SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, June 28, 2009

DIARI 3 HARI ITU...(siri 2)

Hari 3:Ahad, 28 Jun 2009
Aku, Aida dan Cikgu Nurul merancang untuk ke Pustaka Indon di Masjid Jamek pagi itu. Tiba2 aku mendapat satu mesej daripada seorang sahabat mengatakan Ustaz Awang Pon dimasukkan semula ke SMC Shah Alam, wad 519. Aku mencadangkan kalau ada kereta
bolehlah melawat. Dan sahabat ini mencadangkan kami akan melawat beramai2 menaiki komuter dan teksi ke Shah Alam.


Ustaz Awang Pon…tidak banyak kenanganku bersamanya. Namun jauh di sudut hati, ingin sekali kuberbicara sendiri dengannya setelah mendengar cerita daripada sahabat2 di Sarawak. Teringat ketika dia masih sihat, aku adalah dalam 2-3 kali mendengar kuliah Subuhnya di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya. Malah hanya lambaian tangan kepadanya sahaja interaksi terdekat kami. Dan jam 1.30 petang, kami tiba di SMC Shah Alam. Muslimin seramai 4 orang mendahului kami.

Aku, Aida dan Nurul menyusul kemudian. Pintu Wad 519 kuketuk. Pabila kubuka, kulihat wajah seorang sahabat seperti menitiskan air mata. Berdebarnya tika itu. Inilah kali pertama ku berhadapan dengan Ustaz Awang Pon. Aku bersyukur dapat juga kumendekati ustaz walaupun dalam keadaan dia masih lemah. Ketika Ustaz masih berada di dalam bilik air, kutanya pekembangan kesihatan Ustaz kepada sahabat2ku. Mereka menjawab, penglihatan Ustaz agak kabur, namun masih boleh mendengar. Dan, kakinya agak bengkak. Sepanjang di wad itu, suasana sunyi menguasai kami. Kukira masing2 ketujuh2 orang anak muda ini tengah berfikir dan menahan perasaan masing2.

Dalam hati, aku bermonolog sendiri. Aku tidak kisah tidak dikenali Ustaz, namun dia adalah figura masyarakat yang aku kagumi. Dia salah seorang yang berjuang memakmurkan Sarawak dengan bunga2 Islam. Dia merintis banyak perkara dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri. Aku sangat bersyukur ketika ini. Pabila ustaz kembali baring di atas katil wad itu, dia mula bercerita kepada kami. Suara Ustaz sangat lemah sehingga ada butir bicaranya tidak tertangkap telingaku. Di sebalik dinding ruangan tempat duduk, air mataku menitis jua akhirnya. Tak tertahan mendengar getar suara lemah Ustaz. Ustaz terus bercerita, kami patuh mendengar bibirnya berkata-kata sambil matanya terpejam. Aku pasti dihati kami yang bera
da di situ tidak putus berdoa atas kesihatan Ustaz.

Melepasi jam 2 petang, kami meminta kebenaran Ustaz untuk berangkat pulang. Seusai itu, kami terus mencari surau kerana solat Zohor belum lagi tertunai. Dalam solat, air mataku tumpah lagi. Doaku masih jua tidak putus buat Ustaz Awang Pon.


Itulah perkara terbesar berlaku pada hari ini. Selepas tiba di KL Sentral, kami bertiga berpecah dengan sahabat muslimin dan terus ke Pustaka Indon di Masjid Jamek. Ini adalah kali pertama Cikgu Nurul dan Cikgu Aida menjejaki Pustaka Indon. Ingat lagi Cikgu Nurul bekata, “Kamek terasa berada dalam lautan buku jak! (Saya rasa seperti dalam lautan buku je)”. Tersenyum aku mendengarnya. Respon Cikgu Aida pula, “Mel, kamek asa sikmok balit jak, mok tinggal sitok (Mel, saya rasa tak nak balik je, nak tinggal kat sini)”. Hehehe…macamlah kedai buku itu bapak dia punya! Alhamdulillah…terima kasih Azwani kerana perkenalkan kedai buku ini padaku. Mudahan ada manfaatnya buat sahabat2 kita yang lain.


Dan sebagai hadiah buat diriku sendiri, aku membeli sebuah buku bertajuk: “Jangan Menyesal Menjadi Wanita” karangan Dr. Yusuf Qardhawi. InsyaALLAH, sebahgai ubat “sakit jiwa” yang kualami. Huhuhu

Hari Ini: 29 Jun 2009
Aku siapkan entri ini. Mataku masih lagi sakit akibat peristiwa malam tadi. Mudahan Allah menerima amalanku. Ya Allah, janganlah Kau persia2kan usaha kami ini. Berikanlah aku petunjuk atas perkara2 yang berlaku dalam hidupku. Sesungguhnya, tiada kuketahui perancangan-Mu ke atasku, ya Rabbi. Berikan aku petunjuk, berikan aku petunjuk…Amiin…

DIARI 3 HARI ITU (siri 1)….

Salamun a’laik.

Alhamdulillah permulaan cutiku padat dengan agenda2 tersendiri. 3 hari itu…seperti membuat program.


Hari 1: Jumaat, 26 Jun 2009

Hari ini aku dan 3 orang sahabat melawat tapak program Kem Berambeh Selaseh 4 yang bakal berlangsung di Ulu Langat, Selangor. Sepanjang perjalanan, buah durian menjadi santapan mata dijual di tepi2 jalan.


Pertama kali juga aku bertemu dengan En. Mad Nor, tuan punya lokasi program. Terima kasih Syazwan kerana sudi menjadi pemandu kami. Tempat itu memang sesuai, tapi usaha seterusnya adalah untuk mencari dapur. Dapur oh! Dapur….


Hari 2: Sabtu, 27 Jun 2009

Hari ini berlangsung Ziarah Kampus Pusat Asasi UIAM Nilai. 10 orang datang dari KL dan inilah pertama kali bejumpa Cikgu Nurul dari UPSI. Perjalanan jauh dengan tambang RM 4.70 sehala menaiki komuter. Tiba di Stesen Bangi, macam kukenal kelibat budak itu. Huh, Azizan dengan cermin mata baru rupanya. Alhamdulillah…adik Hurun ada bersamanya. Akulah yang melambai Hurun dari tempat duduk itu. Hehe… Jauhnya UIAM Nilai.


Subhanallah…di hujung hati aku kagum dan sedikit kasihan dengan sahabat2 dari Nilai andai terpaksa mengharungi perjalanan sejauh ini dengan tambang perjalanan RM26 pergi balik! Ya Allah, mudahkanlah urusan sahabat2ku ini. Perut lapar terpaksa dijamu di awal usrah. Hidangan istimewa “Rasa Mas” yang dibeli dari KL Sentral singgah di perut kami. Terima kasih kepada penaja makanan ini. Hehehe…murah rezeki… J Hari itu, ahli usrah 22 orang. Ramai adik2 baru…dan mereka rindok ati kerana pertama kali berkumpul betul2 dengan orang Sarawak. Alhamdulillah.

Selepas solat Asar, kami pulang menaiki komuter.


Dalam perjalanan dari Stesen Nilai ke Stesen KL Sentral, kami berjumpa dengan 4 orang senegeri, 3 duduk dihadapanku. Mereka itu biasanya kita kategorikan sebagai lelaki lembut, jadi perlakuan mereka agak kecoh. Pada mulanya, aku, Aida dan Nurul tersenyum2. Tiba2 Aida dengan beraninya bertanya: “KITAK URG SRAWAK KA?” Aduh! Serta-merta kambohlah komuter itu. Bak kata Azam, dia pun boleh dengar walaupun kami dipisahkan 7 kerusi dan pintu masuk. Kami berbual dan Aidalah paling rajin melayan…tetapi walaupun imej mereka begitu, kami tidak ada rasa ingin menyisihkan mereka. Seronok bertegur sapa dengan orang negeri sendiri. Mudahan Allah berikan kebaikan pada mereka.


…bersambung…

Wednesday, June 24, 2009

Belajar Bertenang & Berlapang Dada


Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 3 berakhir semalam. Dan hari ini aku mengambil keputusan untuk menenangkan diri. Banyak sungguh perkara duniawi yang mencabar kesabaranku. Semakin mendekati peperiksaan, banyak perkara seolah2 mengasak2 jiwa. Kemuncaknya adalah ketika selesai peperiksaan Math IV semalam. Habis exam, aku terus menidurkan diri agar segala kekusutan ini hanyut dan tenggelam. Makin dilayan, makin sakit rasanya. Lebih baik aku tidur. Mungkin terlalu letih, hampir terlajak solat Zohor. Pukul 4.15 petang baru aku bangkit menunaikan kewajipanku itu.

Sejak malam tadi, aku macam tak betul (kata rakan sebilikku). Aku perlu belajar bertenang dan berlapang dada. Itulah yang kufikirkan sepanjang malam. Meredhai apa yang tertulis dalam Qadak dan Qadar. Melepas pergi perkara2 yang baik dan tidak berapa baik dengan seadanya. Inilah sikap2 yang kurang pada diriku. Namun, sejak akhir2 ini, inilah yang kusedari. Allah sedang mentarbiyyah hati ini. Diberi-Nya bermacam2 hal sehingga aku menjadi kusut. Aku inilah tarbiyyah-Nya. Agar aku belajar bertenang dan berlapang dada.

Rejab yang datang titik mula yang akan kucuba manfaatkan sebaiknya. Didiklah hati, agar sentiasa tahu dan mengerti, apa yang datang dan pergi, penciptanya adalah Ilahi.

Wednesday, June 17, 2009

AKU MERINDUI MEREKA..HUHU

Kusumbat telinga dengan ear-phone, kedengaran lagu “Bingkisan Rindu” nyanyian kumpulan Far-East. Sambil2 tu, aku melihat folder “Rehlah with Orphans” yang mengandungi foto2 program ENGINIUS (Engineering Students’ Society) dengan anak2 yatim di Sabak Bernam. Tahun ini adalah tahun kedua aku melibatkan diri dengan program ini.

Pengalaman pertama dahulu banyak mengajarku bagaimana mahu megikut corak adik2 ini. Alhamdulillah, formulaku berjaya. Aku berazam aku lebih rela menjadi fasilitator daripada urusetia program. Hanya dengan itu, aku lebih dekat dengan adik2. Dan hajatku kesampaian.


Sepanjang menjadi fasilitator, aku teringat pengalaman menghadiri “KURSUS ASAS FASILITATOR IDEAL” – KAFI yang dianjurkan PERKEPIS di Kuching. Kata2 dan teknik2 yang diajarkan sahabat2 di sana sangat membantuku dalam mengendalikan adik2. Terngiang2 suara2 Abg Syeed ketika melatih kami semua ketika itu. (Hehehe) Terima kasih banyak2.


Selepas KAFI, inilah kali kedua aku menjadi Fasi yang ada sedikit pengalaman itu. Sesi ice-breaking dikendalikan tanpa modul (modul bebas). Maka, aku menggunakan modul2 PERKEPIS yang aku ingat. Alhamdulillah…adik2 sudah menunjukkan minat mereka.


Kumpulan bernama KELDAI (kerana beginilah pembahagian kumpulannya). “Ek oo’ Ek oo’! KELDAI!” begitulah trademark nya. Dianggotai oleh aku (FASI), Lina (FASI), Adik Izzuandi (Kechik), Adik Syikin, Adik Jem, Adik Bam, Adik Nazri, Yun(Urusetia) dan Arif(Urusetia). Huhuhu…2 minggu berlalu, aku merindui mereka…


(Dari Kiri) BERDIRI: Yun, Lina, Aku.

DUDUK BELAKANG: Jem, Bam, Arif

DUDUK DEPAN: Syikin, Izzudin, Nazri


AKSI PERMAINAN “KAHWIN, CERAI, RUJUK”



Juara: KELDAI


‘OTAI’ EXTERNAL AFFAIR ENGINIUS (hehe): Aku, Sha, Saidah, Ida


Mereka sungguh bersemangat. Semasa permainan “Treasure Hunt”, mereka paling beradab. Satu2nya kumpulan yang memberi salam dan memperkenalkan diri mereka dengan gimik KELDAI itu tanpa aku ajarkan. Alhamdulillah…tidak banyak masalah yang mereka timbulkan. Akhirnya mereka menjadi juara dengan wang palsu terkumpul RM20,000. (hehe…wang ini dikumpulkan mengikut bagaimana urusetia berpuas hati dengan kumpulan tersebut sepanjang program berlangsung. Jika urusetia berpuas hati, RM 1000 akan ditambah kepada kumpulan itu. Ini sebagai peniup semangat mereka).


Selain itu, aku diletakkan dalam check-point palsu. Maka, apa lagi…habislah semua kumpulan terkena dengan lagu “Char Kuey Tiaw + Pizza Hut” dan “Sifir Siput” . Semua kumpulan kecewa dengan ‘penipuan’ terancang ini. Sehingga ada seorang adik lelaki berkata kepada kumpulan lain: “Jangan tanye kat kakak tu. Die tipu. Berdosa besar!!!” Hahaha..terkedu aku sehingga tergelak dengan kata2 budak itu.


Pabila sudah ada titik pertemuan dari mula program (ice-breaking), adik2 kumpulanku mula bercerita dengan kehidupan mereka di situ. Hampir setiap minggu ada pelawat. Dan paling mencabar pabila pelawat2 itu datang ketika mereka masih dalam minggu peperiksaan di sekolah. Masa belajar terpaksa ditangguh untuk meraikan kedatangan pelawat. Aku terdiam. Kata mereka lagi, paling tercabar adalah jika pelawat itu datang pada hari bekerja. Dalam hatiku, adik2 ini lebih penat sebenarnya. Penat memenuhi program kebajikan orang2 lain. Sehingga terpaksa membawa buku jika ada pula jemputan dari mana pihak.


Itulah sedikit sebanyak kisah di Rumah Anak2 Yatim Islam, Sabak Bernam. Mudahkanlah urusan anak2 ini, ya Allah. Peliharalah mereka dalam iman dan rahmatilah kehidupan mereka. Amiin…

Friday, June 12, 2009

KMK MALU MOK BEKAWAN NGAN KITAK URANG!!!



Sepanjang perjalanan pulang dari Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya ke UIAM Gombak, ditambah2 dengan jalan yang sesak, peristiwa petang itu berlegar2 di fikiranku.

“Setiap kali dengan kitakurang, kamek supan…kamek malu…rasa sik layak jak”.
(“Setiap kali bersama kamu semua, saya segan…saya malu..saya rasa tidak layak”.)

Aku dan sahabatku berpandangan sesama sendiri. Kami beristighfar…apa salah kami wahai sahabat? Dalam hati aku mencari jawapan kepada pertanyaan ini.

“Malu mok berkawan dengan kamek?”
("Malu nak berkawan dengan saya?")

Sahabat ini berkata dia tidak sebaik kami. (Baik sangatkah kami ini?)
Katanya lagi, dia segan dan malu apabila bergaul dengan kakak2. (Mengapa perlu berasa begitu? Adakah kakak2 ini melakukan sesuatu yang memalukannya?

Akibat daripada jalan raya yang sangat sesak, perjalananku mengambil masa dari jam 6.30 petang dari Petaling Jaya hingga 10.00 malam tiba di Gombak kerana terpaksa singgah di KL Sentral untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Masa ini cukup membuatkan aku berkhayal dengan soalan2 tadi.

Sambil mengelamun, tanpa sedar.. bibirku basah dengan zikir munajat yang kupelajari semasa tingkatan 2 dahulu melalui Program Peningkatan Diri 5 yang dianjurkan oleh HIKMAH di Kampung Pasir Pandak.

Hasbi rabbi jallallah… Mafi qalbi ghairullah… Nur Muhammad sallallah… Laisalaha min dunillah hi kasyifah… Laisalaha min dunilla hi kasyifah… Lailaha illallah, al malikul haqqul mubin muhammadurrasulullah, sodiqul wa’ dul amin….

10.00 malam… sambil merehatkan diri yang kelelahan, aku duduk di lantai petak kamarku. Mahallah Asma’, Blok F1.3b. Aku mendongak ke atas. Mataku cuba mengejar putaran kipas siling.

Kenapa baru sekarang sahabatku ini meluahkan isi hati nya.?
Kenapa alasan2 itu yang dia berikan?
Jika baik dijadikan ukuran, segala PUJI bagi ALLAH… DIALAH yang terbaik…
Jika sempurna dijadikan ukuran, segala PUJI bagi ALLAH…DIALAH yang MAHA SEMPURNA…

Wahai sahabat…
Pertemuan dan ukhuwwah ini tidak dibina kerana PERSATUAN.
Rendahnya harga persahabatan andai PERSATUAN yang mengikatnya.
Hatta, tiada kelayakan yang diperlukan untuk membina persahabatan.

Kita bertemu atas ketentuan ALLAH. Maka sebagai seorang hamba, kita perlu sedar bahawa ada sebab kenapa ALLAH pertemukan kita. Inilah dinamakan bersahabat kerana Allah.

Antara ramai2 manusia di muka Bumi, kita dipilih sebagai pemimpin. Wahai sahabat, adakah manusia yang memilih kita? Tidak, sebenarnya Allah yang pilih dan kita perlu sedar bahawa ada sebab Allah pilih kita.

Antara ramai makhluk yang ada di sekeliling kita, kenapa masih tergerak untuk pergi ke majlis-majlis ilmu sedangkan pada masa yang sama kita rasa terpaksa dan tidak bersedia?

Semua ini kerja Tuhan…dan ada sebab semua itu berlaku…

Kenapa perlu mati dengan tanggapan orang?
Kenapa perlu lemah dengan nilaian manusia lain?
Siapa mereka, siapa Tuhan kita?
Penilaian siapa yang lebih utama?

Salahkah kita berubah menjadi yang lebih baik?
Salahkah kita bersahabat dengan sahabat yang baik?

Wahai sahabat…ini semua kerja Tuhan…biarlah mereka mentertawakan kamu…apa yang penting kamu tahu apa yang kamu lakukan insyaAllah ada imbalan kelak. Ikhlaskan hati wahai sahabat…berlapang dadalah selalu, berbaik sangkalah selalu dengan Tuhan kita…

Perjuangan ini memang bukan mudah…tapi kenapa Allah berikan pada kita? Sebab kita mampu…




286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Allahu a'lam

Monday, June 8, 2009

“KTK MAOK KMK BERTERUS-TERANG KA BERTAPIS-TAPIS?”



Makna entri saya kali ini : “Anda mahu saya berterus-terang ke bertapis-tapis?”


Satu hari, saya menerima SMS daripada seorang adik yang ingin memberikan pendapatnya mengenai sesuatu. Apabila dia membalas dengan pernyataan di atas, saya terfikir sebentar.


Manusia dalam dunia ini pasti ada satu ketikanya akan berhadapan dengan situasi di mana perlunya berterus-terang. Dan, pasti juga berhadapan dengan situasi di mana perlu menerima respon orang lain tentang sesuatu perkara.


Berterus-terang dan menerima /menolak pendapat orang lain menuntut kepada kesediaan hati dan minda untuk mendengar dan menganalisis kebenarannya juga sebab-musababnya. Berterus terang adalah situasi yang boleh menyebabkan seseorang untuk berhenti, memuhasabah dan menilai salah silapnya, hasil kerjanya, sikapnya, ideologinya dan tindak-tanduknya. Kesediaan hati dan minda sememangnya sangat diutamakan kerana itu penggerak kepada kestabilan dan pengawalan emosi seseorang.


Pendapat yang membabi buta tanpa alasan yang jitu lebih baik jangan dilayan (BIKIN PANAS!!)…. Orang yang berterus-terang harus melafazkannya dengan penuh hikmah, tanpa emosi dan benar. Kenapa perlu berterus-terang??? Perlu…sebagai penilaian diri mahupun jemaah kita…


Secara peribadinya, saya merasakan banyak juga situasi ini berlaku. Kadangkala saya jadi pening, terdiam, cuba untuk menghadam jalan penyelesaiannya, menerima dan menolak. Namun akhirnya saya dapati satu perkara.

Dalam urusan kita sehari-harian, tidak semua yang bersetuju dengan apa yang kita putuskan. Hatta nak masak Laksa Sarawak pun ada banyak pendapat yang berbeza-beza dan setiap yang berkata-kata itu akan mengakhiri kata-kata mereka dengan : “baruk nyaman…” ataupun “barulah sedap…”. -_-“


Dan inilah masanya kita insafi diri kita. Kita sememangnya tidak dapat untuk memuaskan hati semua orang. Kerana setiap manusia tidak sama pendiriannya. Sebagai pemimpin, kita harus mengambil jalan tengah. Jalan yang dipersetujui majoriti. Inilah yang Rasulullah S.A.W ajarkan.


Dan harus juga kita ingat, penilaian manusia bukanlah apa sangat berbanding dengan penilaian Allah S.W.T. Asalkan kita berusaha untuk mendapat redha-Nya. Peri pentingnya penilaian manusia ini adalah sebagai batu loncatan dan anjakan paradigma dalam hidup. Dan selebihnya, pulangkanlah kepada Sang Pencipta.


Allahu a’lam…

Friday, June 5, 2009

APA KATA IMAM GHAZALI...?


Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

Wednesday, June 3, 2009

MALAM TAUTAN ANAK-ANAK NEGERI SARAWAK – PAUIAM PETALING JAYA


Alhamdulillah, saya diberi kesempatan mengunjungi Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya pada malam 3 Jun 2009, Rabu atas jemputan ke Malam Tautan Anak-anak Negeri Sarawak di sana. Berlangsung di Blok C, majlis tersebut dihadiri hampir 40 orang. Majlis ini memang akan diadakan setiap tahun anjuran Majlis Perhubungan Pelajar Islam Negeri (MAPPIN), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) UIA PJ.

Ini adalah tahun kedua saya menghadiri majlis sebegini. Dan setiap tahun, saya duduk bersama-sama adik-adik baru saya terkenang-kenang keadaan saya pada awal kemasukan ke universiti ini. Homesick, blur, tak boleh nak berfikir, mendapat kawan-kawan dari serata Malaysia, baru belajar duduk asrama dan sebagainya. Seperti yang saya katakan pada entri-entri yang lepas, apabila sampai ke tahap ini, teori ‘pejam celik, pejam celik’ sememangnya benar. Alhamdulillah, pengajian saya berbaki 2 tahun lagi.

Malam itu, saya sempat juga berkongsi rasa dengan adik-adik ini. Biasalah…apabila sudah berhimpun 40 orang begini, senegeri pula, apa lagi…. KAMBOHHHHHHHHHH!!! Huhu…memang gamat dengan senda gurau adik-adik ini. Namun, sempat juga mereka diingatkan tentang kehidupan baru mereka di Tanah Semenanjung ini. Jangan rasa terlalu rendah diri, jangan diserang kejutan budaya hidup orang kota, dan pandai-pandai membawa diri.

Tahniah saya ucapkan pada adik-adik saya di PAUIAM PJ – Amad, Rahman, Azam, Peez, Shamin, Aisyah Iman – atas penganjuran Malam Tautan ini. Dan terima kasih banyak-banyak buat senior2 yang hadir dan meluangkan masa – Abg Azrul, Azizan, Abg Rafique, Abg Iswandi, Haziq IIC, Kak Mariati, Eda – kerana sekurang-kurangnya kehadiran anda memberi semangat kepada adik-adik baru ini. Mudahan Allah terus memudahkan kehidupan dan urusan kita di sini.

Salam sayang buat semua. :)