SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, July 31, 2011

BUNGA RAMADHAN BERPUTIK


Tiada lagi pengganti sehebat2 ucapan syukur Alhamdulillah dari lubuk hati hamba2 yang merindui anugerah terbaik dari Tuhannya. Alhamdulillah...beradanya kita, bernafasnya kita di bulan mulia, Ramadhan al-Kareem, semuanya kerana rahmat dari ALLAH subhana wa taala. Allah memilih kita, Allah izinkan kita...tatkala di penghujung Sya'aban tidak berhenti berita manusia2 yang meninggalkan dunia..

Nikmat yang mana lagi kita dustakan?

Hari ini jatuh 1 Ramadhan. Apa agaknya azam Ramadhan kali ini? Ingin sekali berkongsi persoalan ringkas dari Imam Masjid At-Taqwa malam tadi:
"Tuan-tuan, ayuhlah kita muhasabah Ramadhan tahun lepas. Kalau tahun lepas kita berazam untuk menahan marah, setelah berlalunya setahun, agaknya berjayakah kita melatih diri untuk menahan marah.? Kalau ya, alhamdulillah. Namun, kalau masih belum tercapai lagi teruskan berusaha bermula dari saat ini."

Setelah 6 tahun di perantauan, 1 Ramadhan kali ini saya sambut bersama2 keluarga di kampung halaman. Suasana yang memang berbeza. Namun walau di mana pun kita berada, pastikan momentum Pesta Ibadah itu terus istiqomah dengan semangat cinta hamba kepada PenciptaNya.

Ingin sekali menyusun jari, memohon ampun pada seluruh ahli keluarga terdekat, kaum kerabat, guru2 yang telah menitipkan nasihat2 dan ilmu2 berguna juga buat sahabat2 jauh dan dekat yang sama2 membantu membentuk nilai insan dalam diri. Semoga ALLAH memberkati kalian.

RAMADHAN KAREEM!

No comments: