SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, January 31, 2011

MESIR :: AKU YANG TERLEPAS PANDANG

Para demonstran mengelilingi sebuah lori air-kanon yang digunakan oleh polis untuk membubarkan protes di Kaherah pusat untuk menuntut pengusiran Presiden Hosni Mubarak dan panggilan untuk reformasi 25 Januari 2011. (Mohammed Abed / AFP / Getty Images) #

Ya, saya terlepas pandang mengikuti isu2 semasa. Salah sendiri tidak peka dengan keadaan negara dan masyarakat dunia lain. Inilah bahana ditelan kesibukan...Inilah pengajaran buat saya. Kerana pernah saya mendengar sabda Rasul tercinta yang lebih kurang bermaksud : Orang yang sejak bangun dari tidur di awal pagi namun tidak memikirkan masalah umat, maka ia bukan dari umatku...Allahu..

Mesir menggemparkan dunia. Isu-isu di Tunisia, Lubnan, dan Mesir berbeza, tapi kemarahan terakhir yang telah lama di pendam selama di semua tiga negara sebagai aduan dibawa ke jalan. Di Tunisia, di mana protes telah menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, demonstrasi diteruskan berusaha untuk menggulingkan sekutu-sekutunya yang masih dalam kedudukan mereka. Sementara itu, kerajaan interim Tunisia telah mengeluarkan surat perintah penangkapan antarabangsa bagi bekas presiden dan ahli keluarganya. Di Lubnan, Sunni penyokong Perdana Menteri terguling Saad Hariri turun ke jalan dalam "hari kemarahan", membakar ban dan menyekat jalan di Tripoli dan Sidon. Saat itu di Mesir, di mana peristiwa yang paling dramatik dianggarkan sebagai protes terbesar dalam satu generasi menggoncang Kaherah. Para demonstran, banyak terpengaruh oleh peristiwa di Tunisia, menyeru menamatkan hampir 30 tahun kuasa oleh Presiden Hosni Mubarak. Dikumpulkan di sini adalah gambar-gambar dari ketiga-tiga negara.







Menarik: Sembahyang apabila diseru. Protes tetap protes.

# p/s: Dorang jugak telah memutuskan segala sistem perhubungan untuk rakyat, tak kiralah sms, telefon, social network macam facebook, twitter, myspace. Mereka tidak boleh berhubung antara satu sama lain. Semuanya out of service.

# Di sini, berita yang lebih menarik nabel taggedkan untuk pembaca setia. credit to:amri aziz | wakatabob.blogspot.com

Assalamualaikum
Kalau anda semua jenis yang tengok berita atau membaca surat khabar tentu anda akan terbaca tentang pergolakan dalaman yang berlaku di Mesir Tunisia dan Lubnan
dan semua pergolakan yang berlaku ini mempunyai sebab dan persamaan yang hampir sama
mari kita lihat


TUNISIA
Tunjuk perasaan mula berlaku mereka mula menuntut Presiden Zine El Abidine Ben Ali untuk berundur setelah 23 tahun memerintah Tunisia. Pemerintahan beliau yang dianggap "KUKU BESI" kerana rakyat mengalami penyusutan taraf hidup yang tinggi di mana berlaku kenaikan yang tak terkawal bagi harga barangan keperluan seperti susu dan roti. Selain itu sikap isteri Zeni yang boros turut menyerlahkan "KUKU BESI "beliau. Selain itu dia turut mencuri kekayaan negara Tunisia dengan membawa keluar jongkong emas sebanyak £35juta sebelum diusir. Walaupun Zeni sudahpun ditumbangkan dan kerajaan baru dibentuk tetapi tunjuk perasaan terus melakukan demonstrasi kerana enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan.


MESIR
Keadaan yang lebih kurang sama berlaku bila Presiden Hosni Mubarak dituntut untuk berundur oleh rakyat Mesir itu sendiri. Beliau yang telah menimpin selama 30 tahun dikatakan tidak menghiraukan kebajikan rakyat dimana pengangguran dan rasuah berleluasa. Tempoh 30 tahun yang terlampau lama ini menimbulkan rasa tak puas hati rakyat. Ura ura yang mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkan keapda anaknya menambahkan lagi kemarahan rakyat yang sudah lama terpendam. Umpama mencurahkan petrol ke api...

Situasi kedua dua negara ini hampir sama dalam beberapa aspek:
1-Kepimpinan yang korup dan mementingkan diri. Negara adalah untuk rakyat dan sebagai pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. Sekiranya kebajikan rakyat terabai dan pemimpin itu dibutakan dengan nikmat harta maka rakyat akan merusuk kerana merasakan ketidak adilan.

2-Tempoh pemerintahan yang terlampau lama. Kedua dua presiden ini memimpin sudah terlampau lama. 23 tahun bagi Zeni dan 30 tahun bagi Hosni. Satu tempoh yang lama dan akan menimbulkan kemarahan rakyat apabila dalam tempoh itu kebajikan mereka terabai. Idea idea mereka mungkin tidak lagi relevan dengan kehendak rakyat dan kelemahan pemerintahan mereka sudah dikesan rakyat dan bagi rakyat sudah tiba masanya mereka berundur tetapi keengganan mereka mereka berundur kerana kuasa menegangkan keadaan ini

3-Kebajikan rakyat yang terabai. Kehidupan ekonomi kedua dua negara ini terabai kerana berlaku peningkatan dalam harga barang asas seperti keperluan makanan. Kenaikan ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan rakyat merasakan mereka semakin miskin tetapi pemimpin mereka hidup kaya raya.

Ketiga tiga faktor umum ini akhirnya membawa kepada situasi yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Tetapi cuba kita fikir. Adakah negara bertuah kita ini akan berlaku keadaan seperti ini
insyaAllah tidak sekiranya pemimpin menjaga kebajikan rakyat dan berkhidmat demi kehidupan rakyat dan bukannya demi kehidupan mereka. Saya tidak mahu untuk mengulas secara berlebihn dan menjadi extremis pihak politik di Malaysia (pembangkang dan kerajaan) tetapi tidak kira siapa pun yang memerintah negara ini perlulah memerintah demi kesejahteraan rakyat.

Contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz. Walaupun tempoh pemerintahan beliau amat singkat tetapi sifat baginda yang sanggup bersusah dan berkhidmat ikhlas untuk rakyat telah menjadikan kerajaan ketika itu kuat dan penentangn yang berlaku dapat dikurangkan

Sekiranya kerajaan menjaga kebajikan rakyat maka tiada sebab pembangkang untuk membangkang. Kepada pemimpin negara yang tercinta ini janganlah dibutakan dengan kuasa dan harta. Buruk padahnya untuk anda dan negara.

http://nakbebel.blogspot.com/2011/01/apa-sebenarnya-yang-berlaku-di-egpyt.html

No comments: