SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, January 17, 2011

USIA VS AMALAN



16 Januari ialah tarikh lahir rakan sebilik saya, Sharifah Bahiyah Syed Hanapi. (Slamat Hari Lahir, Kak Pah). Meningkat usianya 24 tahun, maka seterusnya akan diikuti kami satu geng mengikut tarikh kelahiran masing2.

Semenjak dua menjak ni, saya berminat mencari pekerjaan sambilan. Sambil mengenangkan usia saya yang juga akan naik andai diizinkan oleh-Nya, saya juga terkenang2kan kawan2 lama yang sebaya. Ada yang sudah punya pekerjaan, malah mungkin sudah 2-3 tahun punyai pekerjaan tetap.

Namun, bukanlah nak kata saya ini terdesak sangat atau cemburu sangat nak cari duit (dalam kata lain mencium bau duit), tapi ia sebenarnya suatu kepuasan sesuai dengan usia ini berusaha merancang kewangan sendiri. Tapi, risau jugaklah kalo sebut bab2 duit ni dalam situasi skarang nih....Allahu...

Saya pernah terrrrrrrrrrrrrrrjebak dalam suatu ucapan umum dalam satu bisnes ni. Aduhai, dalam hati macam nak lari time2 tu jugak. Tapi saya teringat la satu ayat dari sorang mamat ni.

Dia berkata, "Cuba kamu bayangkan budak2 U lain sama umo dengan kamu. Ape dieorang buat skarang? Carik duit dik...kita ni kat UIA grad umo 24, 25...paling lambat nak rase pengalaman kerja ini. Orang lain dah ade simpanan, kita pulak buat hutang kat U ni."

Sesekali saya mengiakan kata2nya. Namun, seperti yang saya katakan tadi, saya belum terdesak nak fokus betul2 bab2 carik duit ni. Sekadar ingin mencari pengalaman, sesuai dengan keadaan saya yang masih belajar, dan saya juga masih teruja ingin menghargai setiap detik di alam kampus ini, maka saya memburu kerja sambilan yang betul2 sambil2an jer.

Saya tak brapa nak kesah gaji brapa, untung brapa...tak kesah...tu rezeki. Cuma, saya amat menghargai PENGALAMAN di alam pekerjaan ni. ^__^




Hehe...mudah2an Allah mudahkan jalan ini. Lawak juga pabila mengenangkan saat2 makan2 di Domino's Pizza malam kelmarin, adalah seorang sahabat saya ni dok hitung2 umur.

"Alamak! Tahun depan 2012, 25 dah weyh!!! Taknak2! Tuenyerrr!"

Sengih2 jugaklah saya mendengarnya. Namun jauh di sudut hati, ada apa pabila nombor2 ni sebenarnya?

Pertambahan usia, kita harapkan ada barokah yang mengiringi. Pesanan utama yang paling mencabar saya ingat ialah daripada seorang abang senior.

"Kalau usia dah 27 tahun, tapi solat masih macam 14 tahun. Naik lagi usia 30 tahun, tapi solat masih macam 15 tahun. Tiada penambahbaikan dan itu suatu kerugian."

Saya akan ingat sampai bila2 kerana ianya semangat untuk memperbaiki solat kita. Asyik2 baca "3 Qul" atau Juz 'Amma jer kan....huhu

Allahu Allah...Masa itu terus berlalu. Walaupun kematian itu PASTI, semoga yang datang dan pergi dalam kamus hidup ini, memberi sebanyak2nya kebaikan buat diri ini. Mudahan matiku nanti dalam Husnul Khotimah...ameen

Alhamdulillah fi kulli hal ^____^

No comments: