SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, June 25, 2011

ESOK PENUH SELAWAT =D



Al-Fadhil Ustaz Muhadir menyampaikan salam kepada semua ahli pengajian talaqi.



1. Perbaharuilah niat kita ketika mengaji talaqi.

2. Sabar dan tabahlah dalam menuntut ilmu dan menempuh jalan mencari ilmu.

3. Jagalah adab kita dengan guru, ilmu dan kitab.

4. Amal, ikhlas dan istiqamah.

Dari laman JomTalaqi UIAM, baru melihat pesanan dari Sang Guru. Dirinya tiada pernah kering berpesan2 kepada kami. Semoga aku istiqomah mengikuti majlis talaqinya. Hati yang agak lama gersang mulai basah kini setelah 2 kelas duduk bersama2 dengan adik2 UIA PJ. Amat berbeza suasana apabila duduk bersama2 makcik2 di Ampang. Namun semoga ISTIQOMAH walau di mana sahaja aku duduk kerana hadir di majlis orang2 soleh seperti mereka adalah ni'mat yang tak terungkap.




Esok, Ahad 26 Jun 2011, semoga Allah izinkan bertemu Sang Guru Sheikhuna Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. Ternyata sungguh rindu pada tausiyyah beliau. T_T Jasad memeram di Taman Ilmu dan Budi ini, namun jiwa berada di Darul Maliki penuh kecemburuan pada sahabat2 di sana. Segan sebenarnya meminta untuk diambil setiap kali pengajian. Semoga Allah merahmati guru2ku ini. Gelap perjalanan tanpa penyuluh cahaya seperti mereka.


Buat sahabat2 yang tak pernah jemu mengajak aku walaupun tahu keterbatasanku untuk hadir , al-faqirah mendoakan kebaikan buat kalian berganda2 daripada ALLAH. Berkumpul kita kerana cinta buat Baginda Rasulullah s.a.w. Berhimpun kita agar Baginda kenal ummat yang sentiasa berselawat dan hadir di majlis2 selawat buat Baginda s.a.w.Ini haluan baru menuntun cinta sampai ke syurga...ameen ya Rab!

Tentatif program esok:

1.30 petang
- Ketibaan tetamu

2.00 petang
-
Ucapan aluan Pengerusi

2.05 petang
-Tilawah Al-Quran / Bacaan Qasidah

2.15 petang
-Ucapan YDP Yayasan Sofa: Y.Bhg. Dr. Yusri Bin Mohamad

2.25 petang
-Ucapan Perasmian oleh Pengarah JAWI: Y.Bhg. Datuk Hj. Che Mat Bin Che Ali

2.45 petang
-Gimik Pelancaran Kitab Biografi Al-Bukhari

3.00 petang
-Pembentangan Kertas Kerja 1: Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan
-Penyampaian Ijazah Bacaan Sahih Bukhari: Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan

4.00 petang
-Minum petang & Solat Asar

5.15 petang
-Majlis Khatam Sahih al-Bukhari dan Pengijazahan Sahih al-Bukhari
serta Pembacaan Manaqib Imam al-Bukhari
Oleh: Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin

6.15 petang
-Makan malam

7.22 petang
-Solat Maghrib
-Tilawah Al-Quran & Qasidah

7.45 malam
-Ceramah 1: Al-Musnid Dr. Muhammad Taufik Bin Taisir Al-Makhzumi

8.15 malam
-Qasidah

8.37 malam
-Solat Isyak

9.00 malam
-Bacaan Qasidah

9.10 malam
-Ceramah 2: Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin
-Bacaan Maulid
-Doa Penutup
-Jamuan dan bersurai

No comments: