SAHABAT PEMBACA! =)

Sunday, January 9, 2011

NILAI USRAH HARI INI

Hujung minggu yang benar2 sibuk. Bermula dari petang Jumaat sehingga Ahad seolah2 saya melalui Kuala Lumpur tracking...hohoho

Mata yang mengantuk ini ingin saya sudahi dengan entri ini sebagai muhasabah saya. Minggu ini saya bertemu dengan pelbagai golongan manusia dengan pelbagai ragam. Ada yang membahagiakan dan ada juga yang memeningkan kepala saya sehingga saya perlu beristighfar agar saya lakukan dengan ikhlas. Karenah....karenah...cerita masyarakat yang sungguh pelbagai apabila dihadapkan kepada saya, hanya diam dan berfikir sahaja yang mampu saya lakukan.

Namun, di entri ini saya hanya mahu berkongsi tentang nilai usrah di KLCC hari ini. Pengisian dari senior2 memberikan sedikit sebanyak semangat. Namun, sesuatu yang membuat saya hampir bergenang air mata ialah pengisian Kak Shazni.

Sepanjang dia berkongsi itu, saya cuba memberi nilaian tentang segala aturan2 yang berlaku dalam hidup saya semenjak semester baru ini bermula. HIKMAH versus WEAKNESSES.

Sukar sebenarnya untuk saya bangkit menghadapi kenyataan. 4 minggu yang berlalu saya cuba bersabar dan mengambil masa untuk menyesuaikan emosi dengan situasi. Bersabar mendengar pandangan2 orang sekeliling, keluarga dan kawan2. Pelan rancangan hidup saya sudah cantik diukir di atas kertas. Saya berusaha sepenuh hati saya mencapai matlamat2 utama. Ada yang mampu saya kuasai, ada juga yang di luar keyakinan saya untuk menguasai yang akhirnya saya kecundang. Saya lelah...lelah untuk menangisi apa yang berlaku ini.

Saya bukan bodoh untuk sengaja membiarkan diri saya kecundang. Saya benci untuk mempersoalkan taqdir buruk ini. Allahu...cukuplah sekadar itu. DIA memberi itu, maka itulah rezeki saya MESTI terima walaupun jauh di sudut hati ini penuh persoalan "Kalaulah aku .....". Penuh dengan "Alangkah baiknya kalau....".

bila hati basah dengan peringatan, MESTI redha.dah merancang pelan hidup sebaik2nya, dah berusaha sekuat2 hati...siapa sangka Allah masih tak izinkan...jadi redhalah atas penundaan rancangan itu. Ada rancangan yang lebih baik ALLAH sediakan buat saya
:: HIKMAH vs WEAKNESSES ::


Jiwa ini agaknya lupa. Lupa untuk bersyukur dan redha.

Dalam perjalanan pulang ke kampus, budak yang semakin menua di sini mencapai resolusi. Kamu bukan pekak, bisu, buta, kaki atau tangan. Kamu bukan juga terencat akal. Cukup sempurna sifatmu untuk kamu sempurnakan perjuanganmu. Laluilah baki masa yang ada sebaik2nya. Masa jihad kamu di sini bahkan dipanjangkan. Semoga mati kamu nanti, mati dalam jihad ini.

Tiada satupun yang aku sesali!

No comments: