SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, September 29, 2011

SUATU MALAM DI KOLEJ ISLAM AS-SOFA


Sebelum tinta kali ini dimulakan, seribu maaf dipinta andai terlalu banyak celanya. Suatu malam yang penuh barokah, setinggi2 syukur pada Ilahi diizinkan bersua kembali dengan Ayahnda Sheikh Muhammad Fuad. *rindu..... (:*

Malam itu malam kegembiraan, semuanya yang hadir berkongsi kegembiraan dan kesyukuran di atas pembukaan Kolej Islam As-Sofa di Bayt al-Hikmah, Ampang. Tetamu istimewa yang hadir pada malam itu ialah al-'Alim Sheikh Ahmad bin Muhammad Alawi al-Maliki. Mudah2an yang tertangkap oleh si telinga ini bermanfaat buat semuanya...Mohon juga bagi yang turut hadir dialu2kan untuk membetulkan / menambahbaik tulisan ini. ^_^

  • Sesungguhnya umat Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wassalam itu umpana hujan yang usahanya tiada putus2.
  • Qasidah yang dibacakan pada malam itu menggambarkan bagaimana Rasulullah shollallahu 'alaihi wassalam sebenarnya memuliakan penuntut ilmu dan mereka inilah pendukung ilmu.
  • Qasidah itu juga menggambarkan menuntut ilmu itu suatu perkerjaan yang sangat mulia.
  • Baginda shollallahu 'alaihi wassalam memuliakan penuntut ilmu. Maka apabila kita dimuliakan kita perlu faham ilmu itu membawa kepada kesucian dan kesucian itulah membawa kepada kemuliaannya.
  • Mencari ilmu ialah cara dan laluan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat.
  • Malaysia ini sebuah negara yang maju dan berjaya dalam kemodenannya. Tetapi, sebelum kita membina tamadun yang berjaya, kita terlebih dahulu perlu membina tamadun hati, ruh dan insan dalam diri kita.
  • "Rumah Allah" itu tidak semestinya masjid, tetapi juaga termasuk tempat2 ilmu dituntut sepertimana Kolej Islam As-Sofa ini.
  • Betapa mulia dan berkat institusi ilmu begini yang di dalamnya diajar ilmu2 yang inshaALLAH bersambung kepada Rasulullah shollallahu 'alaihi wassalam. Begitulah kemuliaan yang dilihat Sheikh Ahmad tentang wujudnya hubungkait Rasulullah shollallahu 'alaihi wassalam dengan Kolej Islam As-Sofa ini.
  • Umat Islam perlu belajar toleransi kerana sikap ini sudah lama terhakis.
  • Belajar bersanad merupakan salah satu sifat toleransi. Membaca perbezaan pendapat di kalangan para ulama' terdahulu tetapi mereka tiada langsung sifat ingin menjatuhkan dan memburukkan antara satu sama lain. Kita pada hari ini hilang sikap toleransi begini.
  • Sayyidina 'Ali Radhiyallahu anhu berkata: "Orang mukmin itu terus berada di dalam keadaan yang baik selagi tiada generasi selepasnya yang menceroboh atau memburukkan generasi sebelumnya."
  • Sheikh Ahmad juga menegaskan tentang kepentingan berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang telah disusun oleh al-Imam Al-Asy'aari kerana beliau telah mengumpulkan maklumat untuk memudahkan kefahaman orang Islam.
  • Dalam berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, kita berpegang teguh kepada toleransi dan inilah nur atau intipati kewujudan Kolej Islam As-Sofa ini. 
  • Rasakanlah hubungkait ini! Rasakanlah kita berada di tempat/manhaj yang di mana ketika kita menerima ilmu ada perasaan redha dari guru kepada muridnya dan doa buat mereka.
  • Jika anda mahu tahu bagaimana ciri-ciri majlis pencinta Nabi shollallahu 'alaihi wassalam, carilah majlis2 ilmu yang menerangkan halal dan haram. Kerana hati kita umpana bekas, perlu dijaga agar tidak dimasuki perkara2 yang mencemarkan. Maka, hadirlah di majlis2 selawat dan zikir sebagai penenang bagi hati.

Mutiara kata daripada Sheikh Fuad tidak begitu jelas kedengaran di bahagian muslimat.Namun sedikit manfaat saya kongsikan dari laman muka buku... ;) Alhamdulillah...



No comments: