SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, November 28, 2009

HOHOHO!! BALIK KAMPUNGGGG~~~

28 NOVEMBER 2009

WAH3....ini ceritaku balik kampung. Kampung Tangga Mawang, Serian Sarawak adalah kampung kelahiran ibuku. Ia adalah perkampungan Bidayuh kerana ibuku adalah berdarah Bidayuh. Rasa2nya lebih dari 5 tahun aku tidak menjejaki kampung nenekku ini. Selalunya kami akan balik kampung semasa musim Gawai ataupun Christmass untuk menziarahi keluarga datukku (adik nenek) yang beragama Kristian. Alhamdulillah Allah mudahkan. Perjalanan ini disertai Mami, Kakak, Ayong (adik), Anis (sepupu) dan Pak Nen (atok sebelah ayah).


-baru sampai-



-perlu melalui anak tangga ini untuk sampai ke rumah nenek-




-rumah nenek: sudah tiada penghuni kerana nenekku yang sudah tidak berupaya berjalan tinggal bersama kami di Kuching-


-rumah atok-


-kakakku: kopek buah durian setelah kami menghentam buah rambutan kampung-




-makan2: durian, rambutan, buah terap-

-semua tersandar selepas makan-



-ke rumah saudaraku, Ima, lalu dijamu pulak dgn bubur durian-




-inilah sungai tempat kami mandi masa kecil2 stiap kali balik kampung. dulu airnya dalam, sekarang agak keruh dan cetek...(ergh...pembangunan..)-




-nak balik dah...atok memberi bekalan buah2an kampung kepada kami untuk dibawa balik-


-terima kasih atok-

Satu perkara yang ingin kukongsi di sini adalah ketika aku dalam perjalanan ke sungai. Kami terpaksa melalui kawasan rumah orang lain kerana kawasan di situ memang padat. Kami adalah satu daripada 3 keluarga Islam di kampung itu dan yang lain2 majoriti kesemuanya Kristian. Jadi, memang sangat terasa apabila ada mata2 yang memandang ketika kami melalui rumah mereka. Ada juga yang menegur. Nasib baik Ima ada bersama kami kerana jiran2 mengenali Ima. Tambahan pula, kami tidak tahu berbahasa Bidayuh. Setelah diberitahu kami ini anak siapa, barulah mereka tersenyum.

Bukan mempromosi 1 Malaysia, tetapi aku terfikir hidup dalam berlainan agama dan bangsa ini sangat memerlukan toleransi dan memahami antara satu sama lain. Bunyi mudah...tetapi apabila menghadapinya tadi, kecut perut juga dibuatnya.Mudah-mudahan ALLAH terus memberi keamanan di negara kita ini. Maka bersyukurlah selalu... =)

Friday, November 27, 2009

Bila Manusia Berbudi Pada Tanah....

Petang Aidiladha yang panas...cuaca yang agak baik untuk melakukan apa2 aktiviti petang. Aku memandang dari jendela rumah, sepohon pokok rambutan di belakang rumah. Pokok yang kukatakan pada entri yang lepas. Dalam hatiku, daripada tak buat apa2 ni, baik aku menjolok buah2 itu...walaupun sudah diketahui hasilnya tak seberapa. Tapi, setakat saja2 nak mengeluarkan peluh apa salahnya. Lagipun, bila lagi nak buat kerja2 macam ni.? Di UIA manalah ada.

Maka aku pun turun mengheret sebatang galah buluh. Mula2, hasil yang aku dapat bolehlah menutupi tapak bakul hijau yang aku bawa. Terdengar suara adik bongsuku, Amin, menjerit namaku: "Kak Mennnnnnnnnnnn!!!! I'm cominggggggggggg!!!"... Tersengih aku dibuatnya.

Aku dan Amin pun bekerja keras membawa buah2 itu ke tanah. Akhirnya Amin mengambil keputusan untuk memanjat. Kesak (kerengga) menyerang Amin yang ada di atas pokok. Terburai gelak kami berdua.

Sambil mengutip buah2 yang gugur, terdetik di hatiku...beginilah apabila manusia berbudi kepada tanah. Hasil yang dinikmati kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Ini barulah kepuasan...bukan sekadar bermain Farm Ville di Facebook sahaja. Hasil pun tak ada.




Inilah hasil yang kami dapat. Memandangkan dahan pokok rambutan ini, merentasi kawasan jiran belakang rumahku, aku menyuruh Amin memberi sebungkus pada mereka. Rezeki Allah ini baik dikongsikan bersama2.



Hohoho...hasil yang hampir memenuhi bakul ini menimbulkan kepuasan di hatiku. Malam menjelma, penat dan letih menjalar di seluruh badan. Pabila bangun pagi tadi, aku dan Amin mengalami simptom sakit seluruh badan akibat lenguh. Namun, ia adalah kenangan bersama adik bongsuku yang membuatku tersenyum. =)

Tuesday, November 24, 2009

BILA DUA ITIK BERENANG...


"SATU pokok kelapa, DUA itik berenang, TIGA mulut ternganga, EMPAT pendayung sampan, LIMA perut buntal, ENAM ubat nyamuk, TUJUH kapak petani, LAPAN cermin mata, SEMBILAN pokok tauge, SEPULUH pokok kelapa dan sebiji bola..."

Hehehe...inilah lagu tadika ku yang masih ku ingat hingga kini. Semalam ayahku pula menyanyi, "DUA itik berenang". Aku tersengih2...semalam 24 November 2009, genaplah 22 tahun usiaku.

Usia yang Allah masih berikan peluang untukku meminjamnya. Samada aku menfaatkannya atau mensia2kannya.

Ya Allah...Wahai Tuhanku, Perbaikilah untukku agamaku, Yang menjadi pedoman hidupku, Dan perbaikilah untukku duniaku, Yang padanya aku beroleh kehidupan, Dan perbaikilah akhiratku, Yang padanya tempat kembaliku, Dan jadikanlah hidup ini tempat bertambah-tambah segala kebajikan bagiku, Dan jadikanlah mati itu tempat beristirehat dari segala kejahatan…

Sunday, November 22, 2009

RAMBUTAN WEI!!!

Salam kengkawan....
Alhamdulillah, nikmat Tuhan memang tak putus2....
Sekarang ni musim rambutan la...
Pokok rambutan belakang rumah aku membuahkan hasil yang mengagumkan...

Mak aku dah terfikir siapalah yang boleh memanjat pokok rambutan tu...
Nak dipanggil atokku, dia sudah tidak sekuat dulu untuk memanjat pokok rambutan ini...
Katanya, panggillah siapa2 yang ada galah untuk menjolok buah rambutan...
Rezeki ni bolehlah dikongsi2...

Subhanallah, merah bukan main lagi...
Jiranku bernama Pak Mat meminjamkan galahnya...
Dengan kudrat wanita yang ku ada, aku dan adik2ku pun mengangkata galah buluh yang cangkuknya agak longgar...
Nyamuk..mak aii..menyerang dengan hebatnya...
Akhirnya, dalam 8 ke 10 jolokan tu, dapatlah kami memenuhkan satu plastik merah yang besar...
Tetapi, akhirnya aku tidaklah larat manapun...
Jadi siapa2 yang mempunyai galah tu, jomlah datang ke rumahku...
Ibuku sangat berbesar hati atas bantuan kalian...

Sekian, terima kasih =)




Saturday, November 21, 2009

SEKITAR MAJLIS AQAD NIKAH...














Suasana majlis aqad nikah pada 20 November 2009, Jumaat yang menyatukan dua orang insan yang sangat kukagumi.
Saudara Khairul Anwar Shazali merupakan Yang di-Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan bekerja di YADIM zon Sarawak. Manakala, saudari Aisah Munirah Wahi merupakan mantan pimpinan PERKEPIS, juga sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Betong.

