SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, April 13, 2011

MARAH KERANA MAHABBAH



بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum saya meneruskan pembacaan saya untuk peperiksaan kertas terakhir esok, ingin saya berkongsi rasa hati yang akhirnya diterjemahkan di dalam puisi di bawah. Bukan nukilan hamba, namun panorama kekusutan adab di kalangan umat Muhammad semakin menjadi2. Terkilan, sedih dan kecewa pabila selamber badak die je cakap Ibunda Sayyidina Rasulullah s.a.w ini tempatnya di neraka. Geram semakin marak pabila sesuka hati die je cakap Ayahnda Sayyidina Muhammad s.a.w kafir. Astaghfirullahal 'azim.

Dalam kerendahan hati, saya bukan agamawan yang faqih menyulami segala ilmu2 hadith mahupun al-Quran. Namun, saya umat Muhammad s.a.w yang mungkin lebih rendah martabatnya daripada capal Rasulullah s.a.w YANG SAKIT HATI apabila Kekasih Allah ini menerima penghinaan oleh umatnya sendiri. Sakit hati saya...dan syukron buat sahabat atas puisi berikut. Luahan rasa hatinya menyimpulkan rasa hatiku ini....

~ Marah kerana Mahabbah ~

Aku marah!
Aku sangat marah!

Aku punya hak untuk marah!

Marah aku jika mereka menghina ibu bapaku

Marah aku jika mereka menghina agamaku

Marah aku jika mereka menghina murabbi ku


Marah!

Marah aku yang satu ini memang kena pada tempatnya

Aku berhak untuk marah

Kerana mereka menyakiti kekasih ku

Aku berhak untuk marah

Kerana mereka menghina keluarga kekasih ku

Aku berhak untuk marah

Kerana mereka menghina Sunnah kekasih ku


Perbuatan mereka

Percakapan mereka

Sudah cukup menjadi bukti

Dulu, kini dan berterusan mereka
Menyakiti kekasih yang ku cintai

Aku ini mungkin budak hingusan

Tapi aku punya pendirian

Jangan sesekali hati kekasih ku kau sakitkan

Kelak kau yang akan mendapat balasan


Aku ini mungkin cetek pengetahuan

Tapi aku punya Tuhan yang menunjukkan jalan

Aku punya murabbi sebagai panduan

Aku punya mahabbah yang tiada batasan

Kerana mahabbah aku merasa marah
Kerana mahabbah aku takkan mengalah

Kerana mahabbah aku menggerakkan pena

Ya Rasulullah!

Aku ini manusia yang lemah
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan mu

Tidak punya kekuatan untuk pertahankan keluarga mu
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan Sunnah mu


Ya Rasulullah!

Pada Tuhan jua lah yang aku pohon

Agar dikurniakan kekuatan jiwa

Agar dikurniakan kekuatan cinta

Agar aku bisa terus gagah

Untuk mempertahankan ikatan mahabbah

Untuk mempertahankan aqidah
Ahlul Sunnah wal Jamaah


Ya Rasulullah!

Hari ini
Saat ini

Hanya penulisan ku sebagai bukti

Manifestasi mahabbahku buat kekasih yang sejati

Moga aku masih dan tetap teguh berdiri

Mempertahankan diri mu duhai kekasih hati


Buat yang membaca

Bukan aku sengaja biarkan api kemarahan ini terus membara

Bukan juga aku sengaja mahu menyebarkan ia

Cuma aku mahu kita semua bangun dari lena

Cukuplah memberi muka pada yang tidak punya jiwa
Sudah tiba masanya kita sedarkan mereka

Moga kita semua dipinjamkan kekuatan dari
Yang Maha Kuasa

Untuk terus pertahankan kekasih yang mulia


[Alfaqirah ilaLLah ~ Noor Adibah Othman]
[9 Jamadil Awal 1432 H]
[8:25 p.m]


Allahuakbar...
Saya punya pendirian...usahlah kita bercakap banyak lagi....Marilah kita mantapkan ilmu kita, Sama2 mantapkan iman kita....Agama ini asalnya agama dagang...akhirnya juga kembali dagang...dan biarlah saya dan kalian tergolong dalam orang2 yang berdagang itu. Bermujahadahlah!

No comments: