SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, November 23, 2008

TAHUN-TAHUN USIAKU

18 tahun usiaku,

Mengemudi bahtera hidup di perantauan,

Pertama kali kulakar haluan,

Langkah kuatur membelah awan,

Jejakku bukanlah jejak kawan,

Bukan jua jejak mencari lawan,

Memenuhi impian dan angan-angan,

Nun jauh di seberang lautan…


19 tahun usiaku,

Hari-hari dilalui bersendiri,

Yang kuperhati…yang kudengari,

Menguji kekuatan diri,

Mencabar keberanian hati,

Menilai kecerdikan aqli,

Satu saat tersungkur jua kaki ini,

Di jalanan dosa dan duri,

Terlalu melayan angan dan mimpi,

Terbang melayang-layang di langit tinggi,

Terlupa nawaitu dan matlamat hakiki,

Apa yang kucari kusendiri tak pasti,

Tiba saat Tuhan menguji,

Kesemuanya di luar keupayaan diri,

Tatkala merasa lemahnya si hamba ini,

Baru nak bersujud merindui Ilahi,

Jauh terngiang bisikan naluri,

Mengapa tidak kurinduiNya dari dulu lagi,

Mengapa tidak kurinduiNya saat melayan mimpi,

Tidak jua kurinduiNya saat melayang tinggi,

Betapa tidak bersyukurnya hambaMu ini,

Ampunan dan maghfirah kupohoni,

PadaMu…ya Rabbi!


20 tahun usiaku,

Usia itu mematangkan,

Kekhilafan dulu kusesalkan,

Kepincangan lalu kupenjarakan,

Agar tak tegar berkeliaran,

Merajai sikap dan kesopanan,

Jalan seiringian bersama teman,

Yang merindukan janji-janji Tuhan,

Kini kufikirkan,

Layakkah aku membahu perjuangan,

Kerna perjuangan ini bukanlah mainan,

Tercicip indah satu tulisan,

”Perjuangan itu bukan kita memulakan,

Bukan jua yang berhak mengakhirkan,

Kita ini hanyalah pembina rantaian,

Agar tidak hilang ditelan zaman,”

Indah maknanya seindah nukilan,

Layakkah kepadaku ia ditujukan,

Kerna diperbatasan ini kurasakan,

Iman kalau tak naik…ia berkurangan,

Hati kalau tak putih…noda bersalutan,

Ikhlas seperti tiada keikhlasan,

Berbudi seperti tidak budiman,

Berat yang diringan-ringankan,

Ringan yang diberat-beratkan,

Amal yang tak berterusan,

Ilmu sekadar minta disuapkan,

Banyak menunggu sedikit yang kumulakan,

Banyak menerima sedikit yang kuberikan,

Tiba-tiba aku berseorangan,

Terlupa ada yang mengharapkan,

Lambat benar aku mentafsirkan isyarat Tuhan,

Aku perlukan perubahan,

Perubahan yang bukan sekadar omong-omongan,

Tapi…perubahan hakiki dan berpanjangan,

Agar terpisah kebenaran dan kebatilan,

Agar terkubur kejumudan dari hakikat iman…


24 November 2008…

Alhamdulillah…21 tahun sudah usiaku,

Tuhan memberiku peluang lagi,

Agar terus bernafas di buana ini,

Apa pula yang kucari selepas ini…?

Setelah bertahun ku meniti hari-hari,

Setelah lama bersama pemuda dan pemudi,

Yang ingin menjadi,

Perindu dan pengejar redha Ilahi,

Moga dalam kehidupan ku ini,

Dunia akhirat kuseimbangi,

Yang lebih yang kurang…kusantuni,

Kerna sempurna bukanlah hak milik diri,

Di penjuru malam kuungkap doa tulus suci,

Moga amalan dan perbuatan diterima Rabbi,

Kerna sia-sia itu memanglah rugi,

Moga tenang dan sabar menjadi perisai hati,

Kerna tawakkal akan datang mengiringi,

Moga diberi kesempatan lagi,

Membahagiakan ayahnda dan bonda yang dicintai,

Moga ikhlas melimpahi pelusuk naluri,

Dalam membarisi perjuangan ini,

Moga diberi kesempatan lagi,

Menitis walau setitis jasa bakti,

Dalam misi rahmatan lil a’lamin yang diimpi…




Saturday, November 22, 2008

NENEK

“Penat! Penat! Penattttt!!!”
Dah lama rumahku ini tidak mendapat sentuhanku. Hari baik mood pun baik…aku dan adik2ku, Waiz dan Alan, memulakan projek pembersihan rumah. Semalam Mami, Ayong dan Amin berlepas ke Jakarta, Indonesia. Ayahku pula berlepas ke sana awal 2 hari iaitu 20 November lepas. Makanya, akulah tuai rumah sekarang ini.

Jam sekarang 12.27 tengahari. Sambil melayan kepenatan, aku duduk di meja makan bulat berhampiran dapur. 90 darjah dari meja bulat itu pula kedudukan nenekku duduk. Katanya lapar, maka kusendokkan 2 sudu nasi goreng ke dalam pinggan. Sejak nenek jatuh di bilik air di rumah makcikku 3 tahun lepas, selera makannya berkurang. Dan sejak itu juga, dia menghadapi kesukaran untuk berjalan. Sebelum ini, memang boleh berjalan tetapi perlahan-lahan. Teringat aku sehingga satu ketika, dia terbuang air kecil dalam perjalanannya ke bilik tandas. Pernah aku berbincang dengan ahli keluarga lain tentang hal ini. Namun, malang tidak berbau…nenek jatuh lalu menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam kakinya. Kini, pergerakannya dibantu tongkat besi 4 kaki. Tak tahulah apa istilah sebenarnya.


Nenek bertudung hitam bersama kami sekeluarga


Mula2 dahulu sukar untuk nenek malah keluargaku untuk menyesuaikan diri. Mandi, makan, pakai, dan lain2 perlu bantuan kami. Aku pulang ke rumah 2 bulan selepas kejadian itu. Terkedu aku melihat keadaan nenek mula2 dahulu. Beberapa hari pertama di rumah, aku membantu menguruskan nenek. Apatah lagi ketika itu, ibuku mengajar dan adik2ku bersekolah. Menurut adikku, Ayong, nenek kadangkala degil dan tak mahu dengar kata. Demi mengelakkan nenek terbuang air kecil dan air besar merata tempat, Mami terpaksa membelikan lampin pakai buang untuknya. Itulah yang tidak disukai nenek. Itulah sebabnya Mami kadangkala terpaksa meninggikan suara. Sensitifnya hati si tua, sering kali dia menangis. Tapi, apakan daya kami sekeluarga…masing2 sibuk. Ditambah lagi dengan karenah adik beradik sebelah Mami yang seolah2 melepas batuk ditangga, takkanlah Mami sanggup membiarkan ibu sendiri yang sudah tiada upaya menguruskan dirinya sendiri. Mami beralah…lalu sanggup memikul tanggungjawab untuk menjaga nenek. Bukanlah aku ingin mengaibkan sesiapa, tapi aku sendiri jadi sakit hati dan kecewa dengan sikap mereka. Namun, Mami selalu mengingatkan kami adik-beradik agar terus bersabar dengan semua ini. Layanlah nenek sebaiknya selagi dia masih hidup.

Aku kadangkala hilang sabar melayan karenah nenek dan bukanlah sengaja aku tinggikan suara. Ingatkan aku sorang…rupanya Ayong dan kakak juga terpaksa berbuat begitu. Mami selalu berkata…orang2 tua ni sampai satu tahap dia akan kembali seperti budak2…ulah dan pemikiran mereka. Menjaga dan menguruskan nenek memang satu cabaran yang sangat2 memerlukan kesabaran. Kadangkala, jatuh jua air mata ini mengenang nasib nenek. 3 tahun berlalu…kami sudah mampu membiasakan diri. Dari tahun ke tahun, aku boleh lihat betapa nenek menerima takdirnya. Kakak jua kulihat sudah semakin matang melayan karenah nenek. Ayong…hmm…garang sikit..hehe.. Apapun, kami merasakan biarlah nenek dibuang oleh anak2nya yang lain…kami lebih redha dan rela dia bersama kami.

Kisah hidup nenek memberi seribu satu pengajaran buat kami semua 6 beradiktermasuk juga Waiz. Bila duduk sahaja di meja bulat ini, ada sahaja perbualan tentang nenek yang meruntun hati kami. Contoh sudah ada di depan mata, jangan sesekali diulangi. Jangan sesekali membuang ayah dan ibu pabila sudah punyai keluarga sendiri nanti.

Pernah aku dan abang berbincang, inilah cabaran kita. Cabaran mengubah suasana keluarga. Cabaran untuk mengajak dan mendidik diri dan keluarga meletakkan agama itu teratas di kala senang dan susah. Cabaran untuk kita terjemahkan ilmu2 dari jemaah kita ke dalam kehidupan realiti ini. Kerana hanya agama itu sahaja mampu merubah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Kudoakan moga Allah lembutkan hati anak2 nenek dan berikan petunjuk buat mereka.
Nenek bukan orang lain…dialah IBU kepada anak2nya.

Dan, sebagai pedoman kita....:


video

Thursday, November 20, 2008

JIHAD DI RUMAH

"Jihad di rumah, kak?"

Pelik Ana pabila mendengarkan jawapan Kak Ju. Bermain2 persoalan dimindanya...sambil berjalan ke kamarnya, dia cuba menterjemahkan cadangan Kak Ju itu.

Monolog Ana:
"Bagaimana nak berjihad di rumah? Padahal aku terkurung sahaja. Tiada langsung bergaul dengan masyarakat luar. Alangkah seronoknya jika berada di kampusku. Bersama2 dengan sahabatku yang cintakan perjuangan. Bersama2 ke usrah, ke majlis2 ilmu, malah semuanya rajin menelaah buku. Kalau tidak kerana punya sahabat seperti mereka, tak de nyer aku suka pada buku sekarang ni. Hai..kalau cuti je jadi macam ni."

Ana musykil mengapa Kak Ju memberikan jawapan sebegitu. Padahal di rumah melambak2 kerja2 rumah yang perlu disiapkan. Pinggan mangkuk dan pakaian2 kotor bertimbun2....nak sapu takkan habis punyer. Rumah punyalah besar...Macam mane dengan usrah dan aktiviti2 lain.?? Haduuu...ketinggalanlah dia..

Ana sebenarnya tidak gemar jika pulang ke rumahnya kerana ia akan menyekat pergerakannya mengikuti gerakan dakwah yang disana. Pasti ayah dan ibunya bising kerana dia keluar beraktiviti.


Wahai muslimah dan mujahidah sekalian…
Pada hemat kalian, apa sebenarnya maksud Kak Ju dengan JIHAD DI RUMAH?
Cik C pernah merasakan kesulitan ini. Namun, pernah Cik C katakan dahulu...masa itu agen yang mematangkan manusia. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, usia semakin tua…lama-kelamaan Cik C faham makna Kak Ju itu.

Rasa2nya, bukanlah Ana ataupun Cik C sahaja yang berhadapan dengan situasi sebegini. Cik C percaya ramai lagi muslimah dan mujahidah lain yang ‘meragam’ jika tidak dapat bersama2 sahabat2 perjuangan. Tapi percayalah dan fikirlah sedalam2nya, mengapa Allah letakkan kita dalam situasi dan keadaan ini.

Kadangkala, yang lebih parah ada di antara kita sehingga sanggup melawan dan memusuhi ayah dan ibu demi untuk gerakan dakwah dan perjuangan kita. Astaghfirullah…istighfarlah banyak2. Adakah ini hasil gerakan dakwah dan perjuangan yang kita bangga2kan sehingga sanggup mengenepikan orang2 yang melahirkan kita di dunia ini??

Wahai gadis2 muslimah…
Jihad itu luas maknanya…luas juga rangkumannya. Percayalah…di mana2 sahaja pun hatta di rumah sekalipun jihad dan dakwah itu tetap akan berjalan. Janganlah jadikan ayah dan ibu musuh kita…hanya kerana kekangan dari mereka. Fikirkanlah wahai gadis…kita ini makhluk yang bakal melahirkan generasi masa depan. Didiklah dirimu dengan lambakan kerja2 rumah itu kerana di situlah nilai kesabaran teruji. Anggaplah ini sebagai latihan atau ilmu rumah tangga. Ilmu juga…ilmu Allah itu Maha Luas. Dan bukan semuanya kita dapat dari usrah atau majlis2 ilmu semata2. Percayalah, daripada benda2 sekeliling kita pun kita boleh mendapat ilmu.

Memang benar kita akan merasa rindu berjumpa dan berkumpul dengan sahabat seperjuangan. Tapi, dimana pula hendak kita letakkan rasa rindu ayah dan ibu kita. Sudahlah berbulan2 di negeri orang, pabila kembali si anak tiada di rumah pula. Apalah bezanya… Apa2hal pula ingatlah…redha dan restu mereka lebih utama dari segalanya.

Itulah lumrah kita sebagai anak gadis. Berjihadlah di mana2 sahaja. Jika tidak mampu berjumpa dengan masyarakat luar, kita halakanlah jihad dan dakwah kita di bawah skop keluarga. Didiklah adik2 kita, bantulah ibu dan ayah. Teruskanlah dengan slogan amar ma’ruf nahi munkar mu. Dan pintalah nasihat dan ajaran dari mereka. Janganlah kita terus-menerus merajuk hati dan menangisi kegagalan kita di pentas perjuangan luar. Dan, mungkin jua hikmahnya kita lebih banyak masa untuk mendidik diri sendiri.

LA TAHZAN!!!

APA KHABAR, CIK C??

Peperiksaan akhir semester 1 selesai sudah. Cik C melihat pelan perjalanannya sebelum tiba ke tanah tumpah darahnya. Dari UIA Gombak ke UIA Petaling Jaya, Cik C berangkat pula ke Bandar Klang. 4 hari di Bandar Klang, berangkat pula Cik C ke Bandar Shah Alam lalu bermalam 2 hari di sana. Perjalanan diteruskan ke Negeri Darul Takzim selama 4 hari. Dan akhirnya, tiba jua Cik C ke negeri yang dinanti2. Genap 10 hari untuk dia menghabiskan misi ziarah saudara2nya.



Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman. Benar, kadangkala Cik C terbayang2 sahabat2nya yang sudah berada di negerinya pasti sudah mula bersama membantu perjuangan di sana. Dan sememangnya saat2 berkumpul itulah yang dirinduiya. Timbul rasa kesal kerana merancang perjalanan cuti sebegini.

Namun di sudut lain, Cik C mengingatkan diri. Orang2 ini perlu juga diberi perhatian kerana merekalah Cik C mendapat kemudahan di awal2 kemasukkannya ke UIAM setahun setengah yang lepas. Tok neneknya jua pernah bermadah: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Sekurang2nya, kehadiran Cik C dalam misi ziarah ini sedikit sebanyak melahirkan rasa sukacita keluarga2 angkatnya ini kerana hubungan minannas ini bukan sekadar ketika ada kepentingan diri sahaja.

Takdir menemukan keluarga Cik C dengan keluarga angkatnya 18 tahun lalu. Ketika itu, Cik C baru berusia 3 tahun. 12 hari mereka diam di rumah Cik C, sempat mereka tinggalkan mural pemandangan indah di dinding hadapan rumah yang kekal sehingga kini. Itulah sejarah lukisan di dinding rumah Cik C. Selepas itu, terputus hubungan dan dipertemukan semula pada tahun 2005 ketika ibu Cik C menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam. Makanya, mereka yang kini sudah beranak pinak sudi menumpangkan Cik C sekeluarga di rumahnya di Klang, malah sudi jua menjadi driver sepanjang berada di sana. Sejak itulah, Cik C dan keluarganya diperkenalkan dengan keluarga si suami di Kampung Jalan Kebun dan keluarga si isteri di Kuarters Masjid Negeri, Shah Alam.

Kini sudah 3 tahun silaturrahim ini terus dijaga. Memandangkan Cik C paling dekat dengan mereka, jika ada kelapangan sekali-sekala berambehlah di rumah mereka di Kampung Seri Alam, Klang. InsyaAllah…berkat ziarah ini ia akan berpanjangan.

Namun biasanya kalau Cik C ke sana, pasti jadi penjaga anak2 mereka. Tak pasal2 Cik C terpaksa menemani anak2 ini ke Wet World, Shah Alam kerana menurut abah mereka, sudah sebulan anak2 ini mengajak ke sana. Jadi, tak mengapalaaa…layan… Ada satu malam, ummi budak2 ini kepenatan. Katanya, selepas ini dia kena mengajar mengaji pula di surau terdekat. Jadi, dibawaknya la Cik C ini membantu mengajar mengaji di surau itu. Mak ai!! Cik C ke?? Alhamdulillah…nasib baik budak2 yang datang tidak ramai. Maka, Cik C pun membantu pembacaan mereka sekadar yang tahu dan termampu.


Add VideoAdik2 angkat

Perjalanan ke Darul Takzim pula memakan masa 6 jam. Ini kali pertama Cik C ke negeri Johor. Demi berjumpa dengan kakak yang bekerja di sana. Sampai2 di terminal bas, Cik C duduklah berhadapan restoran. Tiba2, Cik C nampak seseorang merokok. Astaghfirullah…wanita. Inilah akibatnya kalau nak sangat sama dengan lelaki. Bermalam di rumah kakak, kami bertukar2 cerita. Ada juga gossip yang tak perlu Cik C catatkan disini. Hehe…

Namun menurut kakak Cik C, di Johor ini tiada langsung sekolah agama. Kalau ada pun, kena masuk asrama. Kelas KAFA untuk sekolah harian memang tiada. Cik C berfikir, adakah maksudnya, pelajar sekolah harian sekadar mendapat pengajaran agama itu dalam subjek Pendidikan Islam sahaja? Tak percaya Cik C dengan dakwaan ini. Tapi, mungkin sahabat2 dari JB boleh tolong jawab persoalan ini. Mampuslah kalau sistem pendidikan di Johor begitu. Apatah lagi pabila Cik C baca akhbar, berita pelajar SPM yang terlibat samun dan berita mengenai remaja (salah seorangnya OKU) yang membuang bayi kedua2nya dari JB. Mungkin kebetulan kerana jenayah ini berlaku di mana2 sahaja.

Hai…macam2. Dan akhirnya, semalam 20 November selamatlah Cik C berlepas dari Lapangan Terbang Senai ke Kuching. Alhamdulillah…Allah permudahkan segalanya. Menatap wajah ayahnda, bonda dan saudara2ku itulah yang bemakna. Apa2hal pun, FAMILY FIRST!!