SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, March 21, 2011

-AQAD NIKAH-

Kecoh laman FB menyelar seorang Mufti Perlis yang mengeluarkan fatwa aqad nikah di masjid menyimpang dari amalan Baginda Rasulullah s.a.w. Saya segera mencari maklumat. Dari laman malaysiakini.com, saya membuka mata tentang isu ini.


'Akad nikah di masjid menyimpang amalan Nabi'

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama


Dan saya telitikan beberapa komen di bawahnya, ada beberapa yang menarik perhatian saya:

1)
Mad Ni · Jkk at J.K.K.Nattraja Institutions (OFFICIAL)
ini komen dari ustaz azhar wahai sedara2ku...Nikah di Masjid Tidak Salah.

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..

siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah.....
siapa yg kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama.

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki.

Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.

Jng terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam.

Ini pula dari laman sembang bincang.net

Re: Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?
Pendapat aku simple -

Niat ramai orang nak bernikah di masjid tu - aku faham, aku pun bernikah di masjid juga. Niat nya nak ambil keberkatan dari tempat yg mulia dan suci. Dah di panggil majlis perkahwinan tu - membina masjid, jadi ramai lah yg nak ambil berkat masjid.. dan bernikah di masjid.

Ada banyak kelebihan bernikah di masjid antaranya -

1. Masuk saja masjid - biasanya pengantin lelaki boleh sembahyang sunat masjid sebelum majlis akad nikah.. (solat sunat masjid)
(topik ni pernah chuya bukak dulu sebelum dia kawin - bagus juga utk rujukan kita baca kt S I N I

2.Dapat melakukan sujud syukur selepas selesai majlis..

3. Kalau waktu nikah tu , memang dah masuk waktu zohor / asar - dapatlah pengantin lelaki sembahyang skali dan imamkan isterinya buat kali pertama.. (ni aku tgk ipar2 aku buat., ). Kira permulaan yg elok tu kan.. perempuan tu dah nampak ada 'imam' dia untuk sepanjang kehidupan nya. simbolik yg baik di situ. (Ramai orang kita , waktu kenduri kendara dan majlis kawin abaikan sembahyang.. dalam nak menyempurnakan hari nikah.. ramai yg terlepas zohor dan asar kan?)

Sepatutnya majlisnya sesimple yang boleh - di masjid biasanya di hadiri oleh ahli keluarga terdekat dan saksi2 yang perlu saja. tak perlu ramai.(dulu macam tu lah! sekarang ni.. dah jadi lain! itu yang menimbulkan masalah..)

Yang menjadi isu dan menyebabkan ramai alim ulama tegur, sebab majlis dah jadi tak terkawal.., dan merosakkan kesucian masjid : antaranya -

1. Aurat yg tak terjaga - fesyen pengantin wanita yg tak sesuai dgn kesucian masjid - patut datang masjid dgn aurat tertutup elok., ini datang dgn kebaya see-through., selendang ala-ala mak datin aje.. atau pakai kurung yg melekat kt badan..!, ini yang tok qadi marah ni. Kene hormat pengunjung masjid yg lain yg datang untuk bersolat atau sedang membaca al-quran., masjidlah tempat mereka nak khusyuk pada ibadat, tapi sekarang masjid pun dah ada dosa mata..

2. Terlalu ramai rombongan yg menghantar kt masjid.. hingga keadaan tak terkawal.. bising..! kalau ada budak2.. sana sini berlari2 .. itu belum yang kencing merata lagi..! Atas sebab ini, masjid dah jadi tercemar dgn najis2 budak2 ni. dan juga hiruk pikuk mereka. ,

3 - Wanita yg dalam period pun datang jugak dan masuk jugak masjid.., buat tak tau aje.. Abis tu nak tengok jugak kan..pengantin akad nikah.. atau pengantin tu kawan baik dia.. mestilah dia nak update blog lepas ni.. nak ambik gambar ler..! Alasan mereka - alah.. sapa nak check kt bawah tu! bukan orang tau.. buat derk suddah.! (tapi tanpa mereka tau - mereka telah mencemarkan majis yg suci ni.. yg patut nya di berkati.! dah jadi tak berkat lah dah .. di sebabkan kehadiran orang2 dalam hadas ni. )

4. Trend yg ni buat Qadi dan kakitangan masjid marah ni - trend bawak masuk semua hantaran ke dalam ruang solat masjid! 2-2 belah pihak pn nak tayang hantaran.! so.. bawak dan atur panjang2 kat barisan saf tu. nanti jurugambar kawin nak ambik gmabar.. biar lawa dalam gambar.. biar nampak pengantin dan hantaran.., Ini tak bagus ni - dah jadi unsur lain dalam masjid.,

- satu unsur riak - nak menunjuk2 dah.
- satu lagi - keraguan tentang bahan2 dalam hantaran tu - kadang ada orang main beli aje segala kasut atau beg tangan tanpa cek bahan2 nya ada kulit ba.bi .! masya'allah.. bawak masuk dlm masjid pulak tu!
- unsur mengotorkan masjid - kadang2 hantaran tu kuih muih, makanan dan buah-buahan... kadang tertumpah ke karpet masjid..! udah laa kotor tempat orang nak sembahyang.

Ini lah antara sebab yg aku nampak - kenapa mufti kene umumkan elok nikah kt rumah aje laa kalau dah begini trendnya! kat rumah .. nak bising.. nak bercampur orang period tak period pun atau nak tumpah makanan pun.. takde sapa nak kesah.! dah kat rumah kan.., nak bising sampai pecah rumah pun takpe.

Elok laa kita jaga kesucian masjid..- kalau betul nak ambik berkat masjid - buat yg wajib (nikah) saja di masjid., segala benda2 lain hantaran dan tetamu yg hadir.. tunggulah di tempat lain.. di rumah atau di dewan ke.

ada betul jugak pandangan mufti tu .. bila dah ramai2 bernikah kt masjid.. raikan kt masjid.. kita punya majlid dah menyerupai majlis kawin kristian laa dah .. main I-do kt masjid.. dan tetamu smua kat masjid.. pastu dah abis majlis. Kasi tukar lah - nikah datang kumpulan kecik saja. then abis nikah terus pulang ke rumah atau tempat majlis... dan semua orang meraikan pengantin di tempat itu..! lagi meriah rasanya.

pandangan aku (yg bernikah di masjid jugak) tapi majlis di buat di tempat lain.
Hehe..tetak sorang saya maca malaysiakini.com isu adad niqad di masjid dan komen2 di bawahnya. Ya Allah, aku berlindung drpd mengikut org begini. Kesian sungguh! sebelum nafas yg terakhir, didoakan pakcik2 dan golongn2 yg sama waktu dngnnya ni sempatlah bertaubat nasuha. Kesian eyh. Ikuti pautan ini untuk membaca pandangan orang ramai:



No comments: