SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, March 15, 2011

SEDIKIT ILMU PENGETAHUAN TENTANG NUKLEAR



Khamis (15 MAC 2011)
Pagi tadi, saya seperti biasa menyempurkan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar, hadirlah ke kelas. Sudah kelihatan pensyarah subjek "Mechatronics System Design"-MSD iaitu Associate Prof. Dr. Nahrul Khair Alang Rasyid. Mari saya perkenalkan serba sedikit tentang beliau.

Instead of jadi pensyarah di Kulliyyah of Engineering UIAM tu, beliau juga merupakan Deputy Director General, Research & Technology Department Program, Malaysia Institute for Nuclear Technology Research (MINT). Pendek crite, die ni our own expertise in nuclear.

Hari ini, dia memulakan kelas dengan isu tsunami di Jepun. Specificly, beliau merujuk kepada SMS di bawah:

"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30am today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please share, stay safe and remind everyone you know. Take care."

Beliau berkata: "This is rubbish. Acid rain never come from nuclear reactor."

Acid rain tu dihasilkan dari "cold fired power plant" yang men
gandungi sulfur. Apabila sulfur (SO3) bergabung dengan air (H2O) maka terhasillah asid sulfurik (H2SO4). Haaaa....cepat2, saya memerlukan kepantasan otak anda yang sedang membaca ni, ingat balik tindakbalas asid mase Tingkatan 4. =D

Tambah beliau lagi, NUCLEAR RAIN sebenarnya dihasilkan oleh "radioactive particulate" di mana "small particles of radioactive element are suspended in the air".

NUCLEAR REACTIONS terbahagi kepada:
1) PWR: pressurized water reactor
2) BWR: boiling water reactor
3) CANDU: Canadian natural uranium
4) HTGR: High Temperature gas reactor

Apa yang berlaku di Jepun merujuk kepada PWR. Nuclear reaction akan berlaku dalam kotak hitam (REACTOR). Dengan kehadiran 'heat' yang akan menukarkan air menjadi stim. Dan stim ini akan digunakan untuk menggerakkan "turbo generator'. Namun, yang meletup di Jepun itu ialah bahagian BUILDER, bukan REACTOR. Hanya yang akan berlaku ialah kenaikan kadar radiasi seperti yang berlaku sekarang.


PWR digunakan sebagai 'power supply' iaitu OFF-SET POWER SUPPLY dan digunakan oleh diesel generator. Di Jepun, ada 6 Off-Set PS iaitu 3 sebagai 'electricity generator' dari US, 2 lagi dari Hitachi dan 1 dari Toshiba.

Perkara yang terjadi di Jepun itu dinamakan LOOP: "Lost of Offsite Power". Isu besar di sebalik penguasaan tenaga nuklear di dunia sekarang ini ialah penguasaan terhadap teknologi yang boleh memecahkan sebiji Uranium-235 kepada pecahan tertentu di mana jika pecahan dari sebiji uranium ini mencapai 99%, maka negara tersebut bisa memiliki bom. Untuk menembusi Uranium itu, sesebuah negara perlu memiliki teknologi "enrichment" atau penambaikan daripada teknologi yang ada contohnya menggunakan laser atau "centrifuge" (pemusing).

Dan seandainya, teknologi ini bejaya dicipta, pasti dialah bakal menjadi negara yang paling berkuasa. Inilah yang ditakuti Barat, risau negara2 nuklear lain berjaya mecipta teknologi ini, maka mereka menjaja "kerisauan" mereka atas nama membahayakan keselamatan dunia. Mereka menyekat dan menjajah negara lain agar dapat mengusai teknologi itu!!


MasyaALLAH...saya kagum. Perkara saintifik sebegini kadang2 membuka mata jika disampaikan oleh orang yang tepat. Tambah beliau lagi, India, Pakistan dan Afrika Utara pernah memiliki tenaga nuklear sendiri, namun berjaya dikuasai Amerika...Allahu ALLAH...

*maaf atas kesilapan fakta kerana ditulis bulat2 dari whiteboard dalam kelas.hehehehe =)

No comments: