SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, August 28, 2008

“KAM-BOH”….NANG KAMBOH!!!

"Kam-Boh? Ape tu, Raufa?"

Setiap kali kenalan2 lalu lalang di hadapan gerai kami, inilah soalannya. Apatah lagi, menu Sarawak yang terpampang jarang malah ada yang tidak pernah menjadi santapan mereka. Terpamer ‘Teh-C Peng’ dan ‘Snow Bandung’ yang berlapis2, segelas hijau-putih dan segelas lagi merah-putih…bertambahlah rasa ingin tahu mereka.

Alhamdulillah, seminggu berdagang di tapak Convest Hill, banyak benda baru yang aku dapat. Team Kam-Boh berjuang memperkenal dan mempromosi hidangan dari negeriku. Kadang2 aku di hadapan, memancing pelanggan2. Kadang2 aku di jentera belakang membantu ketua chef. Hehehe…

Laksa Sarawak semestinya menu utama. Pabila dah berkumpul begini, baru kutahu rupa2nya nak masak laksa ini pun ada perbezaan dari segi caranya. Pening juga pabila dihinggapi pelbagai cadangan2 dari pelanggan2 senegeri. Variasi inilah menyebabkan aku terpaksa menerangkan keadaan sebenar. Subhanallah…inilah yang dikatakan sukar untuk memuaskan hati semua orang. Nasib baiklah roti kaya goreng ya nyaman..!! HuuHuu..mok agik...



Terima kasih kepada krew2 KAM-BOH – Nizam, K-rol, Zen, Rosely, Rafilla, Bg Akbar, Bg Zul, Bg Bong, Bg Azrul, Capik, Audi, Ira, Kak Nono, Kak Nadin, Kak Dia, Za’a, Eda, Ju, Wani, Fauz, Ogy dan sahabat2 lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Kitakurang nang kamboh lah…!!

Selain memantapkan lagi skil masak yang belum benar2 mantap, di situ teruji mujahadah pemantapan iman. Positif selalu dan beringat-ingat bahawa rezeki itu datang dari Allah. Laku ka sik laku bukan urusan kita. Memang benar, keluh-kesah kadang2 datang menyinggah. Maka biarkan ‘Astaghfirullah’ membasah lidah.

Syukur2 ya Allah atas rezeki ini. Bagiku, bukan untung yang dicari. Tapi, dari awal kuingatkan diri. Inilah pengalaman yang tiada berganti. Cukup sekadar ingin membantu rakan2 senegeri dan mencari kepuasan diri.

Dan ini juga latihan perjuangan hidup dan perjuangan iman. Rasalah perit mencari rezeki dan peritnya menjaga iman dalam muamalah sehari2. Sama2lah kita memperbaiki diri…

JUMPA GIK DI CONVEST ’09…INSYA-ALLAH

DAH ADA DI TANGAN!!!

HAH!! YANG DITUNGGU2 SUDAH ADA DI TANGANKU.
KALAU NAK DISAMAKAN DENGAN ROTI KAYA GORENG NOK DIJUAL DI CONVEST '08,
NANG GIK PANAS2...MACAM BARU KELUAR DARI KUALI!!!
SIAP ADA SIGNATURE GK...
HEHEHE...BOH JELES... ;p
TAHNIAH, ABG AZRUL!!

Monday, August 18, 2008

DEMAM KONVO!!!!

"Sama2 kita bersedia untuk konvokesyen lebih besar di Padang Mahsyar kelak...
Yang penting kita tahu bahawa ilmu selama 3 tahun, walaupun diiktiraf universiti, masih belum cukup dan sangat sedikit berbanding ilmu Allah...
Jangan puas, sombong dan berhenti, carilah ilmu walau di mana2 pun kita berada"
- Iszuandy, Graduan UNIMAS-

Thursday, August 14, 2008

LAKSA SARAWAK at CONVEST 2008 - from Rafilla

Convest(Convocation Fiesta in IIUM) is just around the corner, and me and some other sarawakians and sabahans are going to open a stall during the convest week. Well, for our stall, one of our main dishes that will be sell during the CONVEST week is LAKSA SARAWAK, plus++ other menus and beverages as well. Come and support us!

Our Stall: Kam-Boh
Date: 21st-25th August 2008
Venue: Convest Hill, International Islamic Universiti Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur




Kepada suma org sarawak yang ada di sekitar lembah klang, jum lah berambih di UIA time CONVEST klak. Kamek org akan berjual LAKSA SARAWAK dengan barang makan & minuman nok lain kedak Teh C. Peng.Datang lah support gerey kmk org. :)
Nama gerey: Kam-Boh (Iboh kamboh nyawa carik gerey kmk org.eheh)
Tarikh : 21-26 Ogos 2008
Tempat: Convest Hill, UIA, Gombak, Kuala Lumpur.

KOLOKIUM PENDIDIKAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK

"Kak Raufa!".
Tersentak mendengar namaku dipanggil. Terkebil2 mencari arah suara itu.
“Eh, ya Allah!…Jijan duhal. Sik prasan tek (Jijan rupanya, tak perasan tadi)”.
Keadaan mamai menyebabkan aku hilang topik untuk dibicarakan. Sejurus sahaja habis kelasku di Kulliyah of Economics, aku bergegas ke Masjid SHAS. Tujuan hakikiku adalah ingin tidur. Sesungguhnya aku berasa ‘berdosa’ dengan pensyarah subjek Ekonomi tadi kerana rasa mengantukku sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Lebih baikku tidur dahulu sementara menunggu kelas seterusnya.

10.45 pagi aku keluar dari masjid, terserempak pula dengan Azizan. Sempat berbual pendek, katanya Umar demam. ‘Moga cepat sembuh…’, doaku. Sesungguhnya memang agak kepenatan hujung minggu lepas. Namun, aku rasa kepenatan ini berbaloi kerana semuanya untuk umatku di Sarawak kelak.

Kolokium Pendidikan Mahasiswa Islam Sarawak telah berlangsung di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai pada 9-10 Ogos 2008 lepas. Maka berhimpunlah mahasiswa-mahasiswa yang berasal dari Sarawak dari beberapa IPTA yang dijemput. Namun, boleh kukatakan hasil kolokium ini adalah ‘kualiti mengatasi kuantiti’. Pada hematku, mungkin rakan2 PERKEPISMA ‘rindok ati’ melihat kehadiran mereka kerana ini adalah peluang kaderisasi. Namun, apa yang lebih penting dari itu adalah berita2 baik yang diwar2kan di dalam kolokium ini oleh speaker2 yang hebat2 belaka.

Senyum sorang2 bila teringatkan keadaan majlis yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu + Bahasa Sarawak. Apatah lagi, rasanya sudah lama aku tidak melihat barisan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak dan memang peluang ini kuhargai kerana mampu melihat malah berinteraksi dengan mereka dengan jarak dekat…nang rindok!!!

Berkampung 2 hari di sana, membuka minda para mahasiswa agar lebih peka dan tahu tentang hal ehwal negeri masing2 walaupun merantau jauh beribu batu. 5 kertas kerja dan 2 taklimat telah dibentangkan.

KK1: Pernyertaan dan Prestasi Pelajar Islam Sarawak Dalam Pendidikan Rendah dan Menengah – oleh YB Julaihi.
KK2: Penyertaan dan Prestasi Mahasiswa Sarawak Dalam Pendidikan Peringkat Pengajian Tinggi – oleh YB Shahreen.
KK3: Penyertaan dan Penglibatan Orang Islam Dalam Sektor Ekonomi – oleh Prof. Abdul Rahman Deen.
KK4: SCORE dan Pembangunan Ekonomi di Sarawak. – oleh Encik Ismawi.KK5: Penbangunan Sosio – Budaya dan Politik di Sarawak : Isu dan Cabaran. – oleh Dr. Awg. Hasmadi Awg Mais.
T1: Kedudukan Orang Melayu Dalam Perkhidmatan Awam dan Dunia Korporat – oleh Hj. Sarudu.
T2: Dapatan Hasil Kajian Sosial Mengenai Masyarakat Islam di Sarawak – oleh Dr. Napsiah.

Antara kertas2 kerja yang dibentangkan ini, yang paling menarik perhatian aku (rasanya kami semua) adalah KK4 iaitu mengenai SCORE. “I can say it as the second wave of prosperity…( Saya boleh kata ini adalah gelombang kedua pembangunan)”, inilah yang dikatakan oleh Encik Ismawi. Apa yang aku faham adalah, SCORE ataupun Sarawak Corridor of Renewable Energy adalah salah satu langkah kerajaan negeri Sarawak untuk meneruskan ataupun menjana pembangunan di negeri kami melalui . Melibatkan wilayah tengah Sarawak iaitu dari kawasan Tanjung Manis hingga Sg. Samalaju, kira2 70708 km/sg dan jumlah penduduk di kawasan ini adalah dalam lingkungan 862100 orang penduduk. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Bintulu pada 11 Februari 2008.
Melihat kepada keadaan sekarang, kadar inflasi yang meningkat adalah disebabkan oleh kenaikan nilai barangan dan perkhidmatan. Maka, SCORE juga adalah sebagai satu langkah untuk menyeimbangkan keadaan ini. Antara elemen2 utama SCORE adalah:

1. Tenaga (Energy) – Penjanaan dan pengaliran
2. Infrastruktur – Jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan utility.
3. Penubuhan Institusi – Regional Corridor Development Authority (RECODA)
4. Industri – Berasakan tenaga dan berintensifkan tenaga.

Kemuncak kolokium adalah saat2 berlangsungkan bengkel. Inilah masa dan ketika 'tenaga minda' mahasiswa2 yang datang dijana dan diperah sepenuhnya. 11 tajuk bengkel yang dibincangkan dalam 11 kumpulan kecil adalah:

B1: PERSEDIAAN DAN KESEDIAAN PELAJAR UNTUK MASUK IPT.
B2: KESEJAHTERAAN DAN KEBAJIKAN SOSIAL MAHASISWA DI PERANTAUAN.
B3: PEMILIHAN DAN KESESUAIAN KURSUS DI IPT.
B4: ASPIRASI AKADEMIK DAN ALAM KEILMUAN MAHASISWA.
B5: DAYA TAHAN DAN DAYA SAING MAHASISWA.
B6: KEWANGAN & BIASISWA.
B7: AKTIVITI KEMASYARAKATAN & PENGLIBATAN MAHASISWA SARAWAK.
B8: PERSEKITARAN SOSIO-BUDAYA DI IPT.
B9: AGENDA SOSIAL SELEPAS ALAM UNIVERSITI.
B10: PELUANG & PENJANAAN PEKERJAAN BAGI SARAWAK.
B11: PENGISIAN WAKTU CUTI PANJANG MAHASISWA.


Aku dan ahli2 kumpulan iaitu Azwan(UM), Abi(Monash), Jijan(UIAM), Humaira(UM) dan Eda(UIAM)mendapat tajuk bengkel yang kedua. Masalah2 yang kami ketengahkan terbahagi kepada 2: Luaran - Tiada platform induk/berpusat untuk menjaga/mengambil tahu kebajikan pelajar2 Islam Sarawak. Kalau ada pun, belum mampu untuk bergerak secara teratur dann efektif. Dalaman - Pengurusan kendiri(keyakinan diri, kejutan budaya dan kewangan). Kedua2nya saling berkaitan antara satu sama lain. Dan, resolusi yang kami persetujui adalah dengan menubuhkan satu platform/persatuan induk ataupun mengembang dan menambah baik platform yang sedia ada.

Isu persatuan induk ini kerap kali disuarakan sepanjang kolokium. Malahan, ketika ia disuarakan kepada Pen Sri secara langsung, beliau juga menyetujui cadangan ini. Secara peribadinya, aku memikirkan mengenai PERKEPIS. Kami warga PERKEPIS merasakan ketika itu tidak perlu terus memperkenalkan 'produk' ini kepada mereka yang lain sejak dari awal program. Tapi, tiba saat bengkel dibentangkan, sahabat2 PERKEPISMA yang dipertanggungjawabkan untuk mewakili kumpulan masing2 tidak lupa untuk memberikan contoh PERKEPISMA sebagai medan perjuangan mereka selama ini di Tanah Semenanjung ini. Rasa2nya, bukanlah sengaja untuk mempromosi. Tetapi, jika diikutkan pengalaman masing2, memang itulah hakikat yang terhidang di depan mata. Di sudut hati, aku bersyukur kerana masing2 faham dan pandai membawa peranan masing2 tanpa perlu diberitahu. Mudah2an jalan2 kita dipermudahkan dalam membentuk Sarawak yang Islami.

Sejok ati apabila Amad mengulangi kata2 yang penuh harapan dan impian itu : "Alangkah indahnya apabila kita nangga dan nengar urang2 yang dibibirnya sik ilang bahasa Iban, Melano dan sebagainya berkelaka, tapi make tudung...pegi masjid. Alangkah indahnya saatnya..." Masya-Allah...alangkah indahnya...

Setiap kali kata2 ini dilafazkan, andai dihayati sepenuh jiwa, hampir bergenang air mata. Hamba2Mu ini menanti saat itu dengan sepenuh usaha dan doa. Berkatilah usaha kami kepada umat negeri kami ya Allah. Moga impian tertegaknya agamaMu di sana nanti bukanlah tinggal impian sahaja. Makbulkanlah doa dan impian kami ini ya Allah. Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui....

Monday, August 4, 2008

TRAGEDI DI OGOS!!! TUHAN SEDANG BERBICARA….

3 OGOS 2008
Orang duduk di hadapan meja belajar. Aroma secawan nescafe seolah2 mengacah2 agar diminum segera. Pagi Ahad ini orang bersenang2 dengan segala buku2 dan kertas2 yang berserabut di rak buku...memanggil2 untuk dikemaskan segera.

Ring!!! Ring!!! Alamak...terpapar nama Dedi di skrin telefon orang. Nak bagitau ke tak? Telefon diangkat, salam bersambut…ada getar di hujung suara orang. Akhirnya, “run-run” air mata berjuraian gugur membasahi pipi. Perbualan ditamatkan…orang lantas mengambil tisu mengelap sisa2 air mata. Tak sampai 5 minit terpapar lagi nama Dedi di telefon. Orang cuba tenangkan perasaan....panggilan disahut, terdengar pula suara Mami. Perasaan tenang sebelumnya tidak berdaya untuk menjadi benteng penahan air mata. Mendengar suara bonda itulah penyebab hati orang tidak tertahan2. Orang lebih banyak diam menahan tangis yang berombak di hati. Perbualan tamat.

Mereka ibubapaku…memang sepatutnya ku sampaikan tragedi yang berlaku semalam pada mereka. Semalam, 2 Ogos 2008, Sabtu, orang dan seorang sahabat bersemangat waja ke Pesta Buku di PWTC. Menaiki Putra LRT dari Terminal Putra ke Masjid Jamek untuk pertukaran tren.

2 OGOS 2008
“Stesen berikutnya….Masjid Jamek”…suara operator bergema di dalam tren. Orang ramai sesak memenuhi tren menyebabkan orang sendiri sukar untuk menyelesakan diri. Sampai di stesen Masjid Jamek, pintu terbuka. Mulanya orang memberi jalan kepada penumpang2 yang ingin keluar dahulu. Lalu orang pun mengatur langkah.

Dan ketika itulah saat dan ketikanya tragedi bermula. Hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk keluar dari perut tren itu, tiba-tiba orang merasakan urat kaki orang bergerak dan beralih dan akibatnya orang hilang kawalan diri terus terduduk di muka pintu tren itu. MasyaAllah…sakitnya bukan kepalang. Lututku selauk (terseliuh) !!! Dalam keadaan sakit dan duduk antara 2 sujud itu, orang mengurut2 bahagian lutut. Hampir2 orang terlupa orang sedang berada di muka pintu. Tanpa banyak berfikir, orang mengensot bergerak ke hadapan menggunakan dua tangan agar berada di luar tren.

Orang berada di garisan kuning. Orang ramai yang ada di tempat kejadian mengerumuni orang. Dari tadi sebenarnya orang cuba bangun sendiri, tapi memang tidak terdaya akibat kesakitan yang tak terkata. Akhirnya orang dipapah ke tempat duduk yang terdekat oleh seorang pekerja rapid dan seorang orang awam. Ketika itu, baru orang merasakan teramat2 malu yang teramat2lah. Sempat orang berbisik kepada sahabat orang, kalau boleh mahu saja orang tukar pakaian, tak pun pakai purdah supaya tidak dicam.

Lutut terus diurut. Ada juga orang2 awam yang menyaksikan kejadian itu “menemuramah” orang. Ada juga yang memberi tips dan nasihat sebagai tindakan susulan. Senyum aka malu diberikan sambil orang ceritakan keadaan sebenarnya. Kejadian ini mengingatkan orang ketika program Baramij Taakhi Wa Talahum dahulu. Pernah juga terjadi seperti ini. Namun tiada rawatan susulan selepas itu.

Orang dan sahabat menggagahi juga langkah ke pesta buku. Dah alang2 sampai. Nak bejalan seret kaki pun jalan jelah. Alhamdulillah…sampai jua ke pesta buku.

Membeli 3 buah buku dengan gembiranya seolah2 terlupa sakit di lutut. Namun, lama-kelamaan terasa urat di sekitar lutut itu membengkak dan lebih menyukarkan perjalanan. Orang dan sahabat singgah di The Mall untuk makan dan mencari ink printer yang sudah kehabisan. Semasa makan, orang bertanya kepada sahabat, apa perasaan dia melihat orang tadi. Kami tergelak…akhirnya dia memberitahu dia sudah tak terkata dan pelik apa yang orang buat ketika itu. Hahaha…kaget agaknya.

Sakit2 begini teringatlah rumahku jua kelurgaku yang jauh di mata. Sebab itu mendengar suara mereka yang bimbang itu sahaja menyebabkan orang tak tertahan air mata.

4 OGOS 2008
Orang dihantar ke klinik UIAM semalam dan diberikan 2 jenis ubat telan, 1 ubat sapu dan segulung bandage. Hari ini orang menjalani X-ray di bahagian lutut. Dr. Bahiah yang merawat orang mengesahkan bahawa lutut orang tidak bermasalah tapi sebenarnya tendon di lutut orang membengkak. Dan itulah yang mengakibatkan kesukaran untuk berjalan. Dia memberikan MC hari ini.

Tuhan sedang berbicara…
Membalas lalai dan lupa…
Menguji kesabaran hamba-Nya…

Tuhan sedang berbicara…
Agar syukuri nikmat yang ada…
Beringat betapa untungnya…
Sempurna daripada yang langsung tiada…

Tuhan sedang berbicara…
Agar menjadi hamba yang redha…
Di masa suka atau duka…
Di masa tiada upaya dan ketawa…
Di mana letaknya DIA…

Terima kasih Tuhan…
Kuterima segalanya seadanya…

TA’ARUF WEEK JULY INTAKE 08/09

Pertama kali orang melibatkan diri dalam program besar UIA ini. Menjadi warga kerja Ta’aruf Week July Intake 08/09 sememangnya bukan mudah. Orang ada keinginan untuk membuat permohonan menjadi urusetia program ini kerana orang tidak kemana-mana pada cuti semester pendek lepas (23Jun-6Julai). Pada hemat orang, jika sudah alang2 orang tidak pulang, baik orang penuhkan masa cuti itu dengan pengalaman baru ini.

Kali pertama orang menjejakkan kaki orang dalam induksi program (23-28 Jun), orang rasa kekok dan janggal. Orang diletakkan di bawah biro pendaftaran, terdiri dari 19 orang yang lain, seorang ketua dan seorang pembantunya. Jumlah keseluruhan = 22 orang. Apa yang membuatkan rasa kekok pada awal2 perkenalan sesama ahli biro adalah kerana tiada seorang pun yang orang kenal. Kami dikumpulkan dari jurusan yang berbeza2. Hari pertama induksi orang jadi pendiam.

Berlanjutan ke hari2 seterusnya, komunikasi orang dan sahabat2 lain semakin baik. Orang sangat bersyukur kerana orang boleh ‘masuk’ dengan karenah budak2 ini. Jauh di sudut hati orang, alangkah baiknya program2 besar seperti ini dikendalikan oleh pemimpin yang fikrahnya Islam yang akhirnya pasti akan dicontohi oleh anak2 buah yang lain. Suara orang terpendam di hati kerana orang2 sebegini sudah pulang bercuti. Orang percaya mereka jua ada tanggungjawab yang lebih aula di tempat sendiri. Namun dari sudut hati orang juga, kalau tiada orang yang boleh mengajak sahabat2 orang ini, maka inilah masanya orang main peranan.

Rupa2nya, orang menjadi perhatian juga di kalangan rakan2 biro sehingga orang mendapat satu gelaran iaitu “ustazah”. Hahahaa...nak tergelak orang...diam2 orang ni pun terkena juga dengan gurauan mereka. Ustazah itu pula mereka gambarkan seperti watak pelakon Khatijah Tan dalam cerita Dunia Baru yang memegang watak sebagai mak kepada Muhd Adif. Masya-Allah…penat juga orang melayan mereka. Tapi orang boleh merasakan ini langkah pertama mengenali cara hidup anak2 muda seusia hari ini: apa yang mereka sukai, apa yang selalu menjadi topik perbualan, dan lain2 hal lagi. Apa yang orang selalu lakukan: mula2 berbual biasa sehingga sampai titik persilangan (point of intersection) dan itulah saatnya tidak banyak pun sedikitlah “perasa tambahan” agar perbualan asalnya tidaklah sia2 belaka. Moga2, rakan2 orang ini dibukakan hati.

Sepanjang 2 minggu, kami disogokkan dengan beg2 ta’aruf dan segala benda yang perlu di masukkan sekali dalam beg tersebut. Ketua kami awal2 sudah mengingatkan bahawa biro ini paling membosankan kerana behadapan dengan benda2 yang seperti ini setiap hari. HIPOTESIS DIBUKTIKAN BENAR!! Biro orang kalau sudah tiada tugas, masing2 seperti bangkai bernyawa. Tapi, sekali ada kerja yang perlu diselesaikan, kamilah yang paling sibuk. Bilik operasi kamilah yang paling tidak kemas, penuh dengan berpuluh2 guni pakaian dan beg. InsyaAllah, ia mencukupi untuk lebih 1600 orang adik2 baru.

Setibanya di hari pendaftaran adik2 dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya dan Nilai, orang demam teruk. Mana tidaknya, bilik operasi sejuk membeku, panas, sejuk, panas, sejuk, akhirnya orang lemah di hari pertama. Hari pertama, orang hanya sempat berada di sesi mengedarkan beg2 ta’aruf sahaja. Malamnya, orang terkurung seorang diri di kamar F3.5d, Mahallah Asma.

Menghadapi hari2 seterusnya, orang mendengar cerita bahawa pelajar2 baru amat tidak terkawal sehingga ramai urusetia yang tidak tahan dan tertekan. Orang tidak sepenuhnya bersama dengan pelajar baru hanya mendengar sahaja. Tapi, orang ingat lagi ketika slot Campus Tour, orang tiba2 dimaki hamun oleh sekumpulan budak2 KAED. Terkejutnya orang bukan kepalang…bila berkumpul semula di bilik operasi, orang terus rasa nak menangis dah. Seorang sahabat pelik lalu bertanya apa yang sudah terjadi. Didesaknya agar diluahkan apa yang berlaku. Bukan orang tak mahu meluahkan, tapi orang mahu bertenang dahulu, kalau tidak pasti akan “hujan” jika diceritakan dalam keadaan sebegitu.

Itulah pengalaman orang yang tidak sesekali orang lupakan. Ramai adik2 baru ini tidak gemarkan program ta’aruf sebegini. Sebenarnya, mereka geram dengan urusetia dari biro disiplin dan ibadah yang diberitakan agak tegas dan garang. Tapi, budak2 ini tengok sahaja urusetia yang pakai baju merah atau hijau, terus sahaja dihentam. Orang salah seorang mangsanya. Bagi adik2 ini juga, terjejak sahaja kaki mereka di sini, maka there’s no more rules and regulations.!!!

Namun, inilah pengalaman. Suka, duka, pahit dan manis itulah pelengkap suatu pengalaman. Orang tidak akan serik lagi selepas ini. Bagi orang, pemimpin2 Ta’aruf Week UIAM sepatutnya terdiri daripada mereka yang gilakan dakwah. Kerana inilah cermin yang pertama sekali kita pamerkan kepada masyarakat dan adik2 baru ini.



Friday, August 1, 2008

KOLOKIUM PENDIDIKAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK

Pada-Mu Tuhan aku mengadu,
Jasadku longlai mataku kuyu,
Menagih kasih dan kudrah-Mu,
Menggalas beban amanah di bahuku,
Kepada-Mu Tuhan aku berserah,
Ku yakin jalan-Mu tiadalah salah,
Tercungapku menempuh jalan-Mu yang payah,
Kuharap cintaku pada-Mu tiadalah goyah,
Kepadamu Mahasiswa!
Kurayu kita bersatu bersua,
Agar bimbang ini dapat bersama dirasa,
Agar tangis umat kita seka bersama,
Agar terkikis gelap kecewa,
Agar bersinar harapan kita,
Agar bersama kita mencita,
Umat berpadu, sejahtera hendaknya!
[nukilan asal :mujahidnusantara]

Kepada mahasiswa Islam Sarawak UIAM, sila hubungi saudara Azizan di talian 013-2463657 untuk mendaftar. Insya-Allah, pengangkutan akan disediakan untuk program. Sijil juga akan diberikan oleh pihak BPP-MIS bagi yang menyertai program ini.Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, boleh menghubungi saudara Abdul Muntaqim dan saudara Khairul Anwar untuk makluman lanjut, seperti yang tertera dalam e-banner di atas.