SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, February 16, 2011

Assalamu'alayka, ya Rasulullah!



Alhamdulillah, setinggi2 kepujian padaMu ya Rab! Diizinkan, dilancarkan dan dipermudahkan jasad dan jiwa ini meraikan hari kelahiran KekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kata2 mampu saya terjemahkan untuk menceritakan getar hati2 kami yang berhimpun pada malam itu.

Sungguh! Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w bukan sekadar menyanyi lagu-lagu nasyid. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w bukan sekadar membaca dan membeli buku2 sirah. Mencintai Baginda Rasulullah s.aw bukan sekadar mengalunkan qasidah dengan penuh semangat. Mencintainya bukan setakat konsisten mengikuti tamrin2 dan jemaah2 Islam.

Ternyata mencintai, mengasihi dan merindui Baginda Rasulullah s.a.w memerlukan ilmu. Ternyata benarlah "tak kenal maka tak cinta". Cinta itu lahir apabila mengenali. Dan mahu kenal Baginda s.a.w haruslah memiliki ilmu. Dan ilmu itu disampaikan oleh para ulama'kerana belajar dari ulama' lah hati basah dnengan hadith2 Baginda s.a.w seolah2 Baginda ada di depan mata berbicara pada kita. Dan ternyata, berkat mencintai ulama' lah lahir bersamanya rasa cinta buat Rasulullah s.a.w.


Pengalaman mengajak masyarakat sekitar untuk meraikan mawlid Nabi s.a.w mengajar saya mengenali hakikat kecintaan masyarakat kita pada Rasulullah s.a.w. Hanya yang mampu saya simpulkan ialah seandainya CUTI MAULIDURRASUL tiada dalam kalender kita, pasti sangat2 sedikit yang mengingati Baginda s.a.w. Saya amat dukacita pada hari itu. Namun, siapalah saya. Bukan pemegang hati manusia. Dan, mengingatkan kesedihan ini terimbas kesakitan2 Baginda s.a.w sepanjang hayatnya. Dan, hanyalah ALLAH yang berhak memilih hati2 itu.

Pengalaman beg hilang sebentar juga akan saya ingat sampai bila2. Beg saya ntah ke mana perginya selepas kembali ke dewan sejurus solat Maghrib. Mula2 risau juga. Majlis sudah hampir bermula, saya duduk dan tunduk. Mata saya pejamkan. Nafas saya tarik sedalam2nya.

Dan saya berkata pada hati: "Wahai hati, mengapa sekarang ini kamu mahu risau dan sedih dengan kehilangan beg itu? Jasad dan jiwa kamu sudah sampai di masjid ini untuk meraikan maulid Nabi s.a.w, bukan nak melayan rasa risau dengan harta dunia saat2 ini. Satu kerugian jika kamu tidak hadir di majlis ini. Lupakanlah sebentar. Ayuh raikan Nabi s.a.w!!"

Ar-Raqib! Ar-Raqib! Ar-Raqib! Asma' Allah ini saya lafazkan dengan penuh yakin akan menjumpai beg itu. Sedikit demi sedikit Allah tarik rasa risau itu. Dan perasaan itu hanyut dalam setiap kalimat qasidah maulid, tenggelam dalam ucapan Tuan Guru Sheikh Fuad malam itu. Malah kalimat2 yang disampaikan beliau sungguh2 berlaku pada saya

Bergetar hati merindui Nabi s.a.w malah saya rasakan yang semua yang hadir pasti merasai yang sama. Ada yang menitis air mata cinta...Allahu! Kau perlihatkanlah perhimpunan cinta ini pada Rasulullah s.a.w. Semoga Baginda bergembira dengan sebahagian ummatnya ini.

Sejurus tamat majlis, bersalam2an pun sudah, saya bertanya pada urusetia. Namun, belum juga dijumpai. Maka, dengan penuh ketawakkalan, saya menyusun langkah ke arah bas kami yang sedang menanti. Di saat bibir saya syok bercerita dengan rakan sebelah tentang pengajian2 Sheikh yang lain dan majlis2 talaqi di UIAM, satu panggilan telefon memberi khabar gembira. Terima kasih pada ikhwan2 yang lambat benar masuk bas, lama sekali kami menanti. Hikmahnya, saya menjumpai semula beg saya malah sempat saya berpatah balik ke dewan dan ke bas semula. Barulah kelibat mereka nampak menjinjing makanan yang ditapau.


Hampir 2000 perindu2 dan pencinta2 Rasulullah s.a.w berhimpun malam itu. Sudah dialih sebahagian kerusi, dewan masih juga tidak muat menampung hadirin. Terpana saya apabila para pencinta ikhwan disuruh duduk di atas pentas mengelilingi Sheikh Fuad! Allahu...beruntungnya para ikhwan. Cemburu...namun mudah2an barokahnya melimpah ruah buat kami para akhowat. =)

Begitulah kisah saya di Hari Kegembiraan yang saya dukacitakan pada mulanya ternyata benar2 hari yang patut digembirakan. "Ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, ya Rasulullah" tema yang menyebabkan saya tidak risau pasal beg saya itu. Perjalanan yang menenangkan sepanjang hidup ini. Semoga ia mekar dengan pembudayaan amalan sunnah dalam kehidupan saya. Inilah mujahadah!

Assalamu'alayka, ya Rasulullah!
^__^


p/s: sepanjang minggu ini saya mengaji surah al-Ahzab. Ternyata ia sungguh tepat pada masanya... =D Alhamdulillah...syukur ya Rab!

No comments: