SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, August 27, 2011

NI'MAT DI SUBUH HARI

Imam Sayyidina 'Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata, " Ikatlah ilmu dengan menulisnya."

Alhamdulillah ni'mat pada Subuh 28 Ramadhan 1432H bersamaan 28 Ogos 2011 paling saya tunggu2. Terkenang ketiadaan buku nota kuliah agama di tangan, maka segeralah juga saya nukilkan sedikit pengisian di sini. Sekadar ingat tak ingat. >_< Masih bersedih dengan kehilangan buku nota kuliah agama yang tebal dahulu. Maka mood menulis ilmu agak terganggu. Mujur ada sedikit yang saya tuliskan di laman sesawang Hikayat Bunga ini. Moga menjadi pembacaan hikayat ilmu yang membunga mekar di taman2 syurga. Amiin~~~



Berbalik kepada ni'mat di Subuh hari, alhamdulillah...Allah izinkan sambil memimpin tangan ayah dan ibu ke Masjid at-Taqwa, Kampung Pinang Jawa menunaikan solat Subuh berjema'ah dan mendengar sedikit tausiyyah guru yang dirindui Syeikhuna al Ustaz Muhadir bin Haji Joll al Sanariyy Hafizhahullahu Ta'ala. Beliau bukan sekadar pensyarah yang mengajar subjek BTQ semasa saya di Pusat Asasi UIAM PJ dahulu, tapi beliau salah seorang seorang guru yang mencelikkan mata hati yang buta ini.

Kelihatan sihat dari jarak jauh dan dari suaranya yang menyampaikan ilmu. Di awal majlis beliau mengisahkan 3 tujuan puasa daripada Imam Abdullah al-Hadad. Tujuan pertama ialah menjernihkan nafsu. Kedua, mengekang syahwat. Ketiga, mencahayakan hati.

Makanan yang kita makan amat mempengaruhi cara kita mengawal nafsu. Amatlah penting menjaga kehalalan makanan yang kita makan. Jangan syubhah apatah lagi haram. Meneledani para 'ulama, tabi' tabi'in dalam memilih makanan amat2 ditekankan Ustaz. Dikisahkan perihal Imam Syfi'e yang bermalam di rumah Imam Ahmad bin Hanbal lalu perilakunya diperhatikan oleh anak Imam Ahmad. Salah satu kehairanan anak Imam Ahmad ialah cara makan Imam Syafi'e yang amat berselera malah bertambah2. Apabila ditanya kepada Imam Syafi'e maka dijawab, "Aku tidak pernah jumpa makanan yang halal dan tiada syubhah melainkan makanan di rumah engkau." Imam Syafi'e dikurniakan kasyaf ternyata mampu menilai dan sangat menitik beratkan tahap kehalalan makanan. Disebutkan juga Imam-Imam lain, ada yang menggelatar tangannya jika mengambil makanan syubhah.

Bercerita tentang mencahayakan hati ini amat menarik. Hati itu sifatnya menghayati. "Hayat" dalam bahasa Arab bermakna "Hidup". Maka hati ini bersifat hidup dan tidak mati. Ketika di alam roh, roh manusia suci tanpa dosa dan cela. Berpindah ia dari satu alam ke satu alam sehingga tiba ke alam jasad. Bersatulah ia dengan batang tubuh manusia. Hidup ia di dalam dunia. Rindu dunia. Berkawan dengan dunia. Dan akhirnya jatuh Cinta pada dunia. Inilah penyakit hati yang akan timbul jika tiada penyelamat. Maka, penyelamat yang Rasulullah
صلى الله عليه وآله وسلمsediakan pada kita ialah al-Quran dan Sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.

Seterusnya dikongsikan juga tentang Lailatul Qadr, tanda2 yang menunjukkan malam tersebut ialah malam Lailatu Qadr yang disebutkan Ustaz berdasarkan pada 'alim 'ulama ialah anjing yang biasanya menyalak tidak menyalak, tempat2 yang biasanya gelap kelihatan suram2 cahaya dan cuaca pada pagi esoknya redup sahaja. Dan disebutkan juga mengapa redup adalah kerana dikatakan ketika itu malaikat yang turun ke Bumi pada malam Lailatul Qadr sebanyak lebih dari batu kerikil di Bumi sedang naik semula ke langit.

Persoalan ayahnda ketika di meja makan sewaktu bersahur terjawab pabila Ustaz Muhadir menjelaskan sistem pahala di malam Lailatul Qadr. Paling minimum menghidupkan malam tersebut ialah solat berjemaah Isyak, Tarawih dan Subuh. Paling minimum! Namun, saya teringat pada tausiyyah al-Fadhil Ustaz Hashim Man, yang penting istiqomah dari awal hingga akhir Ramadhan. Kalau dapat, rezeki la tu. Yang penting kita dapat REDHA dan RAHMAT Allah Azza Wa Jalla. Allahummarzuqna Lailatul Qadr!

Syahrul Quran! Bulan Ramadhan bulan al-Quran. Raikanlah al-Quran di bulan ini. Banyakkanlah membaca kerana setiap satu huruf yang kita baca berganda pahala di sisiNya. Ustaz mengingatkan andai tidak lancar sekalipun, baca juga! 2 pahala di situ, satu kerana membaca al-Quran. Dua, kerana kesungguhan kita walaupun tidak lancar membacanya. Namun, jangan lupa untuk belajar agar bisa aja jadi lancar.

InsyaALLAH sekadar ini perkongsian nota minda saya yang lupa2 ingat. Bagi sesiapa yang direzkikan untuk hadir tadi, silakan ditambah, diperbetulkan, dan dibaiki mana2 khilaf saya.

Di sini saya sertakan pautan tentang Amalan 10 malam terakhir yang pernah al-Fadhil Ustaz Muhadir kongsikan dengan sahabat2 saya lain.

..:: al-Faqirah Ilallah ::..

No comments: