SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, March 9, 2011

SAYA TERLUPA "RISAU" ITU =)

^__________^

Sekadar menjenguk masihkah bisa berfikir otak ini... Kerana ia hanya mampu berfikir pabila si jari menaip lagi. Saya sebenarnya sedang tersengih seorang diri. Saya tersengih kerana ada seorang adik yang risau keinginan saya untuk ke Shah Alam dari Gombak pada Ahad ini untuk mengikuti kuliah Sheikh Nuruddin al-Banjari. Maklumlah perjalanan jauh, sehingga dia berharap dapat mencari kereta untuk mengambil saya. Membaca perkataan 'risau' itu menguntum senyum di bibir saya. Lama dah tak dengar....hehe =)

Terkenangkan sudah masuk 6 tahun bergelar pemburu ilmu dunia akhirat (insyaALLAH) di tanah semenanjung ini, saya akui perjalanan ini tidak mudah. Namun, saya tidak mahu jadi pelajar yang duduk di bilik, menelaah, pergi balik kuliah, makan, tidur, movie, game, novel dan ntah ape2 lagi yang serba serbi dilakukan oleh seorang mahasiswa. Oh ya! termasuk shopping! hohoho =p

Maka, hasil didikan dan usrah kecil di Masjid KLCC tu, di hati ini tertanam "passion" memburu dunia di luar kampus. Dan semenjak setahun dua ini, perjalanan ini terasa lebih bermakna kerana hati diajak dan diajar mencintai ulama'...antara jalan meraih kasih dan cinta pada Rasulullah s.a.w. Memang ia bukan mudah menukar persepsi saya. Kalau anda pernah dengar "islamophobia".....suasana majlis2 ilmu ulama' yang saya sertai mula2 dahulu, inilah yang saya rasa. Paling terserlah ialah para ikhwan berserban, berjubah putih, ditambah dengan qasidah2 dan marhaban....Subhanallah! Mula2 dulu, jantung saya jadi gugup. Ini sesatkah tidak?? Al-maklumlah, zaman sekarang ini ulama' ramaiiiiiiiii~~~MAKA harus bijaksana menilai dan memastikan samada dia ulama' hasan atau ulama' suk. Jangan menerima membuta tuli. =)

Syukur, sedikit demi sedikit keyakinan pada ulama' Ahli Sunnah Wal Jama'ah melekat di hati saya. Dunia ini sungguh baru bagi insan seperti saya. Masih merangkak. Tapi, berkenalan dan bercinta dengan aqidah ASWJ yang saya akui untuk saya imani selama ini merupakan satu kepuasan yang harus diburu. Dan, sebagai seorang muslimah, saya juga akui kekangan kadangkala melemahkan semangat saya. Maka saya berdiplomasi dengan diri sendiri. "Bertindak atas kemampuan! Kau Boleh!" =p

Dan, antara kekangan yang saya selalu risau2kan dalam 2 tahun pertama duduk di semenanjung ini ialah perjalanan seorang diri. Ya, sebagai muslimah saya tahu pesanan buat wanita jika mahu keluar dari rumah. Tidak boleh keluar seorang diri tanpa muhrim yang menemani. ='| Saya sangat menyedari hakikat ini. Gadis mana yang tidak risau keluar tak berteman di tengah2 kota metropolitan ini. Beberapa kejadian buruk yang pernah menimpa saya pernah berlaku di KL Sentral dan Masjid Jamek suatu ketika dahulu. Oh, biarlah rahsia...Jadi bertambah Risauuuuuu~~~~

Saya tidak jemu mengajak dan berdoa Allah pertemukan orang2 yang punya impian dan keinginan seperti saya. Dulu ada tapi di kini dia di Kuantan sana. Namun lama-kelamaan, mahu menunggu dan mengharapkan teman itu ada menyeksa jiwa raga saya. Akhirnya kaki dan hati memacu langkah. Berjalanlah ia penuh ketawakkalan. Dan begitulah sehingga tahun keenam saya memburu ilmu. Sekejap berteman, dan selalunya tidak berteman pabila keluar kota. Dan lama kelamaan, saya terlupa kerisauan itu. Lenyap ia ditelan masa.

Saya tidak mahu mengangkuhi keadaan ini. Bukan nak menunjuk2 saya ni berani keluar seorang diri. Saya cuma berpegang pada satu tekad. "Sampai bila harus begini? Ketika risau melayan risau sudah berapa banyak kerugian yang dialami. Ulama' yang datang bukan calang2, bukan selalu..." Maka, Allah bersama saya. Saya yakin itu. Saya bertawakkal sambil2 berusaha dan berdoa mencari teman. Dan, saya juga berdoa andai saya ditaqdirkan mati dalam perjalanan itu, biarlah ia mati dalam perjalanan mencari ilmu. Ikhlaskanlah hati ini....Ameen ya Rab!!!

No comments: