SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, March 30, 2011

KELIRU :: KE MANA SAYA PERGI SETELAH SPM??


Assalamualaikum.

Saya cuma beri penerangan ringkas tentang ruang2 selepas SPM. Sebab kelihatan ramai yang masih tak nampak dengan jelas ruang2 selepas spm. Ruang2 yang saya senaraikan hanya setakat yang saya tahu. Mana2 yang boleh tambah, mohon tambahkan.

Saya teringat zaman waktu saya lepas SPM, saya juga hadapi kesukaran dalam membuat keputusan oleh kerana tidak memahami dengan baik “ke mana saya boleh pergi setelah SPM”.

Ruang-ruang selepas SPM:

1- Stpm

2- Diploma

3- Asasi / tahmidi / matrikulasi UIAM

4- Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

5- Pre-degree

6- SPA

7- Maktab perguruan

8- Sijil

9- Stam

10- Darul Quran

[1] dari STPM boleh masuk semua IPTA. Pada yang berhasrat nak ambil MEDIC melalui stpm, nasihat sy lupakan (sebab susah giler)

Bagi yang dapat result gempak, mohon terus JPA untuk ambil medic overseas.

Bagi yang result biasa2 tapi nak medic jugak, boleh masuk matrikulasi tapi peluangnya sangat rendah sbb persaingan terlalu tinggi.

Bagi yang result teruk ya rabbi, kamu semua masih berpeluang masuk medic tapi kena start dari bawah iaitu dari sijil. hanya Uitm ada sediakan

[2] diploma pilihan selamat bagi yang tak yakin dengan matrikulasi. Tapi kamu akan rugi setahun dengan students matric. Ingat, setahun waktu ni memanglah rasa takda apa. Tapi dekat2 nak habis tu lah yang asyik dok pk member2 yang dah kerja.

Contoh:

Diploma + degree = 3 + 3 = 6 tahun

Matric + degree = 1 + 4 = 5 tahun

*tak semua course yang panjang macam ni. Depend pada course.

[3] asasi juga salah satu option. Lebih kurang macam matrik. Setahu sy setakat ni hanya uitm ada asasi. Asasi lebih kurang sama dengan matrik uiam dan tahmidi. Beza tiga2 ni dengam matrik KPM ialah, tiga2 ni kena masuk U yang sama. Kalau matrik KPM boleh masuk mana2 pun.

[4] Matrik KPM.


Jalan majoriti manusia dan rasanya jalan yang terbaik.

Ada 3 course. (1) sains hayat. (2) sains fizikal (3) perakaunan.

Apa yang sy tahu sekarang ni matrik boleh ambil 2 tahun. Pandangan sy, daripada masuk matrik 2 tahun lebih baik masuk diploma. Sebab katakan ambil course engineering, kalau masuk matrik 2 tahun, campur degree 4 tahun total ialah 6 tahun. Kalau ambil diploma 3 tahun dan degree 3 tahun (sbb examted dari beberapa subjek) jadi total 6 tahun.

*incase (nauzubillah) katalah failed tengah2 ambil degree, kamu masih ada diploma. Kalau yang ambil matric, katalah failed waktu degree, apa yang kamu ada?

[5] pre-degree, sy tak pasti

[6 & 7] SPA & perguruan.

Yang ni best sekali nak diulas. Sebab masuk SPA or perguruan (maktab), kamu dapat elaun free sebulan rm600 beb.. banyak kan? Elaun ni scholarship, bukan pinjaman.

Dalam SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) pelbagai kursus ditawarkan. Sila buat carian untuk tahu apa course yang ditawarkan.

[8] sijil

Sesuai untuk yang agak lemah. Kalau ikut pengalaman, sy pernah jumpa orang yang result SPM dia teruk nak mampus tapi ambil sijil in bilogy (uitm). Akhirnya dia sekarang ambil medic di uitm. Bukan maksudnya medic uitm senang (semua u sama aja senang susah), tapi usaha gigih dan kesedaran masing2.

[9] stam: option terbaik utk jadi alim ulama’ (mudah2an).

[10] DQ, bukan akademi al-Quran. tapi rasanya DQ ni tak perlu penjelasan sebab yang dapat tawaran DQ semuanya telah ditemuduga sebelum SPM.

Apa yang sy sampaikan ni tak semestinya betul. Cuba kamu semua juga buat semakan. Sekurang2nya kamu nampak 10 cara selepas SPM. Mudah2an usaha sy ini bermanfaat untuk kamu semua. Sila sebarkan pada kawan2 semua.

website cadangan untuk dilawati: http://imascu.upu.mohe.gov.my/

Doa saya buat kamu semua, semoga lahir menjadi profesional Mu’mim / mu’minah. All the best. “tidak peroleh ilmu melainkan dengan kesakitan!

*doakan kejayaan saya:

Saya sedang bertungkus lumus menamatkan degree sy (B.eng hons) Electrical engineering, UiTM Malaysia.


Diambil dari: Mohd Taib Bin Latip on Thursday, March 31, 2011 at 2:05am

No comments: