SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, September 24, 2011

BINGKISAN PERTEMUAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK (PMIS 17 SEPTEMBER 2011)

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."
(Al-Maidah: 54)
Ciri-ciri orang yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka berdasarkan ayat di atas:
  1. Bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin. Iaitu memaafkan dan tidak terlalu berkira di kalangan orang mukmin (easy-going). Melihat senario masakini, kita yang Islam ni terbalik. Kita sangat easy-going dengan musuh agama kita, sangat mudah nak tolerate. Tapi, kalau di kalangan umat Islam sendiri, punyalah hai berkira. Sangat typical!
  2. Bersikap keras dengan orang kafir. Kita perlu berhati2 dengan orang kafir dengan tidak memberi muka kepada mereka. *Nak poret lok eyh* semalam ada seorang sahabat lama, kawan masa skolah. Saya ni dulu bersekolah di Sekolah Menengah St. Teresa, Kuching. *hohoho...skolah yang kucinta*. Jadi, kawan2 saya macam2 versinya. *hehehe ;) berkawan biar seribu, jangan pilih bulu* Katanya, di bekerja sekarang di bahagian Food & Beverages. So, satu hari kenelah attend wedding Cina. Depa kene hidang arak tu kat tetamu. Kawan saya tanya: "Berdosakah kamek, Fa? Kamek teragak2 tapi nangga orang lain selamber jak ngidang" ...lihatlah orang kita... *tapi, saya bersyukur, sahabat saya itu bertanya hukum. Orang begini kita bantu :)*
  3. Berjihad di jalan Allah. Iaitu melalui jalan ilmu, fizikal, harta dan sebagainya.
  4. Tidak takut pada celaan orang yang suka mencela. Kita ada ketikanya gagal kerana celaan dan kritikan orang. * a.k.a cepat kecundang* Dilihat juga antara faktor2 kecundangnya kita ialah kritikan itu tidak datang dari musuh kita, tetapi selalunya datang daripada orang yang terdekat dengan kita *mak, ayah, abang, kakak, adik, sepupu, pensyarah, kawan rapat dll*. Rasulullah s.a.w juga menerima kritikan sangat hebat dari bapa saudaranya, Abu Lahab. Sehingga turun surah al-Lahab untuk memujuk Nabi s.a.w dengan murka Allah ke atas Abu Lahab. Tapi, selepas surah itu ialah surah al-Ikhlas. Itu menandakan celaan2 terhadap kita akhirnya kita pulangkan dan bersaduklah kepada Yang Maha Esa. "Katakan Allah itu Esa" :) Islam is a force (daya), bila ada force then it should propagate (berkembang). Ada perubahan apabila ada Islam di dalam dada! Maka Rasulullah s.a.w mengajar kita agar sentiasa melakukan kebaikan walaupun susah.

Kata ulama': " Meninggalkan amalan kerana manusia ialah Riak. Melakukan amalan kerana manusia ialah Syirik. Ikhlas ialah Allah selamatkan kamu dari kedua2nya". Di sini Niat manusia sentiasa diuji...sebelum, semasa atau selepas amalan tersebut. Setiap waktu niat akan diuji...namun apabila niat diuji, jangan sesekali kita tinggalkan amalan tersebut. Kerana IKHLAS hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya. Imam al-Ghazali berkata: "Setiap amalan yang ikhlas bermula dengan paksaan". *Contoh: miak kecik, disuruh mengaji. Ada ka nya nyaut...."sikmok eyh, kamek lom ikhlas"...haaa...tapi miak kecik perlu disuruh baruk sidak mok ngaji. Contohhhhhh~~~* Maka, kita jelas bahawa Ikhlas tidak dapat ditunggu untuk datang. Dan kita akan dapat apa yang kita niatkan.
-Wallahita'ala a'lam- 

(17 Sept 2011/Masjid al_Syakirin KLCC)

2 comments:

nsdahlia said...

terkejut ada perkataan bersaduk waktu maca. hehe~ tq for d sharing sis :)

raufasufrina said...

camporization is allowed! haha sama2 ;)