SAHABAT PEMBACA! =)

Saturday, February 26, 2011

MENJADI SAUDAGAR NIAT

Alhamdulillah, setinggi2 puja dan puji buat Raja Yang Maha Mentadbir Kerajaan Langit dan Bumi. Ampunilah kesalahan hamba jika hamba mengemaskini laman sesawang ini dengan rasa riak, ujub dan takbur. Jauhilah penyakit ini dari hati hamba, Wahai Tuhan yang mencipta hati.
Selawat dan salam buat yang semakin dirindui Nabi Muhammad shollallahu a’lahi wassalam, ahli keluarganya, keturunannya, para sahabatnya jua buat pendukung dan peneraju sunnah Baginda shollallahu a’laihi wassalam.

Saya mahu mengajar anda menjadi saudagar. Perdagangan yang bakal saya cadangkan ini pasti..pasti..pasti!...menguntungkan. ^__^ Ok, berhenti merepek yer... Tanggal 19 Februari 2011, saya hadir lagi ke Pertemuan Mahasiswa Islam Sarawak di Masjid As-Syakirin, KLCC. Kali ini, saya pulang dari tempat ini penuh isi dalam jiwa. Padahal banyak sudah pertemuan2 sebelum itu, tapi entah kenapa Allah memilih pengisian hari itu betul2 mendarat di landasan HATI.

Adik yang memberi pengisian itu namanya Hiqmal. Mahasiswa Pusat Asasi Universiti Malaya. Di tangannya tergenggam sebuah buku yang betajuk “BUKU PENYUCIAN HATI”. Hmm…saya lupa pula siapa penulisnya, tapi yang saya tahu ia dibeli di bagunan Wisma Yakin, Bazaar Masjid Jamek.


IKHLAS

Pertama2nya, beliau mengajak kami kembali mengimbas fitrah bahawa di dalam jasad manusia ini ada seketul daging yang bernama “hati”. Sambil mentadabbur Surah al-Ikhlas, beliau membentangkan soal “ikhlas” sesuai dengan nama surah itu.

Seandainya kita meyakini Allah yang Maha Esa itu dengan sebenar2 keyakinan dalam hati, maka ketika itu kita berstatus “mukhlis”. Ikhlas itu merupakan syarat untuk diterima ibadat kita sesuai dengan ajaran Sunnah Baginda Rasulullah shollallahu a’laihi wassalam. Namun, kuasa keikhlasan itu hanyalah Allah yang mengetahuinya.

Amat2lah susah untuk melahirkan perasaan ikhlas. Tanggungjawab kita pada diri kita untuk muhasabah kembali amalan2 kita…takut2 niat nya itu ada campuran. Campuran yang bagaimana? Dilakukan kerana Allah sahajakah, atau dicampur dengan manusia sekali.

Ada pepatah mengatakan bahawa:

“Semua orang celaka kecuali yang BERILMU. Semua orang yang berilmu akan celaka kecuali yang BERAMAL. Semua orang yang beramal celaka kecuali yang IKHLAS”.

Cepat2lah membuang rasa suka dilihat orang dalam melaksanakan ibadah, suka dipuji, suka dianggap oleh manusia lain sebagai yang berkomitmen dalam beragama. Kerana sesungguhnya “susu yang putih airnya itu jadi jelek untuk diminum andai ada kotoran di dalamnya”.


USAHA

Memperbaiki niat kerana niat ialah punca kita melakukan sesuatu perkara. 3 bahagian niat:

1- dalam Ibadat: niatkan pada ALLAH s.w.t, niatkan pada benda baik yang lain, dan sentiasalah memperbaharui niat. Mudah2an diberiNya pahala yang setimpal dengan keikhlasan amalan dan bukanlah amalan itu jadi sia2 yang mendapat lelah sahaja.

2- dalam Adat Kebiasaan: iaitu dalam rutin sehari2an. Berniatlah kerana Allah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan kerana ia akan menjadi pahala ibadah dan akhirnya mudah2an mendapat ganjaran beribadah.

3- dalam Ketidakmampuan: iaitu berniat pada sesuatu yang baik namun belum mampu dilaksanakan terus. Namun mesti ada usaha mencapai niat itu. Contoh mudah: menunaikan ibadah Haji di usia yang muda.

“Saudagar niat” ialah gelaran bagi para sahabat Rasulullah sholaallahu a’laihi wassalam. Mereka tidak akan melakukan sesuatu amalan tanpa disertakan dengan banyak niat. Maksudnya, andai mereka merasakan niat itu seolah2 lari daripada niat yang asal, mereka sentiasa memperbaharui niat mereka.


PENYAKIT

Musuh utama kepada IKHLAS ialah RIAK. Daripada perkataan "ruqyah" iaitu penglihatan manusia. Dalam konteks perbincangan ini, ingin dilihat manusia. Riak merupakan syirik kecil. Rasulullah sholallahu a'laihi wassalam bersabda: " Sesunggunya paling aku takutkan di kalangan kamu ialah syirik kecil iaitu riak".

Kisah 3 golongan yang pertama yang akan dilemparkan ke neraka menarik takut dalam hati saya. Pernah didengar, namun jarang sekali diulang2 sehingga lupa kisah ini.

Pertama, orang lelaki yang mati syahid, katanya kerana Allah. Namun dilempar ke neraka kerana mahu digelar berani. Kedua, orang lelaki yang menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu, katanya kerana Allah. Namun dilempar ke neraka kerana mahu digelar alim. Ketiga, orang lelaki yang kaya dan suka menginfak, katanya kerana Allah. Namun dilempar ke neraka kerana mahu digelar pemurah.

Amaran bagi orang2 yang menuntut ilmu, betulkanlah niat. Jangan menuntut ilmu:
1- untuk mengejar dunia dan segala isinya.

2- untuk bertanding dengan ulama'.

3- berlumba2 mendapatkan ilmu untuk bermuka2 di hadapan orang.

4- untuk menjatuhkan orang lain.


BENTUK2 RIAK
1-NYATA: sehingga kita disebut2 orang yang melihat khusyuk dalam beribadat.

2-KATA2: menyebut2 keletihan kerana banyaknya ibadat yang dikerjakan

3-SAMAR2: mengharapkan ada yang melihat dia beribadat.


Sayyidina Umar al-Khattab pernah melihat seseorang menundukkan kepalanya ketika beribadat, lalu ia berkata sesungguhnya khusyuk itu bukanlah di leher tetapi d hati.


LATIHAN KEPADA IKHLAS

1-Selalu menuduh diri kita memperkecilkan hak Allah.

2-Selalu merasa kehilangan ikhlas dan muhasabah samada diri ikhlas ataupun tidak.

3-Menjadikan niat sebagai hidup kita.

4-Menyembunyikan kebaikan2 kita untuk diteladani

5-Beringat2 bahawa beramal kerana manusia adalah riak, dan meninggalkan amal soleh juga adalah riak

p/s: Inilah dia nota ringkas saya pada hari itu. Terbawa2 sehingga ke hari ini kerana saya pelajar yang mencari2 ilmu. Takut juga bawaan hati ini bagaimana....Allahu... Semoga Allah menerima amalan2 kita...ameen ya RAB!

No comments: