SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, October 26, 2009

RIMBUN KEAMPUNAN

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda


Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan

Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan
Mu Oh Tuhan

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Kepayahan yang ku rasa mengajar erti kesabaran

Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan


Saturday, October 24, 2009

“CANTIK ya UJIAN, kak…”


Entri ini adalah luahan dan perkongsian hatiku yang buntu.

Benarlah…anugerah dan kelebihan yang Allah kurniakan pada kita ini bukan SEKADAR anugerah dan kelebihan sahaja. Tapi, anugerah dan kelebihan ini jugalah yang boleh menjadi UJIAN terhebat dalam hidup kita. Pada ketika inilah, syaitan berbisik2 agar ada yang menjadi dengki dan cemburu. Akhirnya, berlakulah fitnah yang tidak kita ingini.

Apabila dihamparkan fitnah yang datangnya daripada golongan yang dengki dan cemburu ini, mulalah si hati bertanya: “Salahkah aku menjadi begini, ya Allah? Padahal aku tidak menyakiti sesiapapun”.

Dahulu, ada seorang gadis yang cantik berkata kepadaku: “Kak, kecantikan tok ujian besar bagi kamek. Sedih kamek…banyak fitnah dunia menimpa kamek. (Kak, kecantikan ini ujian besar bagi saya. Saya sedih…banyak fitnah dunia me
nimpa diri saya)”

“Kecantikan”….keindahan yang indah di pandangan manusia.
“Kecantikan”….antara anugerah ataupun ujian Tuhan.
“Kecantikan” menyebabkan ramai arjuna yang terpesona, lalu tidak teragak2 melakukan apa sahaja demi meraih cinta si gadis. Pabila cinta dibalas, hati pula bimbang dan risau…risau si gadis diminati dan dipandang oleh lelaki-lelaki lain dek kecantikannya itu. Cemburu tidak bertempat sehingga berkawan dengan
kenalan2 lelaki yang lain atas tujuan yang diharuskan (belajar/bekerja) pun menjadi isu yang besar untuk dipersoalkan. Risau si arjuna…bimbang kehilangan kekasihnya itu.

Cinta kerana CANTIK pada wajahnya menjadikan Cinta itu sungguh menyakitkan.

Padahal terciptanya CINTA atas redha Tuhan Yang Maha Esa.

Tidak perlu risau mahupun berkeluh kesah.

Tidak perlu bimbang dan cemburu tidak bertempat.

Maka sesungguhnya CINTA itu adalah sesuatu yang membahagiakan.

Di atas PERNIKAHAN yang sah!!


Huh!! Panjang sungguh cerita CINTA ini. Yang membuntukan aku lagi adalah isu CINTA ISLAMIK… (Huh, whatever!!)

Aku jadi pening…tidak fasal2 aku harus mendalami entiti yang bernama CINTA itu. Pada usia sebegini, aku dan orang lain tidak akan terlepas daripada “kemelut” CINTA ini…kemelut kah?


Ramai sahabat2 dan adik2
mengadu dan berkongsi rasa agar aku boleh memberi pandangan dalam masalah CINTA…erm…CINTA ISLAMIK (konon) mereka itu. Topik sebeginilah aku tidak berapa gemar untuk memberi pandangan sebenarnya. (Huh…cinta dunia..kenapa perlu dilayan dong????)

Tapi, sampai bila harus kuelakkan? Orang yang tahu perlu menyampaikan. Yang salah harus dibetulkan. Namun, aku perlukan pandangan kalian juga. Bantulah aku!! :’( Jawapan apa yang harus kuberi tentang isu “CINTA ISLAMIK (konon)” ini…? “Samakah orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu? Samakah orang yang beramal dengan yang tidak beramal?” - petikan SULUH HATI…(thanks kak =)

Suatu Subuh, kuterima SMS dari adikku yang cantik. Dihantarnya sebuah puisi bertajuk “ Gadis Idaman”. Tidak berapa berkenan dengan tajuk puisi itu, aku tukar tajuknya menjadi “Gadis Yang Comel”….lalu kuhantar semula padanya. Aku bergurau dengannya, “Kenapa nak jadi gadis idaman? Tak mahulah menjadi idaman siapa2. Geli….toeng3!!!” Haha…terima kasih adikku yang cantik. =)

JODOH OH! JODOH


Pesanan buat adik2ku:


Adik, JODOH tok salah satu daripada rahsia Tuhan. Kita sik perlu risau sebab Allah dah tentukan siapa pasangan kita ya kelak. Dalam usia yang muda tok, kita ada kewajipan yang lebih perlu diselesaikan daripada mencari pasangan. Kita pelajar…maka habiskan dolok pengajian kita di sitok. Ya lebih penting sebab yalah tujuan kita datang belajar di sitok. Tuntutlah ILMU sebanyak2nya. Kasihanlah pada mak ayah kita. Belajarlah bersungguh2 sehingga berjaya. Supaya kita boleh balas balit penat lelah sidak nganta kita belajar di sitok. Memang jasa sidak sikkan dapat dibalas dengan apa2pun, tapi nakka rindok mun kita melihat senyuman cdak ya melihat anak2nya berjaya? Tanggungjawab kita membahagiakan sidak dik…

Jangan leka dik. Jangan jadi madod ntam hal cinta tok. Jangan sebab kawan2 lain bercinta, kita pun mok merasa juak. Adik, sik perlu sampe ke tahap ya.


Memang sik dapat elak bila kita ada suka dan berkenan dengan orang. Sebab ya fitrah manusia dik. Menyukai dan menyayangi seseorang ya bukti rahmat Allah ada dalam hidup kita. Jangan ditukar RAHMAT ya dengan KEMURKAANNYA. Sebab ya juak adalah ujian daripada TUHAN. Jangan lupak…ujian Tuhan datang dalam pelbagai bentuk termasuklah hal ehwal hati dan perasaan tok. Maka bermujahadah bersungguh2 menghadapi cubaan TUHAN ya.


Doa2kan jak selalu smoga Allah pertemukan kita dengan pasangan yang NYA redhai, bukan yang kita redhai. Fokus dengan apa yang kita perlu fokus dolok k? Biarlah “sakit” kita dalam bermujahadah menerima perasaan cinta pada manusia ya, tapi mun memang bukan jodoh kita, maka jangan terlalu “sakit” untuk kita lepaskan perasaan ya. Ingat kata akak tadik, cinta ya sik menyakitkan dik. Smoga Allah kurniakan adik2 akak dengan sekeping HATI YANG REDHA. Agar sentiasa meredhai perencanaan Tuhan dalam kehidupan kita di dunia yang fana tok =)


(smoga menjawab persoalan kitak, dik.)

Wednesday, October 21, 2009

PINTAKU...SEKEPING HATI

WAHAI KEHIDUPANKU
Kau kujelajahi...kunikmati
Memasang mimpi-mimpi
Menyimpan kenangan abadi....

WAHAI KEHIDUPANKU
Kau kutangisi
Terasa rebah ingin bersemadi
Keluh kesah tidak bertepi
Kecewa dan lupa tujuan hakiki...

Mencari makna kehidupan ini
Menjadikan aku para pencariMu, Ilahi...

Naik turun...jatuh bangun
Suka duka...tangis tawa
Rencah-rencah yang harus sebati
Demi melakar kehidupan yang kusyukuri...

Ya Tuhan
Pemilik jasad dan jiwaku
Dari hari ke hari kumenerima dan memberi
Menjadikan hatiku kadangkala gersang
kadangkala subur
Kini aku mengingini
Sekeping hati yang sentiasa meredhai
Sejuta kisah yang bakal kutempuhi...

-AMIN-

(18.10.09, 4.30ptg)

Monday, October 12, 2009

UMAR AL-KHATTAB : Tragedi Waktu Subuh.. - SIRI 2 -



Abu Lukluah termenung memikirkan kata2 Hurmuzan. Jafina menambah: “ Mereka adalah musuh kita, dan musuh kita selama2nya.”

