SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, February 19, 2009

GO OUT AND LOOK UP!

Maaf beribu2 maaf kerana gagal mengemaskini blog kesayanganku ini. Selepas sahaja selesai KKH09 lepas, hari2ku sesak sehingga aku sendiri tersesak dada mencari ruang2 untuk bernafas. Sehingga ke hari ini, 4 program terlaksana, 2 daripadanya berjaya dengan “huru-hara”. Hmm…taklah huru-hara sangat, tapi aku tertekan apabila terpaksa bekerja dengan satu golongan manusia yang punyai kepentingan sendiri dalam berorganisasi. Pada Allah kumohon KEKUATAN...

NITROS 2009 – National Islamic Astronomy Symposium 2009 - yang diadakan di bangunan Kuliyyah of Architecture and Design (KAED), UIAM Gombak berlangsung pada tarikh 30 – 1 Februari 2009. Aku diletakkan di bahagian Preparation & Technical (P&T). Inilah yang paling memeningkan kepala. Kalau aku sudah berada dalam keadaan begini, maka diamlah yang paling baik bagiku. Namun, pengalaman manis bersama team P&T NITROS adalah penyediaan planet2 comel yang menghiasi ruang tengah dewan pameran. Dengan tenaga 4 orang sisters dan 2 brothers, kami berjaya menyiapkan 8 replika planet dan lukisan. Yang menggelikan hati, ada pengunjung yang bertanya siapa yang melukis lukisan2 tersebut? Budak KAED ke? Siap ada yang nak beli lagi. Pabila diberitahu kami budak2 ENGIN yang lukis, masing2 tak percaya. Mak aii…ada bakat jadi budak KAED nampak ;p Alhamdulillah, kerja keras pada minggu terakhir berbaloi kerana hasilnya tidaklah mengecewakan. Terima kasih kuucapkan buat sahabat2 yang datang pada pameran tersebut.

-habis kelas, terus pegi mengecat planet-

-mengipas bulan dan….tahi bintang??-

-hari pertama, di ruang pameran-

-hari terakhir NITROS bersama semua P&T-

-peserta dari UPM belajar membaca Star Chart daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan-

-sesi OUTREACH bersama cendiakawan2 astronomi-

Namun apa yang lebih bermanfaat dari semua ini adalah penerimaan hati ini terhadap ilmu astronomi mula berbunga dan berbuah. Sesungguhnya, barisan cerdik pandai dalam ilmu falak ini berkumpul dalam NITROS berjaya menarik minatku. Benda2 yang kuanggap biasa sahaja sebelum ini sebenarnya penuh ketakjuban. Bak kata En Shah, pengendali Falak Online, dalam sesi “Outreach” adalah cabaran dalam bidang astronomi kini adalah untuk mengajak orang keluar dan memandang ke atas. – GO OUT AND LOOK UP –

Alhamdulillah, sejak itu aku sedikit demi sedikit mempelajari asas2 ilmu astronomi- membaca bintang2 di langit menggunakan Star Chart, membezakan mana bintang dan mana planet, mencerap planet Zuhal, dan melihat gerhana bulan penumbra dan lain2 lagi.

Semoga penjelajahan angkasaraya ini dapat mengingatkan kita betapa kerdilnya kita ini bagai zarah2 yang tidak dilihat dengan mata kasar. Jadi janganlah menyombong diri tetapi jadilah seperti padi semakin tunduk semakin berisi.