SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, February 18, 2012

JANGAN PISAHKAN AKU & DIA


Semoga Allah merahmati seluruh manusia yang mencintai Nya dan mencintai Rasulillah s.a.w...
Allahumma amin~~

Terlalu banyak hal yang difikirkan sejak kembali ke sini.
Perasaan yang bercampur2 sehingga saya sendiri tak memahaminya.
Semangat yang naik, turun mendadak.
Semangat yang turun, naik pula mendadak.
Berfikir dan berfikirlah saya entah apa yang diharapkan.
Kerap kali tenggelam dalam perasaan sendiri sehinggakan saya yang duduk di hadapan TV pabila ditanya ayah TV cakap apa, saya tidak dapat menjawab.

Perlu dengan secepatnya “settle down” keadaan baru.
Baru kerana bakal berhadapan misi2 hidup dalam lakaran Tulang Ikan yang dulu yang dirancang.
Dan sekarang perlaksaan dan strategi menjayakannya.
Saya faham ini medan dan lapangan sebenarnya yang perlu saya sediakan diri sejak 7 tahun yang lalu.
Saya sedar apa yang keluar masuk dalam hidup ini.
Saya tahu saya sudah berdiri dalam zon dewasa, saya bukan kanak2 yang perlu disuap2 lagi.


Namun, saya masih mahu disuap dia.
Masih mahu disuap mereka.
Maka, jangan pisahkan aku dan dia.
Jangan pisahkan aku dan mereka.
Kerana dengan izinNya jiwa saya hidup pabila dia yang menyuap.
Jiwa saya senang pabila mereka yang menyuap.
Saya perlukan dia untuk melangkah dalam hidup ini.
Saya perlukan mereka menemani jiwa ini.
Dan saya tak ingin terputus dari merasai suapan2 hikmah dia.
Dan saya mengharapkan Allah terus menerus merezqikan saya bertemu mereka.
……………………..…..walau apa pun yang bakal datang dan pergi dalam hidup ini.

Mohon doa mendoakan ~~~

No comments: