SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, September 23, 2011

MUHASABAHLAH PABILA LAYU

Isk isk isk...rasa bersalah pulak dengan taman-taman bungaku ini... >_<
Layulah bunga2 yang tidak bersiram sejak berminggu-minggu ye...
Maila nak tanam bunga baru ini...huhu  *susahnya mok istiqomah*



Sebenarnya, sudah 2 minggu berlalu UIAM berada di Semester baru ...Semester 1 2011/2012... alhamdulillah Allah pilih aku lagi yer....*best juak nulis sambil2 Lau Kana Bainana Habib di telinga ^__^*


Syukurlah...alhamdulillah...berkat doa, nasihat, dorongan dan kata2 semangat keluarga dan kawan2, dan pastinya dengan rahmat Allah *insyaAllah* saya berlapang dada menjalani semester akhir di Taman Ilmu dan Budi ni. *sob sob* 4 bulan ni bersamaan 14 minggu pembelajaran. Bakinya lagi 12 minggu...hurmm.. ada 12 minggu terakhir lagi yer...alhamdulillah syukurlah


Tidak mahu saya memikirkan apalah yang berlaku selepas bergraduasi nanti kerana saya PASTI PASTI PASTI ada berjuta2 kisah indah dan amat berharga akan saya tinggalkan selepas ini....terutamanya dunia Taman-taman syurga yang tak pernah putus dari seminggu ke seminggu. *sob sob...Huuu...tak maulah nak dok pikeq...* Itulah permata dalam belahan kaca yang sukar untuk dibezakan. *cewah..ok serius tok*


Teringatlah setelah cuti 2 bulan di bumi kenyalang dan kembali semula di sini duduk bersama2 mereka *sahabat taman2 syurga* saya bermuhasabah pula. Masa tu perasmian Kolej Islam As-Sofa di Ampang, *next entry saya crita :)* terfikir pula pasal dah masuk sem akhir ini, merekalah paling saya rindui. Menatap wajah2 orang2 soleh/solehah di kiri kanan sayalah paling saya rindui. Dan sudah pasti wajah Ayahnda al-'Alim Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki yang banyak menumpahkan ilmu dan kasihnya kepada kami. Taqdir dan nasib diri berpeluang menemui guru yang pertama mengetuk pintu hati agar bertambah2 cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ya, Allah pilih beliau sebagai sandaranNya untuk menambah ilmu akhirat di dada. Saya orang awam, orang biasa yang tidak pandai bahasa Arab....Juz 'Ammanya belum tentu hafal lagi, *azam tok eyh huhu* kadangkala terasa 'Layakkah aku duduk bersama2 mereka...?' Mereka di kiri kanan, lebih tua atau muda majoriti datang dengan latar belakang agama yang hebat...*segan menguasai diri >_<*


TAPI, Allah punya rencana Yang Maha Hebat. Langkah2 kaki ini, sebagai hamba, sebagai orang biasa...insyaAllah patuh mendengar tausiyyah para guru dan simpan buat pegangan diri sendiri dan insyaAllah orang lain juga. Saya tahu saya mahu hadir kerana hati saya ini perlu dibersihkan, jiwa saya perlu diisi, dan minda saya harus celik dengan masalah umat. Bak kata adinda saya yang jadi peserta program realiti TV Al-Hijrah: "Ilmu dunia saya kejar, ilmu akhirat saya cari. walaupun bergelar pelajar kejuruteraan yang setiap hari berkawan dengan kalkulator...namun, itu bukan alasan untuk saya mengetepikan akhirat."*bahagia laa...hehe..TERBAEK dari Adiba*  InsyaAllah....biiznillah :) Maka, saya sepatutnya bersemangat dan bergembira membawa wangian orang2 soleh setelah duduk bersama2 mereka mendengarkan ilmu. :)


Sekadar ini dulu...selalulah bermuhasah diri...kerana kita hamba :) Semoga Allah merahmati orang2 yang memberi ilmu kepada ana...Jazakumullahu khayra (:

No comments: