SAHABAT PEMBACA! =)

Friday, January 7, 2011

DIALAH ULAMA' PEWARIS NABI ZAMAN INI


Sedikit rasa terkilan jika saya dengan semangat bercerita tentang ziarah ulama' keturunanRasulullah s.a.w, Habib Umar bin Hafidz, namun akhirnya direspon: "Siapa dia? Tak kenal pun."

Anda yang hidup dalam tahun 2011 ini saya sarankan rajin2lah mengenali ulama'2 yang murshid. Kalau artis dalam dan luar Malaysia anda kenal, hafal pula latar belakang mereka, ikut pula perkembangan semasa, mari sini saya perkenalkan satu sosok masyarakat yang WAJIB anda cintai dan kenali kerana dia adalah dari nasab keturunan Rasulullah s.a.w. Dialah ahlul baiyt yang hidup pada zaman kita, generasi yang ke-39. Jangan tak kenal, weyhhhh!!

Allahu....kalau anda mahu tahu, tanda2 cintakan Nabi s.a.w ialah mencintai ahli keluarganya. Siapa yang tidak cintakan ahli keluarganya, jangan mimpi untuk mendapatkan syafa'at dari Baginda Rasulullah s.a.w. Kalau anda masih tidak percaya, dan kalau susah sangat nak cari buku atau hadir ke kuliah2 beliau, taip saja namanya di laman Mr. Google. InsyaAllah sedikit sebanyak anda akan sedar masih ada lagi ahli keluarga keturunan Nabi s.a.w yang masih hidup di zaman ini!

Akhir kata, saya ingin menjemput anda ke:


Ayuh kawan2! Kalau kita ni tak mampu nak pegi Hadramaut menuntut ilmu dengan beliau, inilah sebaik2 peluang yang ada! =)

No comments: