SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, September 11, 2011

MAHU IKHLAS



Semoga Allah merahmati perjalanan kali ini.
Menyembunyikan perasaan "terpaksa" namun masih mahu "ikhlas" bukanlah semudah menyebut "Aku mahu ikhlas".
Hati ini terlalu abstrak untuk dikisahkan penerimaannya terhadap taqdir.
Sekejap YA, sekejap TIDAK.

"Wahai Yang Memegang Hati, Jangan Kau bolak-balikkan hati ini.  Tetapkanlah ia dalam rahmat dan ketaatan"
Ya Rab,
Jangan Kau jadikan aku hamba yang kufur atas segala nikmat2 yang Kau berikan kepadaku tanpa apa2 syarat apapun.
Iringilah perjalananku ini, Ya Rahman.
Kuakui segala kisah duka yang dihiasi rasa sabar itu punyai penghujung cerita yang manis.
Ini dia "Semester Sabar"...
kuhanya perlu "Ubat Sabar" untuk mengharunginya.
Semoga Kau meredhai perjalanan ini.


Terima kasih Tuhan...
Kau datangkan insan2 yang meniup api ketabahan dalam diri.
Insan2 yang memahami laluan ini hanya perlu berSABAR...
Kau hantar mereka agar aku terus ingat pada janji2Mu..
Rahmatilah mereka semuanya....amiin~~~

1126pagi
12 September 2011
Mahallah Asma'
UIAM Gombak

No comments: