SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, May 20, 2011

Kasih Kekasih (^_^)Y

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Bukanlah diri hamba siapa2 tanpa kasih sayang dari Mu, ya Rahman~~~

Catatan saya hari ini bertajuk "Kasih Kekasih". Bukanlah saya mahu menulis rangkap "...bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua..." bla bla bla...seperti yang dalam lagu In-Team tu. Oh! Tentu sekali tidak. InsyaAllah, sekadar bingkisan kecil dari laman ini dikutip dari laman Kuliah Sheikh Fuad pada 20 Mei 2011.

Merujuk Tafsir Surah al-Ikhlas terbitan Yayasan Sofa (Sofa Production) muka surat 8, satu kelebihan Surah al-Ikhlas ialah Sifat Ar-Rahman.

  1. Persoalan sang guru: "Kita beramal kerana TERPAKSA atau beramal kerana KASIH pada Allah?

  2. Kasih Allah adalah anugerah terhebat dari Allah SWT. "Sayang" dan "Terpaksa" amanlannya adalah berbeza.

  3. Doa: "Ya ALLAH, Kurniakanlah aku kasih-Mu, kasih pada orang2 yang mengasihi-Mu, dan dekatkanlah aku pada amalan yang menambahkan kesihku kepada-Mu".

  4. Kita banyak beramal, tapi kita tidak tahu mana satu amalan yang mendatangkan kasih Allah pada kita. Maka, jangan sesekali meremehkan ibadat, mungkin ia remeh pada kamu, padahal kamu tidak tahu ia adalah amalan yang mendatangkan kasih Allah pada kamu.

  5. Dan janganlah kamu meremehkan maksiat, mungkin ia remeh pada kamu, padahal kamu tidak tahu ia adalah maksiat yang menjauhkan kasih Allah pada kamu.

  6. Kita berasa kasih dan benci seseorang adalah kerana hati kita ini dalam jagaan Allah SWT.

  7. Doa: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati aku, atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu"

  8. Setiap perkataan dalam bahasa Arab mempunyai sifatnya sendiri. Begitu perkataan "Qalbun" iaitu sifatnya berbolak-balik. Contoh lain "al-insan" iaitu sifatnya "insiyanihi" (lupa). Lupa ini adalah nikmat. Kerana dengan adanya sifat lupa ini, kita lupa segala kesedihan/kemarahan dsg kita dan mengorak langkah baru untuk hidup.

  9. Uslub 'ulama: Jika ada 99 tanda kekafiran pada diri seseorang tapi ada 1 saja tanda keislamannya, maka dia adalah Islam dan kita boleh mengabaikan 99 kekafirannya.

  10. Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak tentangan pada agama Islam. Pesan sang Guru: Jangan bela Islam kerana emosi dan ketidakikhlasan kita. Marah biar dengan ilmu.

  11. Para 'ulama gembira mendapat bala, takut mendapat nikmat.

  12. Ummu Salamh pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Tidak takutkah engkau dengan imanmu, ya Rasulullah?". Maka bersabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya hati anak Adam itu di dalam kekuasaan Allah S.W.T".

  13. Mempunyai orang yang dikasihi dan musuh adalah normal dalam hidup seorang manusia. Begitulah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Apabila engkau mempunyai musuh & kekasih ketahuilah bahawa engkau adalah orang yang hebat. Dan Rasulullah s.a.w adalah ketua orang yang hebat!

  14. Apabila seseorang itu kasih kepada Allah, maka seluruh makhluk akan mengasihinya.
Alhamdulillah. Sekadar ini nota saya dalam Kuliah Ilmu Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. Mohon maaf atas kekurangan dan dimohon untuk diperbetulkan segala kesalahannya. Allahumma sholli 'ala Muhammad!

No comments: