SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, November 12, 2011

RAHMAT vs MURKA ALLAH

Selesai sudah  cuti Hari Raya Aidiladha 1432H.
Maka ana menjejak ke fasa akhir pengajian di UIAM.
6 minggu pembelajaran, 3 minggu peperiksaan akhir dan 3 minggu sebelum tarikh pulang ke Bumi Kenyalang.

12 minggu yang mendatang dan bakal berakhir.
Namun cinta ana kepada ilmu ana harapkan takkan layu sampai bila2.
Di sini lubuk ilmu dan ana selalu niatkan dan berazam agar berpeluang untuk kembali lagi.

Memikirkan baki masa ini ana teringatkan mutiara2 Habib 'Ali Zainal Abidin.
Beliau menyebut tentang konsep Tawakkal.
Ya, berserah dan bergantung kepada Allah.
Setiap ibadah dalam Haji, katanya, memang punyai signifikan yang tersendiri.
Akibat masa yang terbatas, dikupasnya satu contoh ibadah iaitu Sa'i.

Sa'i itu mengingatkan kita kepada ibunda Siti Hajar radhiallahu anha.
Beliau berlari2 dari Sofa ke Marwah yang jaraknya jauh bukan sekali, tetapi bekali2 sebanyak 7 kali!
Ini USAHA! Namun ibunda Siti Hajar radhiallahu anha dalam keadaan berlari itu, hatinya tetap terus mengharapkan bantuan daripada Allah SWT.
Habib 'Ali melontarkan persoalan: "Kenapa air zamzam itu keluar dari kaki anaknya Nabi Ismail 'alaihissalam dan bukan dari usaha Siti Hajar?"

Inilah iktibar...Jangan Bergantung Pada Amalanmu!
Ia membuktikan bahawa Tawakkal itu ialah Bergantung kepada Allah SWT tanpa syarat apapun, bukan kerana kita punya Sebab untuk bergantung kepadaNya.
Kerana hasil usaha Siti Hajar itu bukan diberi kepada Siti Hajar, tetapi Allah taqdirkan air zamzam itu keluar dari kaki Nabi Ismail.

Usaha itu saluran kita mendapat Rahmat Allah.
Disebutkan juga oleh  Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki pada kuliahnya yang sentiasa dirindui.
Dikupas tentang satu Hadis ketika menyampaikan ijazah mursalsal meletakkan tangan atas kepala.
Lebih kurang bermaksud:
"Tidak seorang pun daripada kalian yang amalannya mampu mengeluarkan tangannya dari neraka, dan tidak  ada amalannya yang mampu memasukkannya ke dalam syurga....melainkan RAHMAT daripada Allah swt"-Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Barulah ana faham kupasan Shiekh 'Ali Jum'ah (mufti besar Mesir) dalam Hikam No. 1: Jangan Bergantung kepada Amalanmu.


Marilah sama2 kita lakukan apa2pun pekerjaan dengan setulus hati demi mengharapkan redha dan RAHMAT ALLAH. Indahnya hidup di dunia ini kerana rahmat daripadanya, indah juga hidup di akhirat kelak juga atas rahmat daripadanya. Disebutkan juga dalam tausiyyah Habib Muhammad (mudir di Madrasah al-Khairat Kuching Sarawak): "Allah ada 1000 rahmat diturunkan setiap hari. 1 rahmat Allah di siang hari, tapi 999 rahmatNya turun ke bumi pada sepertiga malam. Maka, rajin2kan cari rahmat Allah di sepertiga malam"

Sesungguhnya Allah berfirman dalam satu Hadith Qudsi: "Sesungguhnya RahmatKu adalah mengatasi MurkaKu"

Semoga apa yang ana pelajari daripada mereka ini menjadi "ubat" buat ana. Bersabar dan bersungguh2, Bertawakkal dan mengharapkan rahmat Allah! InshaAllah....amiin

No comments: