SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, January 22, 2010

BERCUTI DENGAN BUKU?


Satu cabaran yang kurasakan pada Cuti Pertengahan Semester ini ialah aku akan membawa buku2 kuliah bersama ke Bumi Kenyalang. Oh! Ini cabaran bagi sesiapa sahaja yang membawa balik buku2 kuliah ke kampung masing2. Hanya ada 2 pilihan: Dibaca dan Disimpan.

Difikir2kan semula, memang TIDAK MAHU kubawa buku2 ini. Tapi, deretan mid-semester exam selepas habis cuti nanti turut merisaukan aku. Jadi, pengurusan masalah paling utama.. NAFSU?? Ya, nafsu memang suka beralasan untuk tidak membaca buku2 itu nanti. Jadi, paling utama juga TEKAD yang kuat!


Selamat bercuti pada sahabat2 seuniversitiku, UIAM Gombak dan Kuantan. Jaga diri baik2 dan manfaatkanlah masa cuti ini dengan sebaik2nya... =)

Saturday, January 16, 2010

NAFSUUUUUUUU......


20. Jagalah nafsumu baik- baik walaupun ia telah berlegar- legar dalam ruang ketaatan, kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan.Maka janganlah engkau lengah dari menguasainya.

21. Berapa banyak ia telah menipu orang. Ia menyajikan makanan yang kelihatannya segar, padahal di dalamnya ada racun yang membunuh. Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang sedap- sedap.

22. Oleh itu curigalah kamu dari tipu helahnya, sama ada melalui lapar atau kenyang, kerana barangkali lapar itu lebih jahat dari kenyang.

23. Biarlah air matamu kering dari menangisi dosa, kerana sudah sekian lama ia telah kenyang dengan maksiat. Dan tetaplah engkau menjaga penyesalannya (taubat).

24. Lawanlah nafsu dan syaitan adn janganlah kau turuti keduanya. Seandainya keduanya menasihatimu, maka janganlah engkau hiraukan.

25. Jangan engkau ikuti keduanya, sama ada sebagai musuh atau sebagai hakim kerana engkau tahu bagaimana helah musuh dan permainan hakim.

26. Aku meminta ampun kepada ALLAH dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan, kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.

27. Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya. Dan aku menyuruh engkau supaya istiqomah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian.

28. Aduhai malang nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang tak berpuasa melainkan yang wajib sahaja..

(petikan Qasidah Burdah: Perihal Nafsu)

Wednesday, January 13, 2010

RaHeeM 2010: “Aduhai Puteriku Sayang...”


RaHeeM 2010 adalah singkatan bagi “Rawon HEWI ke Melaka 2010” telah diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 1 hingga 3 Januari 2010. Program 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh HEWI (Hal Ehwal Siswi) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama HEWI Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM). Kumpulan sasaran ialah pelajar2 muslimah Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia. Program ini ialah program lanjutan bagi Kembara Kuantan HEWI 2009 ataupun KKH09 yang pernah diadakan di Kuantan, Pahang suatu ketika dahulu.


Setinggi2 syukur, puja dan puji dipanjatkan pada ALLAH S.W.T. Walaupun jumlah penyertaan kurang daripada penyertaan di Kuantan dahulu iaitu seramai 11 orang (UIAM Gombak, UIAM Kuantan, IIC, KUIS, KUIM, PEPIM), namun pengisian2 dan penerimaan para peserta adalah sangat baik. Jumlah yang sedikit ini memudahkan penyampaian dan perkongsian dari hati ke hati. Bertepatan dengan temanya, “Aduhai Puteriku Sayang...”, para peserta didedahkan dengan aktiviti2 dan pengisian2 yang mendidik mereka sebagai seorang insan yang bergelar muslimah


Hari pertama kami tiba di Bangunan Al-Huda milik bersama ABIM Melaka dan PEPIM setepatnya jam 5.30 petang. Sedikit taklimat ringkas daripada saya selaku Penasihat RaHeeM 2010, para peserta diingatkan agar memanfaatkan masa yang ada untuk mengamalkan adab2 dan sunnah2 yang telah diajarkan Islam sepanjang program ini. Bagi saya, jauh dari kesibukan dunia masing2, ia adalah masa terbaik bagi kami untuk merasai nikmatnya mengamalkan adab2 yang telah digariskan dan menikmati saat2 beribadat kepadaNya.


Hari kedua RaHeeM 2010, kami diberikan pengisian oleh beberapa penceramah dari pihak PEPIM mahupun PERKEPIS. Seawal jam 8.30 pagi, Cikgu Maimunah (PEPIM) dijemput bagi menyampaikan pengisian yang bertajuk “Di Sebalik Sang Mujahid”. Jam 11 pagi, pengisian disambung oleh Saudari Shamsiah Mahli (PERKEPIS) yang “hadir” melalui video-conference. Beliau telah memberi pengisian yang bertajuk “Wanita...Kerana Dirimu Begitu Berharga”. Petangnya, kira2 jam 4.30 petang kami disajikan dengan perkongsian daripada Pengerusi HEWI PERKEPIS iaitu saudari Siti Nurbaya Mohd Basir yang “hadir” melalui talian telefon dan pada sebelah malamnya pula pengisian daripada saudari Mariati Roslan (PERKEPIS) juga melalui video-conference dengan tajuk pengisian “Hikmah Dalam Berdakwah & Berkomunikasi”.


Hari yang terakhir, kami telah dilepaskan ke Bandar Hilir Melaka iaitu lokasi pusat kegiatan dan aktiviti pelancongan di Melaka. Sungguh bersemangat HEWI2 ini memanfaatkan baki2 masa yang ada di Melaka. Melaka...memang cantik.. =)


Dan sebenarnya apa yang penting ialah hasil daripada RaHeeM 2010. Beberapa respon yang bernas dijadikan kayu ukur untuk mengadakan Rawon HEWI yang seterusnya kelak. Kepada Sheril Aida Sulainan selaku Pengarah RaHeeM 2010, saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas penganjuran RaHeeM 2010 kerana beliaulah yang sangat bertungkus-lumus membuat persediaannya. Kepada Azwani Jaini, Nurul Husna Aron, Ruzanna Kawi, Kamsiah Hanapi, Halimah Ramli, Nurmiati, Sukeseh, Fazira dan Jiha...terima kasih atas kesudian kalian membantu secara langsung dan tidak langsung. Ambillah yang jernih, buangkan yang keruh. Semoga rahmat ALLAH mengiringi kalian. Ameen...


















Tuesday, January 5, 2010

KENAPA ISU KALIMAH “ALLAH” BUKAN ISU KECIL?


Syukur ke hadrat ILAHI, malam tadi (5 Januari 2010, 8.30malam), saya diberi izin hadir ke Forum “KALIMAH ALLAH: HAK MUSLIM @ HAK SEMUA?” yang berlangsung di ADM LT 4, UIAM Gombak. Sudah lama rasanya saya tidak diperdengarkan dengan majlis ilmu yang isi dan intipatinya agak tidak mengecewakan. Hadir kerana saya sedar agama saya diancam bahaya. Seandainya saya BUKAN JURUDAKWAH sekalipun, saya tetap ingin hadir. Mungkin pada yang masih kurang jelas, tanggal 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam majalah Herald.


Malam itu ada 2 panelis yang tampil mengupas sedalam2nya mengenai isu ini. Yang pertama ialah Timbalan Dekan Kulliyyah Ilmu Wahyu UIAM dan juga Mantan Timbalan Presiden ABIM, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dan yang kedua Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga graduan Undang-undang UIAM, saudara Mohd Faisal Abdul Aziz.


Pusingan pertama forum telah dimulakan oleh Dr. Farid yang dilontarkan dengan persoalan isu ini dari sudut pandangan Islam dan perbandingan agama. Dr. Farid membuka bicara beliau dengan kesyukuran ke hadrat ALLAH Ta’ala. “Bukan ALLAH dalam majalah Herald tu.” Tergelak audien mendengar sindiran itu. Dr. Farid menegaskan bahawa, isu ini bukanlah isu mudah, bukan sekadar ‘simple word’, sebaliknya ia harus dilihat dari pelbagai sudut. Isu ini juga bukan isu yang kita boleh berikan hitam dan putih secara terus. Beliau melihat di peringkat Mahkamah Tinggi itu sendiri, kedua2 pihak mempunyai hujah tersendiri, namun kita perlu kepada hujah yang lebih tegar dalam memelihara pendirian masing2.


Dr. Farid menasihatkan agar isu kalimah “ALLAH” ini janganlah dilihat dalam konteks aqidah yang mudah, tetapi harus dibuka dan dilihat lebih luas lagi. Isu ini timbul apabila pihak majalah Herald itu ingin menterjemahkan perkataan “LORD” atau “GOD” ke dalam Bahasa Melayu dan mereka telah memilih “ALLAH” sebagai ganti “LORD” atau “GOD”. Persoalannya, kenapa perkataan “ALLAH” yang dipilih sedangkan ada lagi perkataan2 lain yang boleh digunakan seperti Tuhan, Ruh Qudus dan lain-lain. Kenapa mesti “ALLAH”?


Dr. Farid membawa kami menilai melalui 2 keadaan. Keadaan yang pertama kesalahan menterjemah. “LORD” ialah Kata Nama Am dalam Bahasa Inggeris. Maka, jika diterjemah ke Bahasa Melayu harus juga daripada Kata Nama Am iaitu “TUHAN”. Tetapi, dalam kes ini, mereka terus menggantikan “LORD” itu kepada Kata Nama Khas iaitu “ALLAH” yang mana merupakan satu kesalahan dalam sistem penterjemahan.


Keadaan yang kedua ialah dari sudut semantik. Semantik ini bermakna setiap istilah, lafaz dan perkataan mesti mempunyai ‘correspond meaning’ atau makna yang tersendiri. Al-Quran paling banyak mentakrifkan maksud “ALLAH”. Contohnya dalam Surah Al-Ikhlas. Ayat pertama memberi makna ALLAH itu Esa. Ayat kedua memberi makna ALLAH itu tempat bergantung. Ayat yang ketiga memberi makna ALLAH itu tidak beranak dan diperanakkan. Apa yang jelas, makna “ALLAH” tiada satu persamaan pun (mithal). Dr. Farid menambah lagi, sungguh jelas maknanya dalam Al-Quran dan ayat2nya juga ada yang “muhkamad” iaitu tidak boleh dipertikaikan lagi. Jadi, seandainya kita menggunakan hakikat lain pada istilah “ALLAH” maka kita telah biadab pada ALLAH. Dengan bahasa pun kita kena beradab.


Dr. Farid menegaskan bahawa beliau tidak begitu bersetuju dengan bunyi tajuk forum pada malam itu kerana bunyinya seolah2 kita hendak merebut dan memonopoli istilah. Padahal, kita berbahas kerana kita memahami isu ini dalam sudut pandangan alam Islam.


Beliau menjelaskan dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan pandangan alam Islam (Bahasa Arab) kerana kita tahu makna perkataan2 ini lebih tepat. Dr. Farid melahirkan rasa bimbang dengan situasi dalam masyarakat sekarang ini kerana ramai yang terkeliru. Bukan sahaja di kalangan umat Islam, yang bukan Islam pun turut terkeliru juga. Beliau sebenarnya tidak kisah apa yang bakal diputuskan mahkamah, tetapi yang beliau bimbangkan pemikiran di kalangan orang2 Islam terhadap isu ini tanpa melihat isu ini dalam konteks yang lebih mendalam.


Sesetengah pihak mengatakan, kita menang kes ini sebenarnya. Berdiri atas hujah istilah itu datang sebelum ISLAM lagi. Ini memang betul, tetapi apabila Islam tersebar serata alam, maka Islam telah mengubah (mengislamisasikan) istilah2 ini kepada makna yang lebih dekat dengan tauhid termasuklah istilah ALLAH.


