SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, December 20, 2011

EXAM WIDA'


Selamat datang ke minggu “ko mok tebalit, tebalitlah sia!”
Huahuahua…
Alhamdulillah aku waras lagi, sihat lagi…
Sekadar ingin meninggalkan mesej pendek di teratak maya ini…
Time stress datang je ek…kalo tak stress berat nor nak menulis yer… (x_x) bagussss~
Sebelum perang peperiksaan akhir wida’ bermula 3 Januari kelak…
Dan berakhir 14 Januari….


Ini pesanan aku kepada aku:
Satu…
Jadilah aku ketika aku itu baik untuk aku, agamaku, urusanku dunia dan akhirat…
Dua…
Jangan jadi aku ketika aku itu tidak baik untuk aku, agamaku, urusanku dunia dan akhirat…
Tiga…
Jadilah dia ketika dia itu baik untuk aku, agamaku, urusanku dunia dan akhirat…
Empat….
Jangan jadi dia ketika dia itu tidak baik untuk aku, agamaku, urusanku dunia dan akhirat…

Itu saja nasihat aku kepada aku…
Aku itu menjadi aku ketika aku menjadi aku dan melihat dia.
Dia itu kamulah…kamu yang Allah taqdirkan untuk hadir di laman hidup di dunia ini.
Kamu…ada yang baik untuk aku dan ada yang tidak baik untuk aku.
Aku dah macam High Pass Filter.
Haruslah aku menjadi begitu.
Trust Me, I’m Engineer!
:p


Akhir kata, baca doa dulu. Jumpa lagi di tahun 2012. InshaAllah..biiznillah! :) ~
Semoga Allah permudahkan urusan aku dan sahabat aku yg berada di semester akhir ini.
Semoga Allah mengampuni dosa2 kami, dosa2 ibu bapa kami, dosa2 pensyarah2 kami, dosa2 setiap manusia yang memberi kami ilmu.
Semoga Allah merahmati semuanya.
Semoga Allah terangi hati2 kami sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.
Semoga Allah jadikan kami penuntut ilmu2 yang baik dan penyebar ilmu2 yang baik juga.
Semoga Allah hidup dan matikan kami dalam Islam dan Iman.
Selawat dan Salam rindu buatmu, ya Rasulullah…
Juga buat para sahabatmu dan ahli keluargamu…
Sampaikanlah ya Allah!
Allahumma Amin.


Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain. Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain. 

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Radiyallahu 'anhu-

1 comment:

hartini ♥ said...

Ganbate! Bi taufiq wannajah! <3