SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, July 31, 2008

MUQADDIMAH

Salam sahabat2 semua…

Pejam celik pejam celik…semester pertama UIAM Gombak memasuki minggu ke-5 sudah. Namun, tak ter‘update’ juga blog Ketika Kalam Berbicara. Bukan sengaja orang mengunci bicara sehingga terkunci semua idea2 yang bergantung2 (hanging) di kerangka kepala ini...

Alasan ‘tak sempat’ yang selalu orang baca di blog kawan2 yang lain nampaknya memang bukan alasan semata2. Dari minggu pertama hingga minggu ini, berderet2 agenda2 dan program2 yang menuntut tanggungjawab masa dan tenaga. Malah, memikul tanggungjawab utama sebagai MAHASISWA itu lebih mencabar memandangkan orang baru sahaja mengambil subjek2 baru dalam jurusan khusus kejuruteraan semester ini.

Ribu2an kemaafan kumohon pada kalian dan juta2an ampun kupanjat pada-Mu Ya Tuhanku kerana adakala saat dan ketikanya aku leka dan lalai menjalani tugas yang sudah terpikul kepada sekelian hamba2Mu....

Wajah baru? Tema pun baru? Hehehe...insyaAllah inilah yang boleh orang lakukan untuk mengembalikan ‘mood’ untuk mengutus entri baru yang hampir2 terlupus menyerap dalam peredaran masa. InsyaAllah...orang mengharapkan juga blog RINDOK ATI ini dapat mengingatkan ke mana orang akan pulang nanti...nun di sana di Bumi Kenyalang...insyaAllah...Dengan izin Allah...

“Rindok Ati” adalah bahasa Ibunda orang..bahasa Sarawak.Bermakna suka hati/gembira dan lain2 makna yang sama dengannya. Alkisah terfikir nak buat tema ini kerana tiba2 ketika orang menghadiri Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak di Masjid As-Syakirin KLCC baru2 ini, terkeluarlah ungkapan ini dari mulut seorang sahabat. Lama sudah orang tidak mendengarnya sehingga orang balik UIA terkenang2 ungkapan ini. Merindui tanah tumpah darahku adalah tidak salah sama sekali...

Moga2, rakan2 senegeri orang juga akan rindok ati dengan tema ini dan rakan2 yang lain akan mula belajar bahasa orang ini. Akhir kalam, selamat membaca entri2 blog orang yang akan orang terbitkan dalam masa terdekat...

-RiNdOk AtI-