SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, February 2, 2012

KUCHING BERCINTA-CINTA

Alhamdulillah. Saya sudah berada di Kuching, bumi kelahiranku.
Alhamdulillah, sejak saya pulang Allah titipkan beberapa berita gembira yang datang dari arah yang tak disangka2.
Saya bermuhasabah. Apa yang berlaku agaknya hikmah dari kesabaran.
Dan kesabaran itu saya tidak perolehi sendiri.
Semuanya melalui tunjuk ajar dan doa2 orang2 yang berada di sekeliling saya.

"Kalau tidak memandang orang yang berada di bawah (lebih teruk daripada nasib kita), kita tidak akan bersyukur"

Itulah hidup. Salah satu aura positif yang menghiburkan hati saya ketika ini ialah aura Kuching yang sedang bercinta-cinta. Allahu Allah. Saya mendoakan cinta2 yang hadir di Kuching ini berterusan. Hujung minggu lepas baru saya selesai mengikuti Program Talaqi Intensif 2012 bersama Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. Itulah progran talaqi yang terkhir setelah  7 tahun saya di bumi semenanjung Malaysia. >_< Namun, saya sentiasa berazam untuk kembali atau datang berziarah guru2 di sana.

Begitulah hal nya yang berlaku di sini, Kuching kesayanganku. Seolah2 menyambut ketibaan saya dengan program selawat dan maulid Nabi s.a.w yang semakin hari semakin bertambah2. Kuching...seolah2 memujuk saya agar 'La Tahzan' kerana di sini juga ada para ulama' tempat kita menadah ilmu daripada mereka. Allahu Allah.

Saya memohon kepada Allah semoga beri semangat dan jiwa yang istiqomah sepertimana zaman saya sebagai mahasiswa. Ucapan saya buat diri sendiri 'Selamat Datang ke Zon Tidak Selesa'. Ya, harus keluar dari zon selesa bermakna terlalu banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Inilah lapangan dan medan sebenar. Mahu saya lihat di bumi sini mekar dengan Cinta Rasul sepertimana bumi sana suatu hari kelak. Allahumma amin.

Berikut antara program Maulid Nabi s.a.w di Kuching sepanjang bulan Rabi'ul Awwal ini:

4 Feb 2012

11 Februari 2012


10-12 Februari 2012


17-18 Februari 2012


No comments: