SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, March 30, 2009

MPAT KE-4 PERKEPIS : TAHNIAH WA TAKZIAH

Menanti hari penuh doa dan harapan, akhirnya Allah mudahkan perjalanan kami dari UIAM ke Pusat Latihan Sarawak (PLS) untuk menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS ke-4. Tiba setepatnya jam 11.30 malam di PLS, walaupun berasa teramat sempe (penat), ketibaan kami ditunggu di dewan makan oleh 2 orang sahabat. Makanan dihidangkan sampai juga ke dasar perut. Kehadiran sahabat pimpinan PERKEPIS tidak saya sedari. Subhanallah…kerinduan berkunjung di sanubari masing2. Berbalas salam dalam pelukan ukhwah, rasa sempe tenggelam sedikit.


Jam 12 lebih tengah malam, saya berpakat dengan HEWI lain menyambut hari kelahiran Pengerusi HEWI yang baru, saudari Siti Nurbaya Mohd Basri, yang ke-24 pada tarikh 28 Mac. Sanah Hilwah, kak Siti !!! Moga Allah tetapkan hati dalam perjuangan Islam di Bumi Kenyalang.

Hari Jumaat dan Sabtu sebenarnya diadakan Bengkel Penulisan dan Ahad adalah hari diadakan MPAT ke-4 PERKEPIS. Saya hanya dapat mengikuti program hari Ahad kerana perlu balik ke rumah menemui keluarga.


MPAT ke-4 PERKEPIS berlangsung dengan penuh semangat. Percaya atau tidak, inilah kali pertama saya secara rasmi hadir di Muktamar PERKEPIS. Insya-Allah kehadiran pertama ini hadir dengan cukup hadam mengenai PERKEPIS dan perjuangannya. Hadir sebagai seorang manusia yang sudah jauh banyak berubah pemikirannya. Sepanjang muktamar, walaupun sudah diingatkan untuk berbahasa Melayu, bahasa ibunda kami sedikit sebanyak menyinggah di pinggir lidah, termasuk juga Pengerusi Tetap! Tapi, nak buat macam mana…asalkan tujuan dan matlamat sampai Alhamdulillah….


-sesi penggulungan daripada Mantan YDP PERKEPIS-


-ucapan YDP baru PERKEPIS-


Dalam sesi perbahasan usul, sahabat saya yang juga perwakilan PERKEPISMA, saudara Azizan, membahas nilai intelektualisme dan nilai ummatisme. Saranan beliau agar kempen “ONE HAND, ONE BOOK” diperkasakan di peringkat PERKEPIS demi memugar budaya ilmu di kalangan ahli2. Selain itu, mewujudkan “Tim Pengkaji” yang bertindak sebagai mata dan telinga PERKEPIS kepada situasi yang berlaku dalam masyarakat agar tidak terlepas pandang.


Menyelak Laporan Tahunan Sesi 2008/2009, dari halaman ke halaman, saya cukup tabik dengan usaha2 PERKEPIS menjayakan program2 di sekitar pelusuk negeri. Semuanya demi demi mengakar pejuangan Islam dalam masyarakat di sini. Tiba di halaman 12, fokus saya ditarik pada Laporan Tahunan Naib Yang Dipertua II (PERKEPISMA). Dari aktiviti2, penilaian keseluruhan sehingga bahagian kesimpulan, Rasa tercabar saya mencengkam membaca persoalan yang ditujukan; “Tanpa persediaan yang rapi, mampukah generasi PERKEPISMA mempertahankan peranannya sebagai wadah mahasiswa yang mantap?”


Hmm…satu perenggan terakhir itu memang membuatkan saya berfikir kerana dari dahulu lagi memikirkan kebimbangan ini. PERKEPISMA kini perlu kepada modus operandi yang lebih lebar berbanding dahulu. Perlu lebih berstrategi untuk memastikan ahli2 yang dilahirkan bukan sahaja meningkat kuantitinya, bahkan juga kualitinya. Ahli2 senior perlu melengkapkan diri dengan lebih banyak ilmu kerana PASTI antum akan menjadi tempat ‘bersaduk’ (sandaran) adik2 kita yang berbeza2 latar belakangnya.


Dalam sesi penggulungan, mantan YDP PERKEPIS, saudara Syeed Abdul Hamid, mengajak untuk melihat isu2 semasa sebagai masalah pernyempurnaan adab. Sebagai individu, untuk menenal diri mudah: Lihat apa yang kita lakukan ketika seorang guru bercakap di hadapan. Ataupun ketika kita dipanggil oleh ayah dan ibu, apa respon awal kita? Beliau juga mengakui di kalangan ahli sendiri masih tidak mampu hormat-menghormati antara satu sama lain. Dan di peringkat IHSAN, ramai lagi yang tidak mampu mengusai.


Saya doakan dipermudahkan urusan kita, wahai sahabat2ku. Kita hanya mampu berusaha dan ikhlaskanlah hati kita dalam berusaha ini. Terimalah rakan2 seperjuangan kita dengan redha dan rela kerana hikmahnya hanya ALLAH saja yang tahu. Kikis rasa tidak suka itu kerana siapa kita untuk membuat penilaian pada manusia lain. Terimalah mereka dengan hati terbuka.


Sebagai tatapan pembaca blog ini, berikut adalah saf kepimpinan PERKEPIS bagi sesi 2009/2010:


YDP : Khairul Anwar Shazali

Timbalan YDP : Muhamad Afif Bin Iskandar

Naib YDP 1 : Azli Bin Ramli

Naib YDP 2 : Hisyamudin Bin Roslan

Naib YDP 3 : Siti Nurbaya Binti Mohd Basri

Setiausaha Agung : Ahmad Syahmeer Bin Junaidi

Pen. SU 1 : Dayang Norafizan Binti Awang Che

Pen. SU 2 : Hamizah Binti Mokhtar

Bendahari Kehormat : Kartini Binti Sulaiman


BERJASA KEPADA MASYARAKAT!!

Thursday, March 19, 2009

KERANA DIA SAHABAT


Kerana dia sahabat kita.... Sahabatlah yang menegur kesalahannya... Itulah kerja sahabat, bukan kerja musuh dia....

Kerana dia sahabat.... terpaksa aku lebih bertegas.... tegas dalam diamku.... demi kebaikannya... kerana biar lebih serius dan tersusun.... dulu diamku diam tak puas hati... kini diamku untuk mengingati...

Kerana dia sahabat... kujauhinya buat seketika.... bukan kubenci bukan kubersangka-sangka.... biar dia tahu ini semua akan membantunya.... pabila bekerja atas usaha sendiri.... lebih terasa puas hati.... kalau ingin bekerja bersama, maka duduklah sama-sama... sama-sama memulakan, sama-sama menghabiskan.... bukan aku mulakan dan akhirnya terus sahaja aku dibiarkan.... lepas tangan itulah aku tak tahan....

Kerana dia sahabat... kukatakan kuingin lakukan sendiri.... biar dia tahu perit sudah air mata ini... memendam rasa sendiri.... bukan aku ingin menyingkirkannya.... tapi agar dia tidak terus leka.... persatuan memang persatuan....pelajaran tetap utama... bukan dipandang sebelah mata...

Kerana dia sahabat...kudoakan dilembutkan hatinya... kerana dia sahabatku... aku menyayanginya...

Monday, March 9, 2009

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MAHALLAH MARYAM

PERARAKAN MENGELILINGI KAMPUN UIAM: BERPANAS...BERHUJAN...








PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR


Alhamdulillah...saya sempat menyambut hari Kelahiran Rasul Mulia Muhammad SAW. Antara aktiviti Sambutan Maulidur Rasul anjuran Mahallah Maryan ini adalah perarakan mengelilingi kampus UIAM Gombak, ceramah, marhaban dan berzanji. Yang menarik, ia dibuat seperti kenduri. Melibatkan setiap mahallah (termasuk mahallah brothers) dan juga Students' Representative Council (SRC).
NABI MUHAMMAD RASUL PILIHAN
(21/03/2007)
Nabi Muhammad Rasul pilihan ikutan umat akhir zaman
Membawa Quran sebagai panduan,
Sunnahnya suri teladan sebagai ikutan
Suasana jahiliah menjadi berubah,
kepada kehidupan Islam amat indahnya
Dari pimpinan berpandukan Al Quran,
manusia yang kejam boleh beriman
Perjuangan Rasul yang utama,
mengenalkan Tuhan yang sebenar kepada manusiaTuhan yang Esa,
Maha Pencipta lagi berkuasa
Ramai manusia meninggalkan berhala,
menggantikan Allah sebagai Tuhannya
Mereka agungkan Allah, memuji, memuja dan mensucikan-Nya setiap masa
Syariat yang dibawa mendisiplinkan manusia cara hidup mereka
Menjadilah manusia yang rajin, cergas dan kuat bekerja
Menyembah Allah untuk kekuatan jiwa
Berbakti kepada manusia demi persaudaraan dan perpaduan
Lahirlah keadilan di dalam kehidupan
Tercetuslah kasih sayang di dalam pergaulan
Manusia hidup macam satu keluarga dari satu ibu dan bapa
Masya-Allah indahnya hidup di dalam kebahagiaan, bertolong bantu sentiasa ada
Kemungkaran dan maksiat, gejala masyarakat bersih di dalam pergaulan
Manusia hidup aman damai bersih dari dosa dan noda
Didikan Rasullulah di zaman Sahabat,
akhlak mereka menjadi mulia
Akhlak mereka laksana bunga-bunga di taman yang indah amat meriah
Melihat kehidupan Sahabat sejuk mata, tenang jiwa bahagia dirasa
Berduyun-duyunlah manusia bersama mereka menyembah Allah yang Maha Esa
Bersungguhmu wahai Rasulullah
Namamu disebut setiap masa oleh semua bangsa
Namamu dikampilkan bersama dengan nama Allah yang Maha Esa
Patutlah Allah, para malaikat dan orang Islam menselawatkannya

HIMPUNAN RAKSASA 100,000 RAKYAT

Salam. Saya berkesempatan mengikuti Kursus Latihan & Praktikal Dakwah yang berlangsung di Masjid As-Syakirin KLCC, 6-7 Mac 2009. Saya dan sahabat saya, Aida, hadir pada tengah hari Sabtu. Memang saya sudah tahu secara kasar agenda2 yang akan dibuat.

Pada mulanya saya memang agak tawar hati untuk hadir pabila saya dapat tahu peserta kursus yang juga ahli2 PKPIM akan berdemostrasi bagi membantah PPSMI dari Masjid Negara hingga Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Kalau tidak kerana saya perlu menjalankan tanggungjawab saya untuk hadir Mesyuarat Selari pada sebelah malamnya, mungkin saya tidak akan hadir kursus ini. Terus-terang saya katakan, saya kurang berminat mengikuti apa2 demostrasi pun. Saya kurang bersetuju.

Setelah diberi taklimat ringkas, ada juga beberapa orang sahabat yang tidak turut serta. Tatkala ini, saya keliru. Kami diberi pilihan samada untuk mengikut demostrasi. Kalau tidak, kami mesti membuat soal selidik dengan orang2 awam mengenai isu PPSMI ini. Dalam hati saya menilai. Takkanlah nak ikut demostrasi semata2 tidak mahu membuat soal selidik. Niat pun lain pula. Saya mendiamkan diri sambil otak ini berfikir untuk membuat keputusan. Akhirnya, niat dibulatkan untuk tidak mengikuti Himpunan Raksasa 100,000 rakyat itu.


Sesiapa yang berdemostrasi itu, silakan. Itu pendekatan anda. Saya menghormati pendekatan itu kerana saya tahu kalau hendak mengubah sesuatu, BANYAK CARANYA!! Dan sesiapa yang tidak ikut serta pula, silakan. Kita buat survey mengenai PPSMI dan juga sambutan Maulidur Rasul. BUKAN BERMAKNA KITA TIDAK BERDEMOSTRASI, KITA TIDAK MENYOKONG AGAR DIMANSUHKAN PPSMI!!! BUKAN BERMAKNA KITA INI TIDAK MERASAKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN MEMBANTAH PPSMI!!! BUKAN BERMAKNA KITA PENGECUT!!!


Saya dan sahabat saya dari USM, Dilah, mula bergerak di sekitar Taman KLCC. Aduh! Pemandangan kurang menyenangkan muda-mudi menjadi tatapan. Sabar…mudahan Allah bagi petunjuk. Dari selepas waktu Zohor sehingga waktu Asar, kami berjaya mendekati 3 kumpulan – 2 orang pelajar Syariah, Kolej Cybernatik Cheras, seorang guru yang mengajar subjek ICT dan sekumpulan fasilitator wanita dari pelbagai IPT.


Ringkasnya, kesemua mereka tidak bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI. FAHAM adalah kunci bagi subjek2 kritikal seperti Sains dan Matematik. Banyak proses2 yang perlu kepada PEMAHAMAN. Dan, bagi kumpulan fasilitator tadi, mereka mempersoalkan mengapa perlu subjek Sains dan Matematik sahaja? Mengapa tidak dilaksanakan dalam subjek2 teori seperti Sejarah dan lain2? Tambahan pula, golongan doktor2 ataupun jurutera2 masakini belajar dalam Bahasa Melayu. Berjaya juga!




Dan menyentuh peristiwa yang berlaku pada hari itu, ada yang tahu dan ada yang tidak. Dan kami bercerita mengenai himpunan yang sedang berlaku tatkala itu. Habis tugasan, saya diberitahu berlaku kekecohan di tempat perhimpunan. Ada sahabat2 yang terkena gas pemedih mata, ada yang ditembak water canon dan ada juga yang dikasari FRU. Risau bertandang. Mudahan Allah mudahkan urusan mereka. Paling tidak pun, KPM sudah mula mendengar suara2 rakyat ini. Tertarik saya dengan kata2 Datuk A. Samad Said. Nak perjuangkan bahasa pun kena sampai berdemostrasi. Tidak mengapa, Datuk! Mudahan tinggi jua ganjarannya di sisi Allah SWT!