Ya Allah, rahmatilah pernikahan mereka. Kurniakanlah kebahagiaan buat mereka di dunia dan akhirat. Berikanlah mereka kesabaran dan kekuatan dalam melalui kehidupan selepas ini.

p/s: Buat Bg K-rol dan Kak Aisah, selamat berbaitul muslim... =)

Tuesday, November 17, 2009

ONLINE DENGAN TUHAN


18 November 2009, Rabu, 11.40pagi...


Dah masuk 5 hari aku bercuti. Semalam barulah aku berkeinginan untuk keluar sebentar. Azamku untuk melembutkan tangan dan kaki yang ‘macam kayu’...kata adikku. Gelak besar aku dibuatnya kerana sungguh...macam kayu. Lama sudah aku tidak memandu. Apalah nasib...tapi aku percaya...practice makes perfect! =p Kayu pun kayulah. Pinochio versi wanita...hehe


Malam tadi aku memanjakan diri dengan sebuah buku yang aku beli semasa Pesta Buku yang lepas. Sudah lama dibeli tapi belum dibaca kerana banyak juga buku yang dibeli. Maka harus dibaca satu persatu termasuk yang satu ni. “ONLINE DENGAN TUHAN - Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar” terbitan PTS Publication & Distribution Sdn Bhd. Buku yang nipis sahaja, 114 halaman...tapi cukup sebagai muqaddimah untuk membaca buku2 yang lebih berat kandungannya memandangkan agak lama juga aku tidak membaca buku2 luar kuliah. Maklumlah final exam katakan. Tiba2 rindu pula aku untuk ke Pesta Buku sambil ditemani sahabat baikku saudari Azwani. Hohoho...buku2...rindunya pada Pesta Buku...


Berbalik pada buku yang kubaca ini. Idea penulis -Zulkifi Khair- cukup ringan dan mudah dalam mengadaptasi teknologi dengan hubungan dengan Tuhan. Jom kita review beberapa bab yang agak terkesan di hatiku. =) Antaranya:


BAB 1: INTERNET ITU MAKHLUK, ALLAH ITU KHALIK

Manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, melebihi rasa terpegun dan kagum kepada Maha Pencipta, Tuhan semesta alam. Ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit, namun kurang yang kagum pada PENCIPTA langit. Ramai orang kagum dengan kolam renang dalam taman. Namun, kurang kagum dengan PENCIPTA air yang memenuhi kolam berkenaan dan Tuhan yang menghidupkan tumbuhan di dalam taman.


Begitu juga dengan kita, ciptaan makhluk terhebat di planet bumi. Begitu juga dengan internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Tuhan. Siapakah pencipta electron dalam arus elektrik apabila suis dibuka dan electron yang membantu menghantar data? Sudah tentu ALLAH.


Kecantikan dan kekayaan hanya bersifat sementara. Kecantikan manusia lenyap dalam masa beberapa hari selepas dikuburkan. Hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang. “Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad dan rupa kamu, tetapi dia memandang kepada hati kamu” –hadis yang direkodkan oleh Tirmizi dan Muslim.


BAB 2: BROWSER AL-QURAN

Browser Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain hanya mampu memberi maklumat. Sebaliknya al-Quran mampu memberikan 100 peratus ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Tuhan di samping membibitkan rasa hamba.


Selain daripada membuka al-Quran untuk menyambung bacaan sehingga khatam, sesekali bukalah al-Quran secara rawak. Dengan izin Allah, di sana ada browser yang tepat dengan keadaan dan rasa hati kita. Katakan kita sedang bersedih, mungkin kita bertemu ayat yang memujuk supaya tidak bersedih.


Al-Quran tidak mampu menjadi browser selagi manusia memandang rendah kepadanya. Tidak melihatnya sebagai buku paling hebat dalam dunia, kurang menganggapnya sebagai kalam Allah, kurang mengiktirafnya sebagai mukjizat agung, kurang menghargai segala peraturan dan ketetapan yang terkandung di dalamnya sesuai bagi semua manusia sepanjang zaman.


BAB 3: SEKIRANYA TUHAN KELUARKAN BIL

Terlalu banyak nikmat yang Tuhan berikan. Walau bagaimanapun, perasaan ini hanya timbul apabila merasakan Tuhan Maha Besar dan pada masa yang sama merasakan diri begitu kerdil, lemah, dan miskin di hadapan Allah.


Bayangkan, apabila Tuhan mengeluarkan bil oksigen yang kita sedut sejak dilahirkan di dunia hingga sekarang. Pasti kita tidak mampu membayarnya! Mungkin banyak tunggakan. Apabila bil sudah beberapa kali tertunggak, perkhidmatan yang diberikan wajar dipotong! Bagaimana kita apabila bekalan oksigen dipotong?


Bersyukur dengan nikmat yang nampak sedikit dan kecil. Sekiranya tidak mampu bersyukur dengan nikmat yang sedikit, bagaimana mahu bersyukur apabila mendapat nikmat yang banyak dan besar.

“Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung.” – Surah Ibrahim : 34


BACALAH, WALAU SATU BUKU...=)

Sunday, November 15, 2009

OTAK DAN JIWA TAK BOLEH CUTI


Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah pada 12.30 pagi pada hari Sabtu lepas. Hari Isnin sudah! Ibu dan adik2ku semuanya ke sekolah kerana tinggal seminggu sahaja lagi sesi persekolahan akan berakhir.

Cuti...cuti...apalah perancangan ku di waktu cuti ini. Yang paling penting JIWA dan OTAKku tidak boleh 'bercuti' juga. Iman harus terus dijaga. Fikiran harus terus boleh berfikir dengan hikmah.

Memang ada perancangan...tapi, semangat melaksanakan itu di mana?? Biarlah ia tertumpah di sini...kerana selepas ini, aku pasti memulakan agenda2 cuti untuk OTAK dan JIWA ku ini.

Pabila pulang ke rumah, memang agak sukar untuk berjumpa rakan2 berbanding ketika aku berada di Semenanjung Malaysia. Rindu memanglah rindu...namun banyak hati yang perlu kujaga dan harus untukku berfikiran saksama agar tidak ada yang berkecil hati. Terutama sekali pada keluarga ku ini. 'Memeram'kan diri selama seminggu dua adalah keputusan yang lebih baik.

Makanya, masa di rumah inilah akan dimanfaatkan sebaik2nya...
Semoga segalanya istiqomah dan berjalan seperti yang dirancang.

Sunday, November 8, 2009




Hohoho....dah berhari2 kuperhatikan kejadian Tuhan Yang Maha Esa yang satu ni....
Hari demi hari berlalu...kita sedar siang akan tiba...
Tapi, kalau kita HAYATI detik2 matahari naik...
Dari awal2 Subuh sehinggalah cerah keseluruhan Bumi...
SUBHANALLAH!!
Ketika inilah kita PASTI memikirkan sejenak betapa AGUNG penciptaaan langit dan Bumi...
Dan sudah pasti dari Pencipta yang Agung....
Hati yang gundah menjadi tenang...

