SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, April 28, 2011

CURI-CURI


Alhamdulillah....akibat dipsycho rakan saya, saya telah memutuskan untuk mencuri2 masa seminggu singgah sebentar di tanah tumpah darah tercinta. Urusan Final Year Project belum lagi selesai. Masih ada pameran poster bagi projek2 kami semua. Allah Allah...

Sungguh teruji jiwa raga sepanjang menyiapkan si Dumbo...di mana aku letakkan ALLAH ketika ini? Di mana aku letakkan selawat banyak2 kepada Rasulullah s.a.w ketika ini? MasyaALLAH, khilaf terbesar diri ialah meletakkan kesusahan itu kepada keluh-kesah yang lebih banyak daripada tawakkal dan meminta bantuan daripadaNya. Betul2 saya terpempan setelah membaca terjemahan Surah al-Balad ayat 4 yang bermaksud:

"Sungguh, Kami ciptakan manusia berada dalam susah payah"....ultuf bina, ya Latif....=|

Malu saya pada diri sendiri...sungguh Allah itu sedang menegur melalui ayat2....
Coretan pendek kali ini. Baru malam tadi tiba di Baiti Jannati...Alhamdulillah..tertumpah2 rasa rindu buat ayahnda dan bonda. Allah Allah.....=)

No comments: