SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, May 9, 2011

HIKMAH MASA TAMBAHAN

Akhirnya kaki menjejak ke laman masa tambahan.
Awalnya, perit sudut hati menerima hakikat hidup ini.
Seorang demi seorang bertanya,
dijawab dengan wajah penuh redha,
menelan mana yang pahit,
berkocak2 hati agar pejal di tingkatan syukur...

Allahu Rabbi,
Aku ingin berjalan bersamaMu di perjalanan ini,
Aku ingin berjalan bersama secebis cinta buat Rasulullah s.a.w,
Aku ingin berjalan bersama mutiara indah dari guru2ku,
Sedaya upaya cuba meneladani hakikat hikmah,
Pasti semuanya ada hikmah,
SEMUANYA...

Sesekali keluh kesah datang membunuh,
"Tenang Dalam Kecemasan",
Pesanan ringkas dari sifat ibunda,
Sayyidah Khadijah...

"Man Shobaro Zhafira",
Sulaman kesabaran Negeri 5 Menara,
Yang bersabar pasti beruntung,
Harus usaha lebih banyak,
Harus bersabar lebih banyak....

Kau singkaplah tabir ini,
Agar bisa aku mencari tanpa bosan,
hikmah dalam kehidupanku...
Ameen Ya Rab!

“Ya Allah, bukakan jalan untuk kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, kerana memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah bagiMu. Ya Allah, mudahkan kami dalam segala urusan kami dan kurniakan ketenangan di hati kami dan kesihatan pada tubuh badan kami, keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia kami…”

No comments: