SAHABAT PEMBACA! =)

Tuesday, January 18, 2011

DIHEMPUK GUNUNG SANTUBONG!

Seusai membaca entri Nikmat & Musibah karangan adik saya yang sorang ni, terdetik hati saya pada seorang teman.

Apakah khabar dirinya di sana? Ya, saya bersetuju. Bukan senang menangguh pengajian. Bagi saya, ia satu keputusan besar dalam hidup. Saya jadi terkesima pabila mendengar orang nak menangguh2 pengajian ni.

Namun, saya rasa bagi pelajar2 yang diberikan kesihatan, masih berkudrat meneruskan pengajian kalian, kamu semua pandanglah rakan2 yang terpaksa melakukan perkara sebaliknya. Mengambil keputusan itu bukan kehendak dirinya, bahkan kita pun tidak mahu.

Melalui hari2 di universiti, mendengar syarahan dari pensyarah2, dihempuk pula dengan tugasan dan projek2 menggunung umpama Gunung Santubong, lama2 kerap kita jemu, rasa letih, malas dan bosan dengan putaran hidup begini.


Andai datang perasaan ini padamu, kenangkan rakan2mu yang tiada peluang sepertimu. Impian kita sama, mengingini segulung ijazah demi mengukir senyuman di wajah ayahnda dan bonda. Berbaloi2 mendidik dan memberikan pendidikan pada kita.

Marilah kita bersyukur kawan2. Dirimu masih beruntung. Laluilah perjalananmu di taman ilmu ini dengan mengharapkan redha dariNya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Doakan jua buat rakan2 yang tertangguh pengajiannya ini.

Kejayaan itu rezeki. Semua orang akan mendapat rezeki masing2. Bezanya cepat atau lambat saja. Bersyukurlah! =)

2 comments:

hartini ♥ said...

entri yg menarik hati kmk. mcm chapter 2 untuk Nikmat n musibah. (:

HIKAYAT BUNGA said...

hehe...kmk terkenang kak eda tak...mudah2an semuanya dalam redha dan rahmat Sang Pencipta =)