SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, May 19, 2009

KEM MOTIVASI PMR SMK SEBUYAU

Sebelum bermula, izinkan saya menulis dalam bahasa ibunda dalam entri ini.

Kamek baruk jak download video Kem Motivasi PMR SMK Sebuyau. Terdetik mok nangga suasana program tok memandangkan saudara Hisyam, masa nya balit ke UIA dolok, pernah dengan semangatnya becerita tentang program2 yang pernah PERKEPIS polah di kawasan yang sama. Ish…masa ya kmk diam dan senyum jak. Mungkin aura pencerita sik sama dengan yang mendengar cerita. Terimak kaseh pada hamba Allah sebab engkah video tok dalam blog PERKEPIS.

Permulaan video dengan background music ya dah cukup meremangkan roma. Untuk makluman para pembaca, nature skolah Sebuyo tok adalah sekolah luar Bandar, campuran laki dan perempuan,kaum dan agama yang berbeza-beza. Dolok Hisyam madah, mun sik salah, keputusan SK Sebuyo sebelum tok adalah tercorot dalam UPSR di negeri Sarawak. Lekak p rogram PERKEPIS pada tahun seterusnya, alhamdulillah sekolah tok up sigek level dan bukan agik yang tercorot. Sampe cikgu skolah tepon Hisyam madah brita baek ya. Nangla…nait cgek level apa jak…tapi, bagi skolah luar bandar kedak tok, pencapaian tok agak baik sbenanya. Dan, cikgu ya memberi kepercayaan pada PERKEPIS untuk meneruskan untuk molah program di cya.

Tahniahlah atas usaha kalian, wahai sahabat2 PERKEPIS. Kamek tok jak kempunan mok ikut serta..huhu… Insya-Allah
andai Allah izinkan, kmk akan balit bersama2 begasak program dengan kitakurang di cnun. (Geram lam ati…)

Serius! Rasa sebak dan terharu sebenanya di nangga video tok. Ya Allah, percepat dan permudahkanlah urusanku di sini. Kerana sungguh sik sabar rasanya mok balit semula ke kampong halamanku, untukku curahkan apa yang kudapat di ctok pada masyarakat Bumi Kenyalang. Mudahkan jua urusan sahabat2ku yang berada di landasan tok. Moga mereka terus berada dalam rahmat dan kasih-sayangMU… ya Allah, perkenankanlah…

p/s: mun ada fakta yang salah..silalah betulkan. Buat Hisyam, Zana, Nu’aim, Jojie dan adik2 PERKEPISMA yang lain, jgn lupak jalan balit ke ctok. ;p Kmk nunggu kitakurg…hehe

Sunday, May 10, 2009

SEMESTER BARU


Sudah seminggu semester ketiga sesi 08/09 UIAM bermula. Semester ini aku naik awal setahun lagi pengajian di universiti ini iaitu tahun ketiga. Dan melihat kepada pelan pembelajaran dalam jurusan ini, aku tinggal 2 tahun lagi. Berada di tahap ini membuktikan teori ‘pejam celik, pejam celik’ yang sering kita perkatakan.


Terfikir juga, apa yang ingin dicapai selepas habis belajar lagi. Memilih jurusan kejuruteraan ini sebenarnya adalah cara untukku menghargai menyambung ilmu2 sains yang kupelajari di sekolah terutama sekali dalam subjek fizik dan matematik. Melihat keputusan SPM dan kelayakan memohon di IPT, UIAM menjadi pilihan. Alang2 sudah separuh jalan maka kuikatkan hati mengambil jurusan ini. Sayang andai ditinggalkan. Namun, untuk menjadi jurutera itu, bukanlah keinginan sebenar. Maka, aku tidak pernah menetapkan jurutera itu sebagai medan utama menyambung hidup. Namun, sekali-sekala ingin jua merasai suasana kerjayanya nanti.


Apapun, perancangan jangka panjang belum betul2 diatur. Aku masih risau bagaimana untuk mengekalkan reputasiku semester demi semester. Bagaimana untuk menguruskan masa dengan bijaksana tanpa perlu mengenepikan hal ehwal jemaah dan umat? Bagaimana untuk memanfaatkan masa dengan baik dan mengabaikan agenda2 hidup yang sia2? Patutnya persoalan2 ini sudah berjawapan sejak dahulu lagi. Cuma, empunya diri ini jualah yang tidak konsisten.


Semester baru tetap akan terus tiba. Mudahan Allah terus mudahkan jalan ini.