“Panglima Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah dan ramai lagi panglima Islam yang handal sudah tiada. Sekiranya Umar al-Khattab juga tiada maka Islam menjadi lemah dan Parsi boleh bangun semula,” kata Hurmuzan.

“Umar al-Khattab masih hidup dan dia masih berkuasa,” kata Abu Lukluah.

“Bagaimana sekiranya dia terbunuh?” tanya Jafina pula.

“Maksud kamu kita bunuh Khalifah Umar al-Khattab?” tanya Abu Lukluah sambil berbisik, bimbang didengari orang lain.

Dan di situlah perancangan pembunuhan Umar al-Khattab dibuat. Memandangkan Abu Lukluah atau Fairoz adalah putera Yezdager III, mereka bersetuju Abu Lukluahlah yang akan membunuh Khalifah Umar al-Khattab manakala Hurmuzan dan Jafina akan membantunya melarikan diri. Namun, Abu Lukluah menghadapi kesukaran kerana Khalifah Umar al-Khattab sering ditemani sahabat handai dan keluarganya ke mana sahaja dia pergi. Hurmuzan berkata: “Lupakah kamu pepatah Parsi ada mengatakan sekiranya kamu tidak dapat membunuh musuh dari hadapan, maka lakukan dari belakang”.

Maka, dengan itu mereka bersetuju akan melakukan pembunuhan itu ketika Khalifah Umar sedang bersembahyang di masjid. Hati Abu Lukluah membulatkan keputusan untuk membunuh Khalifah Umar al-Khattab. Dia sudah termakan hasutan Hurmuzan dan Jafina yang sememangnya masih membenci Islam walaupun sudah menganutinya.

Abu Lukluah membuat sebilah pisau bermata dua lalu hujung mata pisau itu disapu dengan racun. Apabila bertemu kawan2 yang rapat dengannya dia akan berkata: “Inilah pisau yang akan menebus maruah bangsa Parsi.” Apabila terjumpa kanak2 Parsi, dia mengusap kepala anak itu sambil berkata: “ Umar al-Khattab merampas kehormatan kita. Dia pasti mendapat balasannya.”

Di pihak Umar al-Khattab pula, kelakuan aneh Abu Lukluah ini menarik perhatian seorang sahabat bernama Ka’ab lalu dia mengadu kepada Umar. Namun, Umar tidak menghiraukannya kerana dia sudah diberi jaminan oleh al-Mughirah bahawa Abu Lukluah adalah seorang lelaki yang baik.

Suatu malam Umar bermimpi dipatuk seekor ayam jantan, lalu keesokan harinya dia berjumpa Asma’ binti Umaisy. Asma’ menyatakan firasatnya bahawa Umar akan dibunuh oleh seorang yang bukan daripada bangsa Arab. Tetapi Umar masih juga tidak menghiraukan kerana dia yakin semua yang berlaku dengan kehendak Allah SWT juga. Sekiranya itulah ketentuan Nya, dia reda menerimanya.

Pada suatu Subuh, selepas azan dan iqamat, seperti hari2 biasa, Khalifah Umar tampil ke hadapan menjadi imam. Betul2 di belakangnya, iaitu di barisan hadapan saf berdiri Abu Lukluah, di sebelah kanannya Hurmuzan dan di sebelah kirinya Jafina. Ketika Khalifah Umar mengangkat takbiratul ihram, dengan pantas Abu Lukluah mengeluarkan pisau dari dalam jubahnya lalu menikam belakang Umar. Tiga kali tikaman di belakang menyebabkan Khalifah Umar tersungkur. Kemudian Abu Lukluah menikam pula tiga kali di bahagian perut Umar. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan cekap sehingga orag ramai tergamam dan tidak sempat menghalangnya.

Begitulah tragedi pembunuhan Umar. Solat Subuh diteruskan berimamkan Abdul Rahman bin Auf atas perintah Umar yang masih kesakitan. Selesai mereka bersolat, Umar meminta Abdul Rahman membalut luka2nya dan membantunya berwuduk bagi membolehkan dia menunaikan kewajipan itu. Setelah selesai bersolat sendirian, Umar kelihatan terlalu lemah lalu dipapah oleh Abdul Rahman bin Auf dan Ibnu Abbas ke rumahnya.

Di rumah beliau, keadaanya semakin parah. Seorang tabib dipanggil bagi merawat lukanya. Tetapi, tabib itu tidak mampu berbuat apa2. Beliau mendapat tahu Abu Lukluah yang menikamnya sebentar tadi dan diberitahu Abu Lukluah sudah terbunuh, samada membunuh diri ataupun dibunuh oleh Hurmuzan dan Jafina. Mereka berdua dipanggil ke rumah Umar, namun mereka berdua menafikan terlibat dalam perkara itu. Akhirnya, Khalifah Umar memerintah supaya dibebaskan mereka berdua dan tidak mahu memanjangkan perkara itu. Dia reda menerima takdir Allah kepadanya.

Umar al-Khattab meminta segelas susu kerana berasa dahaga. Apabila diminum, susu itu keluar dari bekas luka di perut. Tahulah para sahabat bahawa Umar al-Khattab sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Tangisan muala bergema. Umar berkata: “ Setiap yang bernyawa pasti mati. Dan saya merasakan saat kematian itu semakin hampir. Selepas saya meninggal kelak, saya minta disemadikan berhampiran dengan makam Rasullullah SAW.”

Sakitnya bertambah tenat. Akhirnya pada pagi hari Ahad 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafas yang terakhir setelah menjadi khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari ketika berusia 63 tahun.

Al-Fatihah

Saturday, October 10, 2009

UMAR AL-KHATTAB : Singa berhati lembut.. - SIRI 1 -

Rasa teruja ingin menulis entri ini. Khatam sudah novel sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib bertajuk “UMAR AL-KHATTAB: Reformis Dunia Islam”. Habis membaca buku ini, saya simpulkan dia adalah “Singa Berhati Lembut”.


Ada dua peristiwa besar yang paling terkesan di hati selama mana saya menghabiskan pembacaan. Pertama, saya tertarik pada kehidupan Jahiliyyah Sayyidina Umar kerana selepas beliau memeluk Islam dan menjalani kehidupannya sebagai seorang Muslim, sesekali beliau teringat2 kesilapan2 yang beliau lakukan semasa Jahiliyyah. Beginilah yang patut kita ikuti. Dari sebesar2 dosa hinggalah sekecil2nya, kenangilah ia agar dapat kita bermuhasabah selalu. Agar kita sedar kelemahan kita sebagai insan. Agar kita malu untuk berhadapan dengan Tuhan andai tidak diiringi dengan taubat.


Kedua adalah satu peristiwa yang akhirnya menyebabkan Umar meninggal dunia iaitu perancangan pembunuhan beliau akibat perbuatan orang yang suka mengapi2kan orang lain.


Rasanya semua mengetahui bahawa Umar pernah menanam anak perempuannya hidup2 setelah dicabar oleh Abu Lahab. Umar mengheret anak perempuannya yang baru pandai berjalan yang satu kawasan yang jauh dari rumahnya. Ketika beliau menggali lubang, debu2 pasir terkena jubah. Anaknya datang lalu menyapu debu2 yang terkena pada baju ayahnya. Apabila lubang siap digali, Umar al-Khattab berehat sebentar melepaskan penat. Anaknya datang lalu menyapu pasir2 halus yang melekat pada janggut ayahnya. Memang ketika itu ada kasihan di hatinya, namun kerana EGO dan KEJAHILAN lebih menguasai fikiran warasnya, dia meneruskan jua niatnya untuk menanam anaknya hidup2. Diangkatnya anak perempuannya, dihumban ke dalam lubang, lalu ditimbus dengan pasir. Satu saat selepas memeluk Islam, Umar pernah menangis kerana menyesali tindakannya itu.


Saya menggemari bab yang menceritakan peperangan tentera Islam menentang kerajaan Parsi. Diceritakan bahawa tentera2 Islam belum pernah lagi melihat gajah, menghadapi kesukaran untuk memberi tentangan kepada Tentera Bergajah Parsi. Walaupun ditetak dengan pedang, direjam dengan lembing tetap tidak memberi kesan pada si gajah. Saya ketika ini pun tertanya2 apa pula penyelesaian yang mampu dilakukan oleh tentera Islam yang tidak pernah melihat gajah sebelum itu.


Panglima yang mengetuai tentera Islam adalah Sa’ad bin Abi Waqas. Pada malam itu, dia dan tenteranya berbincang memikirkan bagaimana hendak menumpaskan musuh mereka keesokan harinya. Menurut Sa’ad bin Abi Waqas, setiap makhluk pasti ada kelemahannya. Maka tampil beberapa orang penduduk Iraq yang membenci tentera Parsi yang menjajah negara mereka. Menurut orang2 Iraq itu, kelemahan gajah adalah terletak pada bahagian mata dan hujung belalainya. Jadi, butakan mata ataupun cederakan bahagian belalainya.


Subhanallah…saya tersenyum membaca bahagian ini. Tentera Islam yang sebelumnya meletakkan pasukan berjalan kaki di barisan hadapan menukar strategi mereka dengan menggantikan pasukan itu dengan pasukan memanah untuk berada di barisan hadapan. Gajah2 yang dipanah pada mata dan belalainya, merasa sakit dan matanya buta, berpatah balik ke belakang merempuh tentera Parsi menyebabkan keadaan kucar-kacir. Ramai tentera Parsi yang mati dipijak dan dirempuh gajah2 itu. =)


Saat2 Umar al-Khattab meninggal dunia diceritakan dengan lebih mendalam. Sebelum ini, memang saya ketahui pembunuh Umar itu bernama Abu Lukluah. Zaman saya bersekolah dulu, ditulis sebagai Abu Lukluk. Persoalannya, siapakah dia dan apa cerita sebenarnya sehingga dia berani membunuh Umar?


Abu Lukluah sebelum memeluk Islam, namanya ialah Fairoz, putera raja kepada Yezdager III Maharaja Parsi yang memerintah pada tahun 21 hijrah. Fairoz diberi tanggungjawab untuk mengetuai tentera Parsi ke Nahawind. Apabila kalah di tangan tentera Islam Madinah yang dihantar ke situ, Fairoz menjadi tawanan perang lalu menjadi hamba kepada Mughirah, Gabenor Kufah.


Disebabkan dia menunjukkan sikap yang baik, tuannya menaruh kepercayaan kepadanya lalu dia dimerdekakan, lalu diberi nama Abu Lukluah. Dia datang ke Madinah dan disambut baik oleh Khalifah Umar yang sebelum itu sudah dimaklumkan oleh al-Mughirah perubahan sikap Abu Lukluah ini. Dia menyara hidup dengan hidup sebagai tukang besi di Madinah.


Tanggal 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, Hurmuzan dan Jafina, 2 orang tawanan perang yang juga dibawa ke Madinah dan berbangsa Parsi, datang ke tempat Abu Lukluah bekerja. Inilah titik tolak perubahan hati Abu Lukluah kerana Hurmuzan dan Jafina berjaya mengapi2kan dan menghasut Abu Lukluah agar membunuh Umar al-Khattab.


Mereka mula mengungkit kehidupan sebelum menjadi tawanan perang. Jafina sebelumnya sebagai ketua angkatan tentera, Fairoz pula sebelumnya adalah putera kepada seorang pembesar Parsi, Hurmuzan sebelumnya adalah seorang pembesar Parsi. Hidup di Parsi yang tanahnya subur. Hurmuzan mula menempelak Abu Lukluah yang kurang selesa berbual tentang masa silam mereka. Kerana bagi Abu Lukluah, lebih baik ditumpukan pada kehidupan sekarang sahaja.


Hurmuzan berkata: “Tidakkah engkau sedar wahai Fairoz? Engkau kehilangan segalanya. Sekiranya tentera Islam tidak menyerang Parsi, engkau masih menjadi putera raja. Tempat engkau di istana bukan di bengkel besi. Engkau kehilangan masa depan yang penuh kemewahan. Engkau menjadi tawanan perang dan menjadi orang suruhan al-Mughirah selama bertahun2.”


-bersambung-