Contoh yang beliau berikan ialah perkataan "KAREEM" yang bermaksud mulia. "KAREEM" sebelum kedatangan Islam diberikan kepada seseorang yang mempunyai ramai anak lelaki. Namun, setelah kedatangan Islam, nilai makna itu disandarkan pada ALLAH YANG MAHA MULIA. Dan, kita haruslah mengikut makna2 istilah itu selepas kedatangan Islam kerana ada ulama' bahasa yang telah mengkaji dan menghasilkan buku yang tebal2 yang mengandungi huraian istilah2 itu. Maka ia bukanlah perkara yang harus kita pandang ringan.


Inilah agenda sesetengah pihak yang berpegang pada konsep kesatuan agama. Bak kata ahli agam Rom: "ALL ROADS LEADS TO ROME" yang jelas menpromosikan konsep persamaa agama. Menyentuh soal TOLERANSI pula, beliau merasakan orang2 MELAYU ISLAM sudah cukup tolerant dengan orang2 bukan ISLAM. Sesungguhnya memang benar Nabi Muhammad S.A.W pun menyuruh kita untuk tolerant, TETAPI pendirian dalam agama TIDAK BOLEH ditoleransikan sewenang2nya. Bahkan, dalam Surah Al-Kafirun, kita telah mengisbatkan hak masing2 dan bukannya 'INTOLERANT'. Adakah salah untuk kita kata: "WE ARE DIFFERENT, BUT WE RESPECT EACH OTHER". Dan tidak perlulah asyik2 ingin bercakap soal persamaan.


Dr. Farid menegaskan kita perlu teliti dalam memberi pandangan dan meletakkan posisi kita dalam isu ini. Jangan sesekali memudahkan agama. Adalah berbeza antara AGAMA ITU MUDAH dengan MEMUDAH2KAN agama. Dari segi mengikut mazhab pula, beliau mengatakan kita mengikut mazhab bukanlah kita taklid buta, tetapi kita letakkan kepercayaan kepada kewibawaan ilmu ulama'2 Islam yang muktabar.


Pusingan kedua forum diserahkan kepada saudara Faisal dan beliau banyak menyentuh isu ini dari kaca mata undang2 walaupun tidak secara keseluruhannya. Saudara Faisal menjelaskan bahawa salah satu cara gerakan Kristianisasi menyebarkan dakyah mereka ialah dengan memperibumikan Kristian dalam masyarakat setempat. Perkembangan Kristianisasi di Eropah membuktikan bagaimana fahaman Kristianisasi telah disalahertikan iaitu berasal daripada tamadun Yunani, Rom dan lain2. Begitu juga di Alam Melayu, mereka menggunakan kalimah "ALLAH" untuk menserasikan Kristianisasi dalam masyarakat kita. Tujuannya mudah iaitu untuk mengelirukan orang Melayu.


Tegas saudara Faisal lagi, ini bukan isu majalah semata2, tetapi isu sistem sosial yang akan berlaku dalam jangka panjang. Ramai orang2 muda tidak melihat implikasi besar isu ini dalam jangka panjang. Ramai yang memandang ringan kerana ia hanya satu kalimah. Beliau melontarkan persoalan:" MENGAPA KITA BERSYAHADAH 'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH'? KENAPA TIDAK 'TIADA ALLAH SELAIN ALLAH'?". Ancaman yang bakal diterima juga dilontarkan oleh saudara Faisal. Beliau berkata, andai kalimah ini diizinkan untuk digunapakai oleh semua pihak sekarang, kita tidak akan mampu mempersoalkan penggunaannya dalam agama lain untuk masa akan datang.


