SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, August 29, 2009

TAK FAHAM KENAPA AKU TAK FAHAM2!


Seminggu berlalu pantas. Hari ini 9 Ramadhan 1430 H bersamaan 30 Ogos 2009 , Ahad.


Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita bernafas di dunia ini.

Allah masih memberi kesempatan buat kita agar terus berjuang melawan nafsu di bulan mulia ini.


Seminggu pertama Ramadhan yang lepas, seperti yang disangka2, tuntutan dan hal ehwal dunia ini mengasak2 jiwa dan minda. Permulaan Ramadhan yang cukup pincang. Ingatkan aku sudah cukup kental untuk menghadapinya. Masuk hari Isnin, kemudian Selasa…hinggalah akhirnya Jumaat…cukup membuat diriku tidak keruan, kepeningan dan akhirnya aku tersungkur jua…menangisi perjalanan hidup yang penuh resah, gelisah, terkejar2 dan agak bengang dengan permulaan Ramadhan ku begini.


Ujian, ujian, ujian….! Inilah perkara yang aku lupa. Rupa-rupanya Allah sedang mengujiku. Rupanya lambakan tugasan2 kuliah dengan kesempitan masa untuk ia disiapkan itu ujian. Rupanya masalah2 mad’u2 ku itu ujian. Rupanya, hal2 ehwal dakwah dan jemaah ini adalah ujian. Rupanya segala SMS yang masuk dengan pelbagai hajat dan persoalan itu adalah ujian. Rupanya, aku sedang diuji. Ya Allah, mengapa aku lupa bahawa aku sebenarnya diuji Mu?


Aku lupa, ujian itu rupanya bukan sekadar RASA SEDIH DAN SIMPATI dengan berita adik2 yang demam dan dikuarantin, bimbang penularan H1N1. Bukan sekadar mendengar berita rumah sewa adik usrahku dipecah masuk sehingga kerugian hampir RM5000. Bukan sekadar mendengar berita kembalinya sahabat2 seperjuangan ke Bumi Kenyalang dan terbahulah satu tanggungjawab yang besar di bahu ini. Bukan sekadar mengawal clutch, gear, break dan minyak semasa belajar memandu, ditambah lagi dengan instructor yang aku tak paham!!! Rupanya ujianMu bukan sekadar ini.


Tetapi, rupa-rupanya ujian itu juga datang di kala aku teringin untuk SENYUM, ketika aku ingin terus BERLAPANG DADA dan BERTENANG, ketika aku sedang membina SABAR, ketika aku masih BERSEMANGAT, ketika aku BERAZAM dan BERTAWAKKAL di setiap penjuru malam-Mu!! Subhanallah…aku sedang diuji rupanya. Sekelip mata…senyum, lapang dada, tenang, sabar, semangat, azam dan tawakkalku…semua itu hampir2 runtuh dan luluh dari pangkalan hati ini…dan air mata jualah hadiah buat segala2nya.


Ya Tuhan…kenapa dengan aku ni? Aku tidak faham kenapa aku tidak faham2 Kau mengujiku, ya Allah. Kenapa aku tidak terfikir ini semua ujianMu. Astaghfirullahal a’zim…aku tak faham…sungguh aku tak faham… Aku tidak faham mengapa aku tidak faham2 bahawa ujian di Ramadhan ini perlu disusuli dengan SABAR LUAR BIASA…! Ya Allah, ya Tuhan…


Jumaat malam lepas, selesai peperiksaan pertengahan semester kertas MATH 5, aku kembali ke kamarku. Sebelum tidur, aku membaca SMS yang dibalas kepadaku pada hari Khamis, sebagai penawar ‘penyakit’ku ini. SMS yang kuterima ini dihantar kepadaku setelah aku meminta dia menghiburkan aku, setelah kupinta dia ingatkan aku dengan janji2 Tuhan, setelah kupinta dia menenangkan aku kerana aku sungguh tidak berdaya untuk memikirkan urusan dunia ini.


Dia mulakan dengan doa ini:

“Ya Allah, bukakan jalan untuk kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, kerana memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah bagiMu. Ya Allah, mudahkan kami dalam segala urusan kami dan kurniakan ketenangan di hati kami dan kesihatan pada tubuh badan kami, keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia kami…”


Dia berkata (setelah dialih bahasa daripada bahasaku kepada bahasa Melayu):

“Ramadhan ini bulan kesabaran. Setiap kebajikan yang kau buat, Tuhan gandakan. InsyaAllah, tingkatkan kesabaranmu atas musibah ini. Tuhan sebenarnya tahu apa yang sedang kau lalui. Mungkin Tuhan rindu dengan rintihanmu. Tiada benda lain, Tuhan nak tarbiyyahkan kita ketika Dia turunkan musibah. Kau beruntung, punya peluang bertaqarub denganNya, apatah lagi dalam bulan mulia ini. InsyaAllah, moga semakin kuat cintamu kepadaNya. Musibah yang melanda mu itu, andai Tuhan nak selesaikan tanpa disangka2 ia akan selesai. Banyakkan bersabar. Moga dipermudahkan. Amin”


Hari ini, pabila kukenangi graf kehidupanku yang menurun minggu lepas disusuli dengan solusi2 yang kucari2, aku semakin stabil dan semakin WARAS. Aku semakin sedar dan berpijak di Bumi yang nyata. Aku sedar bahawa aku berada di dalam bulan Ramadhan dan SABAR LUAR BIASA lah penawar segala masalah jiwa ini.


Semasa aku bertadarrus Surah Fushshilat dan memahami terjemahannya, sampai ayat 30, aku merasakan Allah sedang menjawab doakan, sedang bercakap dan membalas permintaanku:


30. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.


Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah!!…Dia menjawab doaku. Dia terasa dekat sekali denganku. Terasa seperti hati ini Kau pujuk, ya Allah. Terasa kelembutan dan hikmahnya ayat ini. Rupanya Allah sayang padaku. Rupanya Allah kasih padaku. Sebab itulah Dia datang semua ini. Alhamdulillah was Syukrulillah…


Berbaki 21 hari Ramadhan ini, ingin kulalui dengan lebih baik 9 hari yang kelam kelibut ini. Aku mohon kesempatan dan sedikit kekuatan Mu ya Tuhan…Amiin ya Rabbal a’lamin… Dan, terima kasih ‘dia’, mengembalikan ingatanku yang lupa dan lalai ini. Sahabatku dunia akhirat. =)

Sunday, August 23, 2009

YA RAMADHAN…Hati Ini Penuh Cinta…

Meniti minggu terakhir sebelum menjelang 1 Ramadhan… Subhanallah sibuknya duniaku… Rasanya sudah lama aku tak terkejar2 begitu. Ada harapan yang kecundang, ada harapan yang ALLAH mudahkan. Syukur berpanjangan…teringat kata2 seorang sahabat, “Sekali Allah nak uji tu….alahai…Tuhan saja yang tahu”. Namun, percayalah sekali Allah nak mudahkan, petik jari…selesai masalah kita. =) Itulah kehidupan…maka berharap dan bersandarlah pada Allah selalu.

Kesibukan begini membuatkan aku risau…bagaimana Ramadhanku nanti? Ya Allah…jika boleh Kau hentikanlah segala urusan dunia ini. Jumaat malam minggu ini, ada mid semester exam kertas Math 5. Huhu...sedihnya…kenapa perlu ditetapkan malam? Ya TUHAN…..


Ya Ramadhan,
Kau datang bertamu lagi,
Menyinggah dan merubah diri insani,
Merindui menagih kasih Ilahi…

Ya Ramadhan,
Hadirmu di saat perlu,
Ketika hati disuntik pilu,
Ketika leka berbicara si nafsu,
Kau ubati dukaku…

Ya Ramadhan,
Kegilaan ini perlu dihentikan,
Kesakitan ini perlu dilupakan,
Menyulam semangat dengan kalam Tuhan,
Bangkitlah dari kekecewaan,
Kerana DIA tidak akan sia-siakan,
Doa yang penuh takut dan harapan…

Ya Ramadhan,
Hati ini penuh cinta,
Untukku labuhkan pada tempat asalnya,
Menantimu mendebar rasa,
Kini pintumu kaubuka,
Syukur ku ukir di tubir rahsia,
Moga amalan diterima,
Moga laluan lebih sempurna…


Terima kasih ya Tuhan atas kesempatan ini. Marilah kita berpesta ibadah. Jangan jemu, lelah dan gundah. Kerana akhirnya ada rahmat dan barokah. Manfaatkanlah sebaik2nya. Kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Salam Ramadhan!

Thursday, August 6, 2009

KBS4::MELENTUR BUDI...MELAKAR KASIH SAYANG::KBS 4


















































































TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA KEM BERAMBEH SELASEH 4 KERANA SUDI MELAPANGKAN MASA ANDA.

KAMI DARI PIHAK URUSETIA MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS KEKURANGAN KEM INI.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SAHABAT2 PERKEPIS YANG MEMBANTU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, DARI JAUH MAHUPUN DEKAT DAN DARI SETIAP PENJURU ALAM.

HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS JASA KALIAN.

TERIMA KASIH YA ALLAH, KERANA KAU MUDAHKAN SEGALANYA...


KEPADA ADIK2 PESERTA,

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.

YANG BAIK JADI TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.

SEMOGA UKHUWWAH YANG KITA BINA TIDAK TERHENTI DI SINI. JUMPA LAGI DI KEM BERAMBEH SELASEH 5.... =)



PABILA TERCIPTANYA “KALI PERTAMA” KEM BERAMBEH SELASEH 4

~MELENTUR BUDI MELAKAR KASIH SAYANG~

Mendekati tarikh 31 Julai 2009, boleh pula aku terlupa kejadian yang bakal berlaku pada hari itu. Kalau tiada final touch, tarikh KBS 4 dalam kepalaku ini adalah minggu depan, minggu depan…bilakah penghujung minggu depan ku…

Mendekati tarikh 31 Julai 2009, usaha mencari bajet KBS 4 kian rancak. Aku dengan kegiatan “ah-long ku” menagih duit baju dari sahabat PERKEPIS yang sudah menempah tapi tak bayar2 lagi. Penat seyh…ingat senang ke kerja “ah-long”? Lu jangan main2 sama gua. Hahaha. Nasib baiklah kene “ah-long” yang baik ni. Segala akaun-akaun bank aku dengan bank kawan2ku sekali kujadikan sumber pengumpulan wang2 pembayaran baju2 ini. Alhamdulillah, pada tarikh 31 Julai itu juga, selesailah 3/4 baju2 yang sudah dibayar.

Mendekati tarikh 31 Julai, berita2 penutupan kampus2 IPTA/IPTS satu persatu kuterima. Kurasakan H1N1 seolah2 berdiri di hadapanku dan sedang mentertawakan aku. Aku benar2 buntu dan mati akal. Kerisauan sudah lama bertandang di hati. Tetapi sehingga ke tahap ini, apalah sangat persiapan dan usaha2 yang kami lakukan berbanding dengan bahayanya wabak ini. Akhirnya disepakati, kami teruskan juga dengan syarat ada langkah2 berjaga2 dari semua urusetia. Apa2 yang bakal berlaku bertawakkallah sepenuhnya pada yang Maha Merancang itu.

Maka terciptalah Kem Berambeh Selaseh 4 2009, di Kem Herba, Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan.

Jumaat (31 Julai 2009)

Sampai di tempat kejadian kira2 10.30 – 11 malam. Lokasi KBS 4 di atas bukit di Kem Herba. Kami seramai 22 orang - Darul Quran, Universiti Malaya, UIA Nilai, UIA Gombak, Kolej Mara Banting, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ins. Perguruan Ilmu Khas, MSU Shah Alam dan IIC- tiba di tempat kejadian. 4 orang urusetia tiba menaiki kereta –UiTM, UIA Gombak-. 3 orang tiba semasa sesi ta’ruf –UTEM , KUIS-. Ini baru kumpulan pertama yang sampai. Esok ada 6 lagi –UIA PJ, UIA Nilai, MMU Melaka- yang akan hadir melengkapkan jumlah seramai 35 orang penyertaan KBS 4. Kali pertama KBS dengan peserta yang paling ramai.

Sambil aku menyusun isi fail di luar dewan, Usup dan Zarif masak di dapur, Hisyam mengendalikan sesi ta’ruf bersama adik2 yang lain. Haiya…sampai ada yang keluar sebentar dari dewan menahan gelak yang tak tertahan2. Mantap sangat ke sesi ta’ruf ni? Allahu a’lam…sila komen. :p

Setelah bersolat, kami menjamu perut di tengah pagi2 buta, setepatnya jam 1 pagi. Menerima mesej sahabat dari Kuantan, “Lambatnya makan malam…eh makan pagi nak?”. Tak kisah lah, yang penting makan. Perut masuk angin sapa susah…huhu Kali pertama, aku tak perlu ke dapur keseluruhan program kerana teruna2 (Hisyam, Zarif, Usup, Syazwan, Nu’aim) yang akan masak untuk KBS 4 ini.


Sabtu (1 Ogos 2009)

Selepas Subuh Amad Abg mengajar adik2 peserta berqosidah. Alhamdulillah, sehingga habis KBS 4, setiap kali lepas solat ataupun ada masa lengang, qosidah dialunkan di dalam dewan. Aku apatah lagi, seronok kerana Amad Abg memenuhi permintaanku ini. Ngeh3... Menambah nikmat berqosidah, pada sebelah petang Azam dan Amad Adik datang membawa salinan beberapa qosidah lagi. Kali pertama KBS hidup dengan qosidahnya.

Hari ini antara LDK dan LLK yang dilakukan adalah “Graf Kehidupan”, Belahan Benua dan Pesta Pantun. Dalam “Graf Kehidupan” aku menjadi fasi kumpulan Aisyah, Atika, Halimah dan Khatijah. Melukis Graf Kehidupan dan bercerita tentang sejarah hidup masing2 menyebabkan aku merasakan bahawa aku belum cukup ta’ruf lagi dengan adik2. Akibat daripada ketidakstabilan emosi dalam 2-3 minggu ini, cerita adik2 ini memuntahkan jua airmataku. Orang yang selalu bercakap ini merindukan diam, agar dia lebih selalu mendengar. Inilah saat2 dia mendengar bukan sekadar mendengar dengan telinganya tapi hadir jua di hatinya. Inilah waktu perkongsian dari hati ke hati. Tanpa disangka2, rupa2nya di sebalik senyuman dan gelak tawa adik2ku ini, tersimpan pelbagai jenis sejarah suka dan duka.

Sebelah petangnya, Pesta Pantunlah yang paling rindok ati. =D Lama sudah kutinggalkan pasukan Pantun sekolah, tiba2 teringat dengan Cikgu Musa. Bergendang botol si Gjan, Pantun berbalas pantun, bahasanya bahasa Sarawak agik, nindak sampe pecah perut Amad Abg tetak. (Mejin jak gne Amad tetak) Abeh laa…Hadoi2..bahkan semua yang ada mengambil bahagian dengan baik. Masing2 mengambil kesempatan mengenakan sesama sendiri pada bahagian pembayang pantun dan pada bahagian maksud pantun ada mesej berguna pada adik2 semua. Paling kasihanlah Si Penghulu Kampung Mang. Subhanallah…bahasa ibundaku bahasa terindah, pengubat rindu perantau2 ini… Terima Kasih ya Tuhan.

Pada sebelah malamnya kuliah Maghrib disampaikan oleh Usup. Lama juga dah bertemu dengan adikku yang sorang ni. Doktor katakan…sibuknya lain. Sesuatu yang paling kuingat kata2 Usup adalah mengenai Rahmat Allah:

“Hujan turun ke tanah gersang, maka akan tumbuhlah bunga-bunga yang cantik. Begitu jugalah dengan hati manusia. Bila rahmat Allah, jatuh ke hati, maka akan segarlah hati itu, hati kita akan berubah dari kegelapan kepada cahaya yang indah”

Analogi mudah cukup membuatku tersenyum sorang2. =) Selepas solat Isyak, sampai kepada slot istimewa iaitu daripada Abg Krol. Dalam banyak2 benda yang disampaikan, satu ayat sahaja yang aku ingat: “BERIK MASA DENGAN DIRIK KITAK URANG MPUN”. Berilah masa kepada diri sendiri. Dalam konteks kita ingin berubah ke arah yang lebih baik, namun masih tiada kesediaan hati, maka, berilah masa kepada diri anda sendiri. Jangan dipeningkan dengan tanggapan orang2 sekeliling, jangan minta masa dari mereka, andalah yang berhak memberi masa kepada diri anda sendiri.

Ahad (2 Ogos 2009)

Hari ini, hari terakhir KBS. Sungguh tak terasa, pantas masa mencantas. Malam tadi sejuk yang teramat. Sekali-sekala bersin juga aku dibuatnya. Pagi itu, kami melakukan Eksplorasi Sungai Congkak. 4 orang sahabat dari Darul Quran terpaksa kembali ke kampus mereka awal pagi itu. Kami, meneruskan eksplorasi kami.

Dalam satu barisan itu, sambil mendaki bukit, teringat aku ketika berada di Sabah. Mendaki kaki Gunung Kinabalu. Jalannya lebih mencabar dan tangganya tinggi2 belaka. Itu pengalaman nun di Negeri di Bawah Bayu.

Sepanjang perjalanan, aroma buah cempedak menusuk hidung. Subhanallah…wangi. Di kiri kanan, pokok cempedak kelihatan. Merentasi kebun milik siapa ini, kami pun tiba di Sungai Congkak. Masuk dalam air, sejuk dan deras airnya tahan lagi. Yang tak tahannya, batu2 sungai tajam2 belaka. Namun jauh di sudut hatiku…indah ciptaan-Mu ya Allah. Dengan nikmat yang Kau berikan pun, kami hamba2-Mu masih juga tidak bersyukur. Ampuni kami, ya Tuhan…

Sampai di pintu masuk Kem Herba, Hisyam memberi signal ->(Masak). Oh, baiklah. Kiranya moleklah patik berangkat ke dapur istana.

Menu kita hari ini, ye tuan2 dan puan2, LAKSA SARAWAK!!!

Hehehe…teringat kat Kak Mizah yang datang dari MMU Melaka. “Sebab toklah kmk datang tauk sik! (Sebab inilah saya datang tau tak!)” . Semangat Kak Mizah disambut gelak kami di dapur. Malah Kak Mizah semangat juga untuk memasaknya.

Alhamdulillah hajat di hati kesampaian. Kali pertama KBS masak LAKSA SARAWAK. Makanya, aku dengan ilmu memasak yang diturunkan dari bondaku dan tawakkal sepenuhnya pada Allah, mulalah aku merebus pes laksa yang dikirim daripada Kak Siti Nurbaya kepada Abg Krol. “Bau sampe depan nun eyh (bau sampai depan sana) ”, bak kata Abg Azrul. Aroma pes laksa ini, kalau direbus, memang kuat. Boleh bau satu alam. Hehehe..tak der la.

Tiba saat2 merasa kuah yang sudah mereneh. Aku mati akal dan buntu…ini bukan rasa kuahnya. Zarif memberi Abg Krol pula merasa. Tergesa2 Abg Krol datang ke dapur. “Peliknya rasa tok. Tambah santan agik. (Pelik rase ni, tambah santan lagi) “. Berkali2 merasa dan menambah santan, Abg Krol menyatakan dia pun dah lupa rasa laksa yang ada dalam kepalanya. Aku pun pening sehingga terlebih pulak garam. Muka Usup dah berkerut. Kak Mizah pula dengan informasi ‘org dulu2 kata...’ (RAHSIA!!).

Sampai satu tahap, aku merasa lagi dan ini sudah elok rasanya. Mencuba dengan bihun, sedap apaaa! Tetapi muka Usup tetap berkerut. “Ok, lepas tok diam2 jak. Mun xda komplen, menala kata Kak Mizah ya (Ok, lepas ni diam2 je. Kalau xde yang mengadu, betulla kata Kak Mizah tu)”. Tersengih2 dia memandang aku. Kureng esem punye budak!

Masa makan pun tiba. Alhamdulillah…saat makan satu bunyi pun tiada. Aku bertawakkal mudahan Laksa Sarawak ini mengubat rindu adik2 dan sahabat2 ku ini. Sesi SWOT, POA dan pembentangan sebentar tadi memerlukan mereka berfikir. Dahlah penat2 menelusuri Sungai Congkak.

Pemandangan yang indah pabila majoriti yang menempah baju PERKEPIS mengenakan baju tersebut pada hari terakhir. Alhamdulillah…ini hadiah buat semua. =)

Tuesday, August 4, 2009

KULIAH ISRA’ MIKRAJ (27 REJAB 1430 H)

**ENTRI INI ADALAH SALAH SATU SIRI KULIAH SHEIKH FUAD KAMALUDDIN AL-MALIKI. TIDAK DAPAT SAYA TULISKAN SETEPATNYA SEMUANYA KERANA SUMBER YANG DIRAKAM KURANG MEMUASKAN. MOHON MAAF KEPADA PEMBACA2.


Subhanakala ‘ilma lana, illa ma ‘allam tana, innaka antal ‘alimul hakim.

Bersyukur kita ke hadrat Allah subhana wa taala, dan kita telah dipilih oleh Allah subhana wa taala untuk hadir pada malam yang berbahagia ini, dengan hakikat anda merupakan pilihan Allah ….


Seperti kata Habib Umar Abdul Rahman sebentar tadi bahawa sesungguhnya kehadiran kita menuntut ilmu, Allah subhana wa taala menganugerahkan kita kebaikan-kebaikan yang begitu besar. Sebab hadirnya kita pada malam ini akan meraikan orang-orang yang jauh daripada kita, juga meraikan seorang pejuang hebat, juga meraikanperkahwinan seseorang saudara kita dan lebih utama untuk meraikan penghulu bagi segala nabi, Baginda Rasullillah sallahu ‘alaihi wassalam.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah subhana wa taala,

Kemuliaan sesuatu majlis itu dikira pada sambutannya. Sekurang2nya sambutan yang dirai bermakna baginya adalah hari kemerdekaan, kemudian bagi seseorang……….adalah hari dia mendapat nikmat…..Dengan gaji RM 500sebulan, dah rasa nak mendirikan rumah tangga…….Kadang2 suami ni tak faham. Orang rumah kita SMS, suruh balik awal untuk meraikan hari besar orang rumah kita, iaitu hari perkahwinan kita dengannya. Bagi tuan2 dan puan2, ada hari yang bermakna, ada hari yang begitu besar baginya.


Jadi, Rasullullah sallahu ‘alaihi wassalam juga begitu. Ada hari yang besar, yang begitu bermakna, begitu bersejarah yang berlaku kepada Rasullullah sallahu ‘alaihi wassalam. Sehinggakan Rasullullah sallahu ‘alaihi wassalam memilih untuk turun pada setiap malam seperti yang disebutkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, riwayat Sayyidatina Aisyah radhi allahi Taala anha: “Pada setiap malam membaca surah Isra’ & Suratul Jumuah”.


Kenapa Rasullullah sallahu ‘alaihi wassalam membaca Surah Isra’? Kerana didatangi perkara yang …..yang begitu hebat yang merupakan kurniaan Allah SWT khusus kepada Rasullullah sallahu ‘alaihi wassalam yang tidak pernah dikurniakan oleh Allah kepada seorang pun di kalangan makhluk yang samada…Nabi Muhammad S.A.W, iaitu peristiwa Isra’ dan Mikraj.


Ada ketika, tuan2 dan puan2 yang dimuliakan Allah SWT, tidak merasa benar dengan peristiwa ini. Walaupun kalau kita singkap noktah2 yang terdapat dalam peristiwa ini, kita akan mendapati bahawa sesungguhnya Allah SWT ingin menyerlahkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan juga menzahirkan ketinggian pangkat dan darjat kita selaku umat Muhammad SAW.


Dan peristiwa Isra’ dan Mikraj itu, tuan2 dan puan2, Allah SWT telah menabalkan kekasihNya Muhammad SAW sebagai kekasihNya. Maka oleh kerana Nabi Muhammad SAW telah dinobatkan menjadi kekasih Allah SWT, maka Allah SWT juga menobatkan umat Muhammad sebagai sebaik umat.


Walaupun kita faham dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj bagaimana pandangan Nabi Musa terhadap kita umat Muhammad SAW. Nabi Musa AS tak yakin dengan kita, yang dulu sampai sekarang memandang rendah dengan kita dengan menyatakan: “Umat engkau umat yang lemah wahai Muhammad….untuk menjunjung perintah mengerjakan solat 50 kali sehari semalam. Maka apabila 50 kali sehari semalam, apabila menjadi 5 waktu pun, Nabi Musa AS menganjurkan kepada Nabi Muhammad SAW supaya kembali bertemu Allah SWT, meminta pengurangan lagi. Nabi Musa menganggap kita tak larat mengerjakan solat 5 waktu. Nabi Musa mengatakan kita tak dapat apa2pun untuk solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.


Sangkaan Nabi Musa itu tidak tepat kerana kita umat Muhammad SAW mampu mengerjakan 5 waktu dan lebih daripada itu. Lebih daripada 5 waktu kita boleh melakukan tuan2 dan puan2. Saya rasa ada di kalangan orang2 yang akan menjadi hujjah kekuatan umat Muhammad SAW. Yang mana kekuatan umat Muhammad itu bukan terletak pada kedua belah tangan mereka, bukan pada jasad mereka. Tetapi kekuatan mereka pada ruh mereka mampu mengerjakan solat yang lain selain daripada yang difardhukan Allah SWT. Kita ada solat Dhuha, solat Awwabin, solat Istikharah, kita ada Tahajjudnya, kita ada Tarawikhnya…bagaimana Nabi Musa mengatakan kita lemah?


Kalau begitu, tuan2 dan puan2, kita ….umat Muhammad tak lemah. Umat Muhammad ni kuat. Kalau 50 waktu pun Allah fardhukan ke atas kita, insyaAllah kita mampu untuk mengerjakannya. InsyaAllah kita mampu untuk melaksanakannya. Supaya kita ini, tuan2, menyebabkan Nabi SAW merasa bangga dengan kita. Nabi nak kita ini berusaha ke hadapan. Supaya Nabi SAW berbangga dengan kita di Hari Akhirat kelak.


Disebut oleh Nabi SAW menyuruh kita berkahwin. Berkahwinlah kamu dan beranak pinak. bukan setakat berkahwin tapi beranak pinak, katanya. Jangan berkahwin saja tapi tak nak anak….