Lepas solat Subuh, aku dah tak sabar2 nak bukak jendela kamarku...
Gelap lagi...
Ma’thurat jadi peneman sambil mataku meninjau keadaan di luar jendela...
Hah!! Dah biru2 dah!!
Terus sabar menyambut kedatangan pagi yang indah beringingan dengan zikir di bibir...
Menanti lagi...di balik bukit sana kelihatan cahaya mentari bersedia untuk naik...
Menerangi Bumi sedikit demi sedikit dengan cahayanya...
Ia membuatku tersenyum sorang2... =D

"Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkan waktu malam ke Dalam waktu siang,
Dan Engkaulah Yang memasukkan waktu siang ke Dalam waktu malam.
Engkaulah juga Yang mengeluarkan sesuatu Yang hidup dari benda Yang mati,
Dan Engkaulah Yang mengeluarkan benda Yang mati dari sesuatu Yang hidup.
Engkau jualah Yang memberi rezeki kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki,
Dengan tiada hitungan hisabnya".
[27:ALI IMRAN]

Rendahnya kita sebagai hambaNYA...
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Tinggi, ya ALLAH...
Bagaimana ya, dunia tanpa cahaya?
(n_n)Y

~Tika malam menjelma, kupasti merindui suasana di Subuh hari~


Friday, November 6, 2009

PENING SETOMPOK…





6 November 2009…Aku baru bangkit dari “tidur sekejap” a.k.a “tidur sejam”. Jam menunjukkan 10.58 malam. Kepalaku berasa pening setompok…(nak bagi tajuk entri pun pening jugak...huhu belasah!)


Rasa pening ni hanya terasa di bahagian kiri atas kepalaku…ergh!! Pening…pening… Tapi, aku harus bangkit mengulangkaji sekurang2nya 1 daripada 3 lagi kertas peperiksaan akhir semester minggu hadapan. Terasa lebih segar selepas berehat sebentar…tak perlu KIT KAT pun… =p


Petang tadi selesai sudah kertas yang kedua. MGT 3050 – Decision Science. Subjek budak2 jurusan Ekonomi yang wajib diambil oleh kami budak2 jurusan Kejuruteraan dalam modul pengajian 4 tahun di UIAM ini. Sedikit kecewa kerana soalan terakhir yang aku yakin boleh dijawab…namun masa…masa tak cukup pulak laaaa… Separuh jalan sahaja mampu kucapai. Malas hendak difikirkan lagi, tawakal membelit pangkal hati…


Teringat pesanan Sang Pecipta: “Fa iza a’zam ta fa tawakkal tu a’la ALLAH” yang kira2 bermaksud: “Setelah kamu berazam (berusaha) maka bertawakkallah pada ALLAH”. Terima kasih wahai Sang Pencipta jasad dan jiwaku…terima kasih atas ingatan ini.


Selepas exam tadi, sempat aku menghadirkan diri di alam maya. Taqdir ALLAH…malam ini, aku ‘menemui’ 2 orang adik yang mengikuti perkembangan blog ini. Terima kasih adik Sharifah Norhazimah dan adik Shairazi Aiman. Terima kasih atas komen2 yang diberikan. Semoga terus istiqomah mengikuti blog ini SELAGI ia boleh memberi manfaat buat semua. Kerana kuingin menjadi seperti padi, makin tunduk makin berisi, lalu ia berbudi pada orang2 yang memerlukannya. =D Tapi jangan malu2 menegur kekhilafan diri ini seandainya ada yang tidak berkenan di hati. Kerana:


Bukan kuingin pujian,

Untukku berbangga2…

Cuma inilah warisan maya,

Wadah buat hatiku berkata2…

Di sini kusimpan marah, sedih dan kecewa,

Di sini ju kusimpan rasa rindu, sayang dan cinta…

Kau dengarlah suara2 hati ini seadanya,

Kau tatapilah warna2 hati ini seadanya…

Ia ingin terus sahaja memberi dan mahu sahaja menerima,

Berganti tahun berlalulah masa,

Kini ia tahu apa kemahuannya…

Hati ini cuma meminta,

Rasa REDHA dari Tuhannya…



Semoga kebaikan itu terus benderang mengalahkan kejahatan dunia yang fana…

Semoga hati kita terus merindui keindahan memiliki rasa cinta pada Tuhan kita...



~ HATI-HATI MENCORAK HATI ~