SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, September 26, 2008

26 SEPTEMBER 2008 - PERJALANAN PULANG BERSAMA LAKSAMANA SUNAN

26 SEPTEMBER 2008,JUMAAT

Hahaha...jangan marah dengan tajuk entri ini. Buku HIJAB SANG PENCINTA yang sempat kubeli Jaya Jusco hanya sempat kubaca sepanjang perjalanan pulangku ke kampung halaman. Lama menanti karya terbaru Ramlee Awang Murshid ini. Apatah lagi Azwani sudah membelinya lebih awal....makinlah jeles dibuatnya. Seolah2 tepat pada masa dan ketikanya...makanya sepanjang perjalanan ini dihabiskan dengan menelaah novel ini.

Alhamdulillah...aku keluar dari UIAM sejurus waktu zohor bersama sahabat tersayang, Azwani Jaini. Kasihan, wani...demam... tapi sesungguhnya, bukanlah aku yang memberi cendol padanya... -_-" sabo je laaa

Nak cerita perasaanku kala ini..macam tiada perasaan. Padahal sejak dua tiga hari lepas, sudah mula hilang fokus dalam kelas. Mungkin kepenatan akibat kelas yang terakhir pagi tadi -Mechatronic Workshop- yang berlangsung 3 jam. Sempat terlelap setengah jam di bilik barulah aku packing. Menaiki teksi, LRT dari stesen Terminal Putra sampai ke KL Sentral, dan seterusnya Aerobas ke LCCT.

Alhamdullillah, selesai jamak ta'akhir Zohor-Asar di LCCT. Kami (aku, Syazawani, Rahimah, Bibi) menanti kaunter check-in baru. Seusai itu, terus mencari makanan berbuka sekadar dapat mengalas perut selama berada di awan nanti. Sudah aku pesan pada Mami untuk menyediakan Laksa Sarawak...sesungguhnya air tangan ibu memang sedap. :) Laksamana Sunan terus menemani perjalanan...Setengah jam di dalam pesawat Air Asia MH 5214, aku terlelap jua...

Sekilas dari luar tingkap pesawat, samar2 kelihatan limpahan cahaya dari daratan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Terus terjaga...aku menikmati suasana yang indah itu. Cahayanya lebih banyak berbanding tadi...di LCCT sebelum terbang tinggi meninggal tanah semenanjung. Subhanallah...betapa indahnya ya Allah...inilah salah satu sebab aku gemar memilih penerbangan pada sebelah malam.

Sampai ke lapangan, semua menanti untuk keluar dari perut pesawat. Ish..kalau nak diikutkan hati, sudah tak sabar rasanya nak keluar. Tangga disediakan dan kami pun dilepaskan keluar. Kami menuju ke imigresen dan menanti bagasi di tingkat bawah. MasyaAllah…punyalah lama…

Sementara itu, aku melihat skrin pesawat yang tiba…ada penerbangan dari Johor. Kakak dah sampai jugak?? Tunggu punya tunggu…beg2 masih juga tidak kelihatan. Tiba2 aku diterjah dari belakang. “COMEL!!!”…laa…kakak rupanya. Haha…tiba2 terasa lawak kerana kami tidak berjanji pun nak balik bersama.

Kelihatan Mami, kami bersama2 menghampiri. Salam, cium, peluk .... 3 benda yang pasti dibuat pabila sudah lama tidak bersua. Aku diterjah lagi! Abang dan Ayong rupanya..tak dok rejaa -_-"


Sampai di hadapan rumah, aku tergamam alu terjerit.


"Aih!!! Ne tuju pagar rumah?? Ne pokok2 Mami??? Aih, rumah kaler ijo!!! (Eh, mane pagar rumah?? Mane pokok2 Mami?? Eh, rumah warna hijau!!!)"


Ya Allah...mereka tak beritahu langsung pun pasal rumah kami. Rupanya tengah renovate....huhu...


Alhamdullillah...kami berkumpul di meja makan melahap Laksa Sarawak Mami. RINDOK ATI pabila semua ada berkumpul di rumah. Terima kasih, ya Allah kerana melahirkan aku dalam keluarga ini. Apapun yang terjadi dulu, kini dan masa hadapan...mereka tetap keluargaku...

Monday, September 15, 2008

KEPALSUAN HADIS PALSU TERAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.
Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah.

Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir.

Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.


Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAHLot 1499, Taman Seri Demit,

Jalan Sultanah Zainab 2Kubang Kerian,

16150 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09-7645816


*** Entri ini dipetik dari www.bharian.com.my

TATKALA MATA TERBUKA LAGI

Setiap bangun tidur dan membuka mata,yang terucap adalah kalimat syukur bahwa Allah masih mengizinkan diri ini kembali melihat fajar.Merasai hembusan angin bayu pagi yang menerobos celah jendela dan menjumpai semua yang semalam terlihat sebelum mata terpejam masih seperti sedia kala, tidak ada yang berubah.


Kemudian melangkahlah dengan iringan doa di gerbang mungil menuju arena perjuangan kehidupan,dengan tuntutan-Nya lah diri ini tak melangkah ke jalan yang salah,tak menjamah yang bukan hak,tak melihat yang dilarang,tak memamah yang tidak halal,tak mendengar yang batil,dan tak banyak melakukan sia-sia.Kerana setiap waktu yang terlewat pasti akan ditagih tanggunjawabnya.Lantaran semua jalan yang dilalui akan diminta kesaksiannya atas diri ini dan sebab seluruh indera ini akan diminta bicara tentang apa-apa yang pernah tercipta.

Hari ini, masih ada lali terbuat.Masih juga lengah sehingga khilaf tercipta.Mesti segunung peringatan pernah didengar,mulut ini masih terselit berucap dusta,saringan telinga ini tetap tak mampu membendung suara-suara melena lalaikan dan masih saja ada perbuatan yang salah,walau itu dalam bingkai alpa.Padahal,di setiap terminal ruhiyah.Sedikitnya 5kali sehari lidah ini berucap,tangan ini tertengadah dan mata ini menitikkan butir bening,seraya memohon perlindungan dari Allah dijauhkan dari salah dan dosa.Tetapi, masih juga langkah ini menuju arah yang sesat.

Setiap hari menangis, setiap hari meminta ampunan,setiap hari mencipta dosa,esok sibuk bersujud,meluluhkan air mata,menyusun kalimah doa,mengayam pinta smeoga Allah menghapusnya,bahkan kadang lupa.Padahal,bias saja sedetik kemudian diri ini tak lagi sempat memohon ampunan.Lupakah bahawa waktu sangat cepat berlalu.Lupakah pula bahawa menyesal di akhirat hanyalah kesiaan yang nyata?

Bagaimana jika hari esok tak pernah datang, padahal baru saja seharian ini berenang di lautan dosa,padahal belum sempat menghapus noda hari ini , kelmarin,seminggu yang lalu,setahun lalu dan bertahun-tahun yang lalu.Bagaimana jika Allah tak berkenan membukakan mata diri ini setelah sepanjang malam terlelap? Bagaimana jika perjumpaan dan canda riang bersama keluarga semalam adalah yang terakhir kalinya,ketika esok harinya ruh ini melihat seluruh keluarga menangisi jasad ini yang terbujur kaku berkafan putih..

Bagaimana jika matahari esok terbit dari barat, tak seperti biasanya dari timur? Padahal hari ini lupa menyebut nama-Nya.Padahal di hari ini,belum sempat mengunjungi satu persatu keluarga,kerabat,sahabat,tetangga dan orang-orang yang pernah tersakiti oleh lidah dan tindakan kita.Sudah terlalu lama tak mencium kaki orang tua mencari keredhaannya,walau tak terhitung salah diri.Belum lagi sempat berderma,setelah derma kecil beberapa tahun lalu yang sering kita banggakan.

Dan jika memang esok tak pernah datang.Sungguh celakalah diri ini.Benar-benar celaka, bila belum sempat mencuci dosa sepanjang hidup,bila belum mendengar ungkapan maaf dari orang-orang yang pernah terzalimi,bila belum menyisihkan harta yang menjadi hak orang lain,bila belum sempat meminta ampun atas segala salah dan khilafnya yamg tercipta.

Maka saat pagi Allah masih memperkenalkan diri menikmati fajar ,mulaikan hari dengan kalimat

“Terima Kasih Allah”
“Terima Kasih Allah”
“Terima Kasih Allah”

Semoga kita semua beroleh keampunan dari ilahi atas segala kesilapan dan kejahilan kita sepanjang hidup bernama manusia..
Wallahualam


*** Entri ini dipilih dan dipetik dari http://www.iluvislam.com/ oleh: afdhal87

BEDAH BUKU : GALAKSI MUHSININ – AZRUL JAINI


Buku Galaksi Muhsisnin (GM) yang dibeli pada 2 minggu lepas sudah dikhatamkan. Untuk memenuhi permintaan sesetangah pihak yang asyik bertanya, apa komen saya tentang buku itu…maka diharapkan tulisan saya selepas ini memenuhi hajat mereka. ;)

SINOPSIS:
Apa yang saya faham, novel ini mengisahkan tentang kehidupan umat yang hidup sekitar tahun 2205. Pada ketika itu, Empayar Sibernatik Cyborg di bawah kekuasaan Maharaja Legion berjaya meluaskan jajahannya sehingga 399 planet. Namun mereka gagal meneruskan misi mereka kerana mendapat tentangan hebat dari penghuni Galaksi Muhsinin ketika mereka menyerang galaksi itu.

Galaksi Muhsinin ketika itu di bawah pemerintahan Khalifah Zulqarnain dibantu oleh mujahidin2 lain termasuk Detasmen Mujahidin Elit ke-15 untuk menyebarkan misi rahmatan lil a’lamin.

KOMENTAR:
Pertama2nya…jika sesiapa yang sudah mula membaca GM, mungkin di permulaan cerita anda akan menghadapi kesukaran untuk mengikuti trek ceritanya. Ditambah2 lagi dengan istilah saintifik yang digunakan, kemungkinan anda juga mengalami simptom ‘lambat faham’ seperti saya ini. Tetapi, janganlah sesekali anda semua patah semangat…teruskanlah ke halaman2 seterusnya. Nescaya, anda akan menemui pucuk pangkal cerita ini. Bagi pembaca seperti saya, setiap kali berhenti pada halaman2 tertentu, saya terpaksa patah balik ke muka surat depannya kerana saya perlu refresh plot2 sebelumnya. Kepada penulis, jangan salah faham. Saya bukannya TIDAK FAHAM, tetapi LAMBAT sedikit.

Keduanya, mungkin satu kelebihan bagi pembaca seperti saya yang memahami beberapa istilah2 engineering yang digunapakai oleh penulis. Contohnya, seperti bulan Ferrite dan Fermentite. Sesekali tersenyum sorang2 saya dibuatnya. Penulis memang kreatif, nama struktur logam pun dijadikan nama bulan. ;p Malah unsur2 serius berbaur jenaka juga agak ‘menjadi’ rasanya. Pengabadian bahasa ibundaku –manok- menerusi novel ini sungguh tidak disangka2.

Secara fizikal dan cara penulisan, penulis menggunakan kelebihan beliau sepenuhnya sebagai pelajar Mekatronik Engineering. Dapat dirasakan beliau menghadam benar2 apa yang ingin beliau sampaikan. Pastinya kajian2 tentang persenjataan ditambah2 lagi dengan minat penulis yang sukakan buku2 genre peperangan amat2 membantu dan boleh saya katakan ‘menjadi’. Di pertengahan cerita, mungkin juga anda akan merasakan novel ini seperti novel Kombat 1515 karya Faisal Tehrani.

Namun, apa yang lebih penting pastinya mesej novel ini sendiri. Mungkin bertepatan dengan bulan kemerdekaan dan sekaligus kedatangan bulan Ramadhan, secara peribadinya saya dapat membayangkan penggabungan kedua2 situasi itu menerusi buku ini.

Peperangan angkasa oleh pejuang2 yang berperang untuk amar makruf nahi munkar yang tidak sama sekali mempunyai kepentingan peribadi…segala2nya diserahkan pada Allah. Bagi saya, nama2 watak, galaksi, kelengkapan perang dan sekitarnya sangat2 memainkan peranan untuk membangkitkan semangat jihad dalam diri. Apa yang lebih meruntun perasaan adalah ketika mana sejarah mujahidin2 terdahulu yang berperang bersama2 Rasulullah sallahu a’laihi wassalam dijadikan peringatan dan pengajaran bagi pejuang2 masa depan sepenuhnya dalam novel ini. Bukan setakat masa peperangan, bahkan pemerintahan Khalifah Zulqarnain yang digarap mencambah rasa kerinduan saya pada suasana sebegitu. Subhanallah…

Mungkin sesetengah daripada anda akan merasakan bahawa penulis begitu idealistik. Ya, keseluruhan cerita memang idealistik, tetapi apabila disantuni dengan sejarah perkembangan Islam dan sejarah kehidupan Rasulullah sallahu a’laihi wassalam dan para sahabat terdahulu, insya-Allah, anda mungkin tertunggu2 bilakah akan tibanya saat itu…Apa yang lebih mustahak adalah daripada 307 halaman input novel ini, berapa peratus outputkah yang boleh kita teladani…

Di ceruk mana pun kita diletakkan…berjuanglah… Wallahi taala a’lam

Wednesday, September 3, 2008

COMEL DAN…COMOT???

Sudah lebih satu minggu Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM yang ke 47 (MPAT-47) berlalu. Hangat dan dinginnya masih ada saki bakinya. Kepimpinan mereka yang dihormati, kepincangan mereka kita insafi. Oh, manusia!!! Inilah lumrahmu… menyangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tidak mahu kutulis banyak komentar mengenai MPAT-47. Siapa tahu, tahulah…yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sayang, rindu, kasih dan cinta bersatu di dewan muktamar. Pertemuan itu paling bermakna setelah berbulan2 dipisahkan Laut China Selatan. Rindok mena ati ketika mana bersua jasad dan semangat dengan sahabat2 PERKEPIS pusat. Bateri yang lemah seolah2 dicas kembali, wayar2 yang putus seolah2 dipateri…

Alhamdulillah, pertemuan singkat ini sekadar mencukupkan syarat untuk berta’aruf dengan lebih dalam dan dekat. Baruk kenal sapa gerangannya Kak Ni dan Fatimah. Kehadiran Kak Siti dan Azwani (semestinya) yang pernah bersama di medan PERKEPISMA mengingatkan zaman2 perjuangan di masa mudak2 dolok. Sik lupak Kak Hamas, Kak Dijah, dan Mizah…ukhti2 yang sentiasa menjadi rujukanku kala ini. Jua sahabat2 HEWI PERKEPIS yang sik dapat ditaip namanya di sitok. Trimak kasih atas kedatangan antunna.

“COMEL, KITAK ADALAH KAKAK KINEK TOK”…ini kata2 keramat Kak Hamas sekaligus menekankan siapa aku ini. Sepanjang 4 tahun lepas, aku masih ingin ‘disuap’, diberi dan menerima. Masa berlalu…tiada persediaan hebat untuk menjadi ‘kakak’ sehingga satu tahap aku tersedar mujahidah2 di sekitarku tiada lagi di bangku ini kerana komitmen mereka bersambung di tempat lain. Runsing, takut, dan tidak yakin. Ilmu yang belum cukup, cukupkah untukku terajui bahtera ini?? Hikmah pertemuan kita. Katanya lagi, dibahuku terpikul satu beban yang lebih besar dari adik2. Siapa lagi tempat mereka merujuk kalau bukan aku. Terima kasih, Ummi…terima kasih atas peringatan ini…

Kenangan terindah adalah kenangan bersama ‘kembarku’…terkembar pulak… Inilah kembarku, COMOT!!! ;p Semoga ukhwah kita berkekalan fid dunya wal akhirah!! Salam jihad dari si perantau… :)