"BAITULLAH" mungkin digunakan untuk gereja. Begitu juga dengan "RUMAH ALLAH". Bible pula mungkin mereka sebut "KITAB ALLAH". Inilah kesan jangka panjang yang lebih memudaratkan masyarakat Islam kita. Kita akan marah jika perkataan "ALLAH "itu diletakkan di bahagian pusat patung besar di Kuil Batu Caves itu. Namun ketika itu kita tidak akan mampu untuk berbuat apa2 kerana kita sudah benarkan pengunaab kalimah "ALLAH" ini untuk agama lain juga.Inilah sebabnya kenapa isu kalimah "ALLAH" ini bukan isu yang kecil, isu majalah semata2, TETAPI ADA AGENDA YANG CUKUP BESAR. Beliau menjelaskan lagi, pada tahun 1986, kabinet Malaysia telah memutuskan ada 4 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh agama lain iaitu ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH.



Kesimpulan dari forum di atas, saya merasakan sedikit terisi dengan fakta2 dan penjelasan2 kedua-dua panel. Sesungguhnya kita harus memahami isu ini bukan setakat untuk jangka pendek, tetapi kesannya untuk jangka panjang kelak.


**Kesalahan fakta mohon diperbetulkan**


-RiNdOk AtI-



Monday, January 4, 2010

A-L-L-A-H IS OUR ALLAH!

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima memorandum bantahan supaya rayuan keputusan mahkamah membenar penggunaan kalimah �Allah� daripada jurucakap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pahang, Amidi Abdul Manan yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia selepas majlis Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Pekan, semalam. Seramai 25 NGO menyertai penyerahan memorandum itu. - Foto Bernama


Ketika di Melaka Sabtu lepas, saya sempat singgah di laman blog Akhie Naim kerana ada sesuatu yang menarik untuk dibaca. Rupa-rupanya ia adalah mengenai isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini. Berita yang pernah menerobos ruang lingkup dunia Islam di Malaysia ini.



Segan rasanya untuk mengulas isu ini tanpa ilmu dan maklumat yang mencukupi. Bukanlah sudah kehabisan iman dan cinta terhadap agama Allah ini. Namun bicara tanpa usul periksa, kata2 tanpa bukti dan maklumat yang cukup bagaikan orang bodoh yang hanya tahu berkata2...tidak tahu memaknai apa yang dia perkatakan. Yang ini lebih ditakuti andai dipersoalkan di akhirat kelak.


A-L-L-A-H is our ALLAH. Dari sehari ke sehari saya ikuti perkembangan dan perjelasan pihak2 tertentu mengenai isu ini. Biar cukup faham dan masak dengan keadaan sebenar. Isu yang masih berlegar2 di ruang minda ini, memasuki ruang simpanan otak saya, yang akhirnya mengimbas Surah Al-Kafiruun:


1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.

3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.

4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.

6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".



BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN BAGIKU AGAMAKU!! Tuntas lagi jelas, tidak ada yang boleh kita kongsikan, ya Kafiruun!! Semoga orang2 Islam yang punyai kuasa di negara ini terutamanya dalam sistem pentadbiran Malaysia mampu menyekat agenda busuk seperti ini. Cukuplah dengan sikap “TOLERANSI MELAMPAU” yang asyik2 ingin menjaga sensitiviti kaum2 dan agama2 lain sebelum ini. Sikap BERLEMBUT tidak bertempat jugalah menyebabkan musuh2 agama kita ini semakin NAIK KEPALA!



Sama2lah kita doakan agar rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhasil supaya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini ditarik balik. Yang pasti doa itu haruslah diiringi dengan usaha. Lakukan yang termampu dalam ruang lingkup kita sendiri dalam memastikan isu ini tidak dilihat isu kecil yang hanya bisa ditiup angin. Sekurang2nya berilah gambaran kasar pada ahli keluarga rakan2 lain yang BERAGAMA ISLAM tetapi masih tidak tahu tentang isu ini, agar mereka sedar bahawa agama mereka ini diancam bahaya.



****PENGUMUMAN: “KALIMAH ALLAH: Hak Muslim @ Hak Semua?” oleh Dr. Farid Shahran pada 5 Januari 2009 (Selasa), 8.30 malam, di ADM LT 4 anjuran Intellectual Youth Club (IYC), UIAM Gombak. SEMUA DIJEMPUT HADIR dan sebar2kan.