaya dan kerana itulah saya mohon izin ibu dan ayah pulang ke Sarawak.

Setiap hari beranikan diri memacu kereta kedua2 buah Kancil yang ada di rumah. 3 hari pertama saya ditemani adik perempuan. Sehari ditemani adik lelaki. Saya mangsa leteran adik2 saya. Tidaklah saya berkecil hati pada mereka kerana orang baru nak mahir katakan. Menuntut ilmu kena bersabar. Hari2 seterusnya saya cuba memandu seorang diri. Dan, seperti kakak saya dahulu yang melanggar kereta Honda, saya juga telah melanggar sebuah kereta iaitu Persona. Mujur tidaklah kemek kereta itu, hanya calar di sudut keretanya. Tapi, nang cuak!!

Saya ada cerita sendiri untuk BTWT. Sehari selepas kejadian, iaitu Khamis 28 Januari, adik2 AJK BTWT meminta bantuan menjadi pemandu mereka membeli barang2 program dan terus menghantar mereka ke tempat program di Pasir Pandak. Dalam keadaan masih terkenang2 juga peristiwa melanggar kereta orang hari sebelumnya, saya teragak2 tetapi bersetuju. Takut memang takut, tapi ibu saya berpesan agar cuba atasi ketakutan dan yakin dengan diri sendiri. Sampai bila nak takut?

Itulah kali pertama saya memandu tanpa ditemani ahli keluarga. Jauh di sudut hati, risau membawa adik2 ni, Nora dan Azimah. Namun saya bertawakal pada ALLAH. Niat diluruskan…semoga pemanduan pada hari itu lebih baik dan semoga saya dapat membantu adik2 ini yang memerlukan pemandu ketika itu. Syukur Alhamdulillah… dari Petra Jaya saya memandu ke Stutong melalui jalan Tabuan. Kemudian berpatah balik sehingga ke Homestay Sebtuyah di Kampung Pasir Pandak.


Jumaat 29 Januari – Saya tiba di Pasir Pandak seorang diri bersama Kancil hitam yang disayangi. =) Terus saya ke dewan berdekatan di mana sesi ta’aruf baru bermula. Kelihatan saudara Ahmad Syahmeer Junaidi, atau lebih dikenali sebagai Abg. Bob selaku Ketua Fasilitator sedang mengendalikan sesi tersebut. Dan selepas itu bermulalah beberapa aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program.


-Antara Urusetia BTWT-

-kumpulan KASIH-

-kumpulan BAGUS-

-kumpulan COCO GIRL-

-kumpulan BESAR PUNYA-

-kuliah Maghrib daripada YDP PERKEPIS: Khairul Anwar Shazali-



HARI KEDUA - 30 Januari 2010, Sabtu






-jelajah lumba (explore race)-





-persembahan di malam hari-

Tiada kesempatan saya untuk berada lebih lama di sana memandangkan saya perlu segera pulang mengemas barang2 untuk berangkat ke Kuala Lumpur esok harinya. Keterbatasan waktu ini membuatkan hati terasa sangat berat untuk pergi. Namun, ini taqdir. Adanya pertemuan dan ada jua perpisahan.

Semoga ukhwah yang mula berputik akan terus berbunga dan mewangi di tamanan ukhwahfillah yang dibina. Salam rindu buat warga BTWT 11.. =)