SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, March 14, 2011

AKAN DATANG....KUCHING BERSELAWAT


Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah. Di saat kita merasakan masyakarat kita ini sudah kritikal penyakitnya sehingga pecah kepala nak memikirkan jalan penyelesaian yang baik bagi mengubah hala kiblat hidup iaitu dari yang mungkar kepada kiblat ma'ruf, ternyata bumi Allah Yang Maha Luas ini masih terkandung insan2 yang mencintai Baginda Rasulullah s.a.w. Segala penyakit dunia ini ternyata bisa diobati apabila 'sami'na waato'na' pada perintah Allah melalui pedoman2 dan contoh2 sepanjang hayat Baginda s.a.w.

KUCHING BERSELAWAT pengubat hati saya. Lama saya di sini, sudah macam2 program2 yang subur mekar di Kuching sana. Maka, saya tidak mahu ketinggalan menyumbangkan laman sesawang saya ini untuk menjemput saudara dan saudari ke KUCHING bagi meraikan Baginda s.a.w di sana. Hehehe...padahal saya nampaknya tiada kesempatan untuk kembali.

Cemburu memang cemburu kerana jemputan istimewa kedua2nya guru2 saya. Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll (ceramah selepas Asar) dan Al-Musnid Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki (ceramah malam). Cemburulaaaa...kerana berbeza auranya hadir pengajian di Kuala Lumpur dan di Kuching. Kerana satu impian yang menggunung tinggi untuk menyaksikan Bumi Kenyalang itu subur mekar dengan majlis2 Nabi s.a.w. Semoga Allah melahirkan lebih ramai insan di sana sebagai peneraju dan pendokong Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang mampu menjadikan Bumi Kenyalang tidak terus sunyi mencintai Baginda s.a.w, ahli keluarganya, para sahabat, para tabi'in dan para ulama'.

JANGAN LUPA YA!
18 MAC 2011
KUCHING BERSELAWAT =D

No comments: