SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, April 10, 2011

SEKITAR MAJLIS HAUL SHEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI 2011


Saya cemburu pada mereka yang berkesempatan ke Majlis Haul Sheikh Abdul Qadir al-Jailani. Sudah lama dipendamkan impian mendengar tausiyyah Sheikh Afeefuddin al-Jailani. Namun, tidak terpilih nampaknya kali ini kerana jarak lokasi program terlalu jauh dan tidak mengizinkan sekuntum bunga bermusafir malam2 buta. Namun, hujung minggu 9 April 2011 ternyata berlimpahan majlis2 ilmu taman2 syurga ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Alhamdulillah, apabila tidak dapat mencapai semuanya, jangan ketinggalan salah satunya.

PROGRAM MENDEKATI ULAMA' HUJUNG MINGGU
(8-10 April 2011)


Majlis Ta'lim bersama alHabib Ali Zeinal Abidin alHamid
- Jumaat (Isyak), Surau alHidayah Keramat.

Siri Pengajian & Diskusi Kitab bersama Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari alMakki
- Jumaat (Isyak), Surau alFalah, Seksyen 6, Kota Damansara.
- Sabtu (9 pg), Masjid Negeri S.Alam.
- Ahad (Subuh), Masjid an Najihin, Bandar Sri Permaisuri, KL.
- Ahad (Maghrib), Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Majlis Maulidur Rasul & Haul Sheikh Abdul Qadir alJailani
- Sabtu (5ptg-9mlm), Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Pengajian Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam & Majlis bersama alHabib Abdurrahman
(Mudir Darul Mustofa)
- Ahad, Masjid alFalah USJ9.

Saya memilih untuk ke Masjid Negeri Shah Alam, mengikuti kuliah bulanan Sheikh Nuruddin al-Banjari. Alhamdulillah.

Saya telah mendownload sedikit gambar2 di Masjid Besi, Putrajaya. Panjang umur, semoga Allah pertemukan saya dengan tausiyyah Sheikh Afeefuddin al-Jailani...ameen ya Rabbal 'alamin... =)





Dan di bawah ini ialah imbasan Majlis Haul Sheikh Abdul Qadir al-Jailani yang diadakan pada tahun 2010. =)

video

No comments: